Followers

Thursday, February 9, 2012

Bila Mami Shahrizat "Gabra" Dan Takut Pada Nenek Rafidah Dan Dr Mahathir



Shahrizat yang semakin hilang kewarasan itu mula menunjukkan taringnya terhadap Rafizi Ramli, Pengarah Stategik PKR tetapi tidak berani membidas senior-senior beliau dalam parti, begitu juga timbalam beliau dalam Umno yang mahukan beliau berundur sebelum beliau memusnahkan parti.

“Ia satu komen yang agak murahan dan saya faham beliau semestinya merasa tertekan sekarang. Tetapi kita haruslah bersikap professional. Jika beliau dan keluarga beliau tidak bersalah, beliau seharusnya menyambut baik peluang untuk membuktikan mereka tidak bersalah,” beritahu Rafizi kepada Malaysia Chronicle.


Apabila tertekan, Shahrizat menjadi tidak waras dan kasar

Setelah secara terang-terangan diberitahu oleh bekas Ketua Wanita Umno, Rafidah Aziz untuk pergi sahaja dan tinggalkan Umno dan sebelum itu oleh Mahathir untuk berundur sebelum dihalau serta sehari yang lalu timbalan beliau membuat kenyataan agar beliau jangan membebankan Umno – Shahrizat kelihatan gagah menunjukkan wajah yang selamba.


Dengan melupakan maruah beliau, beliau telah mengutarakan perkara-perkara yang tidak masuk akal dan kurang ajar. Beliau menyalahkan Rafizi kerana mendedahkan penyalahgunaan dana kerajaan dalam skandal RM250 juta NFC untuk projek ternakan lembu.

Shahrizat yang juga menteri Wanita memanggil Rafizi pondan kerana sangat memberi perhatian terhadap skandal NFC dan juga menawarkan baju kurung merah putihnya kepada Rafizi.

“Dia akan kelihatan cantik dalam baju kurung merah putih saya kerana dia seorang pondan. Nanti wanita Umno akan kirimkan baju tersebut kepada ‘stalker’ saya,” Malaysia Insider melaporkan Shahrizat sebagai berkata.

“Sebab saya rasa dia ni bercita-cita jadi ketua Wanita Umno, mungkin dia memang mahu jadi pemimpin tetapi parti beliau tidak begitu ramai ahli. Wanita Umno ada 1.3 juta ahli jadi beliau boleh rasakan kekuatannya.”


Bila dengan Rafidah dan Dr M, jadi penakut pula..


Sebelum ini, beliau telah menunjukkan sifat penakut beliau dalam berhadapan dengan orang dalam Umno sendiri. Beliau tidak berani menjawap komen Rafidah yang terang-terangan menyuruh beliau berambus dari Umno sebelum merosakkan parti itu.

“Saya tidak mahu menyerang orang yang lebih tua daripada saya. Ibu bapa saya mengajar saya untuk jangan bersikap kurang ajar dengan orang lain apa lagi orang yang lebih tua daripada saya, jadi, ada baiknya saya tutup mulut sahaja,” ujar Shahrizat.


Wanita Malaysia adalah lebih baik daripada itu


Menurut pengkritik, daripada cara beliau menyerang Rafizi, Shahrizat tidaklah sebaik yang beliau canangkan. Bermuka-muka dan menipu diri sendiri adalah sebab kepada kenyataan biadapnya terhadap Rafizi.

Tidak hairanlah Shahrizat menghina Rafizi dengan mempersoalkan kemaskulinan beliau tetapi pada masa yang sama menhancurkan sifat femininnya – yang semestinya adalah tonggak kepada kelembutan dan maruah beliau sebagai seorang wanita.

“Seperti yang sudah dimaklumkan sebelum ini, PKR tidak akan tertekan dengan serangan peribadi demi membongkar salahlaku Shahrizat dan keluarganya. Sebaliknya, kita akan menjadi lebih fokus dalam memastikan agar tuduhan kami ini berasas dan sukar untuk beliau dan keluarga beliau melepaskan diri daripadanya. Ini bukan balas dendam. Tiada siapa yang kisah sangat pasal Shahrizat dan keluarganya tetapi semua orang berminat mengetahui di mana perginya RM250 juta itu,” beritahu Ketua Wanita PKR Zuraida Kamaruddin kepada Malaysia Chronicle.

