Followers

Showing posts with label rasuah. Show all posts
Showing posts with label rasuah. Show all posts

Tuesday, October 22, 2019

Nasharudin Mat Isa Berdepan 30 Tuduhan Pecah Amanah RM3.6 juta




Bekas Timbalan Presiden PAS, Datuk Dr Nasharudin Mat Isa didakwa atas 30 pertuduhan pecah amanah membabitkan RM3.6 juta dan tiga pertuduhan pengubahan wang haram berjumlah RM302,069.60.

Tuduhan pecah amanah jenayah itu didakwa mengikut Kanun Keseksaan bagi kesalahan yang dilakukan sejak 2015.

Pertuduhan pengubahan wang haram pula dibuat mengikut Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001.

Semua pertuduhan terhadap Nasharudin dibacakan di Mahkamah Sesyen Shah Alam, di hadapan Hakim Rozilah Salleh.

Beliau mengaku tidak bersalah terhadap semua pertubuhan yang dihadapinya.

Hakim Rozilah kemudian membenarkan jaminan sebanyak RM330,000 dengan seorang penjamin terhadap Nasharudin, manakala pasport antarabangsa beliau diperintah diserahkan kepada mahkamah.

Nasharudin ditahan sepasukan pegawai SPRM, petang semalam selepas memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya.

sumber... bhnews@bh.com.my

Sunday, March 31, 2019

Najib Boleh Terus 'Bermain' Tetapi...



Najib,bergembiralah sebelum masuk penjara

Semenjak 9 Mei 2018, hidup Najib Razak tidak lagi seindah seperti semasa sembilan tahun menjadi perdana menteri Malaysia.

BN pimpinannya buat kali pertama dalam sejarah kalah dalam pilihan raya umum.

Dunia memerhatikan segala skandal yang ditutupnya ketika berkuasa terbongkar. Rumahnya digeledah polis. Ratusan juta ringgit ditemui dan pelbagai barang kemas miliknya dan isteri dirampas polis.

Semua ini tidak pernah disangka Najib akan berlaku kepada dirinya. Maklumlah, Najib lahir daripada keluarga bangsawan.

Ayahnya, Abdul Razak Hussein merupakan perdana menteri kedua selain orang kuat Istana Pahang.

Selepas hilang kuasa, setiap hari media melaporkan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) melibatkan Najib yang ditutup ketika beliau berkuasa.

Media arus perdana yang sebelum ini dikawal BN merasa bebas sebebas-bebasnya.

Semuanya sudah boleh dilaporkan berbanding ketika zaman Najib menjadi perdana menteri.

Ketika Najib menjadi perdana menteri, wartawan dimasukkan ke dalam lokap. Portal atas talian disekat dan ditutup. Permit akhbar digantung.

Hari ini di zaman pemerintahan Pakatan Harapan (PH) Najib bernasib baik kerana media tidak lagi dikawal kerajaan.

Maka Najib masih lagi mendapat liputan. Disebabkan itu Najib memperkuatkan pasukan media sosialnya.

Tentera upahan

Sebaik sahaja selepas kalah PRU14, akaun bank Najib dibekukan. Maka Najib tidak dapat bergerak. Akaun banknya disiasat sama ada berkait dengan 1MDB atau tidak.

Akan tetapi pada Julai, kerajaan pimpinan Dr Mahathir Mohamad tidak lagi membekukannya selepas mendapati ia tidak berkaitan dengan 1MDB.

Sebaik sahaja akaunnya tidak dibekukan, maka Najib pun menyusun pasukan sibernya.

Salah seorang ahli Majlis Tertinggi Umno ditugaskan untuk menggepalainya.

Jutaan ringgit dihabiskan untuk menguatkan pasukan sibernya yang terdiri daripada antaranya wartawan-wartawan yang bertugas dengan pelbagai agensi media.

Malahan ada wartawan daripada portal media yang kerjanya hanya menulis berita Najib dan mengikut segala aktiviti bekas perdana menteri itu.

Maka tidak hairanlah dalam satu hari, akaun Facebook Najib akan mempunyai empat lima posting menghentam kerajaan PH.

Semuanya akan mendapat liputan media kerana kerajaan hari ini tidak mempunyai dasar untuk mengawal media.

Ini semua menjadi hiburan baru kepada Najib. Pada masa sama, pasukan peguamnya terus menerus cuba untuk menangguhkan perbicaraan rasuah dihadapinya.

