Followers

Tuesday, February 28, 2012

KECOH Tatu "Allah" di Dada Erikah Badu Pulak !!!



'Tatu Allah': Mufti gesa KDN gantung The Star

Akhbar The Star patut digantung penerbitan sehingga siasatan selesai ekoran tindakannya menyiarkan gambar artis Amerika Syarikat Eryka Badu yang memperlihatkan tatu kalimah Allah di dadanya, gesa mufti Perlis.

NONEDr Juanda Jaya berkata, Kementerian Dalam Negeri (KDN) patut mengambil tindakan paling tegas itu ekoran penyiaran gambar itu dianggap menghina Islam dan tiada alasan untuk harian berbahasa Inggeris itu terlepas pandang.

"Permohonan maaf hari ini dengan kolum 'seciput' saiznya adalah amat tidak memadai. KDN perlu gantung The Star sementara waktu siasatan dilengkapkan," katanya.

KDN hari melaporkan The Star dipanggil memberi penjelasan berhubung penyiaran gambar itu bersama artikel satu halaman penuh pada Isnin dan tindakan susulan akan dibuat berdasarkan penjelasan itu.

Gambar yang disiarkan akhbar milik MCA itu menunjukkan sebahagian dada Badu yang terdedah tertera kalimah "Allah" dalam bahawa Arab, beberapa huruf dalam bahasa Yahudi dan simbol seakan-akan piramid.
Dalam kenyataannya kepada Malaysiakini hari ini, Juanda juga menggesa KDN dan Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan menghalang konsert Badu yang dijadual berlangsung di ibu negara esok.

Selain itu, dakwa Juanda lagi, lagu-lagu dendangan "Ratu Neo-Soul" itu juga berunsur lucah dan pasti menganjurkan maksiat dan keruntuhan akhlak.

NONE"Ini selaras dengan transformasi yg dilaungkan oleh pihak kerajaan," katanya yang juga bekas zamil di Universiti Oxford, United Kingdom.

Mempertahankan gesaannya itu, Dr Juanda berkata, beliau menyokong kebebasan akhbar tetapi ia hendaklah tidak mencerca agama dan pegangan orang lain.

Dalam perkembangan berkaitan, kemarahan ramai terus meletus apabila kumpulan pendesak Melayu PERKASA hari ini berkongsi pandangan sama dan Pemuda PAS pula menghantar memorandum supaya konsert esok dibatalkan.

The Star bagaimanapun sudah dua kali meminta maaf - di halaman kedua akhbarnya hari ini dan di laman webnya semalam.

Pemuda PAS: Sekurang-kurangnya sebulan
Sementara itu, Pemuda PAS pula hari ini senada dengan gesaan Dr Juanda tetapi menetapkan penggantungan itu harus dikuatkuasakan sekurang-kurangnya selama sebulan.

nasrudin hassan tantawi pas youth leader interview 160609 05"Pihak penganjur juga mestilah diambil tindakan tegas kerana mengundang artis seperti itu," kata ketua dewan itu Nasrudin Hassan.|

Beliau juga berkata, permohonan maaf The Star tidak mampu menyembuhkan luka umat Islam akibat "penghinaan" yang dilakukan berulang kali.

"Biarpun The Star telah memohon maaf, namun ini entah ke berapa kali The Star membuat kesilapan yang hampir serupa," katanya dalam kenyataan hari ini.

Tahun lalu, akhbar sama turut menjadi sasaran kemarahan pelbagai pihak apabila menyiarkan gambar daging babi dalam sisipan berkenaan juadah berbuka puasa.

sumber...malaysiaKini

Monday, February 27, 2012

GILA : Buat Sex Depan Anak Sendiri



KANGAR: Neraka dunia. Itu yang terpaksa diharungi seorang penjawat awam wanita berusia 30-an apabila sering dipaksa suaminya yang juga berusia 30-an melakukan aksi seks, termasuk luar tabii di hadapan ketiga-tiga anak mereka di ruang tamu rumah sejak tujuh tahun lalu.

Lebih menjijikkan suami bernafsu binatang itu juga gemar merakam aksi ‘bersama’ mereka sejak malam pertama perkahwinan sehingga kini.

Sumber berkata, lebih mengaibkan mangsa, anak perempuan mereka yang berusia tujuh tahun sering melakonkan kembali adegan seks itu bersama abang sulungnya berusia 15 tahun.

Katanya, hati ibu mana yang tidak hancur melihat perbuatan jijik suami yang merosakkan ketiga-tiga anak mereka berusia tujuh hingga 15 tahun itu.

“Mangsa mendakwa dia sudah diperlakukan sedemikian sejak berkahwin dengan suaminya lebih 15 tahun lalu, malah pada malam pertama aksi mereka di dalam bilik dirakam suaminya menggunakan telefon bimbit dan kamera video.

