Followers

Showing posts with label Perak. Show all posts
Showing posts with label Perak. Show all posts

Monday, April 27, 2015

Oh Hamidah ! Kantoi Jua Akhirnya ...



 Khalid Samad menang saman terhadap Adun Perak, dapat gantirugi RM150,000.00

Pada 10 Disember 2013, Mahkamah Rayuan sebulat suara membenarkan rayuan Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad bagi mengenepikan perintah Mahkamah Tinggi yang menolak saman fitnah beliau ke atas Exco Perak Datuk Hamidah Osman yang juga ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sungai Rapat.


Exco kerajaan negeri Perak Datuk Hamidah Osman diperintahkan Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini membayar ganti rugi RM150,000 kepada Khalid Samad atas penerbitan artikel yang memfitnah Ahli Parlimen Shah Alam itu.

Keputusan tersebut diberikan Penolong Kanan Pendaftar Firdaus Sidqi Sharil Azli hari ini di kamar beliau setelah mendengar hujah yang diberikan oleh peguam kedua-dua pihak.

Pada 10 Disember 2013, Mahkamah Rayuan sebulat suara membenarkan rayuan Khalid bagi mengenepikan perintah Mahkamah Tinggi yang menolak saman fitnah beliau ke atas Hamidah yang juga ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sungai Rapat.

Di dalam keputusannya, Mahkamah Rayuan memutuskan hakim Mahkamah Tinggi tersilap apabila memutuskan tiada bukti Hamidah menerbitkan artikel yang bertajuk "Umat Islam Perlu Bersatu" di dalam blognya pada sekitar Januari 2010 di mana dalam artikel tersebut, Hamidah memuatkan gambar 'superimposed' Khalid berpakaian ala seorang Paderi.

Semasa perbicaraan di Mahkamah Tinggi, Hamidah memadam posting beliau itu dan cuba menafikan menerbitkannya, namun Mahkamah Rayuan memutuskan memang beliau yang menerbitkan artikel berunsur fitnah tersebut.

Mahkamah Rayuan juga memerintahkan taksiran ganti rugi dibuat di hadapan timbalan pendaftar Mahkamah Tinggi Shah Alam yang kemudiannya memutuskan jumlah tersebut hari ini.

Khalid diwakili Azhana Mohd Khairudin dari Tetuan Mohamed Hanipa & Associates manakala Hamidah diwakili Tetuan Hafarizam, Wan & Aisyah Mubarak.

sumber...TMI

Tuesday, August 6, 2013

Syiah: Doktor Wanita Ditahan JAIPK




Doktor wanita terlibat Syiah ditahan di Taiping

 Jabatan Agama Islam Perak (JAIPK) menahan dua individu, termasuk seorang doktor wanita, di Kamunting, Taiping hari ini kerana terlibat dengan fahaman serta ajaran Syiah.

Pengarah JAIPK Datuk Mohd Yusop Husin berkata mereka yang ditahan ialah Dr Nur Azah Abdul Halim, 41, dan Mohammad Ridzuan Yusof, 51.

Dr Nur Azah ditahan di Medan Kamunting, Taiping manakala Mohammad Ridzuan ditahan di sebuah premis di Kampung Klian Pauh Baru, Jalan Kamunting Lama, Taiping dalam serbuan yang bermula pukul 11.25 pagi.

"Dalam serbuan itu, JAIPK merampas buku, cakera padat (CD) dan poster," katanya melalui khidmat pesanan ringkas.

Beliau berkata mereka ditahan mengikut Seksyen 16, Enakmen Jenayah Perak 1992 iaitu mengingkari fatwa mufti kerana memiliki buku dan dokumen berkaitan Syiah.


Komen dari NGO


NGO: Penangkapan pengikut Syiah halang kebebasan beragama

Oleh Hasbullah Awang Chik


August 06, 2013

Penangkapan dua pengikut Syiah pada Isnin oleh Jabatan Agama Islam Perak (Jaip) yang salah seorang daripada mereka adalah ibu kepada anak berusia tiga tahun, Dr Nur Azah Abdul Halim, 41, dikutuk sekeras-kerasnya oleh badan bukan kerajaan (NGO) AsSajjad Movement.