Disebabkan itu kerajaan pimpinan Dr Mahathir bakal menubuhkan mahkamah khas untuk menguruskan kes-kes berkaitan dengan rasuah.

Perdana menteri berkata penubuhan mahkamah itu nanti tidak akan menjejaskan mahkamah biasa.

“Ini cadangan baharu kerana kita perlu menentukan kes-kes rasuah diberi masa oleh mahkamah khusus yang tertumpu semata-mata kepada kes rasuah.

“Ia memerlukan undang-undang kerana ia akan mengubah ciri-ciri asas mahkamah, jadi perlu ada kesungguhan untuk melawan rasuah.

“Kerajaan dalam proses akhir penilaian cadangan ini dan akan diwujudkan secepat yang mungkin,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Khas Kabinet Mengenai Anti Rasuah (JKKMAR) baru-baru ini.

Selagi bebas, bergembiralah Najib dengan pasukan media sosialnya. Lambat laun beliau akan ke penjara juga.

Oleh: Amin Iskandar

Tuesday, April 10, 2018

Saya Tak Sokong BN,kata Wardina Safiyyah



Saya tak sokong BN, kata Wardina Safiyyah

Personaliti televisyen Wardina Safiyyah tampil membuat kenyataan berani mengenai pendiriannya terhadap kerajaan sementara BN menjelang pilihan raya umum ke-14.

“Tidak, saya tidak takut untuk menyatakan sokongan saya bukan kepada BN. Saya tidak perlu menjilat sesiapa untuk kerjaya atau berada di televisyen lagi.

“BN tidak memiliki negara ini dan mereka sudah berkuasa terlalu lama,” kata selebriti 38 tahun itu, seperti dilaporkan Roketkini.

Akhbar web DAP yang memetik status di media sosialnya itu melaporkan Wardina menggesa rakyat bangun membuat keputusan terbaik untuk kerajaan baru yang bakal memimpin Malaysia tidak lama lagi.

“Saya mengakui terdapat orang yang baik dan jahat dalam parti. Terdapat juga orang yang begitu hebat dalam BN walaupun cuma sedikit….

“saya juga mengagumi beberapa individu daripada BN dan terdapat beberapa karakter yang saya sangsi dalam Pakatan (Harapan).

“Malaysia, kita memerlukan pemimpin jujur. Mereka yang benar-benar mengambil berat...mereka yang mempunyai kelayakan.

“Saya sudah penat dengan pemimpin bodoh. Dan cukup...cukuplah dengan korupsi dan menjadikan diri kamu kaya-raya. Menyampah,” kata pelakon yang terkenal dengan sitkom Spanar Jaya.

'Letih'

Sementara itu, gesaan Wardina itu turut ditujukan kepada penjawat awam yang baru-baru ini menerima kenaikan satu tangga gaji tahunan baru-baru ini.

“Kepada penjawat awam, bantu kami melakukan perubahan, jangan ditakutkan. Semoga Allah mempermudahkan.

“Harap tidak ada taktik kotor seperti membakar sentimen agama dan kaum serta fitnah melampau masa kempen.

"Letih,” katanya.

Friday, January 16, 2015

Kompom: SPRM Cekup 'Datuk' Ex CEO TEKUN



Bekas CEO Tekun Ditahan Reman 7 Hari

Bekas ketua pegawai eksekutif (CEO) Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (Tekun)  ditahan reman tujuh hari bagi membantu siasatan berhubung dakwaan meminta suapan daripada syarikat pengutip hutang.

Majistret Lukman Hakim Abu Bakar Sedik mengeluarkan perintah reman selama tujuh hari bermula Jumaat sehingga 22 Januari ini terhadap lelaki berusia 60 tahun itu untuk disiasat mengikut Seksyen 17 (a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009.

Suspek bergelar 'Datuk' itu dibawa ke Mahkamah Majistret Putrajaya pada 9.30 pagi ini untuk mendapatkan perintah reman.

Difahamkan lelaki itu ditahan di Kelab Shah Alam, Selangor pada 9.20 malam Khamis.

Tekun adalah satu badan di bawah sebuah kementerian.

Suspek didakwa melakukan kesalahan itu bermula 2011 hingga tahun lepas, dengan meminta rasuah daripada syarikat pengutip hutang mengikut peratusan dan sebagai balasan, kontrak perkhidmatan syarikat itu, dilanjutkan.

