Followers

Thursday, November 1, 2018

Mahkamah Perintah Razman Bayar RM$200,000.00 Pada Nizar


Mahkamah kekalkan perintah Razman bayar RM200,000 kepada Nizar


Mahkamah Tinggi Ipoh hari ini membuat keputusan menolak rayuan Bendahari Pas Pusat, Razman Zakaria dengan kos RM5000 dan mengekalkan keputusan Mahkamah Sesyen Ipoh sebelum ini yang memerintahkan Razman membayar RM200,000 kepada Timbalan Pengerusi AMANAH Perak, Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin.

Pesuruhjaya Pas Perak itu didapati bersalah memfitnah Mantan Menteri Besar Perak itu dalam satu rencana yang disiarkan akhbar Sinar Harian edisi Perak bertarikh 2 Jun 2015 bertajuk “Pendekatan Nizar Mirip DAP”.

Walaubagaimanapun peguam Razman memohon agar bayaran ganti rugi sebanyak RM200,000 ditangguhkan kerana pihak Razman ingin merayu keputusan tersebut di Mahkamah Rayuan.

Saman itu difailkan oleh Mohammad Nizar, dua tahun lalu.

Mohamad Nizar memfailkan saman itu terhadap dua perenggan dalam artikel akhbar berkenaan yang mengaitkannya sebagai menyokong konsep negara sekular yang diperjuangkan DAP.

Plaintif diwakili oleh Asmuni Awi dan Fitri Asmuni manakala defendan diwakili oleh Mohd Zamri Ibrahim dan Ahmad Azhar Sharin.

sumber...MDLine

Wednesday, October 31, 2018

Pakaian Komunis: Liew Chin Tong Minta JMM Tarik Balik Tuduhan Liar

 

Timbalan Menteri Pertahanan gesa JMM tarik balik tuduhan liar

Pejabat Timbalan Menteri Pertahanan kecewa dengan tuduhan Presiden Jaringan Melayu Malaysia (JMM) Datuk Azwanddin Hamzah bahawa kononnya Timbalan Menteri Pertahanan Liew Chin Tong telah memakai uniform ala-komunis semasa pemeriksaan perbarisan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dalam lawatan ke kem.

Menurut kenyataan dari pejabat Timbalan Menteri Pertahanan, tuduhan JMM itu merupakan satu penghinaan kepada ATM serta Kementerian Pertahanan Malaysia.

Baju tersebut katanya, merupakan baju korporat “bush jacket” yang disediakan oleh Kementerian

Pertahanan untuk majlis rasmi tentera seperti lawatan ke Kem, Pos Keselamatan dan program yang ditentukan oleh penganjur.

Malah Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu juga memakai pakaian rasmi tersebut. Begitu juga dengan mantan menteri dan pemimpin kerajaan yang lain, termasuk pemimpin kerajaan sebelum ini.

Warna “khaki” baju tersebut, jelasnya tidak ada kena-mengena dengan komunis, ia antara rona warna
yang selalu dipilih untuk uniform tentera di merata dunia.

Malah warna tersebut pernah dijadikan pakaian seragam rasmi TUDM sebelum tahun 1995.


Perlu diingatkan bahawa pada tahun 2017, baju korporat warna “khaki” dicadangkan oleh Kementerian Komunikasi dan Multimedia dan akhirnya menjadi pilihan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sebagai pakaian rasmi Sambutan Hari Kebangsaan 2017.

Kesemua anggota Kabinet dan barisan dif kehormat telah memakai baju tersebut semasa Sambutan Hari Kebangsaan rasmi.

Pakaian seragam tentera adalah eksklusif dan hanya sesuai dipakai oleh pegawai yang telah ditauliahkan sahaja, katanya.

Pejabat Timbalan Menteri meminta JMM menarik balik tuduhan liar itu yang jelas menunjukkan sikap kurang cerdik dan tidak berhemah dalam membuat kenyataan.

sumber..MDLine

Tuesday, October 30, 2018

Pas+ BN Gagasan Nasional Pulak Dah !



