Followers

Thursday, November 8, 2018

AWAS: Suami Culas Bayar Nafkah


Suami culas bayar nafkah mungkin kena sekatan bank

Kerajaan bercadang untuk mengetatkan lagi peraturan berkaitan nafkah bagi mengekang lelaki atau suami yang culas melaksanakan tanggungjawab masing-masing.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mujahid Yusof berkata antara langkah yang sedang dipertimbangkan ialah mengenakan sekatan bank ke atas lelaki yang tidak membayar nafkah buat anak-anak atau bekas isteri mereka.

Menurut Mujahid, perbincangan dengan Jabatan Kehakiman Syariah Negeri sudah diadakan bagi melaksanakan tindakan tersebut.

"Perkara ini telah dibincangkan diperingkat JKSN, juga diperingkat kami (kementerian) dan saya harap penguatkuasaan itu akan dipertingkatkan termasuk melibatkan isu sekatan bank.

“Kita perlukan sedikit penguatkuasaan ke atas suami-suami yang liat membayar nafkah untuk bekas isteri,” katanya seperti dipetik Sinar Online.

Terdahulu anggota parlimen Parit Buntar itu menghadiri sesi pertemuan Tadbir Urus Maqasid Syariah di Putrajaya, hari ini.

Kata Mujahid ramai kalangan wanita yang tidak diberi keadilan dari sudut nafkah walaupun sudah diputuskan oleh mahkamah syariah.

"Kebanyakan bekas isteri tiada tempat untuk mengadu dan terdapat kelemahan dari segi penguatkuasaan.

"Oleh itu saya harap penguatkuasaan juga mesti ditumpukan kepada soal keluarga yang mana wanita-wanita yang diceraikan banyak sekali tidak mendapat hak mereka bila bekas suami ini berasa mereka tidak dikuatkuasakan tanggungjawab mereka untuk memberi nafkah," katanya.

sumber...mKini

Wednesday, November 7, 2018

Anwar: Tiada Tekanan dari Saya untuk Dr M Berundur



Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau tidak mahu meletakkan tekanan kepada Tun Dr Mahathir Mohamad untuk berundur bagi memberi ruang kepada perdana menteri untuk mentadbir negara.

Beliau berkata demikian dalam wawancara bersama Bloomberg ketika ditanya tentang peralihan kuasa daripada Mahathir kepadanya, dan sama ada ia akan dipercepatkan.

"Bila saya menggantikannya? Saya fikir ketika kami berdua sedia. Mahathir berulang kali berkata beliau akan mematuhi persetujuan dan saya tiada masalah dengan itu.

"Biasanya saya tidak layan soalan seperti ini kerana saya mahu memberi sokongan dan kebebasan penuh kepadanya untuk melakukan perkara tanpa memikirkan bila masa beliau perlu berundur," kata Anwar.

Mahathir yang juga pengerusi Pakatan Harapan (HARAPAN) berkata beliau akan menyerahkan kuasa kepada Anwar selepas kira-kira dua tahun, di sebalik gesaan daripada dalam parti itu agar beliau kekal untuk satu penggal penuh.

Dalam wawancara itu, Anwar juga mengulas kenaikan dalam jangkaan defisit tahun ini selepas Pakatan Harapan menjadi kerajaan.

Menurut Belanjawan 2019 yang dibentang Jumaat lalu, defisit yang pada mulanya disasarkan pada kadar 2.8 peratus, kini dijangka mencapai 3.7 peratus pada untuk tahun ini.

Bagaimanapun kerajaan berharap dapat mengurangkannya kepada 3.4 peratus untuk tahun depan.

"Kita ada dasar untuk mengurangkan defisit secara bertahap, tetapi untuk mengurangkannya secara drastik bermaksud akan ada potongan dalam perbelanjaan pembangunan dan ia akan menyebabkan ekonomi lembap, kita tidak mahu keadaan itu.

"Sebab itu dasar kini adalah untuk mengurangkan defisit tanpa membenarkan pembangunan menjadi perlahan dan lembap," katanya lagi.

sumber...mKini

Monday, November 5, 2018

Pelik Apabila Musa Tak Didakwa Lebih Awal, kata Gopal


Ketua pendakwaan dalam kes Tan Sri Musa Aman memberitahu Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, mereka mempunyai kes yang kukuh terhadap bekas ketua menteri Sabah itu.

