Followers

Showing posts with label rasis. Show all posts
Showing posts with label rasis. Show all posts

Thursday, May 30, 2019

Jaguh Media Sosial Kecut di Dewan Rakyat



Pemimpin pembangkang, Najib Razak bukanlah jenis orang yang berani.

Bekas perdana menteri itu hanya berani "menembak curi" menggunakan akaun media sosial, akan tetapi tidak berani berdepan dengan musuh-musuh politiknya.

Sejak menghancurkan BN yang diasaskan bapanya, Abdul Razak Hussein dengan kekalahan
gabungan itu di tangan Pakatan Harapan pada 9 Mei, 2018, sudah beberapa kali sidang Dewan Rakyat berlangsung.

Akan tetapi, Najib tidak menggunakan peluang yang ada di Dewan Rakyat untuk menjelaskan pendiriannya. Beliau lebih berani di Facebook, Twitter dan Instagram.

Berbeza dengan ketika Anwar Ibrahim menjadi ketua pembangkang dahulu.

Anwar akan menggunakan segala ruang yang ada di Dewan Rakyat untuk berdebat dan mempersoalkan tindakan-tindakan kerajaan pada ketika itu yang dirasakan tidak baik untuk negara.

Fenomena "penakut" ini bukan sahaja melanda Najib. Ia turut menjangkiti pemimpin kanan Umno yang lain termasuk Ahmad Zahid Hamidi, Hishammuddin Hussein, Mohamed Nazri Aziz dan ramai lagi.

Mereka ini juga tidak berani berdebat dengan pemimpin kerajaan di Dewan Rakyat.

Cuba imbas kembali sejarah ketika pemimpin-pemimpin Umno ini berkuasa dahulu. Karektor mereka amat berbeza berbanding sekarang.

Nasib baiklah Umno masih mempunyai pemimpin-pemimpin yang berani seperti Ismail Sabri, Mahdzir Khalid, Noh Omar dan Bung Mokhtar Radin.

Walaupun hujah-hujah yang dilontarkan tidaklah begitu berkualiti, sekurang-kurangnya ruang demokrasi dihidupkan.

Tidak perlu layan Najib

Lim Kit Siang melakukan kesilapan besar apabila melayan dan bersetuju untuk berdebat dengan Najib.

Beliau sepatutnya lebih memahami ke mana Najib mahu membawa "isu debat" ini.
Debat ini akan menjadi debat antara Melayu-Cina.

Sekiranya terjadi, sudah pasti Najib akan berjaya terus menipu rakyat dan naratif "PH menindas Melayu" ciptaan penulis blog upahannya berjaya.

Nasib baiklah Lim berani untuk menarik diri.

Biarlah dikecam "pencacai-pencacai" Najib, sekurang-kurangnya "semarak api perkauman" dapat dipadamkan.

Untuk mendepani Najib, PH bolehlah menugaskan pemimpin-pemimpin Pemuda untuk menguruskannya.

Ahli-ahli Parlimen muda seperti Nik Nazmi Nik Ahmad, Fahmi Fadzil, Akmal Nasir dan ramai lagi boleh dihantar untuk berdebat dengan Najib, sekiranya pemimpin pembangkang itu benar-benar berani berdebat.

Yang lebih baik, PH tidak perlu membuang masa untuk melayan Najib. Biarlah Najib ketawa sebelum dia melangkah ke "penjara".

Lagipun, Najib ini jenis manusia yang "terkejut" apabila wang masuk ke dalam akaun dia.

oleh:  Amin Iskandar

Tuesday, January 29, 2019

Raya Demokrasi ?




Selepas sekian lama hidup dalam “kongkongan”, rakyat Malaysia akhirnya dapat menikmati hak-hak warga sebuah negara demokrasi apabila BN dikalahkan pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14) tahun lalu.

Kini, rakyat dapat berdemonstrasi secara aman tanpa sebarang gangguan seperti tahun lalu apabila parti pembangkang Umno dan PAS menganjurkan perhimpunan besar-besaran untuk mengucapkan terima kasih kepada kerajaan pimpinan Dr Mahathir Mohamad kerana tidak meratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD).

Media arus perdana tradisional dan platform atas talian bebas membuat liputan.

