MUJAHID menunjukkan agihan hibah selepas majlis Taklimat Prestasi
Lembaga Tabung Haji dan Pengumuman Hibah bagi tahun 2018 dan turut
bersama timbalannya Fuziah, Zukri dan Pengerusi Tabung Haji, Tan Sri
Mohammed Nor Md Yusof di Kompleks Islam Putrajaya. - Foto Ahmad Irham
Mohd Noor.
Kerajaan komited membantu Lembaga Tabung Haji (TH) menerusi suntikan dana berjumlah RM17.8 bilion bermula tahun depan.
Ia
dilakukan secara berperingkat dalam tempoh 10 tahun atau sehingga sukuk
diterbitkan susulan pemindahan aset TH kepada syarikat tujuan khas
(SPV), Urushartanah Jemaah Sdn Bhd (UJSB) berjaya ditebus semula
sepenuhnya.
Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif
TH, Datuk Seri Zukri Samat, berkata pembayaran pertama sebanyak RM500
juta akan dibuat pada tahun depan dan seterusnya sebanyak RM1.73 bilion
setiap tahun selama sembilan tahun atau sehingga semua sukuk itu ditebus
semula.
“Ini langkah kerajaan untuk menyelamatkan TH,
tetapi angka ini iaitu RM17.8 bilion adalah jumlah maksimum kerana ia
bergantung kepada prestasi UJSB, berapa banyak aset yang sudah kami
pindahkan mampu dipulihkan SPV berkenaan.
“Seperti yang
saya nyatakan awal, nilai aset yang kami pindahkan ke SPV ini
berdasarkan nilai aset setakat Disember 2018 ialah RM9.7 bilion,
sekarang sudah tentu nilainya sudah naik,” katanya pada sesi taklimat
prestasi TH dan pengumuman hibah 2018 di sini, hari ini.
Turut hadir, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof dan Timbalannya, Fuziah Salleh.
Sementara
itu, Zukri berkata, kejayaan memulihkan TH dalam tempoh singkat iaitu
selama enam bulan adalah susulan sokongan penuh kerajaan terhadap
pelaksanaan penstrukturan semula pengurus dana itu dalam mengimbangi
kedudukan kewangannya.
Katanya, ia membabitkan pemindahan aset yang mengalami kejatuhan nilai dan kurang berdaya saing kepada UJSB.
“Aset
ini yang mempunyai nilai buku sebanyak RM9.7 bilion dipindahkan kepada
UJSB pada harga RM19.9 bilion bagi membolehkan jurang defisit sebanyak
RM10.9 bilion ditutup.
“Pemindahan ini akan dilaksanakan
menerusi sukuk bernilai RM19.6 bilion dan tunai sebanyak RM300 juta.
Transaksi pemindahan ini membolehkan TH mencapai dua matlamat iaitu
menutup jurang defisit dan memulihkan kedudukan kewangannya.
“Kami
yakin TH mampu mencapai prestasi lebih baik bagi tahun ini, dengan
kedudukan kewangannya kembali kukuh selepas semua rosot nilai dibuat, TH
kini lebih stabil untuk menjana keuntungan mampan dan mampu mengagihkan
hibah yang menepati Akta TH,” katanya.
Coretan politik,sosial,ekonomi,agama dan lain lain lagi di Malaysia dan seluruh dunia. Sumber dari semua capaian internet. email greenblacks8@gmail.com
Followers
Showing posts with label SPV. Show all posts
Showing posts with label SPV. Show all posts
Friday, April 5, 2019
Thursday, March 21, 2019
SPV Tambah 'Lubang Besar' Tabung Haji ?
Pemindahan aset TH ke SPV 'Tutup Lubang' jurang Aset dan Liabiliti
Langkah memindahkan aset Lembaga Tabung Haji (TH) kepada syarikat tujuan khas (SPV) berjaya 'menutup lubang’ jurang antara aset dan liabiliti yang ditinggalkan pentadbiran terdahulu.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa berkata aset yang dipindahkan melibatkan RM19.9 bilion itu, berjaya meletakkan aset TH kepada RM76.5 bilion berbanding tanggungan dan deposit RM75.5 bilion, setakat Disember 2018.
“Pemindahan ini adalah untuk menjaga kepentingan pendeposit dan membolehkan mereka mendapat pengagihan hibah bersesuaian Akta Tabung Haji 1995 iaitu aset mestilah melebihi tanggungan sekiranya kita mahu keluarkan dividen.
“Berbanding sebelum ini, iaitu ketika kita (PH) ambil alih, aset lebih rendah daripada tanggungan tetapi pada waktu yang sama kepimpinan dahulu masih meletakkan pengagihan dividen sehingga menyebabkan kami mewarisi defisit RM4.1 bilion, mengikut kedudukan kewangan tahunan Dis 2017,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.
Beliau menjawab soalan Datuk Salim Sharif (BN-Jempol) yang bertanyakan sama ada pemindahan aset kepada SPV akan menjejaskan pemberian dividen kepada pendeposit TH.
Mujahid berkata pemindahan aset tersebut juga tidak akan menjejaskan pemberian hibah yang akan diumumkan dalam waktu terdekat.
Menjawab soalan tambahan Nik Nazmi Nik Ahmad (PH-Setiawangsa) mengenai sama ada langkah asal pemidahan aset kepada SPV itu berikutan teguran bekas Gabenor Bank Negara Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz mengenai rizab TH, Mujahid berkata teguran itu berpunca daripada pemberian hibah yang tidak terkawal dan kewangan yang tidak tepat sehingga memberi kesan kepada pendeposit yang ingin menjalankan ibadah haji.
“Oleh sebab itu Bank Negara menimbulkan isu berkenaan pada 2014, dan di atas kesedaran itu kami bercakap di sebelah sana dulu (pembangkang). Jadi, hari ini bila jadi kerajaan, itu keutamaan kita melalui syarikat SPV ini dan berjaya pulihkan TH dengan sebaiknya,” katanya.
sumber... Bernama
Label:
Dr mujahid yusuf rawa,
SPV,
Tabung Haji
Subscribe to:
Posts (Atom)

