Followers

Wednesday, December 30, 2020

145 Ketua Bahagian UMNO Tolak Kerjasama dengan BERSATU


 

Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Dr Puad Zarkashi mendakwa, bukan rahsia lagi 145 Ketua Bahagian Umno menolak kerjasama dengan Bersatu (PPBM) dalam pilihan raya umum ke 15 nanti.

Katanya, ini kerana sikap Bersatu yang menikam Umno dari belakang dan cuba menguburkan Umno.

“Pemimpin akar umbi Umno sudah lama sedar yang tikam Umno dari belakang di PRU 14 adalah PPBM. Yang rancang bubarkan Umno setelah PH berkuasa adalah PPBM bukan PKR atau DAP.

“Walaupun PH sudah tumbang, tetapi DNA mereka masih ada dalam PPBM 2.0. PPBM melihat Umno sebagai rival bukan kawan,” kata bekas Ketua Pengarah Jasa, badan propaganda kerajaan ketika Barisan Nasional (BN) menjadi kerajaan itu.

Puad mengecam kenyataan Tan Sri Annuar Musa yang mempertikaikan kenyataan beliau sebelum ini yang didakwa membocorkan rahsia parti.

Dua hari lepas, kata Puad, Annuar Musa membuat posting terbuka. Dia tuduh seorang pemimpin yang ada platform resmi buat perkara yang berlawanan dengan dasar parti.

“Annuar terlupa dia Setiausaha Agung BN. Dia pun suka mendahului Presiden.

“Annuar mendakwa parti sedang di bawa ke arah perpecahan bukan konsolidasi.

“Annuar tutup mata sebelah. Sebenarnya Umno yang sedang ditikam dan dilemahkan dari belakang,” kata bekas Ahli Parlimen Batu Pahat itu.

Menurut Puad, sekarang ini sebok PPBM membeli dan memujuk Ketua-ketua cawangan Umno untuk menubuhkan cawangan baru PPBM.

“Kenapa tidak dipujuk ketua Pas, PKR dan PAN (AMANAH)?” tanya Puad dalam facebook beliau itu.

Menurut Puad, masa orang Bersatu jadi menteri besar, mereka gunakan jawatan ketua kampung sebagai tawar menawar tubuh cawangan baru.

“Sekarang guna PM (Perdana Menteri) desak MB Umno beri kuota 60-40 untuk lantik ketua kampung dan ahli majlis.

“Pemimpin akar umbi Umno sudah lama sedar yang tikam Umno dari belakang di PRU 14 adalah PPBM.

“Yang rancang bubarkan Umno setelah PH berkuasa adalah PPBM bukan PKR atau DAP,” kata Puad lagi.

Menurut beliau, walaupun PH sudah tumbang, tetapi DNA mereka masih ada dalam Bersatu 2.0. Bersatu melihat Umno sebagai rival bukan kawan, katanya.

“Sekarang mereka tidak boleh haramkan Umno melalui perundangan. Tetapi melayan Umno dengan cara melemahkan Umno dan akhirnya kuburkan Umno,” kata beliau lagi.

Menurut Puad, Annuar mendakwa membatalkan keputusan “No Anwar No DAP” akan menjadikan kubu Umno menjadi kubur.

“Itu hanya sentimen,” kata Puad yang menyokong usaha kerjasama antara Umno dengan Anwar Ibrahim dan juga DAP.

Menurut Puad, sekarang ini, Bersatu cuba merampas kerusi yang selama ini menjadi kubu Umno.

“Hakikatnya lihatlah apa yang berlaku di Larut, di Mersing, di Tanah Merah dan di tempat tempat MP lompat. Mana mungkin Annuar Musa tidak nampak itu semua,” katanya.

Beliau bertanya, di manakah menteri menteri lompat Bersatu yang asalnya Umno akan bertanding dalam PRU ke 15 nanti.

“Sudah tentu di kubu Umno,” kata beliau lagi.

Bagi beliau, Bersatu lebih terdesak dan perlu melemahkan Umno jika mahu tambah kerusi Parlimen dan DUN di PRU ke 15 akan datang.

“Sebab itu tidak timbul PKR dan DAP mahu bubarkan Umno. Tendensinya, Umno-PPBM akan bertembung. PPBM akan guna muslihat seperti yang berlaku di PRN Sabah,” kata beliau mengulas apa yang berlaku dalam PRN Sabah apabila banyak kerusi Umno dirampas oleh Bersatu dan akhirnya Bersatu yang menjadi Ketua Menteri walaupun Umno menang lebih banyak kerusi.

Puad berkata, Annuar Musa mendakwa Umno boleh tergolek kali kedua dalam PRU 15 nanti.

“Itulah rasional kenapa 143 Ketua Bahagian menolak kerjasama dengan PPBM kerana tindak tanduk PPBM mahu menggolekkan Umno kali kedua.

“Percayalah, kalau PPBM masih menghalalkan kaedah lompat parti untuk tambah MP PPBM, sudah tentu MP UMNO menjadi target untuk dipujuk bukan MP Pas.

“Itu yang patut dikhuatiri oleh Annuar. Kalau Ketereh adalah kubu Umno, maka parti mana yang akan menjadikannya kubur. DAP, PKR atau PPBM?” katanya.

Katanya, kalau Annuar kata pemimpin akar umbi Umno resah, mereka sebenarnya lebih mengetahui apa yang berlaku di bawah.

“Mereka terdedah dengan pujukan dan tawaran.

“Semoga Umno bukan umpama, terlepas dari mulut buaya tetapi masuk ke mulut harimau,” kata beliau lagi.

sumber...MDLine

Friday, December 25, 2020

‘Umno Sokong Anwar Kerana Sangat Bencikan Muhyiddin’

 


Sokongan Umno kepada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim bertujuan untuk mencapai jumlah majoriti di Parlimen, kata Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa.

Naib Presiden AMANAH itu berkata, Umno menyokong Anwar bukan kerana menerima Pakatan Harapan (PH) sebaliknya didorong bencikan Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

“Umno bersama menyokong Anwar, kononnya. Saya tidak tahu lebih dari itu, tapi saya yakin usaha Anwar (membentuk kerajaan) sudah mencapai tahap perkembangan yang besar.

“Umno menyokong Anwar bukan kerana sokong PH. Mereka sokong Anwar untuk memastikan ada majoriti di Parlimen.

“Umno bukan sokong agenda PH tetapi mereka melakukan sedemikian kerana sangat membenci Muhyiddin, Bersatu dan kerajaan Perikatan Nasional (PN) lebih besar daripada dia (Umno) tidak suka kepada kita (PH),” katanya dalam bicara secara langsung menerusi Facebook beliau malam tadi.

Mujahid mengingatkan penyokong PH terutamanya, bahawa hal itulah sebenarnya motif sokongan Umno kepada Anwar.

“Biar kita jelas. Umno lagi tidak suka Muhyiddin dan Bersatu. Bagi Umno, lebih baik berkawan dengan Datuk Seri Anwar di Parlimen untuk mendapat majoriti daripada dia (Umno) terus menyokong Muhyiddin dan Bersatu,” katanya.

Dalam slot bicara selama 1 jam 20 minit itu, Mujahid berkata, Bersatu hendak memastikan Umno mati secara keseluruhannya meliputi seluruh akar umbi dan segala organisasi berkaitan parti keris itu.

“Hanya dengan itu, barulah Bersatu boleh ganti Umno. Inilah yang orang Umno tidak boleh terima. Bagi Umno, Bersatu adalah musuh nombor satu.

“Pada masa ini, Umno melihat sokongan kepada Anwar adalah lebih baik dalam mengekalkan kewujudan Umno berbanding kekal dengan PN.

“Jadi, jangan kata Umno sokong Anwar kerana mereka setuju dengan perjuangan PH,” kata Mujahid.

Sehubungan itu, jelasnya, sokongan Umno hanya berlaku dalam kalangan 222 Ahli Parlimen parti untuk membolehkan PH mempunyai majoriti.

“Sokongan MP-MP Umno supaya kita (PH) mencapai majoriti yang membolehkan kita menjadi kerajaan adalah berlaku di dalam Parlimen di kalangan 222 Ahli Parlimen. Itu sahaja.

“Ia tidak melibatkan perjanjian pilihan raya, pembahagian kerusi, manifesto, atau apa-apa persetujuan politik di luar Dewan Rakyat.

Hal inilah penyokong PH dan Umno mesti faham betul-betul,” kata Mujahid yang juga Pengerusi Pembangunan Sumber Manusia AMANAH itu lagi.

sumber...MDline

Thursday, December 17, 2020

Grand Coalition: Siapakah Yang Beruntung ?

 

 

Grand Coalition - Siapakah Yang Beruntung?

 
Bagaimana jika aku katakan pembentukan Grand Coalition (GC) ini umpama berikan kerusi secara percuma kepada 'parti-parti comel' ini?
 
Pejuang dan Muda adalah parti yang kecil. Sebab itu aku gelarkan comel. Tetapi bukan sebarang comel. Ini comel yang kejam. Sama macam watak 'Chucky' dalam filem. Namun itu bukanlah halangan untuk bentuk kerjasama.
 
Yang jadi masalahnya ialah, parti-parti ini tak punya akar umbi pun. Mereka ini bagaikan kiambang. Zahirnya nampak berkembangan tetapi akar tak jejak di dasaran.
 