Lebih hebat lagi, walaupun sudah lebih enam bulan berkuasa, kerajaan Pakatan Harapan (PH) tidak menghalang parti pembangkang Umno menguasai syarikat media terbesar Media Prima.

TV3 bawah Media Prima yang mempunyai pengaruh kuat dalam kalangan orang-orang Melayu luar bandar bebas membuat liputan “membelasah kerajaan” Pakatan Harapan (PH) setiap hari tanpa sebarang gangguan dan tekanan atau wartawan mereka dipenjarakan.

Tidak hairanlah keputusan pilihan raya kecil (PRK) Cameron Highlands pada 26 Januari menunjukkan sokongan orang-orang Melayu luar bandar masih lagi kuat kepada Umno dan juga sekutu rapat mereka PAS.

Ini tidak mungkin atau tidak akan berlaku di zaman pemerintahan BN ketika Najib Razak menjadi perdana menteri.

Di zaman Najib, membuat liputan berita sahaja boleh menyebabkan wartawan bermalam di dalam lokap.

Ketika skandal 1MDB berada di tahap kemuncak, permit penerbitan surat khabar digantung, portal atas talian disekat sehingga akhirnya terpaksa ditutup.

Semua ini tidak lagi berlaku pada zaman Malaysia baru pimpinan Dr Mahathir.

Kebebasan media suburkan naratif perkauman Umno-PAS 

Selain menguasai media arus perdana berpengaruh, parti pembangkang Umno dan PAS turut menguasai perang siber, sekali gus menyebarkan naratif perkauman yang menggambarkan PH tidak menjaga kepentingan Melayu-Islam.

Ini juga tidak menghairankan kerana kekuatan dana dikumpulkan selama lebih 60 tahun sudah pasti masih lagi banyak untuk menyara jentera-jentera siber mereka.

Sedangkan PH masih lagi bekerja keras “membiasakan diri” untuk menjadi kerajaan dan mungkin tidak sempat memikirkan bagaimana untuk memperluaskan pengaruh mereka.

Untuk berlaku adil, kerajaan PH sedang dalam proses untuk membaiki “kerosakan negara” yang ditinggalkan Najib dan mencuci “tahi-tahi” ditinggalkan pemerintah terdahulu.

Akan tetapi ini tidak seharusnya menjadi penghalang kepada kerajaan PH untuk mengambil bahagian dalam ruang demokrasi dan menerangkan kepada rakyat gagasan Malaysia baru dibawa mereka.

Dalam ruang demokrasi yang terbuka luas ini, kerajaan PH perlu juga mengambil “kesempatan” untuk merayakannya. 

Bagi penduduk bandar yang mempunyai kemudahan Internet, mungkin tidak terlalu mendatangkan masalah kepada PH kerana media bebas atas talian masih memberikan laporan secara adil dan seimbang.

Kelemahan utama PH ialah bagaimana untuk menerangkan gagasan Malaysia baru mereka kepada penduduk luar bandar yang masih lagi bergantung kuat kepada TV3 dan akhbar arus perdana seperti Utusan Malaysia dan Berita Harian dikuasai Umno.

Perkara ini harus difikirkan PH jika tidak mahu terus tenggelam dalam naratif perkauman Umno-PAS.

Walaupun naratif perkauman Umno-PAS itu tidaklah sehebat mana dan menggambarkan seolah-olah “Islam tidak mengharamkan rasuah dan penyelewengan.”

oleh: Amin Iskandar

Tuesday, May 14, 2013

Pabila Tok Mufti Kerajaan Pasang Jack 18 TAN !!!



Daa macam satu skrip drama ler pulak !
Kah Kah Kah...Mula dengan PM calit dakwat tak kekal...
Pengurusi SPR tipu dakwat kekal...
Diikuti Tok Mufti pon tompang "TOIL"...hahaha

Ini ler golongan pertama yang akan dihadapkan ke muka Keadilan Ilahi kelak..
BUKAN wa kata...Tapi Hadith Soheh dari Baginda Rasul yang telah termaktub !

Sabda Baginda Rasul SAW yang maksudnya :

Ada DUA golongan di kalangan manusia, kalau DUA golongan itu baik maka baiklah semua manusia, sekiranya dua golongan itu jahat maka jahatlah umat manusia, iaitu para ulama dan pemimpin.

