UMNO Terengganu akan ‘buat nasi kunyit’ jika dapat bertembung dengan PAS di semua kerusi parlimen dan DUN di negeri itu pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15 akan datang.
Menurut sumber portal Terengganu Report, kata seorang Ketua UMNO Bahagian di negeri itu, tindakan berkenaan sebagai ‘tanda kesyukuran’ kerana parti itu dapat meletakkan calon di semua 40 kerusi parlimen dan DUN menentang PAS serta parti-parti lain.
“Kita sudah mohon kepada UMNO Pusat beberapa kali untuk lawan di Terengganu. Parti mana yang akan menang kelak, masih lagi Melayu-Islam yang akan menang.
“Sebab apa kita nak lawan, banyak sebab, banyak hujah, banyak dalil dan banyak benda yang akan kita dedahkan. Rakyat berhak tahu apa yang PAS buat di Terengganu,” kata sumber itu, hari ini.
Sabtu lalu, Pemuda PAS meluluskan usul yang dikemukakan agar parti itu bertanding sekurang-kurangnya 50 kerusi parlimen termasuk semua 8 kerusi di Terengganu pada PRU ke-15.
Usul tersebut dikemukakan oleh Pemuda PAS kawasan Bagai Serai dan kemudiannya dibuka untuk dibahaskan sebelum ia dipersetujui sepenuhnya oleh perwakilan Muktamar Pemuda PAS kali ke-61 di Pusat Tarbiyah Islamiyah Kelantan (Putik), Kota Bharu.
Sebelum ia dipersetujui sepenuhnya oleh perwakilan Muktamar Pemuda PAS kali ke-61 di Pusat Tarbiyah Islamiyah Kelantan (Putik), Kota Bharu.
sumber...suarapakatandaily