Followers

Wednesday, November 2, 2011

Wanita Dedah Buah Dada Depan Rumah Bekas Ketua IMF

Dedah payudara di depan kediaman bekas ketua IMF

Reuters
SEBELUM mendedahkan payudara, tiga wanita itu memakai pakaian seperti amah di depan kediaman bekas Ketua Dana Kewangan Antarabangsa, Dominique Strauss-Kahn di Paris kelmarin.

PARIS - Tiga aktivis kumpulan pembela hak asasi wanita yang dikenali sebagai FEMEN bertindak mendedahkan payudara mereka di depan kediaman bekas Ketua Dana Kewangan Antarabangsa (IMF), Dominique Strauss-Kahn di sini kelmarin.

Sebelum mereka mendedahkan payudara masing-masing, ketiga-tiga wanita itu memakai pakaian amah.

Ketiga-tiga wanita itu melakukan perbuatan tersebut bagi membantah sikap Strauss-Kahn terhadap wanita.

Strauss-Kahn meletakkan jawatan sebagai Pengarah Urusan IMF pada 18 Mei lalu selepas dia didakwa melakukan serangan seksual ke atas seorang wanita yang merupakan pekerja di sebuah hotel tempat dia menginap di New York.

Namun, dakwaan itu digugurkan oleh pendakwa raya kerana kekurangan bukti fizikal.

sumber...Agensi

Tuesday, November 1, 2011

Umno Kelantan Gocoh Sokmo



Perebutan menjadi calon semakin tegang

Pertembungan kepala-kepala dalam Umno ni dah lama dah sebab masing-masing hendak jadi calon PRU-13 nanti.“Mungkin pada permukaan cuma nampak kocakan-kocakan kecil, tetapi di dasarnya sedang bergelora dengan dashyat.”

Demikian perumpamaan yang diberikan oleh anggota Pemuda Umno Kelantan yang mahu dikenali sebagai Adi, 41, ketika cuba memberikan gambaran suasana tegang dalam perebutan kerusi sebagai calon Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU-13) dalam Umno.
Menurut Adi yang juga menjawat jawatan yang tidak kurang penting dalam sayap parti itu di sebuah bahagian di negeri itu, perebutan untuk dipilih sebagai calon itu telah lama berlaku dan semakin tegang semenjak akhir-akhir ini.

“Pertembungan kepala-kepala dalam Umno ni dah lama dah sebab masing-masing hendak jadi calon PRU-13 nanti. Tetapi nampaknya sekarang dah semakin tegang, dah jadi macam semakin tak terkawal lagi dah.“Bila pemimpin lebih tinggi atau pusat nasihat, masing-masing nampak macam okey sahaja, tetapi di belakang dah tak boleh makan cakap lagi dah sebab mungkin bagi dia orang ni, orang atas pun lebih teruk agaknya.

“Di sini, sampai ada dah bertindak mengaibkan saingan dengan mengeluarkan video pengakuan janda kena rogol pula,” kata beliau ketika dihubungi semalam.“Tetapi perang sebab berebut nak jadi calon ni bukan berlaku di Kelantan sahaja, di negeri lain macam Selangor pun saya dah dengar banyak cerita berebut kerusi sampaikan saya dengar dah ada buat pelan khusus nak sabotaj kalau tak tercalon,” kata beliau.Ketika ditanya samada beliau mengetahui kesahihan pengakuan dalam video tersebut, beliau menyarankan pihak yang mendakwa sebagai mangsa rogol agar membuat laporan polis dan bukannya membuat pengakuan di dalam video sahaja.

Mengaib, jatuhkan saingan

“Saya tak boleh nak kata pengakuan tu betul atau tidak, boleh jadi ya atau fitnah, tetapi yang saya nak tanya kenapa sanggup keluar pengakuan di video kalau tidak bertujuan untuk mengaibkan dan menjatuhkan individu tertentu, patutnya buatlah laporan polis.“Sama juga dengan orang yang didakwa dalam video tu, kalau rasa difitnah cepat-cepatlah buat laporan polis, dia pun bukan tak tahu kewujudan video tu, malah rakan dari bahagian individu itu beritahu saya, dia tahu dalang sebalik rakaman tu.

“Tetapi setahu saya masih belum ada sebarang laporan polis dibuat samada oleh wanita itu atau dari pihak Ketua Bahagian tu,” ujar beliau lagi.Beliau turut melahirkan rasa kecewa dengan tindak-tanduk segelintir pihak di dalam Umno dan penyokong mereka yang sanggup membuat apa sahaja demi mendapatkan kedudukan dan kuasa.

