Coretan politik,sosial,ekonomi,agama dan lain lain lagi di Malaysia dan seluruh dunia. Sumber dari semua capaian internet. email greenblacks8@gmail.com
Followers
Sunday, November 3, 2013
"Kaki Ustaz" Replika Paling HOT PRK Dun Sg Limau
Pesuruhjaya Pas Kedah, Datuk Mahfuz Omar menyifatkan perbuatan menggantung patung kaki yang diletakkan berhampiran beberapa pusat gerak kerja BN Dun Sungai Limau sebagai perbuatan yang tidak wajar dan berakhlak.
Beliau menegaskan, perbuatan penuh provokasi itu bukan sahaja tidak wajar bahkan ia hanya akan mengguris lagi perasaan keluarga Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak.
"Saya tidak tahu pihak mana yang bertanggungjawab, tapi satu perbuatan tidak berakhlak, tidak beretika dan tidak beradab.
"Perbuatan itu merupakan akan terus mengguris hati keluarga seperti mana ucapan timbalan perdana menteri sebelum ini yang mengguris hati orang yang telah bersama Allahyarham Tan Sri Azizan selama lima penggal," katanya kepada Sinar Harian Online ketika ditemui di Markas Induk Pas Sg. Limau, di sini, hari ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas lanjut perbuatan menggantung patung kaki yang menyerupai bekas wakil rakyat kawasan itu berhampiran khemah BN di tiga kawasan tengah hari ini.
Perbuatan tidak bermoral itu juga mendapat perhatian serius daripada Ketua Umno Bahagian Jerai, Datuk Seri Jamil Khir Baharom apabila satu laporan polis telah dibuat pada siang tadi.
"Saya berasa amat kesal dengan perbuatan provokasi oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Ini satu perkara yang tidak wajar berlaku," katanya.
Menurut sumber BN, patung-patung kaki itu digantung berhampiran khemah BN di Bukit Besar, Titi Batu dan Simpang Tiga, Sungai Limau dekat sini.
Dalam pada itu, Mahfuz menambah, Pas menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk menyiasat dalang di sebalik perkara itu, bagi menjaga nama baik parti itu daripada perbuatan sabotaj dari pihak lawan.
sumber...Nizam Zain s.harian
Label:
biadap,
kurang ajar,
PRK,
Sg Limau
Saturday, November 2, 2013
Alif Satar Tanya Tomok Pengalaman Kahwin Wanita Berusia
Penyanyi Alif Satar ada meminta pandangan dan nasihat daripada penyanyi Tomok dalam usahanya untuk mengahwini kekasih yang enam tahun lebih tua daripadanya iaitu Shadila, 29.
Alif, 23, berkata, dia sudah bersedia untuk bergelar suami dan seterusnya berada dalam dunia rumah tangga yang lebih mencabar walaupun usianya masih muda.
"Insya-Allah jika semuanya berjalan lancar dan diizinkan tahun depan saya akan mendirikan rumah tangga.
"Saya ada bertanya dan minta nasihat daripada Tomok tentang kehidupan selepas berkahwin pada usia muda terutamanya dengan isteri yang lebih berusia kerana Tomok telah melalui pengalaman berkahwin dengan wanita yang lima tahun lebih tua," katanya kepada mStar Online.
Tambah Alif, keluarganya turut merestui untuk dia menamatkan zaman bujang pada usia muda.
Biarpun enam tahun perbezaan usia, Alif menganggap ia bukan satu masalah dan halangan dalam mencapai persefahaman.
“Saya tidak merasakan perbezaan usia tersebut. Jarak usia bukanlah penghalang dalam sesuatu hubungan tetapi persefahaman itu yang penting untuk memastikan hubungan cinta akan kekal,” katanya
Sementara itu, bercakap soal kerjaya, Alif yang mengendalikan program realiti kanak-kanak Idola Kecil 6 ini mengakui bidang pengacaraan menjadi pilihan keduanya selepas nyanyian.
"Saya sudah lima musim mengendalikan rancangan ini dan Alhamdulillah saya semakin selesa dengan bidang pengacaraan.
"Selain program kanak-kanak ini, saya juga akan muncul dalam program travelog iaitu 24 Jam Bersama Alif Satar yang bakal disiarkan pada Januari depan," katanya.
Dalam pada itu, dia turut akan melancarkan album terbaharu berjudul Definisi pada 20 November ini.
sumber...Kemala Othman
Friday, November 1, 2013
Kisah "Mengurat" Muslimat PAS, Dapat Wanita Umno Pulak ..
Kah Kah Kah..Kantoi mantoi beb..
Wanita Umno bertudung labuh seperti muslimat PAS
Ini yang mengelirukan para pengundi Sungai Limau apabila mereka dikunjungi oleh perayu wanita BN. Mereka ingatkan perayu wanita PAS yang datang ke rumah mereka.