“Sebagai pemimpin wanita, saya berasa amat malu dengan komen Shahrizat. Bukan sahaja ia tidak sepatutnya dan biadap, ia juga memalukan kaum wanita. Wanita harus bermaruah dan bertenang dalam menghadapi saat-saat getir dalam hidup mereka. Wanita adalah asas kepada sebuah keluarga dan negara.

Tetapi Shahrizat sudah menjadi seperti Ummi Hafilda, yang cakap apa sahaja mereka mahu dengan tidak menghiraukan sekiranya ia seperti cakap-cakap orang gila. I saya rasa mungkin beliau sudah terlalu tertekan dan mungkin ada baiknya beliau ambil nasihat bukan sahaja daripada Pakatan Rakyat tetapi juga senior beliau dalam Umno- berundur dengan penuh maruah sebelum beliau dihalau keluar. Juga jangan terus memalukan wanita di Malaysia dengan komen-komen bodoh beliau. Wanita di Malaysia adalah lebih tinggi maruah daripada itu.”


sumber...Malaysia Chronicle

Menteri India Syok Tengok Video Sex Dalam Henpon


Ayoyo ...Ayoyo

Menteri India pun macam blogger UMporno jugak...kah kah kah
Dalam sidang dewan sempat lagi tengok gambo "Hot"...kah kah kah
Mung nak keras ke aper ke,carik tempat lain ler...kah kah kah
Nak stim pun sampai tak ketahuan tempat , ape barang bro...kah kah kah

BANGALORE (India): Tiga menteri dari selatan India, termasuk seorang dengan portfolio pembangunan wanita dan kanak-kanak, meletakkan jawatan, semalam selepas mereka dituduh menonton video lucah ketika sidang dewan berlangsung.

Menteri dari parti pemerintahan, Bharatiya Janata Party (BJP) ditayangkan televisyen tempatan menonton siaran di telefon bimbit mereka, kelmarin ketika anggota dewan rancak berdebat. “Kami meletakkan jawatan untuk mengelak daripada memalukan parti dan tidak memberi pembangkang peluang untuk mengganggu sidang hari ini,” kata Menteri Koperasi, Laxman Savadi. “Kami sedang menonton klip video perbincangan parti yang dianjurkan di Pulau St Mary (di pantai barat Karnataka). Ia bukan klip video lucah,” katanya.

Menteri Pembangunan Wanita dan Kanak-Kanak, C C Patel dan Menteri Pelabuhan dan Perikanan, Krishna Palemar turut meletakkan jawatan. Dalam siaran televisyen menteri terbabit dilihat menonton klip seorang wanita menari, menanggalkan pakaian dan kemudian melakukan aksi seks.

 Mereka kemudian saling bertukar telefon bimbit. “Ia perbuatan yang memalukan, Ketiga-tiga menteri itu sudah menyerahkan surat letak jawatan. Kami akan membentuk jawatankuasa siasatan bagi menyiasat insiden itu,” kata jurucakap BJP, Nirmala Sitharaman di New Delhi.


Satu kaji selidik yang dijalankan majalah India Today pada 2008 mendapati tiga daripada lima lelaki dan seorang daripada lima wanita menyokong pornografi. Ia diharamkan di India, tetapi kegiatan itu masih berleluasa.

sumber... AFP

Wednesday, February 8, 2012

MB Kedah Letak Jawatan ?



Apakah benar ostad Azizan Razak letak jawatan ?

Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak hari ini berkata beliau tidak meletakkan jawatan seperti yang dilaporkan oleh beberapa portal berita.
  
Azizan, yang menyifatkan laporan portal berita itu sebagai kebudak-budakkan, berkata spekulasi beliau meletakkan jawatan itu adalah serangan psikologi oleh orang yang takut akan kepimpinan dan tindakan tegas beliau.
  
"Sejak malam tadi, saya terima panggilan berkenaan perkara itu. Saya tidak akan melayan perkara itu... ini macam budak-budak. Mereka serang saya kerana mereka tidak yakin dengan diri mereka," kata Azizan (kanan) ketika dihubungi.
  