Siasatan awal mendapati suspek memperoleh RM20,000 hingga RM70,000 sebulan sepanjang tempoh berkenaan.

sumber...Bernama

Saturday, September 21, 2013

Boleh 'Jihad Seks' Di Syria ??



 
Jihad nikah di Syria

Sekumpulan wanita Tunisia pergi ke Syria untuk melancarkan 'jihad nikah' bagi melegakan pejuang-pejuang yang memerangi tentera Presiden Bashar Al-Assad, kata Menteri Dalam Negeri, Lotfi ben Jeddou kepada Parlimen.

"Mereka tidur dengan 20, 30 atau 100 pejuang Islam," kata menteri berkenaan kepada anggota-anggota Parlimen Tunisia kelmarin."Selepas mengadakan hubungan seks menerusi jihad nikah, mereka pulang dalam keadaan hamil," tambahnya.

Dipercayai terdapat beratus ratus wanita  islam telah hamil setakat ini.

Bekas Mufti Tunisia Sheikh Othman Battikh berkata pada April bahawa 13 kanak-kanak perempuan Tunisia "telah tertipu "  dalam perjalanan ke Syria untuk menawarkan perkhidmatan seks mereka dengan militan berjuang untuk menumbangkan kerajaan Presiden Bashar al- Assad.
 

Mufti Tunisia , yang dipecat daripada jawatannya selepas itu , menyifatkan apa yang dipanggil "seks Jihad " sebagai satu bentuk "pelacuran ."
 

"Bagi Jihad di Syria , mereka kini membawa kanak-kanak perempuan untuk pergi ke sana . 13 anak-anak muda telah dihantar untuk Jihad seksual. Apa ini? Ini dipanggil pelacuran. Ia adalah rasuah pendidikan moral , "kata mufti kepada pemberita.

sumber...AFP

Sunday, August 25, 2013

Pabila Pegawai JAIS Makan Duit Haram..




Rasuah Khalwat:

Kalau pegawai di Jabatan Agama Islam pun daa berani makan duit rasuah..
Alahai apo nak dikato..
Tercalar sudah imej jabatan agama Islam bro..
Kenapa terjadi sampai sebegini?

Gaji pegawai tak cukop ke?
Elaun tak ada ke?

Apa masalah sebenarnya?

Penguat kuasa syariah semestinya orang yang memahami hukum hakam kan..
Tak gitu ?

Tiga penguat kuasa JAIS kutip puluhan ribu sebulan bebas pasangan kena tangkap

Kuala Lumpur: Tiga penguat kuasa syariah dipercayai mengaut puluhan ribu ringgit sebulan hasil suapan pasangan yang melakukan kesalahan khalwat. Mereka yang bertugas di Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dipercayai sudah lama melakukan kegiatan itu bersama berdasarkan buku simpanan bank masing-masing.

Ketiga-tiga mereka ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Ahad minggu lalu dan difahamkan akan didakwa minggu depan.
Suapan bebas dakwaan


Menurut sumber, mereka menyasarkan pasangan khalwat yang akan didakwa sebelum meminta suapan kononnya bagi membebaskan mereka daripada dakwaan.

sumber...bh

Thursday, August 2, 2012

P.I Bala: Mereka Cuba Rasuah Saya... Lagi

  •  
  •  
  • Hazlan Zakaria & Salhan K Ahmad
  • 10:15AM Ogos 2 2012
 
EKSKLUSIF Penyiasat persendirian P Balasubramaniam muncul daripada persembunyian dan membuat satu lagi pendedahan yang menggemparkan - bahawa terdapat percubaan kedua untuk merasuahnya ketika dia berada di India, kali ini untuk memburuk-burukkan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Bercakap kepada Malaysiakini dalam satu temubual di Kuala Lumpur bulan lepas, Balasubramaniam mendakwa dia didatangi kira-kira seminggu sebelum pilihan raya negeri Sarawak pada April tahun lepas.

"Anda tahu semua ini, mereka sudah mendapat 'berita baik' dari
Perth dan mereka memerlukan lagi 'berita baik' dari India," kata Balasubramaniam, tetapi enggan mengulas lanjut.

Pada masa itu, jentera kempen kedua-dua belah parti politik mencapai kemuncaknya dan apa sahaja digunakan untuk menarik pengundi dalam pilihan raya negeri yang penting itu.