Setiausaha agungnya, Hussin Sajjad, berkata lapan anggota Jaip menuju ke sebuah klinik homeopati di Taiping, Perak bagi merampas kitab berfahaman Syiah dan seorang lagi ditahan di lokap Pekan Baru, Perak.

Katanya, seorang lagi pengikut Syiah, Mohd Ridhuan Yusuf, 51, ditahan dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Ipoh.

“Saksi melaporkan anggota Jaip menyerbu pengikut Syiah di pusat komuniti tetapi selepas mendapati premis berkenaan dikunci, mereka menuju ke rumah Ridhuan dan merampas kitab kepunyaannya.

“Penahanan kedua-dua mereka tidak dapat diterima terutama ketika penghujung Ramadan dan umat Islam sedang membuat persiapan hari raya. Kedua-dua mereka dijangka didakwa mengikut Seksyen 16 Undang-Undang Jenayah Syariah 1992 kerana mengingkari fatwa pengharaman Syiah.

“Insiden ini jelas satu bentuk gangguan pihak berkuasa kepada pegangan agama awam yang mengamalkan Syiah di Malaysia. Sepanjang beberapa bulan lalu malah sepanjang bulan Ramadan, kerajaan media dan puak kanan organisasi Islam giat mensasarkan Syiah bagi menyuburkan kebencian rakyat Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Hussin berkata, ahli keluarga pengikut berkenaan terkapai-kapai mencari peguam dan mencari yuran guaman apatah lagi menjelang musim perayaan.

Kementerian Dalam Negeri (KDN) semalam mengesan terdapat 250,000 pengikut Syiah di negara ini dengan 10 kumpulan dikenal pasti bergerak aktif.

Ketua Setiausaha KDN, Datuk Seri Abdul Rahim Mohamad Radzi, berkata jika 10 tahun dahulu mereka cuma terdiri daripada komuniti kecil dan mempunyai tiga markas sahaja, tetapi kini markas mereka hampir di seluruh negeri.

Katanya, Perkembangan teknolgi maklumat antara faktor memudahkan pergerakan kumpulan berkenaan menyebarkan fahaman apatah lagi orang ramai mudah untuk akses kepada pelbagai bentuk laman sosial dan media sosial," katanya hari ini. - 6 Ogos, 2013.

sumber...tiewnama dan TMI

Sunday, June 9, 2013

Nizar Jamaludin Buat Hal Lagi ??




Wanakam..
Amma..Amma..

Dey mapley ..Yenna puringgeh ??

Tak ada hujan tak ada panas ,
Hanya angin sepoi sepoi bahasa ..
Nyaman terasa lagi cool gitu kat Taman Tasik Taiping..hahaha
Santai jap kat bandar Taiping pekena apam balik + teh tarik..

Keriang dot kata orang Taiping...dalam masam buah itu ada manisnya..
Kalo orang 'mengidam' , aduhai kena tunaikan jugak hajatnya..

Sejarah PR Perak sememangnya membuatkan BN dan komponennya jadi gelabah !
Kata orang Taiping  ...
Ini semua Nizar punya pasal ler..
Mau tak pening kepala bapak bapak Umno dan suku sakat mereka...hahaha



MIC ugut boikot Perak jika tidak diberikan jawatan Speaker DUN

 KUALA LUMPUR, 8 Jun — MIC mengugut untuk menolak semua jawatan kerajaan di Perak di bawah pimpinan Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir dari Umno, jika jawatan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) tidak diberikan kepada salah seorang pemimpin mereka.

Dalam satu kenyataan kepada media, Presiden MIC Datuk Seri G. Palanivel mengatakan partinya hanya akan kekal sebagai mesra Barisan Nasional (BN) di Perak akan tetapi tidak akan menerima sebarang jawatan ahli majlis mesyuarat negeri (Exco) di negeri dipimpin Umno itu.

