Followers

Sunday, April 28, 2013

PR Perak Optimis Menang 38 DUN


Sokongan meningkat, PR Perak optimis menang 38 Dun

TAIPING: Pakatan Rakyat Negeri Perak optimis kembali mengambil alih pentadbiran negeri pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) yang akan berlangsung 5 mei ini, melihat kepada sokongan dan kebangkitan rakyat di negeri itu.

Mantan Menteri Besar Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin berkata, sehingga kini Pakatan Rakyat negeri itu yakin mampu menang sekurang-kurangnya 38 daripada 59 kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun).

"Dengan kerja kuat kita sehingga hari mengundi 5 Mei nanti, Pakatan Rakyat InsyaAllah akan dapat memenagi 38 kerusi Dun, sekaligus akan membentuk kerjaan baru di Perak," tegasnya kepada Harakahdaily.

Nizar yang juga calon PAS bagi Dun Changkat Jering berkata, jika berjaya mendapat jumlah 38 kerusi itu, ianya merupakan satu kemenangan yang selesa berbanding 2008 lalu.

"Kali ini saya berkeyakinan tidak ada yang melompat parti, kita telah perhalusi setiap calon dan mereka telah membuat akujanji tidak akan melompat parti," ujar beliau.

Menurut beliau sambutan rakyat terhadap calon Pakatan Rakyat di seluruh Perak amat memberangsangkan, malah diluar jangkaan.

Beliau tidak menolak kemungkinan sokongan tersebut akibat rasa marah yang berterusan terhadap tindakan BN berhubung isu rampasan kuasa 2009 lalu.

Selain itu, sokongan tersebut juga berikutan penerimaan masyarakat terhadap manifesto Pakatan Rakyat telah dilancarkan baru-baru ini yang antara lain menawarkan 20 meter padu air percuma kepada rakyat negeri itu.

sumber...harakahdaily