Sebab itu mereka mahu bentuk GC ini kerana mereka perlukan akar umbi PH untuk lakukan kerja bagi pihak mereka dalam PRU15 nanti.
 
Bayangkan kalau mereka masuk ke PRU15 tanpa PH. Siapa nak pasang poster dan bendera? Siapa nak uruskan semua keperluan untuk ceramah? Kempen PRU bukan kecil anak punya kerja!
Kenapa tak masuk PH sahaja?
 
Itu lagi satu masalah. Kalau mereka masuk PH, mereka terpaksa ikut ketetapan PH. Dan PH telah membuat ketetapan DS Anwar akan mengetuai PH.
 
Dan itulah yang paling mereka tidak mahu!
 
Nampak tak jahatnya permainan mereka? Mereka hendakkan kerusi. Mereka hendakkan tenaga kerja PH. Tetapi enggan ikut ketetapan PH. Bahkan mereka mahu jadi kepala!
 
Yang peliknya ada pula pemimpin PH yang setuju. Entah kenapa kontot sangat akalnya sehingga tak terfikir GC ini lebih banyak buruk dari baiknya.
 
Dengan GC, PH hanya akan dipergunakan. Senang cerita, PH akan jadi balaci mereka. Buat semua kerja, tetapi kerusi mereka yang dapat.
 
Itu belum diambil kira lagi sifat tamak ketika pembahagian kerusi nanti. Dah lupa bagaimana tamaknya Bersatu ketika PRU14 dahulu?
 
Waktu itu Amanah banyak mengalah sehingga ada ahli yang tak puas hati. Itu pengorbanan Amanah untuk jayakan PH. Tetapi takkan kali ini nak jadikan Amanah korban lagi?
 
Tengok pula bagaimana Bersatu pergunakan BN dan Pas dalam PN. Mereka tiada akar umbi tapi tanpa malu umum hendak tanding banyak kerusi.
 
Di Terengganu misalnya, kalau ikut kaedah PN, memang BN takkan dapat bertanding langsung walau satu kerusi pun dalam PRU15 nanti.
 
Jika PH terima pembentukan GC ini, maka nasib PH akan jadi sama seperti BN. Dipergunakan untuk kesenangan parti-parti yang comel ini.
 
Itu belum cerita kalau dah menang nanti mereka lompat dan ikut PN. Kita dah terkena dengan Bersatu. Takkan tak serik-serik lagi?
 
Tiada beza antara Pejuang/Muda dan Bersatu. Itu juga acuannya. Dari segi ego, busuk hati dan sifat tamak mereka, memang saling tak tumpah.
 
Sebab itu aku harap PH tak akan layan langsung GC ini. Sebab tubuhkan GC sama seperti beri kerusi secara percuma kepada parti-parti ini.
 
PH takkan rugi tanpa mereka. Sebaliknya mereka yang akan mati tanpa PH. Beritahu mereka secara jelas, jika betul mahu perjuangkan rakyat, masuk sahaja mana-mana parti dalam PH.
 
Atau paling tidak, bawa terus parti mereka masuk PH dan ikut konsensus yang telah dipersetujui. Tak perlu nak tubuh koalisi baru demi untuk jadi ketua.
 
Tapi baik tak payah. Ada banyak parti tapi tiada akar umbi pun tak ada guna. Tak percaya cuba tengok nanti. Dalam 4 orang MP Pejuang dan juga Syed Sadiq dari Muda, siapa antara mereka yang boleh menang tanpa bantuan PH?
 
Aku berani kata paling banyak pun dua kerusi. Itupun kalau nasib baik. Silap-silap satu kerusi pun takkan dapat. Gigit jari sajalah.
 
Kalau PH nak ambil sangat parti kecil, baiklah ambil PSM. Kalau dengan PSM, serah kerusi percuma pun tak mengapa. Sebab PSM memang serius berkerja untuk rakyat.
 
Pejuang & Muda? Cuma perjuangan peribadi.
 
oleh: - R a j a G e l a p -

Wednesday, December 16, 2020

Isu KWSP: Rakyat Kesal, Kecewa dengan Najib

 


Rakyat melahirkan rasa kesal dan kecewa kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kerana dikatakan memberi harapan palsu mengenai permohonan pengeluaran akaun satu i-Sinar Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Najib dalam satu kenyataan di Facebook miliknya berkata, beliau menerima dengan hati yang terbuka tindakan rakyat itu walaupun keputusan akhir sebenarnya terletak pada tangan orang lain.

Beliau berkata, realitinya ialah parti Barisan Nasional (BN) telah sehabis mungkin memperjuangkan hak rakyat.

“Daripada tidak diberi langsung oleh Perdana Menteri sehingga ke 600,000 ahli layak memohon pengeluaran ditingkatkan kepada dua juta ahli dan kemudian dinaikkan lagi kepada lapan juta ahli yang layak.

“Pengeluaran akaun dua KWSP dan moratorium pinjaman pertama juga cadangan saya pada Mac 2020 sebelum Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula. Ramai dah tak ingat,” katanya.

Mengulas lanjut, beliau yang juga Ahli Parlimen Pekan berkata, ramai tidak nampak usaha yang diperjuangkan itu malah menuduh pihaknya tidak ikhlas sedangkan mereka sudah lama berusaha untuk memperbaiki skim berkenaan.

Katanya, bagi kategori satu syarat permohonan pengeluaran i-Sinar, ia dilihat sudah baik yang mana rakyat termasuk suri rumah boleh keluarkan dengan kelulusan secara automatik tanpa perlu sebarang maklumat ataupun dokumen.

“Kini cuma tinggal kategori dua sahaja yang perlu ditambah baik. Berjuta-juta rakyat berharap syarat dipermudahkan,” katanya.

Sehubungan itu, beliau berkata, kerajaan minta pihaknya menunggu dan memberi sedikit masa untuk mereka perbetulkan dan menunaikan janji.

“Seperti saudara dan saudari, saya pun tak gemar dikencing (ditipu).

“Justeru, kita tunggu sahaja minggu depan,” katanya.

sumber...s.harian

Saturday, December 12, 2020

Terkini: Umno Sedia Hadapi PRU Sendirian atau Kerjasama dengan PH Jika Kerenah PPBM Berterusan

 


Timbalan Pengerusi Umno Johor Nur Jazlan Mohamad berkata, Umno akan membayar harga tinggi jika memilih untuk kekal dalam kerajaan PN dan membiarkan PPBM yang ‘lemah’ menerajui gabungan itu. (Gambar Facebook)

Umno sedia hadapi PRU sendirian atau kerjasama dengan PH jika ‘kerenah’ PPBM berterusan, kata Nur Jazlan

Umno tidak akan teragak-agak menamatkan kerjasama dengan Perikatan Nasional (PN) dan bertanding bersendirian pada pilihan raya akan datang atau bekerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) jika PPBM terus ghairah mahu menjadi parti dominan dalam kerajaan.

Timbalan Pengerusi Umno Johor Nur Jazlan Mohamad berkata Umno akan membayar harga tinggi jika memilih untuk kekal dalam kerajaan PN dan membiarkan PPBM yang “lemah” menerajui gabungan itu pada pilihan raya akan datang.

Nur Jazlan berkata wujud kekecewaan nyata dalam kalangan ahli Umno berhubung percubaan PPBM untuk “menguasai” PN dan menjadi parti dominan walaupun hanya menerajui satu negeri dan mempunyai jumlah Ahli Parlimen terhad.

Justeru “kerenah” PPBM itu Nur Jazlan berkata, akar umbi Umno harus “berfikir secara mendalam” untuk memahami kenapa parti itu perlu menimbangkan pilihan lain untuk menghadapi PRU 15, umpamanya bekerjasama dengan parti komponen PH, termasuk DAP.

Katanya, lebih mudah bagi Umno bertanding PRU15 tanpa terikat kepada PN kerana ia mampu memenangi kerusi terbanyak dalam saingan tiga penjuru dengan PPBM atau PAS.

Katanya, cadangan jalinan kerjasama antara Umno dengan PKR dan DAP “mungkin bukan idea buruk” kerana Malaysia memerlukan kerajaan inklusif untuk maju dan diterima di peringkat global sebagai negara progresif.

“Memiliki kerajaan yang lebih daripada 90% Melayu (seperti sekarang) tidak sihat atau baik untuk negara. Kita tidak boleh menyisih orang bukan Melayu dalam soal jawatan dalam kerajaan,” katanya.

Justeru, katanya, ahli Umno harus memikirkan” pilihan PH” dengan mengambil kira realiti politik semasa.

Nur Jazlan berkata, PN pasti akan kalah dalam pilihan raya, bahkan sebelum hari penamaan calon lagi kerana isu pengagihan kerusi.

Umno tidak akan melepaskan kerusi yang dimenanginya pada pilihan raya lalu, apatah lagi yang kalah, kata beliau.

Beliau juga berkata Umno akan “membunuh diri secara politik” jika ia membiarkan PPBM meletakkan dirinya sebagai kuasa dominan menerusi cadangan mewujudkan gabungan besar bersama Barisan Nasional, PAS dan GPS.

Beliau menyifatkan PPBM sebagai parti paling lemah dalam PN, tetapi cuba memaparkan diri sebaliknya.

“Ini apertama kalinya kita mengalami situasi di mana parti pimpinan perdana menteri (PPBM), hanya menguasai satu negeri dan itu pun di Sabah di mana Umno masih mempunyai jumlah kerusi terbanyak.

