Trend buku atau risalah diatas tak ubah seperti buku 50 Dalil.
Review keadaan terkini sekitar proses Pemilihan PAS 2015.
Dimanakah letaknya Akhlak murni islam setelah golongan juhalak dalam PAS bermaharaja lela, kempen kotor seteruk pemilihan UMNO.
Ramai melihat PAS sudah berserabut dan tidak ketahuan hala tuju , semakin hari parti yang kononnya berasaskan islam ini sudah jauh menyimpangkan pandangan publik dari elok,cantik dan menawan sukma kepada kotor,tidak senonoh dan memualkan !
Kempen kali ini lebih kotor - kata Jawatankuasa Pemilihan PAS
Jawatankuasa Pemilihan PAS Pusat mengakui kempen bagi pemilihan kali ini lebih kotor apabila wujud unsur serangan peribadi yang keterlaluan berbanding sebelum ini, walaupun peraturan rasmi dirangka mulai tahun ini supaya mematuhi etika dan larangan sepanjang proses itu.
Pengerusinya, Asmuni Awi berkata,
pihaknya mendapati sejak kebelakangan ini banyak risalah yang
dikeluarkan bersifat serangan peribadi bagi menjatuhkan calon-calon
tertentu, disebarkan di media sosial.
“Macam-macam (cara) tetapi lebih kepada
serangan peribadi seperti (calon) tak layan bertanding, parasitlah,
untuk ulamalah, rosak akidah, liberal dan ortodoks.
“(Kempen) sebelum ini tak nampak pun.
Kalau ada pun kecil-kecil sahaja, tetapi sekarang ini hebat sangatlah,
saya pun tak tahu kenapa berlaku macam ini,” katanya pada sidang media
di Ibu Pejabat PAS di sini, Isnin.
Bagaimanapun, Presiden Pas, Datuk Seri
Abdul Hadi Awang pada Sabtu lalu berkata, pemilihan Pas pada Jun ini
bersih tanpa dicemari dengan sebarang kempen kotor.
Asmuni berkata, Peraturan Pemilihan PAS
2014 dikeluarkan parti untuk digunapakai bagi pemilihan di peringkat
kawasan dan negeri berbanding tahun-tahun sebelum ini yang tidak
mempunyai peraturan secara rasmi.
"Peraturan ini menetapkan apa yang boleh
dan tidak boleh dilakukan bagi menghormati kempen atau promosi
calon-calon dalam mengadakan pemilihan.
“Kita tidak benarkan perbuatan yang
melanggar etika seperti melabel atau memberi gelaran kepada individu dan
mengeluarkan poster untuk menjatuhkan maruah calon.
“Sebelum ini sudah ada peraturan cuma
kita keluarkannya pada tahun ini sebagai rujukan rasmi berhubung
pemilihan,” katanya sambil menambah beliau bagaimanapun tidak pasti sama
ada serangan itu dilakukan oleh anggota parti atau pihak lain.
Ditanya mengenai aduan berkaitan, beliau
mengakui banyak yang diterima dan jawatankuasa diminta untuk menyiasat
perkara tersebut.
Dalam pada itu, Asmuni turut menyuarakan
kebimbangannya mengenai taktik kotor kempen ini hanya akan menyebabkan
pelbagai tindakan saman fitnah.
“Ia akan menimbulkan pelbagai saman
fitnah, dikemukakan oleh mereka yang terjejas reputasinya kerana kempen
fitnah ini terhadap penulis atau penyebar.
“Imej parti akan terjejas kerana kita
(PAS) ini adalah parti Islam dan etika Islam itu masih ada. Ini lebih
kepada reputasi,” katanya.
Dilaporkan, antara risalah yang
disebarkan baru-baru ini adalah mengenai bekas Menteri Besar Perak,
Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin yang didakwa gagal mempertahankan
jawatannya sebagai Yang Dipertua PAS Kawasan Kampar, Perak disebabkan
sekeping risalah yang memburuk-burukkan beliau.
Risalah itu menyatakan sebab-sebab Nizar tidak boleh dipilih untuk memegang jawatan itu.
sumber...Mstar