Coretan politik,sosial,ekonomi,agama dan lain lain lagi di Malaysia dan seluruh dunia. Sumber dari semua capaian internet. email greenblacks8@gmail.com
Followers
Sunday, December 26, 2010
Betulkah syiah bergerak 'senyap' di Kedah
ALOR SETAR - Ajaran Syiah dikesan sudah lama bertapak di Kedah tetapi ia bergerak secara tertutup agar tidak diketahui umum.
Mufti Kedah, Datuk Sheikh Muhamad Baderudin Ahmad. menerima maklumat mengenai kewujudan pergerakan fahaman itu baru-baru ini.
“Bagaimanapun, kami tidak dapat mengenal pasti setakat mana pengaruh ajaran itu, bilangan pengikut dan lokasi tempat mereka berhimpun kerana pergerakan mereka dipercayai dijalankan secara tertutup.
“Kegiatan mereka sedang dipantau sehingga kini dan saya meminta pihak berwajib mengambil tindakan sewajarnya demi menjaga kepentingan rakyat, terutama umat Islam di Kedah,” katanya sewaktu dihubungi Sinar Harian semalam.
Beliau berkata sedemikian ketika diminta mengulas pengaruh ajaran Syiah di Kedah setelah isu penangkapan 128 pengikut Syiah di Gombak, Selangor heboh diperkatakan di seluruh negara.
Sementara itu, Exco Agama, Datuk Mohamed Taulan Mat Rasul berkata, ajaran Syiah sukar dikesan kerana dijalankan secara tertutup dan tidak bertumpu kepada satu lokasi semata-mata.
Menurutnya, jabatan agama Islam juga sukar hendak menentukan ciri-ciri sebenar pengikut ajaran Syiah kerana mereka juga mengamalkan ajaran Islam sebagaimana pengikut fahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah.
“Bagaimana kita hendak mendakwa seseorang individu sebagai berfahaman Syiah dan ciri-ciri apa yang membolehkan kita melabelkan mereka sebagai pengikut ajaran itu?
“Itu yang menjadi kesukaran kepada Jabatan Agama Islam Kedah (Jaik) untuk menangkapnya. Mereka juga tidak akan mengaku sebagai pengikut Syiah sekiranya ditahan,” katanya.
Mohamed Taulan berkata, terdapat satu kes membabitkan pergerakan fahaman Syiah di Alor Kunti, Pendang sebelum ini apabila satu jemaah didakwa mengamal dan mengembangkan ajaran itu di sekitarnya.
Bagaimanapun, setelah markas mereka diserbu dan kumpulan jemaah itu disoal siasat, mereka tidak mengaku mengamalkan ajaran Syiah dan akhirnya dibebaskan begitu sahaja akibat kekurangan bukti.
“Setakat ini, saya masih tidak menerima sebarang laporan berkaitan pergerakan fahaman Syiah di negeri ini sejak kes terbabit.
“Bagaimanapun, saya yakin wujud pergerakan Syiah cuma saya tidak tolak kemungkinan pergerakan itu tidak dilaporkan orang ramai disebabkan ada hubungan kekeluargaan dengan mereka,” katanya.
Mohamed Taulan turut meminta rakyat Kedah berwaspada dengan penularan ajaran itu di negeri ini dan melaporkan aktiviti pengikutnya untuk tindakan susulan.
dari Sinar Harian
Label:
ugama