“Namun, selepas mendapat cahaya mata, suaminya bertambah pelik dengan memaksanya melakukan aksi bersama termasuk di luar tabii di hadapan ketiga-tiga anak mereka,” katanya.


Kata sumber itu, jika si isteri enggan menuruti kemahuan gila suami, dia dibelasah.

Dia berkata, lelaki terbabit baru saja berkahwin lain awal bulan lalu dengan seorang wanita dari negara jiran, namun sikap jijiknya melayan mangsa tidak berubah.

“Suami mangsa juga bukan saja merakamkan aksi seks mereka, malah aksi mangsa yang membuang air kecil di dalam tandas juga dirakam bagi tujuan koleksi.

“Daripada pengakuan mangsa, suaminya sudah mempunyai banyak koleksi rakaman aksi ‘bersama’ mereka dan tidak mengetahui tujuan dia bertindak demikian,” katanya.

Tidak tahan dengan tabiat buruk suaminya, wanita berkenaan memohon fasakh untuk bercerai dan membuat laporan polis awal bulan lalu.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Pembangunan Wanita Negeri (JPWN) Perlis, Muhamad Hazimin Jamaludin berkata, kes penderaan wanita berlaku berdasarkan pelbagai faktor.

Katanya, kes penderaan seksual kebanyakannya berpunca daripada suami yang terpengaruh dengan bahan video lucah yang ditontonnya.

“Mereka mungkin terdedah dengan bahan lucah ini selepas ia terlalu mudah didapati dan pendedahan itu akan memberi kesan kepada perubahan seksual mereka, termasuk mencubanya ke atas isteri,” katanya.

Menurutnya, sebarang kes yang diterima disiasat dan memberi khidmat prakaunseling dalam usaha memberi maklumat mengenai tindakan yang perlu diambil.

Pihaknya juga sedar mangsa trauma akibat nafsu buas suami yang jika tidak dituruti mengundang kepada penderaan fizikal.

“Kami akan membantu daripada segi kaunseling, termasuk mengemukakan masalah kepada pihak berkuasa seperti Mahkamah Syariah atau jabatan berkaitan.

“Jika orang ramai yang berasakan diri mereka didera, mereka boleh tampil membuat aduan untuk bantuan,” katanya.

Mengulas kes terbabit, Ketua Polis Daerah Padang Besar, Superintendan Che Man Md Dros ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan mangsa.

Menurutnya, polis sudah menyerahkan laporan kepada Jabatan Agama Islam Perlis bagi tindakan lanjut kerana ia di bawah bidang kuasa mereka.

“Wanita berkenaan membuat laporan polis, tetapi ia lebih menjurus kepada masalah rumah tangga dengan suaminya,” katanya.

sumber...Shamsul Munir Safini Hmetro

info/.. pic diatas tiada kena mengena dengan kes ini.

Wednesday, February 22, 2012

Jom Tengok "LUBUK" Enjin Curi Se Malaysia



BANYAK...bengkel lerai kenderaan dalam ladang sawit yang menyimpan ribuan enjin lori curi bernilai jutaan ringgit.

TAIPING: Serbuan polis ke sebuah bengkel kenderaan yang tersorok dalam ladang kelapa sawit di Changkat Jering, di sini, membawa kepada penemuan mengejutkan apabila lebih 1,000 enjin lori yang dicuri bernilai jutaan ringgit berselerakan di bengkel itu.

Bengkel milik sindiket curi kenderaan berat itu sengaja dibina di kawasan sunyi bagi membolehkan kerja melerai dan melapah lori curi dilakukan dalam tempoh hanya beberapa jam sebelum komponennya dijual sebagai alat ganti terpakai.

Serbuan ke atas bengkel yang terletak di atas kawasan seluas dua hektar itu dilakukan polis Kontinjen Perak dengan kerjasama polis Kontinjen Selangor dan Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Sabtu lalu.

Ketua Polis Perak, Datuk Mohd Shukri Dahlan berkata, sindiket terbabit sengaja memilih kawasan tersorok dalam ladang kelapa sawit untuk menjalankan kegiatan mereka bagi mengelak dikesan pihak berkuasa.

“Berdasarkan maklumat, sindiket itu mendapat bekalan lori curi dari Pulau Pinang, Perak dan Lembah Klang yang dibawa ke bengkel itu sebelum dileraikan enjin serta komponen lain.

“Selain lebih 1,000 enjin lori curi, turut ditemui puluhan kepala lori yang menunggu masa untuk dileraikan,” katanya dalam sidang akhbar di sini, semalam.


Sementara itu, di Shah Alam, Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah berkata, selain lori, ahli anggota sindiket terbabit turut mencuri pelbagai kenderaan lain dan mereka dipercayai aktif dalam jenayah itu sejak 10 tahun lalu.

