Coretan politik,sosial,ekonomi,agama dan lain lain lagi di Malaysia dan seluruh dunia. Sumber dari semua capaian internet. email greenblacks8@gmail.com
Followers
Tuesday, January 27, 2015
Raja Azmi dan Eddie Akan Rujuk Semula ?
Produser filem Raja Azmi Raja Sulaiman memberitahu masih lagi dalam dilema untuk menerima perlawaan bekas suaminya Mohd Eddie Ghazali agar rujuk kembali sebagai suami-isteri.
Raja Azmi, 56, berkata, dia masih lagi fobia dengan perceraian lalu dan tidak mahu perkara yang berlaku sepanjang bergelar suami-isteri berulang kembali.
"Saya keliru dan berada dalam keadaan dilema sama ada untuk kembali semula dengannya atau tidak kerana banyak perkara yang saya fikirkan terutama sepanjang bergelar isterinya.
"Saya tidak nafikan ada perasaan sayang terhadap dia dan selepas bercerai juga kami masih baik sebagai kawan, malah saya rasakan hubungan sebagai kawan itu lebih baik," ujarnya ketika dihubungi mStar Online, di sini, Isnin.
Raja Azmi berkata demikian ketika diminta mengulas tentang kenyataannya untuk kembali bersama dengan bekas suami dalam program hiburan Melodi, pada Ahad lalu.
Dia berkata, kenyataan itu dibuat kerana dia sendiri serba salah dan tidak mahu mengecilkan hati bekas suaminya yang berusaha memujuk dia semula untuk kembali bersama.
"Saya cakap pada Melodi selepas mereka tunjuk video Eddie yang meminta saya bersama semula dengannya, ketika itu saya serba salah untuk jawab bagaimana yang tidak mahu kecilkan hati dia.
"Secara jujurnya, saya tersentuh dan kagum dengan usaha dia yang gigih tanpa henti untuk memujuk saya," ujarnya.
Jelas Raja Azmi, dia sudah melakukan solat istikharah untuk mendapatkan kepastian, namun hingga kini masih belum diberikan petunjuk.
Katanya, ia merupakan keputusan yang paling sukar untuk dibuat dalam hidup.
"Saya sedang fikir masak-masak dan sudah buat macam-macam solat hajat termasuk solat istikharah, namun masih belum diberikan sebarang petunjuk.
"Saya akui ia adalah keputusan paling sukar untuk dilakukan sepanjang hidup saya kerana sebelum ini saya seorang yang mudah membuat keputusan tanpa berfikir panjang," ujarnya.
Jelasnya, selepas khabar untuk rujuk kembali diketahui umum, anak-anak dan rakan-rakan terdekatnya meminta dia agar memikirkan secara rasional.
Sementara itu, kata Raja Azmi jika ia bersetuju untuk rujuk semula ia lebih mudah dilakukan ketika berada dalam edahnya iaitu yang dijangka habis pada 11 Februari ini.
"Kalau nak rujuk ketika dalam edah ebih mudah kerana selepas edah perlu nikah kembali. Tetapi itu bukan perkara utama yang saya fikirkan," ujarnya.
Raja Azmi dan Eddie bercerai pada 11 November lalu di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, Ampang Selangor selepas berkahwin pada 13 Oktober 2013.
Raja Azmi sebelum ini pernah berkahwin dengan jaguh badminton negara, Mohd Jalani Sidek dan dikurniakan tiga orang anak iaitu Puteri Suraya, 30, Puteri Suaida, 26, dan Megat Deli, 21.
sumber...Mstar
Monday, November 10, 2014
Apa Cerita Raja Azmi Selepas Setahun Kahwin ?
Raja Azmi (kanan) akhirnya pasrah, masalah rumah tangganya dengan Eddie terpaksa dibawa ke mahkamah.
Raja Azmi fail cerai selepas setahun berkahwin dengan Eddy
Desas-desus keretakan rumah tangga Raja Azmi Raja Sulaiman dengan suaminya, Mohd Eddie Ghazali sampai ke kemuncak apabila produser filem itu memfailkan permohonan cerai.
Peguam Raja Azmi iaitu Nailah Ramli berkata, permohonan berkenaan dikemukakan di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur dekat sini pada pagi Isnin.
Sehubungan itu pihak mahkamah menetapkan pada Selasa (esok) untuk sebutan kes berkenaan.
Terdahulu desas-desus keretakan rumah tangga Raja Azmi, 55, dengan gitaris kumpulan CRK iaitu Mohd Eddie, 46, sudah kedengaran sejak beberapa bulan lalu dan mereka dilaporkan mengambil keputusan untuk tidak tinggal sebumbung.
Eddie yang popular dalam kumpulan berkenaan dengan lagu Cinta Dan Air Mata (tahun 1990-an) bernikah dengan Raja Azmi pada 13 Oktober 2013 dengan sekali lafaz.
Majlis akad nikah dilakukan di Laman Beringin, Istana Budaya dekat sini.
Raja Azmi sebelum ini pernah berkahwin dengan jaguh badminton negara, Mohd Jalani Sidek dan dikurniakan tiga orang anak iaitu Puteri Suraya, 30, Puteri Suaida, 26, dan Megat Deli, 21.
Eddie pula memiliki dua orang anak bersama arwah isterinya iaitu Daniel, 23, dan Effy, 21.
sumber...Mstar OL
Thursday, July 24, 2014
Jiwa Kacau: Marshanda Buka Tudung Selepas Bercerai
Wajah terbaharu Marshanda atau lebih mesra dengan sapaan Cha yang dimuat naik ke laman Instagram miliknya.
