Followers

Sunday, October 19, 2014

Nah, Pakat Sentuh Anjing Pulak !!



‘Saya ingin menyentuh anjing’ dapat sambutan besar di kalangan umat islam

Siti Sakinah takut kepada anjing sepanjang hidupnya. Bukan itu sahaja, dia diberitahu bahawa menyentuh anjing tidak dibenarkan dalam Islam. Itulah mentaliti dan pengajaran yang tertanam dalam dirinya oleh keluarga konvensional itu.

Tetapi hari ini, Siti Sakinah bersama-sama dengan empat anak-anaknya hadir ke Central Park, Bandar Utama, Selangor, untuk mengambil bahagian dalam acara "Saya ingin menyentuh anjing", satu acara untuk mengatasi ketakutannya.

"Ia juga adalah untuk menunjukkan bahawa menyentuh anjing tidak haram. Ramai yang bimbang menyentuh anjing lebih kerana ia adalah satu dosa bukannya takut kepada dosa-dosa yang lebih besar," kata Siti Sakinah, seorang bekas guru agama yang saat ini bekerja dengan sebuah NGO.

Beliau berkata suaminya, seorang ustaz, memberinya izin untuk menghadiri majlis hari ini.

"Saya mahu melompat gembira apabila dia berkata ya dan saya memberitahu anak-anak saya, mereka harus pergi. Dan semua mereka datang hari ini dengan saya untuk mengatasi ketakutan mereka dan apabila mengetahui bahawa anjing juga makhluk yang diciptakan oleh Allah yang memerlukan cinta dan kasih," kata Siti Sakinah, yang sejak pagi menyentuh dan mengelus anjing sahaja.

"Saya masih takut pada anjing besar jadi saya menyentuh yang kecil terlebih dahulu," katanya dengan gembira.

Siti Sakinah dan anak-anaknya adalah antara ramai keluarga yang hadir pada majlis itu yang dihadiri oleh lebih daripada 1,000 orang.

Penganjur acara itu, Syed Azmi Alhabshi, berkata dia berpuas hati dengan hasilnya.

"Kami hanya jangka 60 tetapi ini sudah lebih daripada 60. Ini adalah amat menggalakkan dan saya harap saya menyediakan air yang cukup untuk anjing dan meminta maaf ke atas sebarang kekurangan," katanya.

Azmi, yang sejak pagi telah memantau persekitaran supaya semuanya teratur, juga berjaya menyentuh bukan satu tetapi beberapa ekor anjing buat pertama kali dalam hidupnya. – 19 Oktober, 2014.




sumber...TMI

MENYUSUL LAGI