“Itulah, bila pembangkang kata kita kaki porno, kita marah, tetapi tengoklah sendiri apa yang kita dah buat, sebab itulah dia orang cap kita kaki porno.
“Dahulu pun, masa video Anwar keluar, bukan main seronok lagi kita bersorak, tetapi sekarang cuba awak fikir, video pengakuan janda ini pun gunakan kaedah dan matlamat yang sama juga, cuma kita tak tahu kebenaran video-video ni.“Nanti rakyat tanya, apa ni? Tak ada isu lain ke? Mula-mula cerita liwat, liwat pun ada satu dan dua pulak tu, lepas tu video sekslah, ramas buah dadalah, sekarang cerita rogol pulak.

“Apa ni? dia orang ingat masyarakat sekarang ni macam tahun 80an, 70an atau sebelum tu lagi dahulu ke? Apa Umno cakap orang terus percaya saja.“Sekarang ni kalau betul pun, belum tentu orang terus nak percaya bulat-bulat, apa lagi yang nampak sangatlah jelas ada motif politiknya, dah tu banyak sangat yang tak kenanya.“Jangan sampai akhirnya nanti kita sendiri juga yang terkangkang nanti,” ujar beliau melahirkan rasa kecewanya.

Terdahulu, FMT dalam laporan sebelumnya, melaporkan VCD pengakuan seorang janda yang mendakwa di rogol oleh seorang ketua bahagian Umno Kelantan di sebuah hotel di Golok, Thailand telah disebarkan di negeri terbabit.

Cemas: Harga Minyak merudum di dagangan Asia

Tapi harga di Malaysia..HAMPEH..wa cakap luuu
Kabiner UMporno/Bini Najib/APCO tak akan kasik turun ler..
Derang nanti cakap,mana ada turun..
Woii menteri bongok,sedar ler sikit..lagi sikit hari rakyat Malaysia pun tak bolleh dah sokong Bini Najib lagi tau!

SINGAPURA: Harga minyak dunia terus mencatatkan kerugian, hari ini, di tengah-tengah ketidakstabilan pasaran selepas firma broker Amerika Syarikat (AS) memfailkan bankrap dan kerajaan Greece melakukan pungutan suara terhadap perjanjian terbaru bagi menyelamatkan negara itu.

Kontrak utama New York, memperlihat minyak mentah light sweet pada Disember jatuh 44 peratus kepada AS$92.75 pada waktu pagi dagangan di Asia, manakala minyak mentah Brent North Sea bagi Disember jatuh 26 peratus kepada AS$109.30.
Penganalisis berkata, langkah broker AS, MF Global memfailkan perlindungan bankrap dan tindakan Greece mengadakan pungutan suara terhadap perjanjian Kesatuan Eropah (EU) menimbulkan kebimbangan terhadap krisis hutang zon eropah.

Beliau berkata, krisis yang berlaku menyebabkan sentimen pasaran mengalami penurunan.

Katanya, kadar mata wang dollar AS yang kukuh turut menyebabkan permintaan lemah bagi harga minyak mentah yang diniagakan dalam dollar AS, iaitu menyebabkan lebih mahal bagi pemilik mata wang negara lain.

sumber... AFP

Fitnah Lisdawati; Nadia diarah bayar Rm50,000.00


KUALA LUMPUR - Selepas enam tahun bertelingkah, kemenangan akhirnya berpihak kepada pelakon, Lisdawati apabila rakan artis, Nadia Mustafar diarah oleh Mahkamah Sesyen di sini, supaya membayar ganti rugi sebanyak RM50,000 kepadanya berhubung artikel fitnah mengenai kegagalan menjelaskan hutang di majalah Media Hiburan.

Hakim Yong Zarida Sazali turut memerintahkan Nadia atau nama sebenarnya Siti Naziyah Sheikh Mustafar, 35, membayar kadar faedah empat peratus bermula dari tarikh penghakiman hingga penyelesaian kes dan kos mengikut skala.

"Selepas meneliti hujahan dan keterangan pihak-pihak, mahkamah membenarkan tuntutan plaintif (Lisdawati)," katanya.

Lisdawati dan Nadia bagaimanapun tidak hadir pada prosiding semalam dan mereka diwakili peguam masing-masing iaitu Sangeet Kaur Deo bagi Lisdawati manakala Nadia pula oleh Siti Julaini Mohd. Shahar dan Mohamed Lusfi Yaakob.