Rasul SAW dalam hadis ini menyebut ulama' dahulu sebelum pemimpin, artinya bila ulama rosak maka pemimpin/kerajaan/penguasa, akan ikut rosak pula. Selepas itu diikuti oleh rosaknya rakyat, rosaknya orang ramai.

Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria telah menuduh bukan Melayu sebagai taksub perkauman dan menggunakan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menjajah Melayu.

Mengikut naratif dimulakan golongan kanan Umno, beliau memberitahu Utusan Malaysia bukan Melayu marah kerana rancangan mereka untuk menjajah “kita” tidak berjaya.Utusan

Harussani (gambar) tidak menamakan kaum mana yang beliau maksudkan akan tetapi mengulangi menggunakan perkataan “mereka” sebagai rujukan kepada dakwaannya untuk menjajah Melayu.

“Ini sebenarnya bukan politik sahaja tapi taksub perkauman. Bila kehendak sendiri tak tercapai yang jadi mangsa rakyat. Mereka ikut sertai dia membantah supaya dapat jajah kita, hapuskan Perlembagaan tapi rancangan mereka tak jadi begitu, ini yang mereka marah.

“Mereka undi Melayu langsung tidak, kita pula tolong mereka kalahkan Melayu. Tetapi tetap kalah dan bila begitu, kata tak betul,” katanya dipetik dari akhbar berbahasa Melayu Utusan Malaysia.

Kumpulan berhaluan kanan dalam Umno, termasuk Utusan Malaysia telah berusaha untuk mewujudkan  pertarungan antara masyarakat Cina dan Melayu susulan keputusan pada Pilihan Raya 2013 baru-baru ini.

Pihak polis ketika ini sedang menyiasat Utusan Malaysia kerana menghasut selepas akhbar tersebut menghasilkan artikel “Apa lagi Cina Mahu?” serta menuduh pengundi Cina cuba melakukan provokasi kaum dengan mengundi menentang BN.

Utusan Malaysia juga mengeluarkan beberapa artikel lain seperti “Golongan Muda Cina Monopoli Persahabatan haram” dan “DAP Terus Cetus provokasi”, serta mengeluarkan gambar pemuda Cina membantah di perhimpunan baru-baru ini di Pulau Pinang dan Petaling Jaya bagi menuntut pilihan raya bebas dan adil.

Naib presiden Perkasa kontroversi Datuk Zulkifli Noordin, juga merupakan calon langsung Barisan Nasional (BN) yang tewas di Shah Alam dalam Pilihan Raya 2013, membuat tuduhan Lim Kit Siang bertanggungjawab dalam insiden berdarah tersebut dalam mesej yang dihantar di Twitter pada malam ulangtahun ke 44 rusuhan tersebut semalam.

Lim seringkali menjadi sasaran kumpulan Melayu berhaluan kanan yang menyalahkannya di atas rusuhan tersebut walaupun Penasihat DAP itu tidak berada di Kuala Lumput apabila rusuhan itu tercetus.

Namun, bekas ahli Umno Tamrin Ghafar tampil membersihkan nama Lim semasa kempen Pilihan Raya 2013 baru ini dengan mendakwa Umno adalah dalang disebalik rusuhan itu.
Anak bekas Timbalan Perdana Menteri Tun Abdul Ghafar Baba berkata beliau dimaklumkan oleh bekas Menteri Dalam Negeri, Allahyarham Tun Ghazali Shafie, bahawa 13 Mei adalah hasil daripada rampasan kuasa dalaman Umno terhadap pengasas Perdana Menteri Tunku Abdul Rahman.

Pemimpin Umno tidak henti-henti menyalahkan prestasi buruk mereka pada pilihan raya kali ini adalah berpunca daripada “tsunami Cina”, malah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak juga memberikan cadangan sama.

BN menang tipis pada 5 Mei dengan hanya 133 kerusi Parlimen berbanding 89 kerusi oleh Pakatan Rakyat (PR), lebih rendah daripada 140 kerusi yang mereka menangi dalam Pilihan Raya 2008.

Malah, bekas hakim Mahkamah Rayuan Datuk Mohd Noor Abdullah juga menyertai perdebatan kaum apabila beliau memberi amaran kepada komuniti Cina agar bersedia dengan tindak balas daripada Melayu kerana “khianat” terhadap BN dalam Pilihan Raya 2013.

sumber...TMI