Pelakon dan penyanyi Indonesia, Marshanda mengejutkan para peminatnya apabila mengambil keputusan untuk tidak lagi berhijab selepas bercerai dengan suaminya, Ben Kasyafani bulan lalu.
Portal Kapan Lagi melaporkan dia mengambil tindakan tersebut kerana dikatakan tidak rasa terhubung dengan penamilannya sejak empat tahun lalu itu dan ingin berasa bebas selepas bercerai.
"Tapi hari ini, kekaguman saya untuk kamu sudah hilang," kata salah seorang peminatnya di laman sosial Instagram.
Dalam pada itu, peguam bela Marshanda, Afdal Zikri menegaskan tindakan pelakon itu tidak mempunyai sebarang kaitan dengan perceraian tersebut.
Friday, May 30, 2014
Suami Abby Abadi Lakukan Dua Kali Lafaz Cerai
Abby Abadi melambaikan tangan kepada jurugambar yang merakamkan wajahnya. - Foto: Azman Ghani.
KUALA LUMPUR: Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur di sini diberitahu suami kepada pelakon Abby Abadi iaitu Muhammad Noor Farhan Che Bakar, 24, melakukan dua kali lafaz cerai terhadap pelakon itu termasuk salah satunya tidak dimaklumkan kepada mahkamah.
Sehubungan itu Hakim Syarie iaitu Shaiful Azli Jamaludin terpaksa menangguhkan permohonan pengesahan lafaz cerai yang dibuat pelakon itu kepada 11 Jun depan bagi membolehkan lafaz cerai kali pertama difailkan.
Abby atau nama sebenarnya Arbaiyah Abdul Manan, 37, sebelum itu mendedahkan kepada mahkamah suaminya pernah memberitahu seorang kenalan bahawa mereka sudah bercerai dan mengakui terkejut apabila diberitahu mengenai perkara itu.
Pasangan itu bagaimanapun meminta nasihat kes itu kepada bapa saudara Muhammad Noor Farhan yang juga defendan dalam kes ini dan mereka kemudiannya melakukan rujuk secara perbuatan tanpa melaporkan kes berkenaan kepada mahkamah.
"Lafaz kali pertama itu tidak dibuat kepada saya tetapi dia memberitahu kepada seorang kenalan bahawa kami sudah bercerai dan apabila saya dimaklumkan mengenai perkara itu saya merujuk perkara berkenaan kepada bapa saudara suami di Kelantan untuk mengetahui sama ada ia sah atau pun tidak.
"Apabila diberitahu lafaz dibuat itu sah kami rujuk secara perbuatan tanpa melaporkannya kepada mahkamah," jelas Abby kepada mahkamah.
Pelakon drama bersiri Gerak Khas itu turut memberitahu kejadian itu berlaku pada Januari lalu.
Terdahulu, Abby selaku plaintif memberitahu mahkamah, Muhammad Noor Farhan telah menghantar mesej Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) kepadanya berbunyi "Aku ceraikan kau" dan diikuti "Mulai hari ini kau dah tiada apa-apa hubungan dengan aku" pada 9 Mei lalu.
"Semasa saya terima SMS berkenaan saya berada di dalam kereta namun saya tidak ingat ada atau tidak membalas mesej itu untuk mendapatkan kepastian daripadanya.
"Kejadian berpunca selepas terdapat perselisihan faham yang berlarutan sehingga dia tidak balik rumah pada malam sebelum dia melafazkan cerai menerusi mesej," katanya kepada mahkamah.
Muhammad Noor Farhan ketika disoal balas oleh Shaiful Azli mengakui ada menghantar SMS berkenaan dan memang berniat untuk menceraikan isterinya itu.
Friday, August 12, 2011
Joey sah bercerai, nafi angkara orang ketiga
KAJANG - Ikatan perkahwinan pelakon dan penyanyi Joey dan isterinya, Noraini Mohammad Nasir terlerai setelah Mahkamah Rendah Syariah di sini semalam memutuskan lafaz talak yang dibuat lebih setahun lalu itu sebagai sah.
Hakim Syarie, Abdul Halim Abdullah pada penghakimannya berkata, mahkamah mengambil kira keterangan yang konsisten oleh Joey dan Noraini yang menyatakan lafaz cerai talak satu berlaku pada 4 Jun tahun lalu di kediaman mereka adalah berbentuk syarih (jelas dan nyata).
Abdul Halim berkata, berkenaan isu lafaz rujuk dan mengadakan hubungan kelamin, Noraini mengatakan perkara itu benar-benar berlaku, sebaliknya Joey menafikan.
"Ada pihak yang mendakwa tetapi ada pihak menafikan, bagaimanapun masing-masing tidak menampilkan saksi bagi membuktikan dakwaan tersebut.
"Sehubungan itu, mahkamah mencadangkan kepada Noraini selaku plaintif untuk menawarkan sumpah kepada defendan Joey bagi membuktikan bahawa dakwaan rujuk semula tersebut benar-benar berlaku atau sebaliknya," ujar beliau.
Selain itu, Joey telah bersumpah di hadapan Hakim Syarie, Abdul Halim Abdullah bagi menafikan dakwaan Noraini bahawa berlakunya lafaz rujuk semula kepada wanita terbabit selepas empat hari lafaz cerai berlaku.
sumber...kosmo online



