Followers

Showing posts with label zizan. Show all posts
Showing posts with label zizan. Show all posts

Thursday, January 8, 2015

Bapak Emma Maembong Pulak Tidak Puas Hati Terhadap Zizan Razak

 
Ismail Embong Tidak Puas Hati Terhadap Zizan Razak

Selepas Emma Maembong mengesahkan perpisahannya dengan Zizan Razak, bapa aktres itu, Ismail Embong pula meluahkan rasa tidak puas hati terhadap kenyataan pelawak tersebut di sebuah akhbar.

Ismail berkata, dia tidak senang apabila Zizan memberi pendapat jika dia menjadi menantunya.

"Tidak perlu hormat permintaan orang tua ini kerana orang tua ini tidak meminta, tetapi hanya memberi kata dua atau syarat. Jika tidak ditunaikan sila pergi!

"Aku mahukan orang milik Allah sahaja dalam keluarga, bukannya milik masyarakat. Mengapa meletakkan diri kita lebih rendah dari itu? Dimiliki masyarakat, bukan Allah?," soalnya menerusi status di laman Facebook miliknya pada Isnin.



Ismail (tengah) bersama keluarganya.

Ismail berkata demikian selepas Zizan menerusi laporan sebuah akhbar memberi komen bahawa dia sedia mengikut kehendak bapa Emma yang mahukan majlis sederhana sekiranya dijodohkan dengan Emma nanti.

Menerusi mStarOnline terbitan 29 Disember lalu, Zizan berkata, sekiranya ditakdirkan dia berkahwin dengan Emma, dia bersedia mengadakan majlis secara sederhana namun dalam masa yang sama perlu berlaku adil terhadap peminat-peminatnya yang ingin menyaksikan hari bahagia itu.

Kelantangan Ismail itu bukan sahaja terhadap Zizan malah dia turut mengkritik majlis pernikahan anaknya iaitu Yaya Maembong dengan Wan Raja pada 12 Disember lalu kerana mengenepikan peranannya sebagai seorang bapa selain mengadakan perkahwinan secara membazir.

Sementara itu, Ismail turut berkata tidak perlukan pujukan daripada sesiapa mengenai kemelut yang berlaku.

"Memujuk? aku cuma meminta hukum Allah diutamakan. Jika ditentang keluarga, maka sudah dianggap derhaka.

"Tidak kisahlah anak-anakku yang masuk bidang lakonan dikritik dan digosip kerana mereka sedia maklum risiko yang datang bersama glamor. Tetapi usah sentuh diri aku secara peribadi," tegasnya.

Bagaimanapun, Ismail tidak mengulas mengenai kenyataan Emma sudah berpisah dengan Zizan.

sumber...
 Oleh: FERIDE HIKMET ATAK

Sunday, October 27, 2013

Zizan Razak Buka Francais Restoran Burgerbyte



Zizan mengusahakan perniagaan francais restoran Burgerbyte di Damansara Perdana

 PETALING JAYA: Dalam kecenderungan pengusaha restoran memilih untuk mengusahakan perniagaan francais jenama antarabangsa, pelawak Zizan Razak sebaliknya percaya pada produk tempatan apabila memilih untuk menjalankan perniagaan francais restoran Burgerbyte.

Zizan atau nama sebenarnya Razizan Razak berkata, dia mula tertarik dengan Burgerbyte yang berpangkalan di Sentul selepas melihat hidangan yang disediakan restoran berkenaan ringkas dan lazat selain konsep restorannya yang santai dan selesa.

"Saya merupakan antara penggemar burger dan apabila melihat konsep hidangan pelbagai jenis yang disediakan, membuatkan hati saya terbuka untuk membuka restoran ini secara francais.

"Memandangkan sudah lama saya berniat untuk membuka perniagaan makanan, hasrat itu saya teruskan niat untuk menjadi pengusaha restoran ini bersama rakan kongsi saya, Rostam Affendy Abd Rahim.
"Saya juga nekad menjadi menjalankan perniagaan restoran itu secara francais selepas kagum dengan keaslian rasa masakan Barat daripada sebuah restoran yang diusahakan orang Melayu," katanya.

Zizan ditemui pada majlis pelancaran Restoran Burgerbyte miliknya di Damansara Perdana, dekat sini pada malam Sabtu.

Tambah Zizan, kesibukan dengan kerja-kerja lakonan juga tidak penghalang untuk dirinya mengusahakan perniagaan tersebut.

"Saya percaya apabila mempunyai tanggungjawab dalam perniagaan, sibuk macam mana sekalipun kita mesti buat.

"Mungkin saya tidaklah berada di restoran dari pagi sampai malam tetapi sekurang-kurangnya saya akan mencuri masa untuk menguruskan Burgerbyte sebaik mungkin," ujarnya.
Restoran Burgerbyte yang diusahakan Zizan secara francais bersama rakan kongsi, Rostam Affendy Abd Rahim.

Dalam pada itu, beritahu Zizan, restoran yang diusahakannya itu mempunyai sebanyak 62 jenis masakan, malah Zizan turut menambah beberapa menu lain sebagai memberi kelainan berbanding cawangan lain.

Burgerbyte menawarkan kepelbagaian menu masakan Barat dan pada masa sama turut mempunyai menu citarasa masyarakat Malaysia.

Sehingga kini, Burgerbyte mempunyai tiga cawangan iaitu di Sentul, Senawang serta Damansara Perdana.

Sementara di Sri Iskandar Perak, Bangi, Semenyih dan Bukit Beruang, Melaka masih dalam proses pembikinan.

sumber...