Followers

Showing posts with label cabul. Show all posts
Showing posts with label cabul. Show all posts

Tuesday, April 30, 2013

Kesah Amoi Kena Raba Dalam Program Najib



Gadis X, Y dakwa dicabul dalam program Najib

Dua mahasiswa 19 tahun dari Kolej Universiti Selatan mendakwa mereka dicabul secara seksual oleh beberapa orang penyokong BN semasa majlis yang dihadiri perdana menteri kerajaan sementara Datuk Seri Najib Razak semalam.

Enggan nama mereka disebut, kedua-dua mahasiswa itu, hadir dengan dua lagi rakannya bagi menceritakan kembali peristiwa itu kepada Malaysiakini ketika ditemui di Johor Bahru hari ini.

NONENajib hadir ke kolej itu di Skudai, Johor bagi merasmikan majlis pecah tanah untuk kampus barunya manakala dua gadis itu ditugaskan sebagai wanita pengiring bagi menyerahkan pen supaya perdana menteri dapat menandatangani plak.

"Majlis itu diadakan atas sebuah platform di padang. Kami pakai cheongsam.

"Bersama pelajar lain yang memakai pakaian tradisional masyarakat masing-masing, kami mengiring Najib ke dewan universiti selepas majlis pecah tanah itu," cerita gadis pertama, yang mahu dikenali sebagai 'X'.
NONE
Bagaimanapun, selepas Najib dan jurugambar media naik ke pentas, sekumpulan penyokong terdiri daripada lelaki muda berpakaian biri BN juga terasak ke pentas.

Katanya, beliau dan rakannya - yang kami rujuk sebagai 'Y', juga berada di atas pentas tetapi tertolak daripada Najib oleh penyokong yang mengelilinginya.

Penyokong-penyokong yang kasar itu kemudian bersama-sama memasuki kampus, dengan Najib menaiki motosikal mereka.

"Tempat itu sungguh padat. Kami malah tak dapat dekati perdana menteri untuk menyerahkan pen kepadanya, jadi kami serahkan kepada pembantunya.

"Kemudian ada seseorang sentuh punggung saya. Saya beritahu dia (Y) 'seseorang sedang sentuh saya'...," katanya.

[Baca berita penuh]

Tuesday, August 21, 2012

Ipoh Mali : Nenek 76 Tahun Pun Dia Nak 'Sapu'

  
Nenek 76 tahun kena cabul

IPOH – Rutin harian seorang nenek mengambil angin pada awal pagi bertukar menjadi pengalaman pahit apabila wanita berusia 76 tahun itu menjadi mangsa cabul di kawasan Pasir Pinji,  Jumaat lalu.

Dalam kejadian kira-kira jam 6.40 pagi itu, Kuan Loo Moi dalam perjalanan pulang selepas selesai melakukan senaman pagi bersama rakan-rakannya di taman berhampiran.

Menurutnya, dia yang ketika itu berjalan sendirian menuju ke rumah, merasakan ada seseorang mengekorinya.

“Tiba-tiba seorang lelaki memeluk saya dari belakang dan meraba- raba di setiap bahagian badan,” katanya dalam satu sidang media bersama Pengerusi Rukun Tetangga Taman Bunga Raya, Taman Pinji dan Taman Melor, semalam.

Loo Moi berkata, dia menjerit untuk menarik perhatian jiran-jiran berhampiran.

“Pada masa sama, saya berusaha melepaskan pegangan daripada lelaki itu namun pegangannya sangat kuat.

“Tidak lama selepas itu, dia melepaskan dan berjalan tenang ke motosikal yang diletakkan bersebelahan dengan rumah saya,” katanya.

Loo Moi berkata, ia merupakan kejadian pertama yang dialaminya dan difahamkan ia merupakan kejadian ketiga berlaku di kawasan perumahannya.

“Anak-anak saya telah meminta saya untuk pindah, tetapi saya dan suami berkeras untuk tinggal disebabkan kemudahan yang terdapat di kawasan ini.

“Kejadian ini tidak mematah semangat saya untuk meneruskan rutin harian berjalan pagi dan meminta semua penduduk berhati-hati,” katanya.

sumber...s.harian

Saturday, August 20, 2011

Wanita dakwa dicabul 11 polis

Pengurus akaun dakwa dicabul 11 polis

Seorang pengurus akaun Wong Bee Fong mendakwa selepas tujuh tahun dicabul oleh 11 anggota polis, beliau sehingga kini masih menunggu tindakan terhadap kumpulan itu.

Bahkan, tambahnya, polis gagal memberi jawapan sama ada kertas siasatan dibuka selepas dia membuat laporan polis berhubung pengalaman pahit yang meninggalkan trauma hinggga ke hari ini.
Dalam sidang media bersama peguamnya hari ini, Wong, 39 mendakwa, polis sebaliknya menyiasatnya atas dakwaan menghalang polis menjalankan tugasnya.

Wong mendakwa, mimpi ngerinya bermula pada jam 1.55 pagi apabila kereta yang dipandunya ditahan dalam sekatan jalan raya dekat Taman Connaught pada tahun 2004 kerana disyaki memandu dalam keadaan mabuk.

"Saya minta lesen memandu saya kembali dan saman yang akan dikeluarkan tetapi pegawai itu, Johari Ismail, nombor lencana 88147, enggan memulangkan dan sebalinya meminta rasuah RM3,000.

"Saya menolaknya dan beliau biarkan saya menunggu kira-kira 15 minit. Saya curiga ada sesuatu yang tidak kena jadi saya memandu ke arah balai polis Batu 9, Cheras," katanya.

Tetapi, dakwanya, sebelum sampai ke destinasi, sebuah Proton Saga mengejar dan memaksanya membelok ke bangunan PGA di Batu 9.

Sementara itu Ketua Polis Daerah Kajang ACP Abdul Rashid Wahab ketika dihubungi Malaysiakini berkata beliau akan berjumpa dengan Wong untuk cuba menyelesaikan masalah itu.

Abdul Rahshid berharap Wong dapat menghubunginya segera kerana beliau memerlukan lebih maklumat. Insiden itu berlaku sebelum Abdul Rashid menjawat jawatan itu.

sumber...malaysiaKini