“Bagi akar umbi Umno, ia sesuatu yang tidak dapat difahami,” katanya kepada FMT.

Nur Jazlan berkata pemimpin PPBM “bahkan tidak dapat berpegang pada negeri Johor dan Perak,” dengan merujuk kepada perubahan kepimpinan yang menyaksikan jawatan menteri besar di dua negeri itu kembali kepada Umno.

“Logik menyatakan bahawa parti terkuat dalam gabungan (mesti) adalah parti yang dominan dalam pilihan raya dan akan menentukan jawatan perdana menteri, menteri besar atau ketua menteri.

Nur Jazlan juga menganjurkan cadangan parti-parti bekerjasama untuk membentuk kerajaan setelah pilihan raya dan bukan sebelum hari mengundi, sambil menambah bahawa mereka harus bebas bertanding di mana-mana kerusi yang disasarkan.

“Parti yang menang harus membentuk kerajaan gabungan dan membiarkan parti dengan jumlah kerusi tertinggi mencalonkan pilihan mereka untuk jawatan perdana menteri, menteri besar atau ketua menteri,” katanya.

Beliau juga berkata, gabungan yang ditubuhkan berasaskan keputusan pilihan raya umum, juga harus berhak memilih calon mereka untuk menjadi perdana menteri, bukan berpandukan janji-janji parti sebelum pilihan raya.

sumber...FMT

Thursday, December 10, 2020

Dominan: Zahid Peluk Muhyiddin Negeri Perak Umno Dapat MB

 


Akhirnya Umno kembali menguasai negeri Perak setelah Peja berjaya disingkirkan melalui undi percaya dalam DUN Perak.

Lipat lepat  umno kali ini menjadi.Peluk bukan sebarang peluk,kali ini pelukan Zahid berjaya menguasai kembali kerusi Menteri Besar.

Adakah PPBM pimpinan Muhyiddin tidak menyimpan sebarang rasa bila ADUN ADUN umno Perak menjatuhkan Peja ?

Drama ahli politik PN ini nampaknya akan bersambung lagi.Ada kemungkinan pelukan Zahid untuk kali kedua akan berjaya untuk menyingkirkan Hajiji dari kerusi Ketua Menteri Sabah pula,Stay tune.

BERSATU ,Pas sepakat terima Saarani selepas Zahid minta maaf

Umno, Bersatu dan PAS akhirnya bersetuju mencalonkan Pengerusi Umno Perak, Saarani Mohamad sebagai calon menteri besar yang baru di negeri itu.

Persetujuan itu diumumkan Setiausaha Agung BN Annuar Musa di media sosial dengan memuat naik salinan kenyataan media bersama ketiga-tiga parti itu.

Keputusan berkenaan sekaligus menamatkan kemelut krisis Perak serta mengekalkan kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Dalam kenyataan bersama membabitkan Setiausa Agung PAS, Takiyuddin Hassan, Hamzah Zainudin (Bersatu) dan Annuar sendiri mereka berkata presiden ketiga-tiga parti mengadakan pertemuan di Kuala Lumpur hari ini.

"Dalam pertemuan itu Pengerusi BN (Ahmad Zahid Hamidi) telah menyampaikan pernyataan maaf bagi pihak Adun-adun BN Perak di atas kekhilafan yang berlaku.

"Atas semangat PN ketiga-tiga parti telah bersetuju untuk mencadangkan Saarani sebagai menteri besar Perak yang baru untuk diperkenankan oleh Sultan Perak," kata mereka.

Menurut kenyataan sama perbincangan di antara Ahmad Zahid dengan Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin dan Abdul Hadi Awang (PAS) mencapai kata sepakat mengenai pelantikan-pelantikan lain dalam kerajaan Perak.

Pada 4 Dis lalu, Adun Chenderiang yang juga Timbalan Presiden Bersatu Ahmad Faizal Azumu gagal mendapat sokongan majoriti daripada wakil-wakil rakyat negeri itu dalam undian percaya hari ini.

Sebanyak 48 undi menolak usul percaya itu berbanding 10 yang menyokongnya. satu undi rosak atau berkecuali.

Dengan itu Ahmad Faizal berundur daripada jawatannya sebagai menteri besar.

Usul tersebut dibawa Adun Pengkalan Baru dari Umno, Abd Manaf Hashim. Asalnya usul tersebut disenarai untuk dibahaskan selepas pembentangan Belanjawan 2021 Perak.

laporan...mKini

Thursday, December 3, 2020

Dominan: UMNO VS PPBM Game Over

 


Umno tetap mahu jadi parti dominan atau game over

Menjelang pilihan raya umum (PRU) akan datang, kata Umno, parti itu mesti menjadi entiti yang dominan dan isu berkenaan tidak sepatutnya dipertikaikan.

Ketua Penerangan Umno Shahril Sufian Hamdan berkata ia adalah hakikat yang perlu diterima oleh semua pihak.

Jelas menyasarkan kenyataan tersebut kepada Bersatu, Shahril berkata, isu dominan memang mudah diucapkan oleh sesebuah parti yang melahirkan dua perdana menteri walaupun memiliki kerusi yang kecil di parlimen.

“Bagi Umno jelas, apa pun formula akhir menjelang PRU ke-15, Umno mesti dominan. Jika tidak terima hakikat itu, game over (tamat) dan no deal (tiada persefahaman),” katanya di Facebook.

Kenyataan Shahril itu dibuat dengan diiringi laporan berita membabitkan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Saifuddin Abdullah, yang menyatakan pandangannya agar ahli politik tidak terikut-ikut kerangka politik lama.

Saifuddin - yang menjadi ahli parlimen Indera Mahkota sebagai wakil PKR sebelum berpindah ke Bersatu - dilaporkan berkata, ahli politik perlu bersikap terbuka dan isu dominan tidak harus timbul dalam gabungan parti Melayu. 

Kenyataan Shahril itu hadir tidak lama selepas Naib Presiden Umno, Mohamed Khaled Nordin, menegaskan parti Melayu yang dominan wujud sejak lama dulu dan ia penting bagi memastikan kestabilan politik negara.

Khaled juga secara jelas menempelak Bersatu apabila menyifatkan kekuatan Umno dan PAS mencukupi untuk memenangi PRU.

Kata Shahril, kenyatannya itu bukanlah bermaksud Umno sempurna dan telah menyelesaikan semua masalah, atau parti itu tidak memerlukan bantuan pihak lain hingga “perasan” boleh memenangi PRU dengan hanya sokongan ahli mereka semata-mata.

“Tidak,” katanya.

Tambahnya, meskipun ahli Umno menghormati Perdana Menteri Muhyiddin Yassin dan membantu kerajaan yang dipimpinnya, isu dominan akan timbul dan tetap timbul.

Justeru katanya tidak timbul istilah apologetik dalam kalangan ahli Umno berkenaan hal itu.

UMNO mesti dominan. 

"Apa maksud terjemahan dominasi dan apa strategi ke arah itu khususnya dalam konteks PRU ke-15, pimpinan akan bincang dan tetapkan, selain apa dinyatakan sebelum ini misalnya kerusi yang dimenangi Umno kekal Umno,” katanya lagi.

Tuesday, December 1, 2020

Azmin Rancang Ambil Alih Kuasa Sejak 2019

 


Objektif utama adalah menggunakan 53 Ahli Parlimen dari kumpulan Hishammuddin, GPS dan Pas untuk menggantikan DAP dan AMANAH yang hanya mempunyai 53 Ahli Parlimen, dan menutup peluang Anwar untuk menjadi Perdana Menteri," kata Pengarah Strategi DAP.

Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali sebenarnya sudah merancang untuk merampas kuasa dan memecah belahkan Pakatan Harapan, seawal Oktober 2019 sebelum langkah Sheraton berlaku.

 Senator dari DAP, Liew Chin Tong mendakwa, Menteri Kanan Perikatan Nasional (PN) itu berbuat demikian kerana mahu menghalang Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri.

Katanya, rancangan Azmin itu dibantu oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin dan Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dalam usaha membentuk kerajaan baru.

“Rancangan mereka pada Oktober 2019 adalah untuk menggerakkan kerajaan perpaduan Melayu dengan sokongan kumpulan Hishammuddin (17), Gabungan Parti Sarawak (GPS) (18) dan Pas (18) untuk menjadikan jumlah mereka sebanyak 53.

“Jumlah berkenaan diperlukan untuk menggantikan AMANAH (11) dan DAP (42).

“Objektif utama adalah menggunakan 53 Ahli Parlimen dari kumpulan Hishammuddin, GPS dan Pas untuk menggantikan DAP dan AMANAH yang hanya mempunyai 53 Ahli Parlimen, dan menutup peluang Anwar untuk menjadi Perdana Menteri,” kata Pengarah Strategi DAP itu dalam catatan blognya hari ini

Liew berkata, serangan berterusan terhadap DAP juga digerakkan bertujuan menjadikan Pakatan Harapan tidak dapat bertahan bersama yang bermula dengan Kongres Maruah Melayu pada 6 Oktober 2019.

Menurutnya, Azmin percaya bahawa ketika DAP dan AMANAH keluar dari perkiraan, dia akan dapat mengawal sebahagian besar Ahli Parlimen PKR sehingga tidak ada lagi yang akan menyokong Anwar sebagai PM.

Pada 14 Oktober 2019, akhbar New Straits Times menerbitkan idea Hishammuddin Hussein untuk menubuhkan “Bangsa Malaysia” tanpa DAP dan AMANAH.