Menurutnya, tembelang sindiket itu terbongkar sejurus polis menahan tiga lelaki yang cuba mencuri sebuah lori di belakang sebuah pasar raya di Rawang, Khamis lalu.

Katanya, susulan penahan lelaki berusia 22 tahun hingga 33 tahun yang berasal dari Tanjung Karang dan Sungai Besar itu, polis menjumpai pelbagai peralatan curi kenderaan dalam kereta Proton Wira yang dimiliki seorang daripada mereka.

“Penahanan ketiga-tiga suspek membawa kepada penahanan seorang lagi lelaki berusia 25 tahun di Sabak Bernam kira-kira jam 4 pagi keesokan harinya.

“Hasil soal siasat, suspek membawa polis ke sebuah bengkel di Taiping, Perak,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor, semalam. Tun Hisan berkata, hasil serbuan ke bengkel itu, polis menahan lapan individu membabitkan seorang kerani wanita, tiga lelaki tempatan dan empat lagi lelaki warga Bangladesh. Semua mereka berusia antara 18 dan 50 tahun.

Menurutnya, pemeriksaan ke atas suspek warga Bangladesh itu mendapati hanya seorang daripada mereka memiliki pasport dan selebihnya masuk ke negara secara haram.

“Hasil pemeriksaan lanjut, polis menjumpai 1,101 enjin lori, 102 enjin kereta, 30 kepala lori, tiga kepala kereta, tiga lori, 128 kereta, 1,040 pintu lori yang sudah dikikis nama syarikat pada badannya serta 13 kunci lori. “Polis mendapati suspek mengikis nombor casis dan enjin kenderaan yang dicuri bagi mengelakkan dikesan pihak berkuasa,” katanya. Beliau berkata, setakat ini, polis mengesan pemilik dua lori yang dilaporkan hilang dipercayai dicuri sindiket berkenaan di Hutan Melintang, Perak pada 1999 dan di Desa Jaya, Gombak.

Katanya, modus operandi sindiket berkenaan adalah mencuri lori atau kereta yang diletakkan di tempat letak kereta atau dengan cara menyamun kenderaan berkenaan. “Polis akan meminta bantuan pasukan Forensik untuk mengenal pasti nombor casis dan enjin serta pintu yang dikikis bagi memudahkan siasatan,” katanya.

Beliau berkata, seorang lelaki yang juga pemilik premis berkenaan RC Muniandi, 48, dan alamat terakhirnya Taman Kota Jaya, Simpang, Taiping, Perak kini diburu polis untuk membantu siasatan.

Semua individu yang berjaya ditahan itu kini ditahan reman sehingga 22 Februari ini dan kes akan disiasat mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan (KK) kerana curi kenderaan.

Tun Hisan berkata, sepanjang tahun lalu, sebanyak 294 kes curi lori dilaporkan di Gombak meningkat berbanding 246 kes dilaporkan sepanjang 2010.

Katanya, Polis Selangor juga menumpaskan empat sindiket curi kenderaan serta menahan 12 individu sepanjang tahun lalu. Beliau berkata, suspek satu daripada empat sindiket sudah didakwa di mahkamah manakala yang selebihnya dihantar ke Pusat Tahanan Simpang Renggam, Johor mengikut Ordinan Darurat berikutan kekurangan bukti.

sumber...Hmetro

Monday, February 20, 2012

Kecoh Video Bogel Melia Aimiellia Pulak ???



Heroin filem Karipap-Karipap Cinta, Melia Aimiellia (Melia) berkata dakwaan yang mengatakan dia adalah gadis yang berbogel dalam sebuah video yang tersebar pada minggu lalu berdasarkan pada persamaan fizikal dan cincin di jari adalah tuduhan yang mengarut.

Melia atau Noor Melia Aimiellia Zaidi, 19, berkata persamaan itu adalah tidak berasas kerana sesiapa pun boleh memakai cincin tersebut memandangkan ia adalah trend fesyen remaja pada hari ini.

“Cincin yang saya pakai adalah trend fesyen yang dipakai oleh sesiapa pun di luar sana. Mengapa pula hanya kerana cincin itu kelihatan sama, orang menuduh saya adalah gadis dalam video bogel itu?

“Kalau diperhatikan, ciri-ciri fizikalnya juga tidak sama dengan saya. Perkara itu turut diakui oleh ibu yang melahirkan saya kerana dia lebih mengetahui fizikal anaknya sendiri.

“Saya pelik orang luar pula yang lebih arif dalam menentukan gadis itu adalah saya,” katanya ketika dihubungi mStar Online, di sini, Ahad.