Datuk Seri Gopal Sri Ram berkata Musa sebelum ini memang sudah disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Bagaimanapun jelas Gopal kes berkenaan tidak diteruskan atas sebab tertentu.

"Disebabkan alasan yang sangat aneh kes (siasatan SPRM terhadap Musa) diarahkan ditutup," katanya.

Gopal mengepalai pasukan pendakwaan yang bertindak bagi pihak Peguam Negara dalam kes melibatkan Musa.

Bekas pemimpin Umno Sabah itu berdepan 35 tuduhan membabitkan rasuah berkaitan kontrak pembalakan bernilai RM263 juta.

Kesalahan itu didakwa dilakukan Musa di Hong Kong dan Singapura melalui proksinya antara 2004 dan 2008.

Puji SPRM, Thomas

Abang kepada anggota parlimen Kimanis Datuk Seri Anifah Aman itu mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan bagi semua tuduhan berkenaan.

Daripada 35 pertuduhan itu, nama salah seorang kenalan Musa, Chia Tien Foh disebutkan 16 kali.
Hakim kemudian membenarkan Musa dibebaskan dengan ikat jamin sebanyak RM2 juta.

Kata Gopal pihaknya juga akan membawa dua atau tiga orang saksi dari negara luar untuk memberi keterangan dalam perbicaraan tersebut.


Gopal yang sebelum ini pernah berkhidmat sebagai hakim Mahkamah Persekutuan memberitahu urusan untuk mendapatkan bantuan perundangan bagi membawa saksi terbabit akan dilakukan oleh kerajaan.

Sementara itu bercakap kepada Malaysiakini Gopal memberitahu beliau berasa hairan kerana dua peguam negara terdahulu Tan Sri Abdul Gani Patail tidak mengarahkan Musa didakwa di mahkamah.

Katanya pujian wajar diberikan kepada Peguam Negara Tommy Thomas dan pasukan penyiasat
SPRM, terutama ketua pesuruhjaya Datuk Seri Mohd Sukri Abdull, timbalannya Datuk Seri Azam Baki dan timbalan pendakwa raya Ahmad Akram Gharib dan Kamal Bahrin Omar.

Tidak ketinggalan, Gopal menamakan Pengarah Siasatan Pengubahan Wang Haram SPRM, Zamri Zainal Abidin serta seorang lagi pegawai agensi itu yang dinamakannya hanya sebagai Hasbullah.
"SPRM dan Thomas berusaha dengan gigih untuk meneruskan kes ini," katanya.

Untuk rekod Musa dan Abdul Ghani ialah dua tokoh kanan negara yang berasal dari Sabah dan mereka didakwa mempunyai hubungan kekeluargaan.

Panel Penilai Operasi SPRM pernah meminta agensi antirasuah berkenaan mengkaji semula kes melibatkan Musa dan Chia.

oleh:  Hafiz Yatim dan Faisal Asyraf

Sunday, November 4, 2018

Benarkah ICERD lebih Tinggi dari Perlembagaan Persekutuan?


Benarkah ICERD lebih Tinggi dari Perlembagaan Persekutuan?

Saya tertarik dengan tulisan Tuan Syahredzan Johan, seorang Peguam Perlembagaan yang dihormati. Sering dirujuk bagi memberi pandangan oleh Majlis Peguam Malaysia.
Beliau mengulas mengenai isu ICERD yang sedang dibincangkan oleh masyarakat, Perkara 4 dan 153 Perlembagaan Malaysia wajar juga difahami.

Menurut beliau;

Saya punya pendirian tentang ICERD ini sekarang dah jadi neutral, sebab dah jadi suatu polemik yang berlarutan. Jadi sekarang bagi saya, ICERD ni bagus kalau kita ratifikasi, kalau tidak pun tak apa.

Tapi saya nampak ramai yang tulis macam-macam tentang ratifikasi ICERD.

Dekat Malaysia ini, undang-undang tertinggi negara adalah Perlembagaan Persekutuan. Apa-apa undang-undang yang bertentangan dengan Perlembagaan adalah TIDAK SAH.
Ini asas undang-undang negara la. Perkara 4 Perlembagaan.