Tetapi pada masa itu, Muhyiddin Yassin dan Dr Mahathir tidak berminat dengan langkah tersebut.

Kata Senator itu lagi, sebilangan besar daripada Ahli Parlimen PH sudah menyedari plot Azmin-Hamzah-Hishammudin ketika itu dan rampasan kuasa gagal selepas Majlis Setiausaha PH mendedahkan rancangan mereka tepat pada waktunya.

Bagaimanapun katanya, PH gagal menghalang rampasan kuasa pada 23 Februari 2020 ketika Muhyiddin mengesahkan rancangan itu dan Zahid membawa seluruh blok Umno ke meja rundingan dan menegaskan bahawa dia adalah satu-satunya wakil yang bercakap untuk Umno.

“Mereka menganggap Shafie Apdal dan Mahathir akan menyokong, dan kerajaan langkah Sheraton yang baru akan memerintah dengan sekurang-kurangnya 125 kerusi, jika bukan 130 kerusi. Tetapi mereka terkejut ketika Mahathir dan Shafie enggan dikaitkan dengan rancangan berkenaan.

“Sejak itu, kerajaan langkah Sheraton hanya dapat memerintah dengan majoriti kurang dari lima kerusi.

“Ketika negara terus terpengaruh oleh langkah Sheraton, lebih banyak cerita akan muncul untuk membersihkan konspirasi. Inilah masanya untuk kita mengenali dan mendokumentasikan apa yang sebenarnya telah berlaku,” katanya lagi.

sumber...M.Dline

Sunday, November 29, 2020

Bajet 2021: Pusingan Pertama Pembangkang Sudah Menang

 


Presiden PKR Anwar Ibrahim hari ini menegaskan kompromi yang dibuat Menteri Kewangan Tengku Zafrul Abdul Aziz dalam Belanjawan 2021 adalah kemenangan untuk rakyat dan pembangkang.

Anwar mempertahankan langkah PH yang tidak meminta pengundian belah bahagi untuk Rang Undang-undang Perbekalan (Belanjawan) 2021 di Dewan Rakyat khamis lalu.

"Seminggu sebelum (pengundian), saya keluarkan kenyataan. Jika cadangan kami tidak dipenuhi, kami akan tolak Belanjawan 2021 secara keseluruhan. Apa yang berlaku ialah menteri kewangan membuat kompromi besar," katanya dalam wawancara bersama portal The Vibes yang diterbitkan hari ini.

"Jika kompromi dibuat membantu mereka yang menyimpan wang di bank, nelayan, petani, penjawat awam, pegutas barisan depan yang melawan Covid-19, mengapa kita perlu tolak (belanjawan)?

"Bagaimana kita akan jelaskan kepada orang ramai? Ini yang mereka mahu. Tengku Zafrul akur (kepada desakan PH). Adakah kita masih tolak? Atas dasar apa?" katanya.

Antara perubahan yang dibuat adalah meluaskan progran pengeluaran akaun 1 KWSP i-Sinar untuk merangkumi semua pencarum yang terjejas pendapatan, dengan peningkatan had keluar kepada RM10,000, serta moratorium pinjaman bank secara automatik kepada golongan B40 dan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS).

"Secara (undi) suara kita menolak tetapi tidak menggesa belah bahagi untuk memberi laluan kepada perbahasan di peringkat jawatankuasa. Keputusan besar adalah pada 15 Disember, untuk menerima atau menolak belanjawan. Itu pusingan terakhir," katanya lagi.

Menurut Anwar, penolakan di peringkat jawatankuasa masih memberi kesan sama dengan penolakan di peringkat dasar.

Di peringkat dasar, Anwar berkata pembangkang dari satu segi telah memang kerana banyak cadangan mereka diterima.

"Bagi saya, kita boleh dikatakan menang kerana banyak permintaan kita, termasuk yang dibuat ahli Parlimen kerajaan, telah diterima. Walaupun tidak sema, tetapi sebahagiannya," katanya.

Katanya lagi, kompromi yang dibuat juga menunjukkan kerajaan tidak bersedia berdepan Parlimen dengan belanjawan asal.

Dalam kenyataannya selepas sidang 26 Nov lalu, Anwar berikrar pihaknya akan meminta undi belah bahagi diadakan semasa peringkat jawatankuasa ketika anggota parlimen membahaskan perbelanjaan setiap kementerian.

Menjelaskan tindakannya setelah mengadakan pertemuan dengan ahli Parlimen PH, Anwar berkata gabungan itu tetap menentang belanjawan yang dibentangkan Perikatan Nasional (PN) atas sebab beberapa isu utama yang tidak dijawab, seperti perbelanjaan "tidak realistik".

sumber...mKini

Saturday, November 21, 2020

Betul Ke PH Gagal Ambil Alih Kerajaan Sebab Tolak Mahathir ?

 

 

Terima kasih Tun M atas celoteh panjang di pagi Sabtu ini. Entah kenapa sejak kebelakangan ini Tun M begitu bersungguh memberikan gambaran bahawa Anwar adalah punca kenapa mandat rakyat tidak dapat diambil semula. 

 
Saya fikir fakta dan interpretasi terhadap fakta adalah berbeza. Manakala fakta kekal, interpretasi boleh berbeza. Maka, saya berbeza pandangan dengan Tun M. 
 
Kata Tun dalam Para 3-6 berkisar tentang peristiwa sebelum mesyuarat pada 21 Februari 2020 tentang bisikan Azmin dan Muhyiddin agar Tun M tidak tunduk kepada desakan peralihan kuasa. Umum sudah dapat mendengar kandungan mesyuarat pada malam itu yang tersebar kemudian. 
 
Para 7-9 pula tentang peristiwa pada 23 Februari 2020 - mesyuarat tergempar MPT Bersatu. Pada petang itulah pemimpin UMNO, PAS, GPS, Bersatu, Warisan dan Azmin datang ke rumah Tun. Malam itu ada makan malam di Sheraton tapi Tun tak hadir. 
 
Para 10-13 Tun cerita hal yang mendorong beliau letak jawatan. 
Di sini kita perlu sedar, Tun dakwa Anwar nak ambil balik mandat tak libatkan dia. Dia tak sebut kerajaan yang dia ketuai jatuh sebab dia letak jawatan tak bincang dengan pimpinan parti komponen. Mungkin sebab beliau anggap itu kerajaan Mahathir, bukan kerajaan PH+. 
PH pernah ajak Tun kembalikan mandat rakyat dan komited dgn manifesto. Tetapi Tun enggan. PH namakan Anwar kerana tidak bersetuju dgn idea Tun untuk jadi PM kerajaan perpaduan.
 
Saya setuju dengan Para 15. Dan Tun tulis jelas Anwar dapat 92 sokongan, beliau 66. Masa tu baru tahu ada blok yang cadangkan nama Muhyiddin. Ini tidak didedahkan tetapi masa awal itu Tuan Ibrahim Tuan Man telah tersebut kepada media. Lepas tu Takiyuddin betulkan dan beritahu media bahawa kenyataan rasmi PAS hanya akan datang daripada Presiden PAS dan beliau selaku SUA PAS.
Yang menariknya ialah Para 18, Tun kata:
“18. Jika ketiga-tiga parti dalam Pakatan Harapan menamakan saya sebagai calon mereka, saya akan dapat 158 undi setelah ditambah dengan 66 ahli yang sokong saya. Tetapi kerana mereka beri 92 kepada Anwar, saya kalah dan Anwar juga gagal.
 
19. Jika saya dapat 92 dari Pakatan Harapan dan dengan itu Kerajaan Pakatan Harapan dikekalkan saya akan kembali jadi Perdana Menteri Pakatan Harapan. Dan apabila saya letak jawatan Anwar akan jadi Perdana Menteri mengikut perancangan Pakatan Harapan.”
 
Tun tak tulis pula jika dia pengaruhi 65 lagi untuk sama-sama sokong Anwar yang pada masa itu dapat sokongan tertinggi, maka sokongan boleh juga jadi 158. Kot mana pun Anwar nak disalahkannya. Dia menang sentiasa. 
 
Dalam Para 20-22 Tun cerita pasal PH nak sokong dia semula. 
Di sini kita perlu tahu bahawa ketika Anwar ada 92, Tun ada 66; Tun tak hubungi Anwar. Tetapi Anwar yang pergi cadangkan kepada Tun supaya mandat rakyat boleh dikembalikan. Tun hanya fikir dia nak jadi PM, bukan nak bolehkan mandat rakyat dikembalikan. 
 
Bayangkan Anwar tawar sokongan PH dan untuk redakan tuduhan Tun tahu tentang Langkah Sheraton dan ikhlas mahu serah kepada Anwar, maka lantik Anwar jadi TPM, tapi Tun enggan. Adakah kita tidak boleh mengagak sikap beliau dalam hal ganti jadi PM? 
 
Saya pernah cerita Anwar kejut kami MP2 Keadilan pukul 2 pagi untuk sampaikan keputusan dan kesediaan beliau berkorban lagi. Dinihari itu juga Yusof Qaradhawi buat panggilan dan Anwar minta beliau doakan Malaysia - dibuka loud speaker untuk kami sama-sama aminkan doa tersebut. 
 
Apa berlaku selepas itu? Ini penting disebut. Tun kata jika PH 92 campur dia 66, maka jadi 158. Tapi masa kumpul Kenyataan Bersumpah, PH intact 92 orang, Tun gagal yakinkan 66 yang disebutnya. Itu pun masih salah Anwar!
 