Parti itu juga akan menolak pelantikan jawatan pegawai khas dan penasihat kepada Menteri Besar kata ahli Parlimen Cameron Highland itu.

"Apabila pembangkang mengetuai kerajaan negeri Perak, jawatan Speaker diberikan kepada orang India," katanya (gambar) apabila dihubungi oleh The Malaysian Insider hari ini.

MENYUSUL LAGI

 OLEH CLARA CHOOI TMi

Sunday, April 28, 2013

PR Perak Optimis Menang 38 DUN


Sokongan meningkat, PR Perak optimis menang 38 Dun

TAIPING: Pakatan Rakyat Negeri Perak optimis kembali mengambil alih pentadbiran negeri pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) yang akan berlangsung 5 mei ini, melihat kepada sokongan dan kebangkitan rakyat di negeri itu.

Mantan Menteri Besar Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin berkata, sehingga kini Pakatan Rakyat negeri itu yakin mampu menang sekurang-kurangnya 38 daripada 59 kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun).

"Dengan kerja kuat kita sehingga hari mengundi 5 Mei nanti, Pakatan Rakyat InsyaAllah akan dapat memenagi 38 kerusi Dun, sekaligus akan membentuk kerjaan baru di Perak," tegasnya kepada Harakahdaily.

Nizar yang juga calon PAS bagi Dun Changkat Jering berkata, jika berjaya mendapat jumlah 38 kerusi itu, ianya merupakan satu kemenangan yang selesa berbanding 2008 lalu.

"Kali ini saya berkeyakinan tidak ada yang melompat parti, kita telah perhalusi setiap calon dan mereka telah membuat akujanji tidak akan melompat parti," ujar beliau.

Menurut beliau sambutan rakyat terhadap calon Pakatan Rakyat di seluruh Perak amat memberangsangkan, malah diluar jangkaan.

Beliau tidak menolak kemungkinan sokongan tersebut akibat rasa marah yang berterusan terhadap tindakan BN berhubung isu rampasan kuasa 2009 lalu.

Selain itu, sokongan tersebut juga berikutan penerimaan masyarakat terhadap manifesto Pakatan Rakyat telah dilancarkan baru-baru ini yang antara lain menawarkan 20 meter padu air percuma kepada rakyat negeri itu.