PRK Sungai Limau yang paling pelik dalam sejarah PRK. Kalau dahulu perayu undi BN memakai songkok bagi lelaki manakala bertudung biasa bagi wanita tetapi dalam PRK Sungai Limau, Wanita Umno sanggup bertudung labuh dan berjubah seperi muslimat PAS.
Ini yang mengelirukan para pengundi Sungai Limau apabila mereka dikunjungi oleh perayu wanita BN. Mereka ingatkan perayu wanita PAS yang datang ke rumah mereka.
Menurut Pengarah Pilihan raya Dewan Muslimat PAS Pusat, Aiman Athirah Al-Jundi, BN sangat tertekan untuk menang dan merampas Dun Sungai Limau sehingga sanggup melakukan apa sahaja bagi memastikan impian mereka tercapai.
Katanya, ada di kalangan jentera wanita Umno yang sanggup bertudung labuh dan berjubah manakala jentera lelaki pula berkopiah ketika menjalankan kempen di kawasan pengundi PAS.
“Umno BN kelihatan sangat tertekan untuk menang dan merampas Dun Sungai Limau dan sanggup melakukan apa sahaja taktik,” tegasnya.
Beliau yang berada di Dun Sungai Limau sejak sebelum hari penamaan calon berkata, BN juga sanggup menipu pengundi dengan menggunakan kononnya aruah Tan Sri Ustaz Azizan Abd Razak memberi amanat kepada mereka supaya merampas Sungai Limau.
Amanat tersebut kata beliau digunakan oleh BN untuk menyakinkan pengundi khususnya di kawasan PAS supaya mengundi BN pada 4 November nanti.
“Penipuan ini dilakukan ketika mereka berkempen dari rumah ke rumah,” tegasnya.
Selain itu tambah beliau, Umno-BN juga berusaha menempatkan keluarga angkat daripada kalangan orang Umno di rumah pengundi PAS sekaligus memberi peruntukkan bertujuan mendapat sokongan.
Ini merupakan satu cara politik kotor dan tidak bertanggungjawab dengan menggunakan kesusahan rakyat sebagai modal penting untuk terus berkuasa, tegasnya.
Tambah beliau, pelbagai bantuan segera yang bersifat one off diperuntukkan bagi mengelabui mata dan hati rakyat.
Beliau menegaskan, taktik kotor BN itu jauh berbeza dengan PAS yang bersandarkan politik damai iaitu menerangkan serta membimbing rakyat untuk mengenali sikap sebenar Umno BN.
sumber...FMT Staff
Apa Barang Bro,Ostad Kerja Tibai Duit Saja Ke ??
Tunggu masa nak cekup
Kuala Lumpur: Kedutaan Malaysia di Kemboja sudah mengenal pasti seorang ustaz di negara itu yang dikaitkan dengan pengutipan sumbangan dari rakyat Malaysia sebelum didakwa menggunakan wang itu untuk membina banglo ratusan ribu ringgit di perkampungan miskin dan terpencil di negara berkenaan.
Difahamkan, ustaz terbabit berada dalam pemantauan pihak berkuasa di Kemboja dan dijangka ditahan dalam tempoh terdekat untuk siasatan.
Menteri Penasihat Kedutaan Malaysia di Kemboja Raja Saifful Ridzuan berkata, pihaknya memang mengenali ustaz itu yang sebelum ini pernah membawa rombongan warga Malaysia ke kedutaan kononnya mengenali individu tertentu di kedutaan berkenaan.
Beliau berkata, pihaknya sudah memantau senario ‘tidak enak’ itu, malah sudah dihentikan selain tidak mahu ustaz itu bertindak sebagai ‘orang tengah’ seterusnya menjadikan ia sumber untuk mendapatkan wang daripada warga Malaysia yang mahu ke kedutaan.
“Malah, berdasarkan laporan Harian Metro sejak beberapa hari lalu, kami sudah mengenal pasti ustaz yang dimaksudkan dan dipercayai memang gemar menggunakan nama pegawai agensi agama di Malaysia untuk tujuan berkaitan.
Oleh Ahmad Shahrul Nizam Muhammad mymetro
Mengapa Mat Sabu Perlu Dikekalkan Sebagai Timbalan Presiden PAS ?
Lawan PAS ialah Umno. PAS perlu menumbangkan Umno untuk kemajuan politiknya.
Perlu diakui melawan Umno ini bukan satu tugas yang mudah. Ia juga bukan satu tugas yang singkat.
Ini memerlukan kekentalan jiwa, ketaatan pada perjuangan dan kekuatan semangat untuk mengharungi segala serangan yang bakal dilemparkan oleh Umno.
Ini termasuk ditahan tanpa bicara, dihina sehingga telanjang, diremeh setiap hari dan difitnah sepanjang masa.