Dalam Para 23 Tun sebut Muhyiddin dapat persetujuan dilantik jadi PM. Saya bahas di Dewan Rakyat, berasaskan keyakinan saya, pada 1 Mac itu, jika mengambil kira undian 112-109 (Maximus Ongkili tidak hadir seingat saya kerana isu kesihatan) penolakan Speaker TS Ariff, paling banyak pun Muhyiddin hanya ada sokongan 111 undi kerana Serian dan Lubok Antu telah menandatangani Kenyataan Bersumpah sokong Tun. Mereka hanya sokong Muhyiddin beberapa minggu selepas pengumuman pelantikan PM. 
 
Para 24-30 cerita pasal usaha dapatkan balik mandat. Semua orang tahu Tun tidak mahu cadang nama Anwar malah sanggup umum nama Shafie Apdal. Mungkin begitu cara beliau mengharapkan KEADILAN untuk terus mempercayainya. 
 
Apa yang Tun tidak cerita ialah KEADILAN telah usulkan 107 intact (dengan mengambil kira PSB belum mewujudkan blok khusus yang komited sebagai pembangkang), dan mana-mana pemimpin yang boleh membawa sokongan untuk mendapat semula mandat maka mereka berhak diangkat menjadi PM. Tapi ini pun ditolak oleh blok Tun kerana mahu Tun sahaja dicalonkan sebagai PM.
 
Para 31-34 Tun bercakap tentang pengumuman Anwar tentang sokongan untuk menjadi PM. Tun mengeluh kerana Anwar tidak libatkan beliau dan kumpulannya. Tun sepatutnya bertanya bilakah selepas Langkah Sheraton Tun pernah memberi isyarat untuk menyokong Anwar? Adakah Tun hendak beritahu jika Anwar datang meminta sokongan beliau maka sokongan itu akan diberikan? Tidak. Dan Tun tidak perlukan sokongan ini diminta. Tun sebagai orang lama dalam politik boleh memberi isyarat terbuka untuk memberi sokongan. 
 
Sama ada Anwar akan berjaya atau tidak, itu telah dijawab olehnya: Bertawakal kepada Allah s.w.t. selepas usaha telah dibuat. 
 
Tapi yang jelas ramai semakin melihat Tun mahukan ia gagal. Dan ramai meyakini kesimpulan tersebut kerana alasan Tun tidak dapat menjadi PM semula dan sikap pendendam Tun kepada Anwar.

oleh: Amin Ahmad ialah ahli Parlimen Kangar.

Thursday, November 19, 2020

Tiada Untungnya UMNO Bersama Pas dan BERSATU - Ku Li

 


Elok Umno kaji semula kerjasama dengan Bersatu dan Pas 

Pengerusi Lembaga Penasihat Umno Tengku Razaleigh Hamzah berpendapat parti itu wajar mengkaji semula kerjasama antara parti itu dengan Bersatu dan PAS dalam pilihan raya umum akan datang kerana tidak merasakan ia akan membawa sebarang manfaat.

“Apa untung kita (Umno) dengan parti Bersatu? Apa untung kita berpakat dengan PAS? Matlamat mereka seakan sama, akhirnya kita bergaduh pula.

“Konflik yang bakal berlaku tak baik untuk rakyat dan negara. Baiklah kita fikir masak-masak.

“Saya rasa elok kita kaji semula,” katanya seperti dipetik di portal The Malaysian Insight.

Pemimpin veteran Umno yang turut dikenali sebagai Ku Li berkata dari segi pengagihan kerusi, parti itu perlu bertegas untuk mempertahankan kerusi yang dimenanginya dalam PRU14 tanpa bertolak ansur dengan Bersatu.

“Mana kerusi kita dulu kita kekal, tidak ada nak runding-runding lagi. Apa nak runding, kerusi kita,” katanya.

Razaleigh juga berkata Umno perlu merampas semula kerusi parlimen Pagoh (Muhyiddin Yassin dan Langkawi (Dr Mahathir Mohamad).

“Itu bukan sesiapa punya. Kerusi itu bukan baru wujud… baru menjelma, tapi kesilapan kempen dulu kita kalah.

“Sekarang ini cubalah… kita nak semua kawasan itu dan kita yakin boleh menang dengan strategi yang betul.

“Kita tak pernah kalah, baik di Langkawi atau Pagoh,” katanya.

Pada masa sama, ahli parlimen Gua Musang turut menyifatkan pemimpin yang memihak kepada presiden Bersatu itu sebagai pengkhianat yang tidak boleh dimaafkan kesalahannya.

“Ramai yang memihak kepada Muhyiddin adalah mereka yang terdiri daripada pengkhianat… orang yang lari daripada kita, yang ada kes, yang kita rasa tak boleh dimaaf. Mereka berada bersama Muhyiddin.

“Kita rasa tak sepatutnya kita berada dalam perkongsian ini, walaupun untuk berkuasa di negara.

“Kita rasa tak patut langsung bagi sokongan… tapi apakan daya, kita nak tengok keadaan baik, apatah lagi kita (negara) dilanda Covid-19. Itulah yang diputuskan oleh kita,” katanya, merujuk kepada pembentukan Perikatan Nasional. 

sumber...mKini

Monday, October 26, 2020

Muhyiddin Sila Letak Jawatan Segera Sekiranya Ada Maruah Diri


 

Agong buktilan kebijaksanaan,PM Muhyiddin pertama kali dalam sejarah ditolak oleh YDPA dan Majlis Raja Raja Melayu

KERAJAAN Perikatan Nasional (PN) pimpinan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menerima tamparan hebat semalam apabila buat pertama kali dalam sejarah penubuhan negara, Yang di-Pertuan Agong mengetepikan nasihat Kabinet dalam menentukan pelaksanaan darurat.

Tamparan hebat itu tidak lama selepas Muhyiddin berdepan tekanan daripada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan sebahagian pemimpin UMNO untuk terus mengekalkan hayat pentadbiran kerajaan PN yang baru berusia tujuh bulan itu.

Setelah lebih 60 tahun Yang di-Pertuan Agong dan Majlis Raja-raja Melayu menuruti nasihat Perdana Menteri dan Jemaah Menteri dalam melaksanakan perkara penting di bawah Perkara 40 Perlembagaan Persekutuan, semalam Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah membuat titah bijaksana bagi mengelakkan institusi diraja terheret dalam kemelut politik.

Dalam satu kenyataan, Istana Negara menegaskan Yang di-Pertuan Agong dan Raja-raja Melayu menolak pengisytiharan darurat kerana tiada keperluan untuk melaksanakannya di negara ini sekarang.

Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Indera Ahmad Fadil Shamsuddin dalam satu kenyataan berkata, keputusan itu dicapai selepas Yang di-Pertuan Agong memperhalusi permohonan dan berbincang dengan Raja-raja Melayu petang semalam.

Majoriti rakyat Malaysia menyifatkan keputusan itu menyerlahkan kebijaksanaan Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua Negara yang adil dan saksama dalam menyelesaikan krisis negara.

Keputusan Yang di-Pertuan Agong itu turut membawa kepada persoalan lebih besar, apakah yang berlaku seterusnya selepas ini? Adakah Muhyiddin bakal kehilangan sokongan di Parlimen? Atau adakah titah Agong untuk menghentikan politiking dapat mendamaikan ahli-ahli politik yang sedang mencatur kuasa?

Kuasa Agong

Bagi menjawab persoalan itu, pakar undang-undang, Profesor Datuk Salleh Buang mengajak rakyat untuk kembali menyelami intipati pelaksanaan proklamasi darurat di bawah Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan.

“Perkara 150 (1) menjelaskan sekiranya Agong berpuas hati dengan kewujudan keadaan yang menyebabkan keselamatan, ekonomi dan ketenteraman awam di negara ini terancam, maka Seri Paduka Baginda boleh mengisytiharkan proklamasi darurat.

“Jadi dalam konteks ini, keputusan itu berkemungkinan mengambil kira kebijaksanaan Agong dalam menilai keadaan krisis semasa yang dihadapi negara masih terkawal,” katanya kepada Sinar Harian semalam.

Salleh turut menjawab kekeliruan mengenai kuasa budi bicara Agong dalam melaksanakan proklamasi darurat di bawah Perkara 40 Perlembagaan Persekutuan.

Menurutnya, terdapat perbezaan pendapat dalam kalangan ahli undang-undang berhubung takrifan Perkara 40 Perlembagaan Persekutuan.

“Ada yang mentafsirkan Agong sebenarnya mempunyai kuasa terhad dan diwajibkan bertindak atas nasihat Jemaah Menteri bagi Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan.

“Mengikut Perkara 40(1) dan (1A), Yang di-Pertuan Agong sememangnya perlu mengikut nasihat tetapi Seri Paduka Baginda boleh meminta pengesahan daripada Perdana Menteri sama ada beliau mempunyai majoriti atau tidak.

“Namun, sekiranya Agong tidak yakin kerajaan sedia ada mempunyai sokongan majoriti, Seri Paduka Baginda tidak perlu mengikut nasihat dan boleh bertindak mengikut budi bicara sendiri,” katanya.

Ditanya mengenai implikasi keputusan Yang di-Pertuan Agong terhadap masa hadapan kerajaan PN pimpinan Muhyiddin, Salleh menegaskan, Perdana Menteri dan kerajaan PN sebenarnya sudah boleh menghitung hari-hari terakhir mereka menerajui kerajaan sedia ada.