sumber...harakahdaily

Friday, April 19, 2013

Senarai Penuh Calon PR Perak PRU-13





Penumpuan untuk kerusi Changkat Jering,Padang Rengas,Alor Pongsu,Lumut, Bagan Datoh,Kuala Kangsar,Tambun,Pasir Salak,Larut dan Gerik
Pakatan Rakyat memuktamadkan calon-calonnya di Perak dan mengumumkan senarai penuh calon bertanding, malam Khamis.
Pengumuman dibuat oleh pimpinan tertinggi daripada ketiga-tiga parti PAS, PKR dan DAP.
Pertandingan kali ini menyaksikan Parti Keadilan Rakyat (PKR) bertanding di 19 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan sembilan kerusi Parlimen di Perak.
PAS pula mempertaruhkan calonnya di 22 DUN dan di tujuh kerusi Parlimen.
Turut diumumkan DAP yang meletakkan calonnya di 16 kerusi negeri dan tujuh di Parlimen.
CALON PKR
Parlimen:
1) Bagan Datoh - Madhi Hassan
2) Pasir Salak - Mustaffa Kamil Ayub
3) Lumut - Laksamana (B) Imran Abd Hamid
4) Tapah - Vasantha Kumar
5) Tanjung Malim - Datin PadukaTan Yee Kew
6) Gopeng - Lee Boon Chye
7) Padang Rengas - Dr. Meor Ishaara Ishak
8) Bagan Serai - Dr. Manuty
9) Tambun - Siti Aishah Shaik Ismail
DUN:
1) Pengkalan Hulu - Mejar Abdullah2) Temengor - Supian Nordin
3) Kenering - Tarmizi Abd Hamid
4) Kota Tampan - Zaharul Nizam Abd Majid
5) Batu Kurau - Fadhil Alias
6) Kuala Sepetang - Chua Yee Ling
7) Bukit Chandan - Fathmawaty Salim8) Manong
9) Kuala Kurau - Abdul Yunus
10) Ulu Kinta - Tinagaran a/l Arumugam
11) Simpang Pulai - Tan Kar Hing
12) Teja - Chang Lih Kang
13) Tualang Sekah - Baldip Singh a/l Santokh Singh
14) Alor Pongsu - Rosli Ibrahim
15) Chenderiang -
16) Behrang - Brigadier Jeneral (B) Hadi
17) Sungai Manik - Osman Abd Rahman
18) Hutan Melintang - Kesavan a/l Subramaniam
19) Pangkor - Mohd Saifullah Mohd Zulkifli
20) Bota - Zulkifli Ibrahim
PAS
Parlimen
1) Gerik- Norhayati Kassim
2) Lenggong- Razman Zakaria
3) Larut - Datuk Fauzi Shaari
4) Parit Buntar - Dr. Mujahid bin Yusof
5) Bukit Gantang - Idris Ahmad
6) Kuala Kangsar - Drs. Khalil Idham Lim Abdullah
7) Parit - Muhammad Ismi Mat Taib
DUN
1) Selama - Mohd Akmal Kamaruddin
2)Kubu Gajah - Mohd Nazri Din
3) Titi Serong - Abu Bakar Hussain
4) Gunung Semanggol - Mohd. Zawawi Abu Hassan
5) Selinsing - Husin Din
6) Changkat Jering - Dato Seri Mohamad Nizar Jamaluddin
7) Trong - Norazli Musa
8) Kamunting - Mohamad Fakhrudin b. Hj Abdul Aziz
9) Chenderoh - Dr Mohamad Azalan b. Mohamad Radzi
10) Lubuk Merbau - Haji Mohd Zainudin bin Mohd Yusof
11) Lintang - Mej (B) Ahmad Mazlan Othman
12) Manjoi - Asmuni Awi
13) Manong - Jamil Dzulkarnain
14) Pengkalan Bharu - Dr. Khairuddin Abdul Malik
15) Belanja- Dr. Najihatussalehah Ahmad
16) Sungai Rapat - Radzi Zainon
17) Air Kuning - Dr. Ahmad Razi Othman
18) Kampung Gajah - Ishak Saari
19) Pasir Panjang - Rohawati Abidin
20) Rungkup - Mohd Misbahulmunir Masduki
21) Changkat Jong - Mohd Anuar Sudin
22) Slim - Aminuddin Zulkipli

DAP
Penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri(DUN)Pasir Pinji akan bertukar kerusi dan bertanding di kerusi Parlimen Ipoh Timur.
Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham berkata beliau akan mempertahankan kerusi DUN Setiawan sementara penyandang kerusi DUN Canning, Wong Kah Woh yang dikatakan akan bertanding kerusi Parlimen, turut kekal dikerusi yang dimenanginya.
Howard Lee akan bertanding di Pasir Pinji sementara penyandang kerusi DUN Tebing Tinggi, Ong Boon Piow juga akan mempertahankan kerusi yang dimenanginya itu.
Brkas Speaker DUN Perak dan ADUN Tronoh, V. Sivakumar pula akan bertanding di Parlimen Batu Gajah.
Ngeh turut mengesahkan M. Kulasegaran akan mempertahankan kerusi yang dimenanginya di Ipoh Barat.
Antara muka baru yang akan bertanding pada pilihan raya kali ini adalah:
Paul Yong (Tronoh), Loh Sze Yee (Jalong), Wong May Ing (Pantai Remis), Leong Cheok Keng (Malim Nawar) dan Leow Thye Yih (Aulong).
Selain itu, wakil rakyat DAP yang mempertahankan kerusi masing-masing ialah: A. Sivanesan (Sungkai), S. Sivasubramaniam (Buntong), Chen Fook Chye (Keranji) dan Lim Pek Har (Menglembu).