Seseorang ini juga harus kental meneruskan istiqamah dalam perjuangan walaupun terpaksa mengharungi kekecewaan berkali-kali.
Seseorang yang tidak pernah diuji dengan ujian berat sedemikian susah untuk memikul perjuangan onak duri ini.
Antara lima calon Timbalan Presiden PAS yang bakal bertanding kali ini, hanya Abang Mat kita pernah diuji dengan segala macam ujian.
Menjadi orang kedua PAS, yang paling dipentingkan ialah kepimpinan politik dan aura untuk menarik orang bukan PAS untuk bersama dengan PAS melawan bathil dan kejahilan yang dibawa Umno.
Perlukah orang kedua PAS mahir dalam selok-belok agama sebagaimana seorang ulama?
Bagi saya, tidak perlu kerana Presiden PAS sendiri adalah satu ensiklopedia agama yang boleh dirujuk oleh sesiapa sekiranya ada masalah yang berbangkit mengenai agama.
Selain itu, Abang Mat juga rapat dengan pelbagai badan NGO yang menjadi pemangkin kepada kebangkitan rakyat yang disaksikan di himpunan-himpunan Bersih.
Sebagai seorang aktivis, kegigihan Abang Mat sememangnya disanjung tinggi oleh pelbagai pihak.
Dan aspek yang dibawa Abang Mat ini adalah apa yang diperlukan PAS sehinggalah ia menumbangkan Umno.
Saban hari, semakin ramai menyuruh calon-calon yang kononnya mendapat pencalonan terbanyak untuk masuk pertandingan merebut jawatan Timbalan Presiden PAS.
Jawatan Timbalan Presiden PAS bukanlah satu jawatan main-main berdasarkan populariti seseorang sahaja.
Jawatan ini adalah jawatan untuk berkhidmat untuk parti, berkorban untuk parti dan mengembangkan parti ke saluran-saluran pengundi yang tidak berjaya ditembusi parti sebelum ini.
Yang penting dalam pemilihan Timbalan Presiden PAS ialah memilih berdasarkan kebolehan, kemampunan, kebijaksanaan dan juga mereka yang dibenci musuh.
Mereka yang dipopularkan musuh, terutamanya Umno mesti ditolak. Mereka yang hanya popular tanpa pernah diuji juga tidak harus menjadi pilihan.
Fitnah-fitnah khalwat dan isu Syiah yang dilemparkan pada Abang Mat semuanya hanya fitnah kerana tiada bukti yang sahih untuk menyokong dakwaan tersebut.
Ada yang bertanya jika Abang Mat layak, apakah Husam tidak layak diberikan peluang.
Manusia berpegang pada janji, Husam pernah berkata tiada sebab untuk melawan Abang Mat. Kalau Husam mungkir janji, beliau pun tidak layak diberi undi.
Bagi Tuan Ibrahim, ramai yang kata beliau mendapat pencalonan tertinggi. Siapa yang boleh sahkan? Ini cumalah psy-war media.
Tuan Ibrahim seorang yang baik, masih muda dan juga dihormati, tapi masa untuk beliau menjawat jawatan Timbalan Presiden masih awal kerana beliau belum pernah diuji.
Lebih-lebih lagi, ada dakwaan mengatakan bahawa beliau terlalu rapat dengan orang bukan Islam dan bukan ahli parti yang menasihatinya tidak seperti perangai seorang ulama yang biasa.
Walaupun ramai yang mendesaknya bertanding, namun Tuan Ibrahim nampaknya tidak berminat bertanding mungkin kerana beliau sedar kemampuan dan kebijaksanaan politiknya tidak setanding Abang Mat jika beliau bergerak bersendirian.
Diharap beliau tidak membuat U-turn walaupun beliau belum membuat keputusan secara rasminya.
Bagi Nik Amar, yang dikatakan ingin bertanding berlawan Abang Mat – dinasihatkan beliau harus faham risiko pada Kelantan dan kedudukan dan imejnya jika beliau ditakdirkan tewas.
Abang Mat pernah tewas dan tidak meninggalkan perjuangan. Bukan semua dapat bertindak sedemikian.
Yang layak bertanding, nak tanding, tandinglah. Artikel ini ditujukan pada perwakilan PAS yang bakal mengundi bukan untuk mereka yang nak bertanding mahupun menarik diri.
Saya menulis kerana saya menyokong Abang Mat dan percaya parti memerlukan Abang Mat daripada empat calon yang lain buat masa ini.
Itu sahaja yang saya boleh buat untuk Abang Mat, walaupun banyak SMS saya padanya tidak berbalas kerana beliau tidak sudi mengenali saya.
Oleh Ismail Qawi
Label:
Mat Sabu,
muktamar,
Pas,
timbalan presiden
Subscribe to:
Posts (Atom)