Gagasan Sejahtera konon kuat bila masuk PRU Pas bertanding sendirian konon kerusi tradisi...kikiki

Ada pulak Gagasan Nasional ,nak pegi kot mana pulak ni ?

Macam wau terputus tali jer aku nampak,wasiat aTGNA agar Pas jangan kerjasama dengan Umno dah masuk longkang ke?

Semakin bercelaru jer parti ehem ni...Jangan lupa kata Tuan Ibrahim sebelum PRU14 "Tanpa Pas Pakatan Harapan tak akan sampai ke Putrajaya"...kikiki

Sinar Harian melaporkan


PAS sedia berunding dengan Barisan Nasional (BN)  bagi membentuk gabungan pembangkang yang kuat melalui “Gagasan Nasional”.

Timbalan presidennya berkata gabungan itu dibentuk melalui Gabungan Sejahtera, dianggotai PAS dan Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan), dengan BN, lapor Sinar Harian.

“PAS ada Gagasan Sejahtera, BN singkatan daripada Barisan Nasional, kalau gabung jadi Gagasan Nasional yakni satu gagasan yang melihat perpaduan suara pembangkang,” kata Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Wakil rakyat Kubang Kerian berkata PAS terbuka dalam hal itu tetapi beliau mengakui belum ada rundingan dengan Setiausaha Agung BN Datuk Seri Nazri Aziz.

“Kita akan tengok dulu. BN dah hilang kekuatan daripada 14 parti komponen tinggal tiga, empat saja, jadi perlu bina semula,” katanya

“Manakala kita dalam Gagasan Sejahtera pun kena bina semula, mungkin saya nampak dalam bentuk Gagasan Nasional”.

Presiden Umno Datuk Seri Zahid Hamidi sebelum ini dilapor berkata BN akan distruktur dan dijenamakan semula untuk menghadapi pilihan raya akan datang.

Monday, October 29, 2018

Review A.Kadir Jasin Kata 40 MP Umno Akan Sertai BERSATU



Sejauh mana kebenaran dakwaan penulis terkenal yang juga jurucakap rasmi merangkap Ketua Komunikasi PM berkenaan langkah 40 MP dari Umno akan menyertai parti PPBM telah menjadi bualan hangat parlimen kedai kopi.

Adakah pokok akan bergoyang sendiri atau ada angin menggongkan pokok tersebut atawa pun ada beruk kera yang sedang bermain diatas pokok tersebut.

Bentuk kalam saudara A.Kadir Jasin bagi golongan masyarakat kebanyakkan mencerminkan kalimat dari PM sendiri,itu tanggapan yang tak bisa dielakkan.Benar atau tidak itu cerita lain,masakan A.Kadir Jasin sengaja mempublishkan ucapan itu dan untuk apa ?.

Tanggapan bualan diabad ke 20 ini menjadikan persepsi suatu realiti ,itu sudah jadi suatu penerimaan kepada masyarakat.

Mungkinkah ular sawa menelan ular lidi atawa sebaliknya.

Bagaimana pula rupa parti PPBM yang akan mengadakan pemilihan pada tahun hadapan ?

Malaysiakini melaporkan...

Susulan penyertaan Anggota Parlimen Jeli Datuk Seri Mustapa Mohamed ke dalam Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), Anggota Majlis Tertinggi BERSATU Datuk A Kadir Jasin memberi gambaran kemungkinan 40 lagi wakil rakyat Umno akan keluar parti.

Ketika dihubungi, Kadir berkata beliau sudah mendengar khabar angin itu buat beberapa ketika dan menjangkakan sejumlah pemimpin Umno akan menyertai BERSATU.

"Saya ada terdengar khabar angin, cakap-cakap, sehingga 40 orang ahli parlimen Umno akan keluar parti.