sumber...mstar OL

Tuesday, August 23, 2011

Akta Murtad: Pemuda Pas Perak sokong Harussani

IPOH, 22 Ogos: Dewan Pemuda PAS Negeri Perak merakamkan sokongan terhadap cadangan mufti negeri, Tan Sri Harussani Zakaria (gambar) agar menyegerakan Akta Murtad baru-baru ini.

“Kami yakin usaha untuk memelihara akidah umat Islam perlu kepada penegasan agar tindakan untuk memesongkan umat Islam terjebak kepada gejala murtad dapat diatasi,” ujar setiausahanya, Salman Saleh dalam surat yang diemelkan kepada Harussani, hari ini.

Menurutnya, Pemuda PAS negeri berharap cadangan tersebut dapat dikemukakan oleh Kerajaan Negeri Perak dan mereka juga mencadangkan agar semua parti politik menyatakan sokongan secara terbuka demi memelihara akidah umat Islam.

Tambahnya, adalah menjadi harapan Pemuda PAS negeri juga untuk membincangkan dengan lebih lanjut lagi perkara tersebut dan berharap dapat mengadakan pertemuan dengan Harussani dalam tempoh yang terdekat ini.

“Kami bersedia membincangkan isu yang semakin parah buat umat Islam ini dan berharap ianya dapat dijayakan dengan kadar segera,” ujarnya.

sumber...harakahdaily

Tuesday, August 16, 2011

Laporan Polis terhadap Timbalan Ketua Polis Perak

'Jaga Adab'

IPOH, 16 Ogos: Adun Pakatan Rakyat Perak menggesa Timbalan Ketua Polis negeri, Datuk Zakaria Yusof menarik balik kenyataan terhadap mereka dan memohon maaf kepada rakyat.

Gesaan itu dibuat oleh Adun Pasir Panjang, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin yang mewakil semua Adun Pakatan Rakyat di dalam laporan polis di Ibu pejabat Polis Daerah Ipoh, di sini, hari ini.

“Maka dengan ini, saya gesa Datuk Zakaria menarik balik kenyataannya terhadap kami wakil rakyat dan memohon maaf kepada rakyat dan kami wakil rakyat dalam tempoh bulan Ramadzan ini dan berhenti menjadi pekakas dan alat Umno BN.

“Jangan cemarkan nama baik PDRM dan pulihkan nama baik PDRM di kaca mata rakyat!” ujarnya yang juga AJK PAS Pusat dalam laporan polis itu.

Berikut adalah laporan polis tersebut.

Adalah dengan ini satu laporan polis dibuat di IPD Ipoh, Perak pada 16 Ogos 2011 (Selasa) terhadap Timbalan Ketua Polis Perak, Datuk Zakaria Yusof mengenai kenyataan beliau terhadap kami Adun sebagaimana terpapar di muka depan di dalam akhbar Sinar Harian, semalam.

Dengan tajuk “JAGA ADAB” beliau menyatakan “saya harap ahli-ahli dewan menjaga tingkah laku ketika membentangkan suara rakyat. Sekiranya berlaku provokasi, kita akan atasi sebaik mungkin”.

Saya dengan ini bertegas menyatakan bahawa kenyataan ini melanggar serta bertentangan dengan Kanun Keseksaan (Akta 574) perkara 124. Kenyataan melampau dan keterlaluan ini juga membuat saya berasa terguris, marah, terhina, takut, cemas, bimbang, malu, dan dukacita. Sekaligus beliau mengenepikan Undang-undang tubuh Kerajaan Perak (Perlembagaan Perak), Perlembagaan Persekutuan dan Peraturan Tetap Dun yang mana saya dan semua Adun telah mengangkat sumpah memelihara dan mendukungnya.