Ia juga sekitar masa  temubual Raja Petra Kamaruddin dengan TV3, yang dibuat semasa lawatan kontroversi penulis blog itu ke Australia, disiarkan.

Dalam temubual itu yang turut disiarkan oleh stesen TV arus perdana, Raja Petra menafikan akuan bersumpah (SD) yang menghubungkan isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor dengan kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu.

Raja Petra, yang hidup dalam buangan di United Kingdom, menyebut bahawa SD itu adalah berdasarkan maklumat 'disemai' oleh pemimpin PKR yang terdesak untuk menghalang Najib, yang ketika itu timbalan perdana menteri, menggantikan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

sumber...malaysiaKini

Tuesday, December 27, 2011

Heboh Pembantu TPM Makan Rasuah ??



Alahai TPM Muhyiddin..
Kesah lembu pun belom habis cerita lagi bro...kah kah kah
Timbul pulak cerita setiausaha sulit mentekedarah rasuah pulak...kah kah kah
PRU tak lama lagi daa...ha ha terbarai memacam pulak...kah kah kah
Isu maintenance rumah pun tak berjawab lagi...
Ada lagi kes ke ,selepas ini...kah kah kah

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, beliau sedang menyiasat dakwaan bahawa setiausaha sulitnya ada menerima sogokan.

Bercakap kepada pemberita di Shah Alam hari ini, Muhyiddin bagaimanapun berkata beliau tidak tahu menahu berhubung sebarang salah laku tetapi berjanji akan melihatnya secara mendalam.
NONE
Beliau mengulas dakwaan seorang penulis blog Whistleblower 771 bahawa setiausaha sulit kanannya Mohd Shukor Abdul Manan (kanan) menerima lebih daripada RM100,000 sebulan.

Turut didakwa terlibat setiausaha sulit Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan Timbalan Menteri Kewangan Datuk Awang Adek Husin.

Awang bagaimanapun menafikan berlakunya salah laku sebaliknya dana berkenaan untuk menggerakkan program kebajikan.

sumber...malaysiaKini

Tuesday, December 13, 2011

Songlap Rasuah Taib Mahmud Jadi Hangat

NGO Antarabangsa desak Taib dan keluarga didakwa

KUALA LUMPUR 13 Dis : Jika sebelum Ketua Menteri Sarawak dilaporkan memiliki aset sebanyak U$1.46 bilion (RM4.6 bilion) di 14 syarikat. Kini Pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dari enam negara mendesak supaya Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud dan keluarganya ditangkap atas pelbagai dakwaan.

Taib dan 13 ahli keluarganya didakwa terlibat di dalam salah guna jawatan awam, rasuah dan konspirasi untuk membentuk sebuah organisasi jenayah.
Antara NGO yang membuat tuntutan berkenaan adalah Dana Bruno Manser (BMF), Greenpeace dan pertubuhan pemantau hutan dunia, Fern. Lapor Malaysiakini.

Mereka telah mengemukakan surat bertarikh hari ini kepada kerajaan Malaysia supaya menangkap individu berkenaan kerana dituduh dengan pelbagai dakwaan berkaitan dengan pengagihan dana awam secara haram, salah guna jawatan awam, merampas tanah kerajaan, rasuah, eksploitasi konflik kepentingan dan sebagainya.

Surat berkenaan dihantar ke Pejabat Peguam Negara, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Ketua Polis Negara.
“Kami memohon pendakwa utama Malaysia pada kadar segera menangkap dan mendakwa Ketua Menteri Sarawak, empat anaknya, lapan adik-beradiknya dan sepupu pertamanya, Abdul Hamed Sepawi,” kata NGO itu dalam surat mereka.

Selain Abdul Taib, 75, mereka yang dinamakan itu adalah anak-anaknya, Jamilah Hamidah Taib Murray, Mahmud Abu Bekir Taib, Sulaiman Abdul Rahman Taib, Hanifah Hajar Taib.
Manakala adik beradiknya pula adalah Ibrahim Mahmud, Aisah Zainab Mahmud, Zaleha Mahmud, Onn Mahmud, Mohamad Ali Mahmud, Mohd Tufail Mahmud, Amar Hajar Fredahanum Mahmud, dan Raziah Mahmud.

Surat 10 muka surat itu ditandatangani oleh 13 NGO dari Malaysia, Australia, Jerman, Jepun, Switzerland dan United Kingdom serta beberapa tandatangan individu dari Malaysia.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=24296

Sunday, November 20, 2011

Nasib Askar Seumpama "Ayam" ??

