Followers

Showing posts with label kondo. Show all posts
Showing posts with label kondo. Show all posts

Monday, January 12, 2015

Kondo Ummi Aida Kena Lelong Pulak ...



 Semalam, penthouse mewah milik pasangan tersebut yang terletak di Mont Kiara telah dilelong dalam satu sesi lelongan di Hotel Istana. Kisahnya, kediaman berkenaan merupakan hadiah perkahwinan daripada Khairuddin buat Umie dahulu.

Umie Aida reda kondominium dilelong, berdiri teguh di belakang suami

Pelakon terkenal, Datin Paduka Umie Aida reda dengan isu lelongan kondominium penthouse milik suaminya, Datuk Paduka Khairuddin Abu Hassan di Mont Kiara di sini dan menganggap ia sebagai satu dugaan daripada Tuhan.

Katanya, beliau pasrah dengan kehilangan hadiah perkahwinannya itu dan akan terus berdiri teguh di belakang Khairuddin.

“Sudah namanya kehidupan, ia pasti penuh dugaan.

“Tuhan menduga setiap manusia dengan ikut kemampuan. Saya dan keluarga saya diduga dan sebagai isteri, saya akan tetap menyokong suami saya selama-lamanya,” kata Umie Aida ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Umie Aida yang juga adik kepada pengarah terkenal, Erma Fatima itu bernikah dengan Khairuddin pada 14 Mac 2010 di Mekah, Arab Saudi.

Sabtu lalu, unit kondominium mewah di kawasan kediaman elit Mont Kiara milik Khairuddin yang juga Naib Ketua UMNO Batu Kawan itu dilelong pada Lelongan Mega CIMB di Hotel Istana, Kuala Lumpur.

Khabarnya rumah tersebut yang dilelong pada harga RM2.1 juta, juga dibeli pada harga sama oleh seorang individu wanita lingkungan lewat 40-an setelah dia menjadi pembida tunggal.

sumber...kosmo

Saturday, December 31, 2011

AMARAN : Ini Bukan Condo Juhi Chaula Buat Sex



Mana pun tempat juhi chaula nak main ,tuuu dia punya pasal ler...kah kah kah
Tapi ini tempat Condo Mewah beb, siapa yang ampunyer ?...kah kah kah
Rakyat biasa ada 10 ekar tanah felda boleh beli Condo di Singapore ke ?...kah kah kah
Jiker setakat bela lumbu 10 ekor boleh beli Condo semacam ini ke ?... kah kah kah


itu "DATUK" diatas siapa bro...Broker lumbu ke ?...kah kah kah
Pasal aper lak datuk tu pulak kena dakwa ?... silap jual Condo ke atau silap hantar lumbu ?..kah kah kah
SPRM bila nak dakwa tuan punyer NFC ,Menteri berkenaan dan semua yang terlibat macam laporan ketua audit negara ?...kah kah kah

Kesimpulanner..."Jangan buat taik untuk orang lain"...kah kah kah
Selamat menyambut tahun baru 2012...
ABU "Asalkan Bukan Umno"...jom tukar kerajaan baru pada PRU ke 13 nanti.

Aidila Razak malaysiaKini melaporkan..

Sebuah pertubuhan bawah PKR, Jingga 13 hari ini mendedahkan rakaman video yang menunjukkan kemewahan unit kondominium Orchard Scotts yang didakwa milik menteri kabinet, Datuk Seri Shahrizat Jalil di Singapura.

jingga 13 on singapore trip 291211 09Ketua Jingga 13, Fariz Musa berkata krew penggambaran itu berdepan pelbagai cabaran, malah dihalau oleh pengawal keselamatan ketika cuba merakam bahagian hadapan kondominium tersebut.

Kumpulan berkenaan bagaimanapun berjaya menyelinap masuk ke kawasan kondominium di Anthony Road itu dan merakam kawasan umum bangunan berkenaan, termasuk kolam mandi dan juga bilik airnya.

jingga 13 on singapore trip 291211 11"Kalau itu dah cukup canggih, bayangkan (keadaan) dalam rumah," kata Fariz ketika menunjukkan video berkenaan kepada wartawan di ibu pejabat PKR petang ini.

Katanya, video sepanjang 2 minit 20 saat itu bertujuan untuk mendedahkan dakwaan penyelewengan dalam skandal National Feedlot Corporation (NFC).
Kita akan ledakkan video ini di Facebook dan laman lain untuk tunjukkan... penyelewengan dan pecah amanah jenayah oleh keluarga Shahrizat, termasuk pembelian tanah, kondominium, kereta Mercedes benz dan lawatan luar negara

Awal bulan ini, PKR mendakwa suami Shahrizat, Datuk Dr Mohamad Salleh Ismail dan dua anak mereka merupakan pemilik bersama kepada kondominium bernilai RM9.9 juta itu.
jingga 13 on singapore trip 291211 05PKR bagaimanapun tidak dapat menunjukkan bukti bahawa kondomonium berkenaan dibayar dengan dana NFC.

Turut ditunjukkan hari ini ialah rakaman di dalam restoran mewah MeatWorks di salah sebuah pusat membeli belah terkemuka Singapura, ION Orchard.
Restoran mewah berkenaan, yang menyajikan minuman keras dan tidak mempamerkan logo halal, turut dikaitkan dengan keluarga Shahrizat.

Tuesday, December 20, 2011

Kantoi : Lagi Kondo Lembu Shahrizat Di Singapura ??



PKR dakwa keluarga Shahrizat miliki kondo di S'pura

PKR hari ini membuat pendedahan terbaru berhubung dakwaan penyelewengan dalam projek fidlot melibatkan keluarga menteri kabinet Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil -- kali ini berhubung pemilikan kondominium mewah dianggar bernilai RM10 juta di Singapura.

Setiausaha agung PKR, Saifuddin Nasution mendakwa demikian ketika mendedahkan dokumen yang didakwa menunjukkan bahawa menteri itu, sejak Januari tahun lalu, memiliki satu unit kondominium mewah Orchard Scotts di Anthony Road.

Kondominium dengan keluasan lantai 2,282 kaki persegi itu dibeli dengan harga SGD4.1 juta, dakwa ahli parlimen Machang itu lagi dalam satu sidang media hari ini.

Menurut rekod pihak berkuasa Singapore Redevelopment Authority, keluasan unit kondominium itu merupakan antara yang paling selesa di kawasan pusat bandar Singapura, kata Saifuddin.

Saifuddin mendakwa kondominium itu didaftarkan atas nama suami Shahrizat, Datuk Dr Mohamad Salleh Ismail dan juga anak mereka – Wan Shahinur Izran Mohamad Salleh dan Wan Izzana Fatimah Zabedah Mohamad Salleh.

Rekod berkenaan adalah hasil carian di agensi yang mengawal selia tanah negara itu, Singapore Land Authority, kata Saifuddin lagi yang turut mengedarkan rekod berkenaan kepada wartawan dalam sidang media di ibu pejabat parti itu.

sumber... malaysiaKini

p/s.....  berapa banyak la harta ismet ulam lembu ni yang sebenarnya ?.