Followers

Tuesday, September 8, 2015

Antara Bos SB dan Nyonya Mansor,Siapa Akan Kantoi ?


Bekas bos SB cabar Rosmah jawab sendiri tuduhan

Bekas timbalan pengarah Cawangan Khas (SB) polis Datuk Abdul Hamid Bador menggesa isteri perdana menteri Rosmah Mansor tampil menjawab sendiri dakwaan terhadapnya dan tidak menggunakan orang tengah.

Hamid perkata Rosmah tidak perlu menggunakan pembantunya Datuk Rizal Mansor untuk bercakap bagi pihaknya.

 “Sanggupkah Rosmah sendiri tampil buat penafian? Dia tak boleh bercakap sendiri ke?

Sudah tentu, dia (perlu) jawablah,” katanya kepada Malaysiakini.

Isnin lalu, Hamid membangkitkan persoalan kepada Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sama ada pertukarannya ke Jabatan Perdana Menteri dibuat dalam "mesyuarat tergempar" dipengerusikan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan turut dihadiri Rosmah.
  
Bagaimanapun semalam Rizal dengan keras menafikan dakwaan Rosmah menghadiri mesyuarat tergempar seperti yang didakwa.

 Sementara itu, Hamid juga membangkitkan isu berkaitan amalan membeli-belah Rosmah yang didakwanya menyusahkan pegawai dan pengiringnya.

 

Selama ini dia banyak menyusahkan pegawai saya. Suka membazir waktu 'bershopping' sakan. Berjam-jam lamanya pegawai polis kena iring.


Aktiviti dia (Rosmah) itu memaksa kerajaan tanggung kos lebih untuk bayar elaun pegawai-pegawai untuk iring,” dakwanya.

Rizal: Tunggu berita siar dulu

Menjawab soalan, Hamid berkata beliau tidak bimbang dikenakan sebarang tindakan atas kenyataan pedasnya itu.

 “Saya tidak takut mati pun. Sudah saya buktikan waktu Ops Daulat (dalam kes pencerobohan Lahad Datu). Lagipun saya tidak percaya ilmu-ilmu ghaib, bomoh, hantu puaka. Kuasa Allah mengatasi segalanya.

Kalau saya perlu pergi ke mahkamah, lagi bagus. Senang untuk saya dedahkan semuanya,” katanya.


Sementara itu, Rizal ketika dihubungi Malaysiakini enggan mengulas lanjut sebaliknya menunggu berita ini disiarkan terlebih dahulu.

"Nanti saya jawab. Siarkan dahulu berita Datuk Abdul Hamid (gambar) ini dulu," katanya.
Malaysiakini sedang cuba mendapatkan reaksi Rizal lagi hari ini.

sumber...Mkini