Followers

Thursday, March 21, 2019

SPV Tambah 'Lubang Besar' Tabung Haji ?



Pemindahan aset TH ke SPV 'Tutup Lubang' jurang Aset dan Liabiliti

Langkah memindahkan aset Lembaga Tabung Haji (TH) kepada syarikat tujuan khas (SPV) berjaya 'menutup lubang’ jurang antara aset dan liabiliti yang ditinggalkan pentadbiran terdahulu. 

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa berkata aset yang dipindahkan melibatkan RM19.9 bilion itu, berjaya meletakkan aset TH kepada RM76.5 bilion berbanding tanggungan dan deposit RM75.5 bilion, setakat Disember 2018.
 
“Pemindahan ini adalah untuk menjaga kepentingan pendeposit dan membolehkan mereka mendapat pengagihan hibah bersesuaian Akta Tabung Haji 1995 iaitu aset mestilah melebihi tanggungan sekiranya kita mahu keluarkan dividen.

“Berbanding sebelum ini, iaitu ketika kita (PH) ambil alih, aset lebih rendah daripada tanggungan tetapi pada waktu yang sama kepimpinan dahulu masih meletakkan pengagihan dividen sehingga menyebabkan kami mewarisi defisit RM4.1 bilion, mengikut kedudukan kewangan tahunan Dis 2017,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab soalan Datuk Salim Sharif (BN-Jempol) yang bertanyakan sama ada pemindahan aset kepada SPV akan menjejaskan pemberian dividen kepada pendeposit TH.

Mujahid berkata pemindahan aset tersebut juga tidak akan menjejaskan pemberian hibah yang akan diumumkan dalam waktu terdekat.

Menjawab soalan tambahan Nik Nazmi Nik Ahmad (PH-Setiawangsa) mengenai sama ada langkah asal pemidahan aset kepada SPV itu berikutan teguran bekas Gabenor Bank Negara Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz mengenai rizab TH, Mujahid berkata teguran itu berpunca daripada pemberian hibah yang tidak terkawal dan kewangan yang tidak tepat sehingga memberi kesan kepada pendeposit yang ingin menjalankan ibadah haji.

“Oleh sebab itu Bank Negara menimbulkan isu berkenaan pada 2014, dan di atas kesedaran itu kami bercakap di sebelah sana dulu (pembangkang). Jadi, hari ini bila jadi kerajaan, itu keutamaan kita melalui syarikat SPV ini dan berjaya pulihkan TH dengan sebaiknya,” katanya.

sumber... Bernama