“Pandangan peribadi saya, sepatutnya Muhyiddin wajar membuat keputusan bijak dengan mengundurkan diri bagi memberi ruang kepada Agong menggunakan kebijaksanaan Seri Paduka Baginda sekali lagi dalam menentukan hala tuju politik negara,” katanya.

Dari sudut pandangan lain, pakar perlembagaan, Profesor Dr Nik Ahmad Kamal Nik Mahmod berpandangan keputusan Agong itu bukanlah satu situasi negatif, tetapi sekadar memberi peringatan kepada semua ahli politik.

“Fokusnya supaya ahli politik tidak terlalu berpolitik hingga boleh mendatangkan musibah kepada rakyat dan negara terutama ketika negara sedang berdepan dengan kemelut kesihatan dan ekonomi pada ketika ini,” katanya lagi.

Istimewanya, Nik Ahmad turut bersetuju peristiwa politik semalam merupakan kali pertama seorang Yang di-Pertuan Agong enggan mengikuti nasihat Perdana Menteri berhubung proklamasi darurat.

“Dari perspektif perlembagaan, ia satu perkara baharu dan signifikan dalam tafsiran Perlembagaan secara keseluruhan khususnya berkaitan kuasa-kuasa Yang di-Pertuan Agong,” katanya lagi.

Dalam pada itu, Nik Ahmad memberitahu, pertikaian berhubung keputusan Yang di-Pertuan Agong khususnya berkaitan pengisytiharan darurat tidak harus timbul kerana Al-Sultan Abdullah telah melaksanakan tanggungjawab di bawah Perlembagaan Persekutuan dan keputusannya perlu dihormati.

Bagi pakar undang-undang, Profesor Madya Dr Khairil Azmin Mokhtar, usaha kerajaan PN untuk mendapatkan pengisytiharan darurat mungkin mempunyai kaitan dengan usul undi tidak percaya di Parlimen sekali gus memungkinkan Belanjawan 2021 tidak diluluskan.  

Hilang kepercayaan

“Sekiranya darurat diisytiharkan maka dengan menggunakan kuasa darurat, Belanjawan 2021 boleh dimasyhurkan tanpa perlu mendapat kelulusan Parlimen.

“Semasa darurat pula Yang di-Pertuan Agong kebiasaannya menurut nasihat Perdana Menteri atau Jemaah Menteri, undang-undang (Ordinan) juga dapat dibuat dengan menggunakan kuasa darurat,” katanya kepada Sinar Harian.

Tambah beliau, apabila rang undang-undang yang penting seperti Belanjawan tidak diluluskan oleh Dewan Rakyat kerana tidak mendapat sokongan majoriti, maka ia juga boleh menjadi alasan untuk membuat kesimpulan bahawa Perdana Menteri sudah hilang kepercayaan majoriti ahli Dewan Rakyat.

Bagaimanapun, sekiranya semua ahli Parlimen menghayati dan menuruti mesej tersirat titah Yang di-Pertuan Agong yang menekankan kepentingan Belanjawan 2021 untuk menangani wabak Covid-19 dan memulihkan ekonomi negara, Muhyiddin dan Menteri Kewangan boleh menarik nafas lega kerana kemungkinan untuk bajet berkenaan diluluskan adalah tinggi.

Dalam pada itu, menyokong keputusan yang dibuat oleh Yang di-Pertuan Agong, Dekan Fakulti Perniagaan dan Pengurusan, Universiti Sultan Zainal Abidin, Profesor Madya Dr Ahmad Azrin Adnan berkata, dalam situasi semasa yang menyaksikan Malaysia berdepan isu survival kesihatan awam dan survival ekonomi, pengisytiharan darurat bukanlah sesuatu yang patut berlaku.

“Kita tidak boleh mengizinkan negara berada dalam keadaan tidak stabil untuk mengelakkan pelabur-pelabur luar menarik keluar pelaburan mereka di Malaysia sekali gus menggugat ekonomi negara.

“Akibat porak peranda politik, pada Februari lalu umpamanya, telah mencetuskan penjualan panik di Bursa Malaysia dan pada hari berikutnya mengakibatkan modal pasaran sebanyak RM43.4 bilion terhakis daripada Bursa hanya dalam masa satu hari,” katanya.

sumber...S.Harian

Tuesday, October 20, 2020

Azmin dan Hamzah Zainudin yang Gila Kuasa

 


Azmin dan Hamzah Zainudin yang gila kuasa, kata MT Umno
 
Anggota Majlis Tertinggi Umno menyindir dua pemimpin kanan Bersatu, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan Datuk Seri Hamzah Zainudin sebagai orang yang gila kuasa.
 
“Yang gila kuasa ialah mereka yang melompat parti dan kemudian cuba membunuh parti yang melahirkannya.
 
“Semoga Azmin dan Hamzah terasa pedasnya bila makan cili,” kata Datuk Dr Puad Zarkashi.
 
Menurut beliau, pengatur politik macam Azmin Ali dan Hamzah Zainuddin sudah tentu memerah otak untuk gagalkan keputusan Biro Politik Umno sebelum ini yang memberi katadua kepada kerajaan Perikatan Nasional.
 
“Sebagai Ketua Penerangan PN, Azmin katanya arah cyber troopers PN guna neratif “Umno gila kuasa” dan “Umno mahu Anwar jadi PM”.
 
“Sebab itu timbul tohmahan kononnya Zahid dan Najib menghantar surat memaklumkan YDP Agung bahawa UMNO menyokong Anwar,” kata Puad, bekas Ketua Pengarah Jasa, badan propaganda kerajaan Barisan Nasional sebelum ini.
 
Menurut beliau, cerita surat itu ditularkan oleh portal MalaysiaNow.
 
“Portal itu adalah milik Abda Rahman Koya (adik Latheefa Koya). Katanya Azmin Ali adalah penaja portal itu,” kata beliau.
 
Katanya, Umno menang 7 PRK kerana berlaku kekosongan apabila ada YB yang meninggal dunia.
 
“Sebagai parti politik sudah tentu Umno kena letak calon. Apakah itu gila kuasa?” tanya beliau.
 
sumber..S.Harian

Friday, October 9, 2020

Antara Masalah Anwar Tidak Boleh Jadi PM ?

 


Aku sebenarnya eager nak tahu kenapa orang tak nak Anwar jadi PM.
 
Put aside lah sentimen dan emosi. Aku harap ada yang mampu jawab persoalan-persoalan kat bawah ni secara matang 👇
 
Bila Muhyiddin dan PN dikritik sampai #MuhyiddinOut trending, penyokong Anwar ambik kesempatan buat #AnwarIn
 
Waktu tu, aku nampak ada yang tulis, "PH perintah pun macam taik 22 bulan, ada hati nak jadi PM".
 
Macam mana nak tahu Anwar layak atau tak? Tengok bila last Anwar dalam kabinet.
1990an, Anwar jadi Menteri Kewangan.
 
AsiaMoney ikhtiraf beliau sebagai Menteri Kewangan terbaik Asia. Euromoney angkat Anwar sebagai 4 Menteri Kewangan terbaik dunia.
 
Itu kali terakhir Anwar dalam kabinet dan beliau bukan diikhtiraf oleh Ramesh Rao, tapi oleh dunia.
 
Merit tinggi.
 
So, kenapa nak nafikan merit beliau?
"Itu tahun 90an. Tengok lah masa PH perintah. Gagal".
 
Apa kaitan dengan Anwar?
22 bulan PH perintah, Anwar tiada dalam kabinet.
 
Kalau rasa 22 bulan PH itu gagal, Anwar tiada kaitan pun.
 
22 bulan, Anwar hanya menjadi MP Port Dickson. Rujuk sendiri aktiviti beliau di PD. Very impactful.
Tapi itu je lah kuasa beliau. Di PD.
 
Apa yang boleh seorang MP biasa nak execute? Sangat terhad.
 
So, secara matang, bolehlah jawab soalan ni:
 
1) Kalau PH gagal, kenapa Anwar pula yang dihukum?
Yang jawat jawatan tertinggi zaman itu ialah Muhyiddin, Azmin, dan beberapa pimpinan PN sekarang, kenapa Anwar yang tidak ada dalam kabinet yang terpaksa tanggung beban?
 
2) Kali terakhir Anwar dalam kabinet, beliau diikhtiraf sebagai Menteri Kewangan terbaik Asia.
Jadi, kenapa takut nak bagi peluang pada pemimpin yang bermerit tinggi?
 
sumber...Twitter: @Farhan Zulkefly

Thursday, October 8, 2020

UMNO Sedia Jalin Kerjasama Termasuk Dengan DAP

 


UMNO is willing to cooperate with any party, including DAP, said its secretary-general, Annuar Musa, adding that the party cannot be rigid in new Malaysia.

“We want to keep our options open. Barisan Nasional’s (BN) old formula of alliance is now outdated.

 Umno must keep its options on cooperation open, even if it means working together with its archrival party DAP, says Tan Sri Annuar Musa.

“If Tun Dr Mahathir Mohamad can cooperate with DAP, if PAS can cooperate with DAP, who knows, maybe one day Umno can also cooperate with DAP.

“Don’t keep yourself in a cocoon. The most important thing here is how we can serve the people best,” he said.

