Followers

Showing posts with label anjing. Show all posts
Showing posts with label anjing. Show all posts

Sunday, October 19, 2014

Nah, Pakat Sentuh Anjing Pulak !!



‘Saya ingin menyentuh anjing’ dapat sambutan besar di kalangan umat islam

Siti Sakinah takut kepada anjing sepanjang hidupnya. Bukan itu sahaja, dia diberitahu bahawa menyentuh anjing tidak dibenarkan dalam Islam. Itulah mentaliti dan pengajaran yang tertanam dalam dirinya oleh keluarga konvensional itu.

Tetapi hari ini, Siti Sakinah bersama-sama dengan empat anak-anaknya hadir ke Central Park, Bandar Utama, Selangor, untuk mengambil bahagian dalam acara "Saya ingin menyentuh anjing", satu acara untuk mengatasi ketakutannya.

"Ia juga adalah untuk menunjukkan bahawa menyentuh anjing tidak haram. Ramai yang bimbang menyentuh anjing lebih kerana ia adalah satu dosa bukannya takut kepada dosa-dosa yang lebih besar," kata Siti Sakinah, seorang bekas guru agama yang saat ini bekerja dengan sebuah NGO.

Beliau berkata suaminya, seorang ustaz, memberinya izin untuk menghadiri majlis hari ini.

"Saya mahu melompat gembira apabila dia berkata ya dan saya memberitahu anak-anak saya, mereka harus pergi. Dan semua mereka datang hari ini dengan saya untuk mengatasi ketakutan mereka dan apabila mengetahui bahawa anjing juga makhluk yang diciptakan oleh Allah yang memerlukan cinta dan kasih," kata Siti Sakinah, yang sejak pagi menyentuh dan mengelus anjing sahaja.

"Saya masih takut pada anjing besar jadi saya menyentuh yang kecil terlebih dahulu," katanya dengan gembira.

Siti Sakinah dan anak-anaknya adalah antara ramai keluarga yang hadir pada majlis itu yang dihadiri oleh lebih daripada 1,000 orang.

Penganjur acara itu, Syed Azmi Alhabshi, berkata dia berpuas hati dengan hasilnya.

"Kami hanya jangka 60 tetapi ini sudah lebih daripada 60. Ini adalah amat menggalakkan dan saya harap saya menyediakan air yang cukup untuk anjing dan meminta maaf ke atas sebarang kekurangan," katanya.

Azmi, yang sejak pagi telah memantau persekitaran supaya semuanya teratur, juga berjaya menyentuh bukan satu tetapi beberapa ekor anjing buat pertama kali dalam hidupnya. – 19 Oktober, 2014.




sumber...TMI

MENYUSUL LAGI

Friday, September 20, 2013

GILA: Isteri Seks Dengan Anjing, Suami Rakam Video



Betul betul dah tak siuman dan menjijikkan

Raeford (Carolina Utara): Seorang wanita dituduh mengadakan seks dengan anjing sementara suaminya, anggota tentera di Fort Bragg merakam adegan itu.

Pasangan itu turut memuat naik rakaman itu di Internet, kata polis.

“Wanita itu melakukan seks dengan anjing sama seperti yang anda boleh bayangkan dilakukan oleh seorang lelaki dengan seorang wanita,” kata Ketua Polis Raeford Franklin Crumpler kepada akhbar Huffington Post.

Ruben Chance James Fox dan isteri, Amber Nicole Fox, masing-masing 23, dihadapkan ke mahkamah kelmarin selepas ditangkap Isnin lalu.

Mereka berdepan dengan tuduhan melakukan seks dengan haiwan dan bersekongkol untuk mengedarkan bahan lucah. Amber juga berdepan dengan tuduhan tambahan - melakukan jenayah yang bertentangan dengan tabiat semula jadi.

Kumpulan Humane Society mendedahkan perbuatan suami isteri itu kepada unit jenayah siber Jabatan Polis Fairfax County di Virginia yang kemudian menghubungi pihak berkuasa Raeford selepas alamat IP komputer itu mengaitkan pasangan suami isteri berkenaan dengan video terbabit.

sumber...Agensi

Wednesday, July 31, 2013

Video Hina Islam Terbaru Di Youtube



Apa punya Bangang simamat ni!

Luu sengaja cari pasal ke?

