Followers

Wednesday, April 3, 2013

Kenapa Najib "JAMIN" Peralihan Kuasa PRU-13 ??


Sedap gak dengau gebang sembang kedai kopi beb..
Ada kata Najib jamin untuk peralihan kuasa dari BN kepada PR..setuju jer
Ada kata peralihan kuasa dari Najib kepada Muhyiddin..setuju gak

Kah Kah Kah..Betol ke luu boleh jamin peralihan kuasa dari BN kepada PR?
Jangan main main bro..Kang nanti luu kena tew kaw kaw
Anyway wa doakan PR akan mengambil alih kuasa pemerintahan secara adab dan bersopan.

Bab peralihan kuasa Umno dari Najib kepada Muhyiddin..
Wow...Muhyiddin akan menggantikan Najib beb..
Berjayalah Ex-Mamak Bendahara Malaysia menggulingkan Najib ..
Tetapi sayang seribu kali sayang..
Ditelan pahit dibuang sayang..
Bukan mabok sibuah kepayang..
Tetapi di Parlimen Malaysia sebagai KETUA PEMBANGKANG

Amin Ya Rabbal A'Lamin...

PM jamin peralihan kuasa secara aman

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini memberi jaminan bahawa sebarang peralihan kuasa selepas pilihan raya umum ke-13, jika ada, akan berlangsung dengan aman.

Bercakap ketika mengumumkan pembubaran Parlimen hari ini, Najib menegaskan, kerajaan sedia ada sentiasa menjunjung prinsip demokrasi, tekad tranformasi politik yang dilaungkan serta komitmen dalam menghormati suara rakyat.

"Saya ingin jamin, kerajaan sedia ada akan meneruskan tugas sesuai dengan undang-undang sehingga selesai pilihan raya.

"Saya juga ingin menyeru, jika berlaku sebarang peralihan kuasa, ia akan berlangsung secara aman dan terbit. Ini iltizam kita untuk menjunjung prinsip demokrasi," katanya.





sumber...tewnama