He cited the warming up of former Umno strongman and current Prime Minister Tun Dr Mahathir Mohamad with long-time nemesis DAP as an example. “Umno must think of how to work with [others, including] DAP. We should not have a mentality to block [cooperation],” he said.

Malaysian politics is pragmatic… if Tun Mahathir can work with DAP, we also can work with DAP,” he said.

“Umno’s priority right now is to strengthen the party itself, then only think about the coalition. Individual parties have to reinvent themselves [as well],” he said.

“It is not the dissolution that is important. Where are we going? Dissolution will not solve the question of how do we move forward. You are not going to win the [next] election just by dissolving [BN].”

sumber...The Coverage

Wednesday, October 7, 2020

Menteri Pengajian Tinggi Sila Letak Jawatan

 


Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Dr Noraini Ahmad didesak untuk meletakkan jawatan susulan tindakannya pada saat akhir yang mengarahkan agar Institusi Pengajian Tinggi (IPT) menangguhkan pendaftaran pelajar baharu dan lama bagi sesi Oktober ini.

Menerusi tinjauan di Twitter, tanda pagar ‘Menteri KPT Sila Letak Jawatan’ mula menjadi trending dengan rata-rata pelajar kesal tindakan kementerian yang lambat mengumumkan perkara tersebut.

Dengan lebih 23,000 Tweet ketika ini, para pelajar mengakui kerugian ribuan ringgit berikutan kos tiket penerbangan yang sudah ditempah termasuk pembayaran rumah sewa yang sudah dilakukan lebih awal.

Kekecewaan juga disebabkan mereka dikatakan sudah mula mendaftar untuk memasuki semester baru, namun dikejutkan dengan keputusan kerajaan yang baru hari ini mengumumkan penangguhan pembelajaran.

“Hari ini ada yang dah daftar ke kampus dan hari ini jugalah baru KPT buat kata putus. #MenteriKPTsilaletakjawatan.

“Menteri Pendidikan Tinggi yang paling tidak berfungsi adalah Menteri Pendidikan Tinggi Malaysia sekarang,” ciap pengguna Nadia.

Ayah saya jual motor dan tangguh bayar kereta sebab nak bayar yuran pengajian dengan nak beli barang barang kolej,” tulis pengguna lain.

Sementara itu, ada yang menganggarkan kerugian sehingga RM6,000 akibat keputusan kerajaan itu.

Ketika ini juga, pengguna Twitter mula menggerakkan senarai kerugian mereka untuk menuntut Kementerian bertanggungjawab dan menguruskan perjalanan balik para pelajar ke rumah masing-masing.

“Pelajar IPT, senaraikan kerugian korang. Kita viralkan tweet ini dan tuntut KPT dan kerajaan untuk berunding dgn syarikat pengangkutan (bas, kapal terbang) untuk uruskan perjalanan pulang pelajar yang dah sampai ke Universiti untuk pulang ke kampung secara percuma.

“Keputusan saat akhir ni sangat membebankan pelajar. Dari segi rumah sewa yang dah dibayar, kos pengangkutan dan sebagainya.

“Kerajaan perlu lebih peka terhadap segala permasalahan ini dan kerugian ini perlu ditanggung oleh KPT dan kerajaan, bukannya pelajar,” tulis Anwar Ahmad.

oleh: 

Saturday, October 3, 2020

Bengang Asyik Pertahan Bersatu, Nazri Suruh Annuar Musa Masuk Bersatu

 


Pemimpin Umno Nazri Aziz yang menyeru parti itu menamatkan hubungannya dengan PPBM, membidas Annuar Musa yang dilihat menyokong Perikatan Nasional (PN), pimpinan PPBM.

Annuar membantah kenyataan timbalan presiden Mohamad Hasan, Umno mesti mengkaji semula kerjasama dengan PN, yang mengetuai kerajaan negeri pimpinan GRS di Sabah.

“Saya tidak faham mengapa Annuar begitu menyokong Perikatan Nasional, jika dia menyokong mereka sangat, dia boleh pergi dan masuk PPBM,” kata Nazri yang juga bekas ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno.

Mohamad berkata, parti itu dipinggirkan di Sabah selepas menjadi parti dominan di negeri itu, dan Umno mesti memikirkan semula strategi politiknya. Tetapi dalam ciapannya di Twitter semalam, Annuar berkata Umno mempunyai peranan besar di Sabah dan hampir semua Adunnya menjadi menteri atau timbalan menteri.

Namun, Nazri mempertikaikan kenyataan Annuar.

“Annuar tidak mewakili Umno dan ahli Parlimennya. Siapa Annuar Musa berbanding Tok Mat (Mohamad Hasan)? Tok Mat mengalahkan Annuar dalam merebut jawatan timbalan presiden, beliau menang, Annuar kalah,” kata Nazri.

Annuar, ahli majlis kerja tertinggi, adalah setiausaha agung Barisan Nasional dan bekas ketua penerangan Umno.

Nazri mengulangi ahli akar umbi Umno masih terasa dengan PPBM, senada pendapat dengan Mohamad pada Ogos, ketika beliau beritahu FMT maklum balas daripada akar umbi menunjukkan mereka tidak selesa dengan hasrat PPBM sertai Muafakat Nasional, gabungan Umno dan PAS.

PN terdiri daripada PPBM, PAS dan parti kecil, membentuk kerajaan persekutuan, yang disokong oleh Barisan Nasional dan gabungan GPS yang berkuasa di Sarawak. PN, BN dan PBS membentuk Gabungan Rakyat Sabah, yang menang pada pilihan raya negeri minggu lalu.

Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi berkata majlis kerja tertinggi akan memutuskan hala tuju parti itu selepas calon PPBM dilantik sebagai ketua menteri Sabah.

sumber...FMT

Thursday, October 1, 2020

Mat Hasan Kesal Umno Terus di Buli

 


Timbalan Presiden Umno, Mohamad Hasan mendesak presidennya, Ahmad Zahid Hamidi supaya menentukan hala tuju parti itu susulan 'dipinggirkan' selepas PRN Sabah.

Menurutnya, keputusan PRN Sabah menunjukkan bahawa strategi dan kerjasama politik yang Umno meterai, tidak menguntungkan, malah semakin memencilkan peranannya di Sabah.

"Daripada sebuah parti yang menguasai Sabah selama 27 tahun, Umno waktu ini hanya pemain politik terpencil dalam gabungan GRS (Gabungan Rakyat Sabah).

"Apa yang berlaku di Sabah memerlukan Umno memikirkan semula pendekatan politiknya. 

"Jika Sabah dijadikan sandaran, kelangsungan, pengaruh dan keterlihatan Umno akan terus terjejas dalam jangka masa pendek dan akhirnya melemahkan Umno dalam jangka waktu panjang," katanya dalam kenyataan di Facebook, hari ini.

Umno bersama dalam GRS pada 26 Sept lalu berjaya menewaskan Warisan Plus dalam PRN Sabah sekali gus berjaya membentuk kerajaan.

Bagaimanapun, didakwa berlaku pertikaian di sebalik pembentukan porfolio jemaah menteri kerajaan negeri termasuk jawatan ketua menteri diberikan kepada wakil Bersatu.

Dalam perkembangan itu Mohamad berkata, pengorbanan Umno memberikan kerusi terkuatnya kepada parti tertentu telah menjejaskan kekuatan Umno secara signifikan.

Malah jelasnya, lebih menyedihkan Umno terpaksa berhadapan dengan calon bebas yang ditaja oleh pihak berkepentingan untuk melemahkan Umno.

"Janji yang dimeterai berkaitan portfolio kabinetpun hampir dimungkiri. Umno tidak boleh membiarkan episod pilihan raya Sabah menjadikan kedudukannya seperti kata pepatah, ‘biar alah sabung, asal menang sorak’.

"Justeru, telah tiba masanya presiden Umno memberikan pedoman dan hala tuju jelas kepada parti dan semua ahlinya, tentang bagaimana kita harus meneruskan kerjasama kita dengan saingan politik kita.

"Satu konsensus politik yang tegas harus dihasilkan, untuk meredakan keresahan, ketidakpuasan hati dan rasa marah ahli terhadap cara Umno diperlakukan dalam PRN Sabah," tegasnya.

 Sementara itu tambahnya, Umno mesti berhenti bernostalgia bahawa kerjasama politik melalui “langkah Sheraton” adalah demi menyelamatkan negara.

Kata Mohamad, episod itu telah berakhir dan episod seterusnya ialah bagaimana Umno akan mengemudi negara ini, memberikan kepimpinan kepadanya dan mencipta masa depan Malaysia yang lebih baik melalui BN dan bukannya platform politik lain.

"Kita akan dinilai dengan apa yang boleh kita tawarkan kepada Malaysia. Bukan betapa besarnya pengorbanan kita untuk parti tertentu atau kelangsungan Perikatan Nasional.

"Jika kita terpaksa bersendiri bersama PAS dalam Muafakat Nasional dan BN serta parti komponennya dalam menghadapai PRU akan datang, maka putuskan sedemikian dengan segera, agar kita dapat menyediakan diri.

"Marilah kita mulai saat ini, mengembalikan Umno ke landasan sebenarnya. Kusut dihujung, baliklah kepangkal. 

"Dan marilah kita bekerja bersungguh-sungguh, membangunkan semula Umno agar ia menjadi wadah yang dipercayai dan di dukung oleh bangsa Melayu dan rakyat Malaysia," jelas Mohamad.