"Dan mungkin sebahagian dari mereka akan menyertai BERSATU," katanya kepada Malaysiakini.

Kadir bagaimanapun menegaskan bahawa BERSATU menetapkan syarat agar anggota parlimen yang ingin menyertai parti itu berkhidmat sebagai wakil rakyat bebas terlebih dahulu dan BERSATU berhak menerima atau menolak permohonan mereka.

"Bukan semua orang akan diterima menyertai BERSATU," katanya.

Ditanya sama ada perkara itu dibincangkan ketika mesyuarat Majlis Tertinggi BERSATU semalam, Kadir berkata ia bukan agenda rasmi mesyuarat itu, namun disebutkan ketika parti itu mengadakan persediaan menerima Mustapa.

Mustapa yang juga merupakan bekas menteri, mengumumkan keputusannya menyertai BERSATU semalam, lebih kurang sebulan selepas meninggalkan Umno.

Mustapa mengumumkan keluar dari Umno sebelum ini kerana tidak lagi percaya dengan hala tuju parti itu yang menurutnya tidak selari dengan prinsip politiknya.

Selain Mustapa, wakil rakyat Umno lain yang meninggalkan parti itu selepas pilihan raya umum ke-14 ialah: Anggota Parlimen Masjid Tanah Datuk Mas Ermieyati Samsudin, Anggota Parlimen Bukit Gantang Datuk Seri Syed Abu Hussin, Anggota Parlimen Labuan Datuk Seri Rozman Isli, Anggota Parlimen Kimanis Datuk Seri Anifah Aman, dan Anggota Parlimen bagan Serai Datuk Seri Noor Azmi Ghazali.

Umno kini mempunyai 48 anggota parlimen daripada 54 sebelum ini.
Dengan penyertaan Mustapa, BERSATU kini mempunyai 14 kerusi di parlimen, AMANAH 3, DAP 42, dan PKR 50 kerusi.

Sunday, October 28, 2018

Selepas 100 hari, Khalid Samad Catat 3 Kejayaan Utama


Politik, bukan sekadar pecaturan yang bercorak strategik. Di mana yang menang akan mendapat seribu satu habuan; justeru yang kalah pula akan terus dipinggirkan.

Sebenarnya, berjaya ataupun gagalnya karier seseorang ahli politik terletak pada keberkesanan mereka dalam mengutarakan hujah-hujah beliau, merangka tindakan dan mempastikan keberkesanan tugas mereka.
Dari ketiga-tiga segi ini, Khalid Samad, sebagai Menteri Wilayah telah mempamerkan ciri ciri ini dengan jayanya.

Pertamanya, Khalid Samad telah berjaya mendemokrasikan semula institusi pentadbiran di ibu negara Kuala Lumpur apabila beliau melibatkan semua wakil yang dipilih rakyat ke dalam sistem pentadbirannya, sebaik sahaja beliau dilantik sebagai menteri.

Ia adalah sejarah besar setelah sekian lama wakil-wakil rakyat ini terpinggir walaupun kumpulan mereka adalah majoriti di Wilayah.

Majlis Menteri Wilayah mengadakan mesyuarat pertama mereka pada 20 Julai 2018, di Menara DBKL, 18 hari selepas Khalid mengangkat sumpah secara rasmi sebagai menteri.

Melalui Majlis Menteri, kesemua 11 ahli parlimen di Kuala Lumpur duduk bersama para pegawai kanan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) untuk berbincang dan memutuskan segala urusan di ibu negara itu.

Ia satu format baru pentadbiran DBKL. Kalau selama ini DBKL hanya dipandu oleh Lembaga Penasihat yang dilantik oleh menteri, kini DBKL dipandu oleh wakil yang dipilih oleh rakyat.
Ini merupakan satu langkah yang bijak, malah tepat pada masanya, memandangkan betapa penting-nya semua pihak boleh saling memahami segala atur-langkah pembangunan Wilayah Persekutuan.

