Pengarang Sarawak Report, Clare Rewcastle-Brown, mengesahkan beliau menerima bayaran sebanyak RM1.4 juta sebagai penyelesaian di luar mahkamah kes saman membabitkan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Dalam artikel bertajuk ‘Time To Clear The Air On The PAS Payment To Sarawak Report’, beliau berkongsi beberapa dokumen membabitkan perjanjian sulit, foto cek Bank Islam tertera nilai RM1,422,980 dan surat kepada Malayan Banking Berhad yang mengesahkan penerimaan bayaran daripada Abdul Hadi.
Rewcastle-Brown juga mendedahkan dokumen yang memaparkan syarat penyelesaian sulit dan tiada perintah kos daripada Mahkamah Tinggi United Kingdom (UK).

Terma
bagi persetujuan di luar mahkamah itu dibuat ketika cek bernilai RM1.4
juta itu disimpan secara 'escrow' (oleh pihak ketiga) dengan peguamcara
Sarawak Report.

Perintah mahkamah yang dikeluarkan merujuk kepada terma SULIT berhubung penyelesaian antara kedua-dua pihak amat ringkas.

Cek
yang disimpan secara 'escrow' (oleh pihak ketiga) bersama peguam
Sarawak Report dengan syarat kes Abdul Hadi di UK tidak diteruskan.
Katanya, pembayaran itu diselesaikan menerusi akaun escrow peguam Americk Sidhu.
“Sarawak Report bersetuju dengan syarat (Abdul) Hadi bahawa kedua-dua pihak perlu merahsiakan pembayaran itu.
“Oleh itu, perintah mahkamah yang menarik balik prosiding itu diperuntukkan ‘tidak ada perintah untuk kos’, kerana sumbangan Hadi telah dibayar dan berada di akaun escrow,” katanya.

Surat lampiran kepada bank. Butir peribadi disunting.
Semalam, Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan, berkata beliau akan membuat sidang media khas bagi menjawab dakwaan Ahli Parlimen Port Dickson itu.
oleh: Fahmy A Rosli BH