 

sumber...facebook Tok Mat Hasan

Ibu Anak Sekolah Rendah Tibai Radzi Jidin

 


 SuBuR Surat Buat Radzi

Assalamualaikum yang berbahagia Dr Radzi Jidin. Saya seorang waris murid dari utara dan anak-anak saya bersekolah di Kedah.

Tuan Dr, bermula daripada kes pertama Kluster Sivagangga sehinggalah ke kluster terkini iaitu Kluster Sungai, kes positif covid telah banyak dikesan di kalangan murid sekolah.

Kami para waris di sini bukan sahaja bimbang anak-anak akan terkena jangkitan, tetapi setiap kali ada kes walaupun melibatkan seorang murid atau waris murid, beribu murid lain akan dipaksa menjalani saringan swab.

Saya yakin tuan tahu bahawa prosedur ini boleh menjadi mimpi ngeri buat anak-anak terutamanya murid pra dan rendah.

Unit Pendidikan Kesihatan Kota Setar pernah mendedahkan bahawa 10,621 sample telah diambil bagi saringan selama dua hari, dan ini belum termasuk sekolah-sekolah yang pernah disaring sebelum itu, contohnya di Sungai Petani, Kulim dan lain-lain. 

Ada murid yang sudah takut dan trauma hendak ke sekolah akibat daripada saringan tersebut.

Saban hari saya sebagai waris murid menunggu respons daripada pihak KPM khususnya tuan sebagai menteri kanan pendidikan.

Jangan katakan hendak mengeluarkan sebarang kenyataan atau rasa simpati, hendak menulis mengenai Kedah di laman media sosial tuan dan KPM pun tidak.

Yang saya nampak hanyalah perkongsian mengenai Sabah, Sabah dan Sabah. Melawat sekolah-sekolah di Sabah, bermain bola sepak di Sabah, semuanya di Sabah.

Gigih sungguh team KPM berkampung di sana.

Sekolah-sekolah di Kedah ini tuan jeling pun tak mahu, sedangkan kes di sekolah-sekolah di sekitar Kedah lebih tinggi berbanding Sabah pada waktu itu terutamanya di Kota Setar.

Dan kes di Kedah ini sudah lama bermula dan berkemungkinan akan terus berlaku. Kami di sini tidak cemburu, cuma tertanya-tanya, pihak tuan tidak pandai memberi prioritikah?

Rakyat yang memerhati tindak-tanduk tuan sudah boleh mengagak dari awal mengapa tuan dan team begitu gigih peduli Sabah.

Ya, kerana PRN Sabah.

5 minggu cukup lama

Sambil menyelam sambil minum air, dan pada 29 September, semua spekulasi itu terjawab apabila tuan telah memuat naik status di Twitter mengakui bahawa tuan telah menjelajah bumi Sabah selama lima minggu demi “pilihan raya negeri Sabah 2020”.

Lima minggu adalah tempoh yang sangat lama.

Jika sekolah-sekolah di Kedah diberi perhatian sepanjang tempoh lima minggu itu, tidaklah 10,000 lebih murid terpaksa ‘diswab’!

Saya sangat kecewa.

Tuan Dr, bersyukurlah kerana masih ada peluang kedua. Peluang untuk tuan menebus kesilapan lalu.

Di saat semakin banyak negeri mula terjejas akibat kes positif yang dibawa pulang dari kawasan berisiko tinggi, adalah baiknya tuan mula memberi fokus kepada tugas hakiki tuan pula iaitu menyantuni pendidikan, sekolah-sekolah, guru-guru dan murid-murid.

Mohon faham bahawa prioriti tuan adalah kami semua, bukan parti politik tuan!

Tutuplah sekolah-sekolah lebih awal supaya keadaan lebih terkawal. Belajarlah daripada apa yang berlaku di Kedah.

Jangan menggunakan pendekatan wait and see dan hanya menutup sekolah apabila berlaku kes.

Murid-murid di Kedah sudah melaluinya dan pengalaman itu cukup perit. Pendekatan prevention is better than cure adalah jauh lebih relevan pada waktu ini.

Kami faham bahawa pendidikan itu penting, tetapi nilai keselamatan adalah jauh lebih penting.

Bukan kami meminta sekolah ditutup bertahun-tahun, memadai beberapa minggu, sebulan, atau sehingga kes di seluruh negara reda sedikit.

Mungkin akan ada pihak yang bertegas bahawa penutupan sekolah berada di bawah kuasa MKN atau KKM.

Jika ini berlaku, maka adalah menjadi tanggungjawab tuan untuk fight for us demi keselamatan bersama.

Saya pasti, guru-guru juga mungkin berada dalam keadaan tertekan.

Tak kasihankah?

Selain mengajar, mereka terpaksa memikul tanggungjawab besar dalam memantau setiap pergerakan murid bagi menjaga SOP.

Di Kedah, melalui maklumat yang saya dapat, pernah ada kes murid-murid mendapat jangkitan selepas menggunakan pengangkutan yang sama.

Seperkara lagi, tidakkah proses saringan besar-besaran akan menelan belanja yang besar?

Perbelanjaan untuk saringan swab, PPE dan sanitasi - tidakkah membazir?

Dan tidak ada belas kasihankah kepada frontliners? Mudahan perkara ini dapat diberi perhatian segera.

Sekian daripada saya.

Oh ya, memandangkan tuan ke Sabah atas tujuan utama berpolitik, segala kos pengangkutan dan penginapan ditanggung sepenuhnya oleh pihak kementeriankah, atau ditaja oleh parti?

Kami rakyat bawahan hanya mampu berdoa semoga tuan dan pihak KPM jujur menggalas amanah, tidak menggunakan peruntukan kementerian untuk tujuan yang tak sepatutnya.

Semoga tuan dan team dirahmati Allah SWT. Semoga keprihatinan dan sifat profesionalisme tuan terus SuBuR.

oleh: LYN AHMAD

Monday, September 28, 2020

Sudah Sudah La Atuk...

 


Antara respond netizen apabila Tun M terus memperlekeh Presiden Pakatan Harapan berkenaan langkah terbaru beliau untuk mengadap Kebawah DYMM Agong.

1.Anwar kata MP yang sokong dia bukan parti... 
 
2.Janganlah cuba timbulkan kegusaran rakyat, rakyat dah bagi peluang kpd Atuk sebanyak dua kali jadi PM. 
 
3.Malam 23 February Anwar, Mat Sabu, LGE tanya ikhlas apa lagi yang Atuk mahu, nak jadi PM sampai habis penggal pun ambik la. 
 
4.Agong 3 kali mintak Atok jangan letak jawatan. Majlis Presiden pun tak tau. 
 
5.Senarai MP yang di viralkan dalam medsos semua itu tak betul.Orang boleh paham dah mainan Atok.
 
6.Anwar tidak seberuk Atok untuk main game kot belakang. 
 
7.Rakyat dah bosan tingkah laku Atok.Peluang anak sendiri Mukhriz jadi TPM digagalkan oleh Atok sendiri. 
 
8.Lebih baik Atok sokong ja Anwar, Anwar sejak zaman remaja dah jadi balaci Atok ' Malay Dilema ' la konon. 
 
9.Semakin Atok cuba adu domba kemampuan Anwar, semakin rakyat naik melugai perangai Atok. 
 
10. Samada Atok suka atau tidak Anwar sudah menjadi satu Fenomena. 
 
oleh: Pak Ndak

Wednesday, September 23, 2020

'Saya Dapat Sokongan Hampir Dua Pertiga Ahli Parlimen' - Anwar

 


Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yakin mempunyai majoriti hampir dua pertiga Ahli Parlimen untuk membentuk kerajaan baharu sekali gus menumbangkan kerajaan Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Anwar dalam sidang media khas hari ini berkata, sokongan yang dianggap kukuh dan meyakinkan itu akan dipersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong (YDPA) sebaik baginda keluar daripada Institut Jantung Negara (IJN).

"Sebenarnya saya mendapat perkenan mengadap baginda Selasa pada jam 11 pagi, namun terpaksa ditangguhkan selepas baginda menerima rawatan di IJN.

"Dengan sokongan dan majoriti kukuh serta meyakinkan ini, bermakna kerajaan Tan Sri Muhyiddin Yassin jatuh," katanya.

Katanya, maklumat dan langkah selanjutnya akan dimaklumkan selepas menghadap YDPA dalam masa terdekat.

"Pentadbiran ini mewakili bukan saja rakyat Melayu Bumiputera tetapi semua kaum di negara ini," katanya.

Ditanya jumlah sokongan diperoleh, Anwar enggan mendedahkan sebaiknya mengulang pendirian memperoleh majoriti yang kukuh daripada pelbagai parti untuk membentuk kerajaan.

"Konklusif, kuat dan kukuh, saya bukan bercakap mengenai 4,5,6 sokongan tetapi hampir dua pertiga ahli parlimen pelbagai parti.

"Dokumen ini tetap tidak boleh diragui, semuanya akan dimaklumkan sebaik menghadap Agong," katanya.

Ditanya sama ada Tun Dr Mahathir Mohamad ada dalam senarai itu, Anwar berkata, bekas Perdana Menteri itu tiada dalam senarai.

"No (tiada), buat masa ini tiada," katanya.

Anwar turut ditanya adakah terdapat pemimpin PKR yang berpaling tadah dan menyertai parti lain.

"Dalam senarai saya tidak nampak," katanya.

oleh: Suraya Roslan mymetro