Followers

Wednesday, July 2, 2014

Gambar 5 "Wanted" Militan Malaysia Dikehendaki Polis

 

 

 

Pensyarah UM antara 5 diburu polis, disyaki terlibat aktiviti militan

Bahagian Anti Keganasan, Cawangan Khas Bukit Aman memburu lima individu termasuk seorang pensyarah Universiti Malaya kerana disyaki terbabit dalam kegiatan militan di negara ini.

Pensyarah Fakulti Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya merupakan salah seorang dari lima suspek yang diburu polis kerana disyaki terlibat dengan aktiviti militan.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar dalam satu kenyataan media hari ini berkata, pensyarah berusia 36 tahun yang dikenali dengan nama Dr Mahmud Ahmad berasal dari Batu Caves, Selangor.

Dr Mahmud bersama empat suspek yang lain dikatakan telah meninggalkan Malaysia dan kini bersembunyi di selatan Filipina.

 "Tiga daripada mereka disyaki terlibat dalam merekrut dan mengatur pemergian anggota-anggota militan dari Malaysia untuk menyertai kumpulan Islamic State of Iraq and The Levant (ISIL) di Syria.

"Sementara dua lagi adalah anggota Darul Islam Sabah yang kini menyertai kumpulan Abu Sayyaf Group (ASG) di Selatan Filipina," katanya.

Beberapa rakyat Malaysia disyaki terlibat dengan aktiviti militan untuk berjihad di Syria dan di Selatan Filipina.

Bekas pemimpin Dewan Ulama PAS, Ustaz Lotfi Ariffin telah dikenal pasti sebagai salah seorang rakyat Malaysia yang terlibat menyertai pergerakan jihad di Syria.

Selain itu, bekas pemain drum sebuah kumpulan pop 90-an, iaitu Ali Ukays dikatakan turut menyertai pergerakan jihad di Syria bersama Lotfi.

ISIS juga dikatakan menjemput golongan profesional untuk menyertai mereka dalam pembentukan 'negara pemerintahan berkhalifah'. 

 

sumber....astro/awani