Siapa kata konvensyen antarabangsa boleh atasi Perlembagaan Persekutuan? Siapa ajar benda songsang macam ini?

Mahkamah pun berkali-kali sudah putuskan, triti dan konvensyen antarabangsa tidak menjadi undang-undang atau terpakai di Malaysia kecuali ia dijadikan undang-undang tempatan.

Bila kita ratifikasi Konvensyen Hak Kanak-kanak (CRC), kita gubal Akta Kanak-kanak. Barulah natijah CRC itu jadi undang-undang.

Maknanya, mana-mana konvensyen antarabangsa TIDAK BOLEH mengatasi apa yang telah termaktub dalam Perlembagaan.

Maknanya, kedudukan istimewa orang Melayu dan bumiputera Sabah dan Sarawak TIDAK BOLEH digugat oleh ICERD atau mana-mana perjanjian antarabangsa.

Maknanya, kalaulah ICERD itu bercanggah dengan Perkara 153 Perlembagaan, Perkara 153 akan mengatasi ICERD.

Ingat, tuan puan adik kakak, kalau mahu pinda walau satu noktah sekalipun dalam Perkara 153, perlu sokongan 2/3 Ahli Parlimen dan persetujuan Majlis Raja-raja.

Nak bantah ICERD, silakan. Tapi jangan cakap macam kalau kita ratifikasi ICERD itu terus hak Melayu hilang. Teori undang-undang apa yang anda pakai ni?

Tolonglah, negara ini ada Perlembagaan Persekutuan. Ingat senang-senang ke boleh guna konvensyen untuk tukar Perlembagaan?

Kalau la senang macam itu untuk atasi Perlembagaan, apa guna ada Perlembagaan? Apa guna perlu ada 2/3 dan persetujuan Majlis Raja-raja?

Saturday, November 3, 2018

Guan Eng: Pulangkan Wang Negara Wahai 'Penyangak'


Terima kasih kerana laluan motosikal Tol Jambatan Pulau Pinang tidak lagi dikenakan kepada penunggang.

Biaya pengurusan untuk Islam dinaikkan kepada RM1.2 Bilion .

Kad subsidi minyak petrol dan lain lain lagi.

Pesanan kerajaan buat pihak yang terlibat dalam skandal 1MDB: pulangkan wang negara dan bersedia dihadapkan ke muka pengadilan.

Buat pihak yang menyokong mereka - yang digelar Lim Guan Eng sebagai penyangak - pula, menteri kewangan menasihati pihak terbabit memohon maaf kepada rakyat.

"Bagi penyanggak yang telah mencuri wang rakyat, pulangkanlah wang kepada negara dan bersedia dihadapkan ke muka pengadilan.

"Bagi mereka yang masih menyokong penyanggak ini, pohonlah maaf dan letak jawatan daripada pejabat awam," katanya.

Terdahulu menteri kewangan berkata walaupun wujud perbezaan di kalangan orang ramai rakyat Malaysia tetap istimewa.

Katanya tanpa mengira kaum, agama ataupun latar belakang yang berlainan semua pihak masih bersedia untuk bekerja sama dan saling mempercayai satu sama lain.

"Pilihan yang dibuat oleh rakyat sekali lagi telah terbukti betul apabila semalam, di Amerika Syarikat, dua bekas pegawai Goldman Sachs Group Inc, Tim Leissner dan Roger Ng, telah ditangkap dan didakwa oleh Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat.

"Mereka adalah antara dalang dalam penerbitan bon 1MDB berjumlah AS$6.5 bilion atau RM26 bilion yang bersubahat dengan penyangak di Malaysia untuk menyelewengkan wang rakyat Malaysia.

"Berita yang lebih baik ialah Jho Low, watak utama dalam skandal ini telahpun didakwa (indicted in absentia) di Amerika Syarikat," katanya.

Lim menambah ketikai ini Malaysia sudah 'bersih' dan pelbagai pihak berbangga dengan keadaan itu.

"Kepada mereka yang tersesat di hujung, baliklah ke pangkal jalan. Amar makruf nahi mungkar.

"Marilah kita menuju ke hadapan dengan penuh harapan. Malaysia berwibawa, ekonomi dinamik, rakyat sejahtera," katanya.

sumber...mKini