Melia berkata dia agak bimbang dan gelisah ketika mula-mula mengetahui mengenai isu video itu tetapi ia berjaya dihadapi dengan tenang berkat sokongan keluarga dan rakan-rakan.

“Pada awalnya, saya akui agak goyah dan kecewa juga kerana ia membabitkan soal maruah saya dan keluarga. Namun, saya bertuah kerana mendapat kepercayaan ibu, keluarga dan teman-teman.

“Malah, pengarah Karipap-Karipap Cinta, Othman Hafsham sendiri ada menghubungi saya untuk memberikan perangsang kerana tidak mempercayai tuduhan itu.

“Saya mendapat kekuatan untuk menghadapi isu ini dan bukan melarikan diri kerana saya tidak bersalah,” katanya.

Ketika ditanya adakah dia menganggap penyebaran video itu sebagai perbuatan khianat pihak tertentu yang mahu mengaibkannya, Melia berkata perkara itu mungkin berpunca daripada kesilapannya yang pernah mengguriskan perasaan orang lain tanpa disedari sebelum ini.

“Saya tidak mahu tuduh sesiapa dan tidak pasti jika ia adalah perbuatan khianat orang lain terhadap saya. Setiap perkara yang berlaku mungkin berpunca daripada kesilapan saya sendiri sebelum ini.

“Mungkin saya pernah mengguris perasaan orang lain tanpa saya sedari,” katanya yang menjalani kehidupan seperti biasa sejak dilanda kontroversi itu.

Terbaru, aktres muda ini baru sahaja menamatkan penggambaran drama bersiri 13 episod berjudul Titisan untuk saluran RTM di Kuala Kangsar, Perak.

sumber...Mstar OL

Sunday, February 19, 2012

RM 250 Upah Menari Bogel



JOHOR BAHRU: “Memang saya tak bertamadun, sebab itulah kerja macam ini,” demikian pengakuan selamba seorang pelayan pelanggan (GRO) apabila dia dan rakannya ditahan dalam serbuan selepas mempersembahkan tarian bogel di sebuah pusat hiburan di Jalan Datuk, di sini, jam 1 pagi semalam.
Bagaimanapun, janda berusia 26 tahun itu merayu dibebaskan dengan memberi alasan terpaksa menjadi GRO untuk membesarkan dua anaknya.

Difahamkan, janda itu dan rakannya berusia 27 tahun sanggup berbogel di pentas tarian atas permintaan pelanggan dengan upah RM250.


Mereka menari di pentas dengan membuka satu demi satu pakaian diiringi rentak muzik disko hingga berbogel selama 15 minit.

Ketika ditahan, kedua-dua GRO itu dalam keadaan mabuk serta mengaku tidak keberatan menawarkan khidmat seks kepada pelanggan dengan caj RM500.

Difahamkan, khidmat seks dilakukan di dalam tandas pusat hiburan terbabit tanpa menghiraukan bau busuk dan keadaan tidak selesa, malah pemeriksaan polis turut menemui kondom yang sudah digunakan.



Pegawai Turus, Cawangan Kongsi Gelap Maksiat dan Perjudian (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor, Deputi Superintendan Mohammad Abd Hamid berkata, ujian dilakukan terhadap dua wanita itu menunjukkan mereka berada di bawah pengaruh alkohol yang tinggi.

Katanya, turut ditahan ialah seorang wanita yang juga pelayan dan didapati berada di bawah pengaruh alkohol serta seorang penjaga premis, termasuk ibu ayam berusia 46 tahun.“Siasatan awal mendapati wanita berkenaan baru beberapa bulan bekerja sebagai GRO, namun dia cuba menafikannya dan mendakwa datang bersama pelanggan bagi mengelak dicekup.

“Semua itu hanya helah kerana kami ada bukti dia bekerja di pusat hiburan terbabit dan turut disyaki menawarkan khidmat seks serta tarian bogel kepada pelanggan,” katanya.

Mohammad tidak menolak kemungkinan wanita terbabit sedia dibawa keluar pdengan membayar hingga mencecah RM1,000 semalam.

“Walau apa alasan diberi, kami tetap menahan wanita terbabit. Resit, wang tunai RM500 serta kondom turut dirampas, manakala semua wanita tempatan itu ditahan untuk diambil keterangan bagi membantu siasatan,” katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 372 b Kanun Keseksaan kerana mencari langganan bagi maksud persundalan serta melakukan perbuatan lucah, manakala penjaga premis disiasat mengikut Seksyen 372 (1) (F) kanun sama.

Operasi turut disertai sepasukan pegawai dan anggota Jabatan Agama Johor (JAJ) dan mereka menahan empat GRO dipercayai mabuk mengikut Seksyen 19 (1) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Johor 1997 kerana meminum minuman keras.

sumber...Hmetro