Apa kaitan Luu punya anjing dengan Aidil Fitri ?

Luu pasti akan kena beb!

Bab laen Luu orang pembaca pulak tambah...

Wednesday, February 8, 2012

Adira Ngaku Peluk Anjing




Adira akui kesilapan dan mohon maaf

Penyanyi Adira (AF8) mengakui kesilapannya kerana memeluk seekor anjing seperti mana tersebarnya sekeping gambar yang dipaparkan di beberapa laman blog hiburan.

Mengulas mengenai perkara itu, Adira atau nama sebenarnya Siti Adira Suhaimi, 22, berkata anjing yang dipeluk itu bukan miliknya tetapi kepunyaan ibu mertua kepada kakaknya yang berbangsa Cina di Sabah.

“Saya tidak nafikan itu gambar saya. Memang saya memeluk anjing itu tetapi ia bukan milik saya.

“Sebenarnya ia adalah gambar lama yang diambil pada tahun lalu ketika saya sekeluarga berkunjung ke rumah ibu mertua kakak yang bukan beragama Islam.

“Ia adalah gambar yang saya jadikan gambar profil di dalam telefon bimbit dan tidak tahu bagaimana ia boleh tersebar,” katanya kepada mStar Online..


Ketika ditanya tidakkah dia peka dan sensitif bahawa tindakan dangkal itu boleh mengundang persepsi negatif di kalangan masyarakat, Adira berkata sebagai selebriti beragama Islam yang mengetahui soal hukum-hakam, dia mengakui kesilapan tersebut.

“Saya sedar tindakan bergambar dengan anjing itu salah dan boleh mengundang fitnah. Tapi saya peluk anjing itu ketika ia dalam keadaan kering dan sudah pun menyamak selepas itu.

“Saya memeluknya kerana terlalu geram melihat kecomelan binatang itu. Memang ia haram di sisi Islam tapi anjing juga makhluk Tuhan,” katanya.

Penyanyi yang sedang popular dengan lagu Sakura ini menyambung, kesan penyebaran gambar itu mengajarnya agar lebih berhati-hati dan tidak menyimpan gambar yang boleh mencetuskan syak wasangka atau kontroversi pada masa hadapan.

“Ini bukan kali pertama saya diasak kontroversi dan saya perlu ambil kisah atas setiap perkara yang boleh memburukkan nama saya dan keluarga. Saya mohon maaf atas kesilapan itu.

“Saya berharap peminat tidak mudah menjatuhkan hukum atau menghentam golongan artis dengan kata-kata yang kesat dan keterlaluan.

“Saya akui perkara ini berlaku disebabkan kecuaian dan sikap kurang peka. Sebagai manusia saya tidak pernah lari daripada melakukan kesilapan,” katanya dalam nada kesal.

sumber...Mstar OL

Sunday, October 9, 2011

Anjing Pun Lari Melihat Julia Roberts



Agensi OPTIMUS berundur jauh kerana takut melihat imej aktres jelita berkenaan. Gambar kecil Julia Roberts.

LOS ANGELES, Amerika Syarikat (AS) – Dia merupakan wanita idaman lelaki sejak 20 tahun dahulu, malah hingga sekarang, masih ramai lelaki yang mengimpikan untuk mendampingi aktres Julia Roberts, lapor sebuah akhbar kelmarin.

Namun, lain pula ceritanya dengan seekor anjing bernama Optimus. Hanya kerana melihat kelibat Roberts, 43, dalam majalah sudah cukup untuk membuatkan anjing jantan itu lari seperti tidak cukup tanah.

Aksi melucukan itu yang disiarkan di laman perkongsian video YouTube telah ditonton lebih 400,000 kali.

Klip video tersebut menunjukkan seorang lelaki di sebuah kediaman memanggil Optimus dan menunjukkan gambar bintang filem Pretty Woman itu kepada anjingnya.

Namun, sebaik sahaja melihat imej Roberts, telinga Optimus terus menegak. Ia kemudian berundur tetapi matanya tetap terpaku pada gambar aktres berkenaan.

Apabila aksi serupa diulang, Optimus pantas melarikan diri ke bilik lain di kediaman itu.

Dalam komennya, lelaki tersebut menyatakan dia sendiri tidak tahu mengapa Optimus begitu takut dengan aktres popular Hollywood itu.

sumber... Agensi