Followers

Showing posts with label selebriti. Show all posts
Showing posts with label selebriti. Show all posts

Wednesday, August 1, 2012

TERBARU : Sharifah Aleya Pulak Ikut Bertudung


Wajah terbaru Aleya yang dimuatkan dalam laman sosial Instagram miliknya.

PETALING JAYA: Penyampai radio Hot FM Sharifah Aleya mengakui sejak mengenakan tudung bermula 1 Ramadan lalu (21 Julai 2011), dia berasa selesa dan tidak kekok dengan penghijrahan tersebut.

Aleya atau Sharifah Aleya Syed Zainal Rashid Al Yahya berkata, dia enggan berkongsi sebab-sebab perubahan diri itu, namun menyifatkan ia adalah satu transisi normal bagi seorang wanita beragama Islam.

"Alhamdulillah, sepanjang seminggu lebih bertudung, saya tidak berasa kekok, malah selesa dengan penghijrahan ini.

"Cuma kalau boleh saya enggan berkongsi kenapa perubahan ini dilakukan. Ia sangat peribadi buat saya. Cukuplah masyarakat dah tahu yang saya dah bertudung dan doakan saya yang terbaik," katanya.

Tambah Aleya, dia juga bersyukur dan gembira apabila penghijrahannya itu disokong keluarga serta rakan-rakan dan berharap agar imej sebegitu kekal sehingga akhir hayat.

Sementara itu, walaupun Ramadan tahun ini pertama kali dilalui tanpa suami di sisi, Aleya merasakan ia tidak memberi kesan buatnya untuk beribadat kerana sering dikelilingi keluarga serta dua orang anak kembarnya, Aza Ameena dan Asha Ameena yang berusia tiga tahun.

"Bagi saya, Ramadan adalah bulan yang dinanti-nantikan setiap tahun dan ia sangat istimewa untuk kita sebagai umat Islam menjalani ibadat puasa.

"Malah inilah masanya untuk kita mengikat silaturahim dengan menghabiskan masa bersama keluarga," ujarnya.

Dalam pada itu, Aleya berkata, dia juga memastikan segala kerja-kerja pengacaraan yang dibuat selesai sebelum Ramadan agar dapat menikmati saat-saat bersama keluarga bagi setiap ibadat yang dilakukan.

"Ramadan juga membuatkan saya dan adik beradik yang lain berlumba-lumba untuk memasak bagi juadah berbuka puasa. Sampaikan kami cuba untuk mengalahkan ibu kami (Fatimah Abu Bakar) untuk muncul dengan masakan terbaik.

"Bagaimanapun, macam biasa, ibu kamilah yang menjadi juara dalam hal-hal masakan," selorohnya yang gemar memasak lauk daging kicap.

 

Monday, December 12, 2011

Relax Jap : Tengok Gambar Abby Fana Bertudung


Pengacara MHI dan dj radio Sinar fm, Abby Fana atau Habsah Omar kini tampil dengan imej bertudung selepas bergelar hajjah. 

Alhamdulillah, ramai peminat Abby seronok melihat penampilan baru Abby. Ramai artis artis yang telah berhijrah dengan imej yang islamik seperti Catriona Ross, Shah Kamikaze, Bob Lokman, Diana Amir , Ashraf Muslim, Jojie dan beberapa artis lagi.


Abby Fana selamat menunaikan ibadah haji baru baru ini, dia kemudian tampil dengan imej bertudung (Gambar)



Abby Fana atau Habsah Omar berumur 45 tahun pernah mengacara Selamat Pagi Malaysia dia kini bertugas sebagai pengacara di MHI tv3 dan menjadi dj di Radio Sinar FM.  

Suka sangat dengar Abby Fana berceloteh di radio, dia sorang pun boleh buat kita terhibur dan gelak dengan lawak dia bila duk dalam kereta memang tak boring la..ada je ayat ayat gile-gile dari Abby dan teka teki dia tu..best sangat.. semoga Abby Fana kekal dengan imej ini. Amin.

sumber...

sedakasejahtera.blogspot.