Followers

Wednesday, April 17, 2013

Parlimen Tasek Gelugor "BERGELORA" Kerana Najib ?? Lagi...


Shariff telah menjangkakan untuk mendapat kerusi tersebut selepas Tan Sri Nor Mohamed Yakcop bersetuju untuk tidak bertanding walaupun menang di situ pada Pilihan Raya 2008. – Gambar oleh K.E. Ooi
Kecewa dengan BN, Shariff akan bertanding sebagai calon bebas di Tasik Gelugor
Doa hari hari terakhir almarhum ustaz Fadzil Mohamad Noor nampaknya semakin Allah Azzawajal makbulkan..
Apa dah jadi dengan 'gelombang biru' ??
Adakah gelombang dah mula memakan kapal UmnoBn??
Semalam kenapa Big Mama perlu buat penafian bukan dia yang tentukan calon??

GEORGE TOWN, 17 April — Bekas ahli parlimen Tasik Gelugor Datuk Seri Mohd Shariff Omar mengumumkan malam tadi beliau akan bertanding di kerusi tersebut walaupun Barisan Nasional (BN) telah memilih calon lain untuk pilihan raya 5 Mei.
Shariff telah menjangkakan untuk mendapat kerusi tersebut selepas Tan Sri Nor Mohamed Yakcop bersetuju untuk tidak bertanding walaupun menang di situ pada Pilihan Raya 2008. Ia merupakan salah satu daripada dua kerusi parlimen dimenangi oleh BN di Pulau Pinang dalam pilihan raya umum tersebut.
Bekas timbalan menteri yang mempunyai ramai penyokong di Tasek Gelugor itu mengkritik kepimpinan BN kerana memilih calon yang tidak dimahukan oleh penduduk setempat.
“Saya akan menjadi calon mesra Pakatan Rakyat untuk kerusi ini,” kata lelaki berusia 65 tahun itu kepada pemberita selepas perhimpunan spontan lebih 2,000 penyokong di luar rumahnya di sini.
“Saya boleh jadi calon bebas, atau di bawah tiket DAP, saya boleh bertanding di bawah PKR dan PAS kerana semua pemimpin mereka adalah kawan saya,” tambah beliau beberapa jam selepas BN mengumumkan Shahbudin Yahya akan bertanding di kerusi Tasek Gelugor.
Shariff menjangkakan mungkin berlaku perlawanan beberapa penjuru di kerusi Tasek Gelugor dan tiga kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam kawasan tersebut.

oleh Opalyn Mok malaysian insider