Followers

Showing posts with label projek lembu. Show all posts
Showing posts with label projek lembu. Show all posts

Tuesday, November 22, 2011

"Aku Pun Nak Jugak Projek Lembu"

Penternak lembu: Beri kami dana RM250 juta juga

Persatuan Penternak Ruminan Negeri Selangor mencabar kerajaan BN menyediakan dana RM250 juta kepada ahli-ahlinya bagi membuktikan bahawa mereka mampu memanfatkan wang itu lebih baik berbanding apa yang dilakukan oleh Perbadanan Fidlot Kebangsaan (NFC).

Menurut persatuan itu, jika dana berkenaan dibekalkan kepada 500 ahlinya, mereka jamin mampu meningkatkan produktiviti sebanyak 30 peratus dalam tempoh tiga tahun.

Pengerusi persatuan itu, Samad Kassim yang dipetik akhbar berbahasa Melayu, Sinar Harian hari ini, berkata kebanyakan ahlinya yang adalah penternak lembu tenusu, lembu fidlot, kerbau dan kambing sukar mendapatkan kemudahan pinjaman daripada kerajaan dan sistem perbankan untuk memajukan ternakan masing-masing.

Menurutnya, ia berbeza dengan apa yang diberikan kerajaan kepada NFC sedangkan penternak tidak diberikan kemudahan yang sama.

"Ahli PPRNS memerlukan dana untuk memajukan lagi industri dan kita menjamin 30 peratus peningkatan pengeluaran produktiviti industri ternakan termasuk susu segar, daging, susu kerbau sapi, daging kambing dan baja organik selepas tiga tahun,” katanya kepada akhbar itu.

Menurut Samad lagi, dengan kemudahan dana itu, Malaysia mampu menjadi negara pengeksport produk lembu.

"Kita mempersoalkan mengapa kerajaan memberi dana kepada syarikat baru seperti NFC sedangkan ia sepatutnya diberikan kepada penternak yang sudah lama dalam industri ini.

"Persatuan memohon kerajaan untuk memberi perhatian serius terhadap permintaan ahli-ahli bagi menjamin peningkatan industri ternakan di negara ini," katanya.

sumber...malaysiaKini

Tuesday, October 25, 2011

Anwar Kelentong Projek Lembu Pulak

Kerajaan didesak perjelas projek lembu RM250j

Kerajaan diminta menjelaskan kegagalan projek RM250 juta Pusat Feedlot Kebangsaaan yang dikaitkan dengan seorang menteri Umnoyang dikatakan gagal walaupun menelan belanja besar.

"Kajian awal oleh PKR ini jelas menunjukkan bahawa projek ini telah gagal walaupun menelan belanja jumlah wang rakyat yang besar dan kurniaan tanah seluas 5,000 ekar.

"Malah, ada petani dan penternak kecil yang mempunyai operasi yang lebih besar dan berkesan walaupun tidak mendapat apa-apa bantuan kerajaan," kata Ketua Wanita PKR Zuraida Kamaruddin.

Dakwanya, projek syarikatNational Feedlot Corporation Sdn Bhd itu dikendalikan suami dan anak-anak menteri itu, bawah Rancangan Malaysia ke-9 (RMK-9) untuk memenuhi sasaran 40 peratus (1,500 ekor sehari) permintaan dan pengeluaran daging lembu untuk pasaran tempatan.

Sebaliknya, berdasarkan tinjauan PKR, projek yang beroperasi di Gemas, Negeri Sembilan itu didakwa hanya mengeluarkan sekitar 1,000 ekor lembu dipelihara dan sebanyak 20 ekor lembu disembelih setiap hari.

Sehubungan itu, PKR berpendapat isu itu perlu diberikan perhatian serius kerana ia salah contoh utama bagaimana "penyelewengan" wang rakyat dan mempunyai kesan mendalam kepada kenaikan harga barang.

"Rakyat memerlukan penjelasan segera mengenai kegagalan projek nasional yang menelan belanja besar ini," katanya.

Ahli parlimen Ampang itu juga mendesak Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin - yang didakwa terlibat menganugerahkan projek itu - tidak boleh terus berdiam diri.

sumber...malaysiaKini