Followers

Sunday, December 12, 2010

PR Elak Isu 'Berduri" Dalam Konvensyen


Seperti dijangkakan konvensyen Pakatan Rakyat yang dijadualkan Ahad depan akan mengelakkan isu-isu sensitif yang mungkin meretakkan hubungan ketiga-tiga parti komponen itu.

Bercakap kepada wartawan di inu pejabat PKR di Petaling Jaya, Ketua Umum, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Ahli Jawatankuasa Eksekutif Pusat DAP Lim Kit Siang sepakat berkata agenda utama mereka adalah “membincangkan isu-isu yang sudah dipersetujui”.
Isu negara Islam
Ditanya sama ada isu negara Islam akan dibangkitkan pada konvensyen di Pulau Pinang itu, Anwar berkata Pakatan Rakyat akan hanya membincangkan isu yang telah dipersetui secara sepakat.

"Kita telah bincangkan pada mesyuarat tadi. Hadi ada bersama, Mustafa Ali juga ada dan mereka jelaskan bahawa isu yang akan difokus adalah isu bersama,” kata Anwar.

“Kenapa perlu dibawa isu yang kita tidak ada kesefahaman bersama? Keputusan kita bergantung kepada konsensus.

"Isu martabatkan Islam adalah dalam kerangka perlembagaan dan sebagai seorang Muslim, kami di Pakatan akan bergerak bersama berhubung isu dan agenda yang kita ada konsensus,” katanya.

Selain memperkasakan agenda bersama gagasan itu, kovensyen kedua di Pulau Pinang minggu depan akan bertumpu kepada bagi mpertahankan perlembagaan negara dan membela rakyat segenap lapisan tanpa mengira agama dan bangsa.

Anwar yang juga ketua pembangkang berkata mereka akan membincangkan persiapan pilihan raya umum ke 13 dan membincangkan strategi masing-masing.

"Tapi untuk memperincikan isu pembahagian kerusi itu (perbincangan) akan diadakan kemudian (selepas konvensyen)," katanya.

Mesyuarat hari ini diadakan seminggu sebelum konvensyen Pakatan Rakyat di Pulau Pinang dan ketika Umno semakin ghairah memutar beliltkan isu ketuanan Melayu untuk membakar sentimen perkauman di negara ini.

"Kita ulangi keputusan dan muafakat kita bersama untuk mempertahankan agenda bersama pakatan rakyat dan mempastikan semua serangan dan fitnah Umno yang membangkitkan isu kaum dan cuba menghakis keyakinan masyarakat Melayu tidak memberi kesan kerana kita beri penegasan bahawa agenda kita berasas prinsip perlembagaan negara yang telah kita sepakati," katanya.
Semakin liar

Menurut Anwar berkata Umno semakin liar dalam menutup suara pembangkang dan ruang-ruang demokrasi yang sedia ada dalam usaha terdesak untuk memenangi pilihanraya umum akan datang.

NONELim pula berkata asakan Umno berpaksikan fitnah terhadap Pakatan Rakyat diperhebatkan sebelum pilihanraya umum.

"Baru-baru ini kita lihat kempen yang amat agresif BN yang menabur fitnah dusta (terhadap) parti-parti komponen Pakatan Rakyat yang menunjukkan mereka (BN) takut dan khuatir mengenai pengaruh Pakatan Rakyat," katanya.

Abdul Hadi berkata ketiga-tiga parti komponen Pakatan Rakyat sepakat untuk menentang tindakan-tindakan Umno yang membelakangkan perlembagaan dan mengangkat agenda bersama gagasan pembangkang itu.

"Kita telah meletakkan satu asas kukuh melalui kenyataan bersama dalam konvensyen pertama di Shah Alam yang berteraskan pada prinsip penting dalam perlembagaan yang berjaya melahirkan negara bermasyarakat majmuk.
TPM Cina

“Apa yang perlu kita atasi ialah kegagalan BN dalam merealisasikan aspek yang diasaskan perlembagaan," katanya.

Ditanya wartawan mengenai isu pelantikan timbalan perdana menteri Cina jika Pakatan Rakyat membentuk kerajaan persekutuan, Abdul Hadi berkata mereka akan membuat keputusan berdasrkan perlembagaan negara.

"Kita belum menang ataupun ambil alih kuasa, jadi kita belum boleh lagi. Kita tidak boleh bincangkannya lagi tapi kita akan buat ikut perlembagaan (negara),” katanya.
-M.kini