Pada 21 April lalu, Lisdawati memfailkan saman terhadap Nadia kerana mendakwa mengeluarkan kenyataan memfitnah terhadap dirinya.

Berdasarkan pernyataan tuntutannya, Lisdawati atau nama sebenarnya, Nisdawati Nazaruddin, 33, mendakwa Nadia dengan niat jahat memberikan wawancara mengandungi perkataan memfitnah kepada wartawan majalah Media Hiburan, Hanif Abdul Ghani.
Hanif tidak dipanggil sebagai saksi kerana telah meninggal dunia tiga tahun lalu.

Wawancara itu didakwa berlaku sekitar Januari 2005 dan Lisdawati mendakwa, majalah itu menyiarkan artikel berkaitan pada 8 hingga 14 Januari 2005.

Isteri kepada pelakon Fauzi Nawawi itu mendakwa, dalam erti biasa, artikel itu antaranya bermakna dan difahamkan bermaksud dia meminjam wang, berhutang dan gagal menjelaskan hutang yang dikatakan itu kepada Nadia.

sumber...kosmo OL

'Saya Tak Tahan'



KUALA LUMPUR: Bagaikan telur di hujung tanduk. Itu perumpamaan bagi menggambarkan nasib tiga beranak yang ditetak bertubi-tubi dua penyamun bersenjatakan parang dalam kejadian di sebuah kedai runcit di Bandar Mahkota Cheras, di sini, Rabu lalu.

Akibat pergelutan itu, pemilik kedai berusia lewat 40-an menerima 10 jahitan di kepala, isterinya yang berusia awal 40-an pula lapan jahitan di kedua-dua tangan manakala anak lelaki berusia 19 tahun, enam jahitan di kepala.

Kejadian bermula jam 1 tengah hari, apabila sekumpulan empat lelaki menaiki dua motosikal berhenti di hadapan premis berkenaan.

Mangsa yang enggan dikenali berkata, dua daripada lelaki itu yang memakai topi keledar masuk ke kedainya dan berpura-pura untuk membeli barang manakala dua lagi rakan mereka menunggu di luar.

“Kedua-dua mereka tiba-tiba mengeluarkan sebilah parang yang disembunyikan di pinggang mereka dan mengacukan senjata berkenaan ke arah saya.

“Tanpa berfikir, saya mengeluarkan kayu yang disembunyikan di bawah kaunter wang sebelum memukul seorang daripada mereka,” katanya ketika ditemui, di sini, semalam.


Menurutnya, kedua-dua mereka yang berang dengan tindakannya itu menghayunkan parang ke arahnya dan isteri.

“Anak lelaki saya yang yang berada berhampiran segera memberikan bantuan.

“Lelaki itu terus menetak kami tiga beranak bertubi-tubi dan ketika itu saya menepis tetakan berkenaan menggunakan tangan dan kayu.

“Tanpa saya sedari, kepala dan tangan saya sudah berdarah sebelum jeritan kuat anak dan isteri menyebabkan dua lelaki itu panik dan melarikan diri,” katanya.

Mangsa berkata, dia bersama isteri dan anaknya cuba mengejar kumpulan terbabit namun gagal.

“Saya menerima 10 jahitan di kepala dan cedera ringan di tangan, isteri pula menerima lapan jahitan di kedua-dua tangan dan anak lelaki saya, enam jahitan di kepala,” katanya.

Mengulas tindakannya yang bertindak berani dengan melawan dua penjenayah itu, mangsa memberitahu, dia sudah tidak tahan kerana kedai runcitnya itu sering dijadikan sasaran kumpulan penyamun sejak dua tahun lalu.

“Sebab itu saya sediakan kayu dan melawan mereka (penjenayah),” katanya.

Katanya, biarpun cedera, dia berpuas hati kerana kumpulan terbabit gagal menyamun kedainya.

Tiga beranak itu bergegas ke hospital swasta berhampiran berkenaan, di sini, sebelum pihak pengurusan hospital terbabit membuat laporan polis mengenai insiden itu.

Difahamkan, seorang pegawai penyiasat bergegas ke hospital berkenaan dan merakamkan percakapan tiga beranak terbabit.

Pihak berkuasa kini meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di premis berkenaan yang menunjukkan kekejaman kumpulan penyamun terbabit.

sumber...Hmetro