Bekas askar dakwa nyawa dipertaruh kerana rasuah

Beberapa bekas anggota tentera, yang telah berkhidmat selama beberapa dekad, tampil dan mendakwa gejala rasuah dalam Kementerian Pertahanan telah meletakkan nyawa mereka ibarat ‘telur di hujung tanduk’.

Seorang daripada mereka, semasa forum mengenai rasuah dalam industri pertahanan, memberitahu Malaysiakini, bahawa tindakan itu telah menyaksikan beberapa rakannya menjadi ‘kudung’ dan sebahagian besar mereka "menderita secara senyap".

Lelaki yang enggan namanya didedahkan itu kerana khuatir akan dikenakan tindakan tatatertib berkata, pegawai bukan tentera telah menolak cadangan pihak ketenteraan dan sebaliknya membeli peralatan kurang bermutu yang mempertaruhkan nyawa perajurit negara.

"Kita beli mesin gun AK 33 yang selepas tembakan sebanyak tiga pusingan akan tersekat. Ini memaksa askar mencampangkan senapang itu dan berjuang menggunakan parang,” katanya merujuk kepada satu operasi yang tidak dinamakannya.

Contoh lain, katanya, sekitar tahun 1970-an, kaki askar-askar dijangkiti sehingga ada yang terpaksa dipotong kerana but yang dibekalkan mereka karat. Ini kerana but yang dibekalkan itu diperbuat daripada kepingan zink dan bukannya aluminium seperti yang sepatutnya.

But berkenaan bertujuan melindungi kaki askar dari pancang perangkap samar yang tersembunyi ketika peperangan gerila di hutan. Namun, katanya, ia gagal untuk berbuat demikian kerana senang berkarat ketika askar-askar meredah hutan ketika hujan lebat.

Beliau turut memberi contoh, bagaimana, poncho atau baju hujan yang berkualiti rendah itu seringkali menyaksikan perajurit basah kuyup setiap kali hujan.

"Saya dalam kesejukan berada di hutan sedangkan seseorang telah mendapat habuan besar dan berseronok di tempat lain," katanya pada majlis anjuran Transparency International di Subang.

Lelaki itu juga mendakwa mutu makanan yang berkualiti rendah dibekalkan kepada pasukan tentera dan sekiranya pegawai mereka membuat bantahan, mereka pula akan dipindahkan ke tempat lain sebagai hukuman.

"Mereka tidak peduli. Saya percaya ia masih berterusan. Askar-askar kita yang menderita,” rintihnya lagi.

Oleh Aidila Razak malaysiaKini

komen terbaek..

Kong Bu Fenzi ·

OOOOI... kementerian pertahanan patut beli senapang plastik.
peluru plastik , bom kabat , meriam plastik untuk askar menjaga keamanan negara , inilebih jimat kos , untung lebih banyak.
- Kalau boleh gunakan kereta kebal plastik atau fiber.
- Jeep plastik, kapal terbang mainan kanak kanak remote kontrol , tulis bill tinggi melanggit , ini lagi untung kalau nak rasuah.. kah kah kah.
- Malaysia ini mana jabatan yang tidak rasuah , itu bukan kerajaan malaysia.

Monday, June 27, 2011

Koperal dipenjara 14 hari, denda RM10,000 kerana minta rasuah

Ada lencana rasuah

ALOR SETAR - Seorang anggota polis berpangkat Koperal dipenjara 14 hari serta didenda RM10,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini, hari ini selepas didapati bersalah atas tuduhan meminta suapan daripada seorang penunggang motosikal tiga tahun lalu.

Hakim Chan Jit Li yang menjatuhkan hukuman di dalam kamar turut memerintahkan penjara tambahan sebulan terhadap Nordin Muhamad Nor, 47, jika dia gagal membayar denda.

Nordin yang bertugas di Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Setar dituduh meminta RM180 daripada Khoo Shu Shan di bulatan Teluk Wanjah pada 1 Nov 2008.

Wang itu adalah sebagai dorongan supaya Khoo tidak disaman kerana tidak memiliki lesen dan cukai jalan yang tamat tempoh.

Nordin yang diwakili peguam Saw Hoe Teik dituduh mengikut Seksyen 11(a) Akta Pencegahan Rasuah 1997.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Iznina Hanim Hashim.

sumber...Bernama