Followers

Friday, June 13, 2014

Inilah Puncanya 'Hudud Umno' Kantoi Di Selangor



Punca sebenar Umno Selangor tarik balik isu Hudud

Umno Selangor memberi alasan kononnya laporan yang mengelirukan oleh akhbar Cina sebagai punca mereka menarik balik usul berkaitan perlaksanaan hudud di Selangor seperti diumumkan hari ini.

Ketua Pembangkang Selangor Datuk Mohd Shamsudin Lias berkata banyak akhbar Cina menghubunginya dan telah salah faham berhubung usul asal yang mahu dibawa ke Dewan Negeri Selangor itu.

"Ia bukan rang undang-undang persendirian. Ia hanya bertanya kepada kerajaan (negeri) sama ada mereka mahu laksanakan hudud (atau tidak)," kata beliau dipetik Malaysiakini.

Dalam pada itu, satu sumber yang dekat dengan Umno Selangor memberitahu Harakahdaily, punca sebenar penarikan itu adalah kerana usul yang pada asalnya mahu memerangkap PAS Selangor itu telah "makan tuan".

"Pada asalnya mereka menyangka speaker (Hannah Yeoh) dari DAP sudah pasti akan menolak usul tersebut kerana DAP sejak awal konsisten menolak hudud.

"Jika benar berlaku penolakan oleh speaker, maka mereka akan menjadikan itu sebagai bukti bahawa PAS benar-benar tunduk kepada DAP dengan membenarkan usul itu ditolak.

"Namun sebaliknya pula berlaku apabila speaker membenarkan usul tersebut dikemukakan dan kali ini Umno pula terperangkap dengan jerat yang dibuat sendiri," katanya yang tidak mahu namanya didedahkan.

Sebelum ini Adun Umno Sungai Air Tawar, Kamarol Zaki Abdul Malik membawakan usul itu di bawah Peraturan 26, Peraturan-peraturan Tetap Dewan Negeri Selangor.

Usul tersebut berbunyi:

"Bahawa Dewan yang mulia ini menggesa kerajaan negeri Selangor mengkaji kebarangkalian pelaksanaan undang-undang hudud pada masa hadapan di negeri Selangor selaras dengan peruntukan Perlembagaan Persekutuan perkara 3 iaitu Islam sebagai agama Persekutuan".

Penerimaan usul itu bagaimanapun memberi tamparan hebat buat bukan sahaja kepada Umno, malah BN secara keseluruhan.

Ada cakap-cakap dari dalaman Umno sendiri bahawa usul yang dibawa itu mencerminkan sikap "tidak cerdik politik" pemimpin Umno Selangor.

Selain mengingkari pandangan presiden parti, Datuk Seri Najib Razak yang menegaskan Malaysia tidak akan melaksanakan hudud, tindakan Umno Selangor itu juga disifatkan "terlebih sudu dari kuah".

Ini kerana dakwa mereka, Kerajaan Pusat telahpun menubuhkan jawatankuasa teknikal membincangkan isu ini, namun Umno Selangor seperti mahu mendahului jawatankuasa ini.

"Mengapa yang baru jadi Ahli Dewan Undangan Negeri sepenggal dua, solat pun kadang-kadang tertinggal galak sangat mahu membicara hudud ini?

"Bagaimana Umno akan menjawab pertanyaan parti lawan mengapa usul ini dibawa ke Dun Selangor bukannya Dun Johor, Kedah, Perak, Pahang, Terengganu, Sabah dan Negeri Sembilan yang mana Umno mempunyai majoriti untuk melaksanakannya," soal beberapa blog pro umno.

sumber...harakahdaily