Walaupun jawatan kuasa sebelas orang ini tidak boleh menyelesaikan segala hal remeh temeh dan isu-isu pembangunan, namun margin kesalahan proses ini boleh terus disempitkan menerusi perbincangan yang bertunaskan demokrasi.




PELAN TEMPATAN KUALA LUMPUR 2020

Serentak dengan kejayaan yang pertama itu, Khalid sebagai Menteri Wilayah telah membuat keputusan untuk menggezetkan Plan Tempatan Kuala Lumpur 2020 yang telah disiapkan lebih 18 tahun lalu.

Ia tidak pernah digezetkan walaupun jutaan ringgit telah dibelanjakan untuk mengkaji dan membuatnya — semata-mata kerana bimbang plan itu mengikat keputusan yang hendak dibuat kemudian.

Bagi Khalid, langkah menggezetkan plan ini penting untuk mempastikan pembangunan Kuala Lumpur berjalan sebagaimana dirancang bukan ikut kehendak semasa sahaja.

Insya Allah plan ini akan digezetkan menjelang akhir tahun ini selepas segala prosedur yang diperlukan dipenuhi.

Selepas kedua-duanya berjalan, Khalid memasuki fasal penting dalam masa-masa awal kerier beliau sebagai Menteri Wilayah — mengendalikan isu penjualan tanah oleh DBKL yang menjadi isu utama menjelang pilihan raya umum ke 14 lalu.

Ketika itu ahli parlimen DAP telah membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mendakwa berlaku salah guna kuasa dan rasuah dalam penjualan 64 lot tanah di Kuala Lumpur.

Langkah pertama yang dibuat Khalid adalah meminta SPRM membuat kajian segera mengenainya.
Serentak dengan itu juga, Khalid menubuhkan satu Task Force (Pasukan Petugas) untuk mengkaji isu ini secara mendalam bagi pihak beliau sendiri sebagai menteri. Task Force ini terdiri dari pegawai pejabat beliau, pegawai Kementerian Wilayah dan pegawai dari DBKL sendiri.

Perkara pertama yang mereka temui adalah bukan 64, tetapi 97 transaksi penjualan tanah berlaku di bawah DBKL.

Selepas bermesyuarat secara marathon, Pasukan Petugas ini telah membuat pelbagai penemuan dan langkah yang sangat bermakna untuk negara. Dan yang paling penting adalah berjaya menambahkan
RM149 juta untuk DBKL hasil traksaksi tanah itu selepas rundingan semula dibuat dengan para pembelinya.

RM149 juta bukan satu nilai yang kecil dan ia diperolehi hanya dengan merundingkan semula dengan pembelinya. Entah apa yang berlaku dalam pentadbiran sebelum ini sehingga tanah-tanah itu dijual dengan harga yang murah dalam 97 transaksi itu.

Untuk tahun depan, Khalid mula merangka plan untuk kementeriannya. Yang bakal menjadi tumpuan adalah menangani masalah kesesakan di ibu kota dengan meningkatkan penggunaan pengangkutan awam, memberikan tumpuan kepada kebajikan untuk miskin bandar dan pelan kebajikan untuk semua warga Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan.

Menjelang akhir tahun 2018 ini beliau mahu semua sekolah tahfiz di ibu kota didaftarkan. Ia bertujuan untuk membolehkan kerajaan mengenalpasti kewujudan mereka dan seterusnya dapat membantu mereka.

Karier politik seseorang ahli parlimen memang penuh dengan ranjau di sepanjang jalan. Khalid Samad akan terus menempuhi-nya. Namun bukan mudah juga untuk membuka langkah-langkah yang boleh mendatangkan pelbagai manfaat untuk penduduknya.

Khalid Samad harus digalakkan untuk terus menggunakan pelbagai cara baru untuk meningkatkan tahap kemajuan kementeriannya dan seterusnya memberi manafaat kepada seluruh negara. Syabas.