Sebagai wakil rakyat dan ahli dewan, saya juga tertakluk kepada semua perkara yang terkandung didalam Peraturan Tetap dewan bagi mentadbir perjalanan mesyuarat termasuk adab, tatasusila, peraturan persidangan dewan serta tingkah laku kami. Dewan mempunyai Tuan Speaker dan pengawalnya tersendiri. Doktrin pengasingan kuasa dan sistem demokrasi berparlimen menjadi ikutan saya dan rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat.

Kenyataan Datuk Zakaria di dalam laporan akhbar tersebut juga mengesahkan bahawa sejak rampasan kuasa oleh Umno BN pada bulan Februari 2009, kesemua persidangan Dun Perak telah dicerobohi oleh PDRM dengan kehadiran begitu ramai anggota serta kenderaan polis. Saya ingin mengingatkan bahawa PDRMlah yang telah masuk dan menceroboh Dun Perak pada 7 Mei 2009, sedang Speaker YB Sivakumar mengendalikan persidangan dan YB Sivakumar telah diheret dan diangkat serta digulingkan oleh anggota polis dan beliau telah dikunci selama satu jam di bilik belakang dewan.

Sementara kami Adun Pakatan Rakyat dibelasah dan dikasari oleh polis didalam dewan dan ditonton oleh media, rakyat, Orang-orang Besar Negeri, Pengarah-pengarah kerajaan Negeri dan Persekutuan. Siapa yang sebenarnya biadap bila Datuk Zakaria menyuruh kami “Jaga Adab”?

Kenyataan ini juga menimbulkan keluh-kesah dan berupa ugutan serta pencerobohan terhadap bidang kuasa kami sebagai wakil rakyat. Sedarlah bahawa tahap kejadian mungkar, jenayah, rasuah, pembunuhan, kemalangan, salah guna kuasa, pecah amanah di Perak yang menjadi-jadi kini, memerlukan PDRM melaksanakan tugas mereka bagi menjaga keselamatan rakyat dan negeri. Jangan sibuk menjaga persidangan Dun Perak dan berlagak seperti Perdana Menteri. Sebagai eksekutif, PDRM ada tugasan mereka yang mesti dilaksanakan. Laporan polis yang dibuat oleh rakyat masih bertimbun yang belum disiasat!

Kenyataan Datuk Zakaria yang tidak bertanggungjawab, niat buruk, berbau ugutan serta mencerminkan sikap diperalatkan oleh UMNO BN amat menyedihkan kami. Lihat saja kekejaman yang dibuat Polis terhadap rakyat semasa himpunan aman Bersih 2.0 di KL pada 9 Julai 2011! Bilik hotel saya diceroboh oleh polis dari IPD KL pada jam 12.45 tengah malam pada 9 Julai 2011!

Persidangan yang sepatutnya berjalan selama 2 hari telah ditamatkan oleh Speaker haram pada jam 1 tengah hari pada 15 Ogos 2011. Banyak soalan lisan dan bertulis kami tidak dijawab. Pembesar suara/microphone kami selalunya ditutup. Peraturan Tetap tidak dipatuhi oleh Speaker haram! Bagaimana kami boleh “menimbulkan banyak perkara” dalam persidangan yang tak sampai 3 jam? Speaker haram telah tidak upaya mengendalikan dewan serta hilang kawalan dan akhirnya Dun Perak gagal sebagai badan Legislatif yang dimuliakan!

Maka dengan ini saya gesa Datuk Zakaria menarik balik kenyataanya terhadap kami wakil rakyat dan memohon maaf kepada rakyat dan kami wakil rakyat dalam tempoh bulan Ramadzan ini dan berhenti menjadi pekakas dan alat Umno BN. Jangan cemarkan nama baik PDRM dan pulihkan nama baik PDRM di kacamata rakyat!

sumber...Harakahdaily