Followers

Wednesday, March 6, 2019

Kenapa Haji Hadi Tinggalkan Rameli Musa Seorang Diri ?

Isteri Rameli: Tak ada khabar, simpati dari orang yang ditolong


Norlella Md Akram yang merupakan isteri pengerusi Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB), Rameli Musa berkongsi keluhan selepas suaminya kini berdepan siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah.

Norlella mendakwa pihak yang sudah menerima pertolongan suaminya kini tidak lagi mempedulikan mereka, sekali pun bertanya khabar mahupun menyatakan simpati.

"Adakah ajaran Islam untuk membiarkan orang yang banyak menolong kita ditimpa kesusahan oleh kerana pertolongan itu dan tiada sebarang simpati mahupun bertanya khabar dari pihak yang ditolong?

"Kebenaran akan ditegakkan," katanya dalam kenyataan di Facebook, semalam.

Norlella turut menyertakan kenyataan itu dengan gambarnya menemani suaminya yang hadir menyerahkan dokumen di ibu pejabat SPRM di Putrajaya semalam.

Rameli dispekulasikan sebagai individu yang membayar RM1.4 juta kepada editor Sarawak Report Clare Rewcastle-Brown bagi pihak Presiden PAS Abdul Hadi Awang.

Clare mendakwa bayaran RM1.4 juta itu merupakan sebahagian persetujuan bagi penyelesaian luar mahkamah selepas Abdul Hadi menarik semula saman terhadapnya.

SPRM sebelum ini membekukan beberapa aset dan akaun bank dalam siasatan berhubung kes berkenaan.

Kes saman Abdul Hadi terhadap Clare sebelum ini adalah berhubung laporan Sarawak Report yang mendakwa pemimpin PAS menerima RM90 juta daripada Umno.

sumber...mKini