Azizan ditanya mengenai laporan portal KL-today.com semalam memetik sumber yang kononnya mendapat maklumat daripada Pejabat Menteri Besar mendakwa beliau
sedang menyediakan surat peletakan jawatan dan akan meletakkan jawatannya sebagai menteri besar dalam beberapa jam lagi.
  
Spekulasi itu adalah yang terbaru terhadap Azizan berkenaan kenyataannya mengenai Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 1971 dan penggantungan lima pelajar Kolej Universiti Insaniah (KUIN).

Ditanya pihak yang mungkin menyebarkan spekulasi itu, Azizan berkata ia mungkin kumpulan sama yang mahu beliau disingkirkan daripada parti.

"Boleh jadi... saya tak tahu. Ia mungkin juga orang di luar parti kerana mereka mahu melihat kerajaan negeri pimpinan PAS menjadi lemah. Semalam, saya ada di pejabat sampai pukul 6.30 petang... saya hairan bagaimana perkara seperti itu boleh keluar," katanya.
  
Katanya ini bukan pertama kali perkara seumpamanya beliau alami sejak menjadi menteri besar Kedah pada 2008.
  
Azizan berkata spekulasi sama pernah timbul apabila beliau dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) tahun lepas, sehinggakan ada khabar angin beliau meninggal dunia.
  
Azizan berkata tumpuan beliau kini hanyalah kepada pilihan raya umum ke-13 dan menggerakkan jentera pakatan pembangkang mempertahankan negeri ini.

sumber...BERNAMA

Adira Ngaku Peluk Anjing




Adira akui kesilapan dan mohon maaf

Penyanyi Adira (AF8) mengakui kesilapannya kerana memeluk seekor anjing seperti mana tersebarnya sekeping gambar yang dipaparkan di beberapa laman blog hiburan.

Mengulas mengenai perkara itu, Adira atau nama sebenarnya Siti Adira Suhaimi, 22, berkata anjing yang dipeluk itu bukan miliknya tetapi kepunyaan ibu mertua kepada kakaknya yang berbangsa Cina di Sabah.

“Saya tidak nafikan itu gambar saya. Memang saya memeluk anjing itu tetapi ia bukan milik saya.

“Sebenarnya ia adalah gambar lama yang diambil pada tahun lalu ketika saya sekeluarga berkunjung ke rumah ibu mertua kakak yang bukan beragama Islam.

“Ia adalah gambar yang saya jadikan gambar profil di dalam telefon bimbit dan tidak tahu bagaimana ia boleh tersebar,” katanya kepada mStar Online..


Ketika ditanya tidakkah dia peka dan sensitif bahawa tindakan dangkal itu boleh mengundang persepsi negatif di kalangan masyarakat, Adira berkata sebagai selebriti beragama Islam yang mengetahui soal hukum-hakam, dia mengakui kesilapan tersebut.

“Saya sedar tindakan bergambar dengan anjing itu salah dan boleh mengundang fitnah. Tapi saya peluk anjing itu ketika ia dalam keadaan kering dan sudah pun menyamak selepas itu.

“Saya memeluknya kerana terlalu geram melihat kecomelan binatang itu. Memang ia haram di sisi Islam tapi anjing juga makhluk Tuhan,” katanya.

Penyanyi yang sedang popular dengan lagu Sakura ini menyambung, kesan penyebaran gambar itu mengajarnya agar lebih berhati-hati dan tidak menyimpan gambar yang boleh mencetuskan syak wasangka atau kontroversi pada masa hadapan.

“Ini bukan kali pertama saya diasak kontroversi dan saya perlu ambil kisah atas setiap perkara yang boleh memburukkan nama saya dan keluarga. Saya mohon maaf atas kesilapan itu.

“Saya berharap peminat tidak mudah menjatuhkan hukum atau menghentam golongan artis dengan kata-kata yang kesat dan keterlaluan.

“Saya akui perkara ini berlaku disebabkan kecuaian dan sikap kurang peka. Sebagai manusia saya tidak pernah lari daripada melakukan kesilapan,” katanya dalam nada kesal.

sumber...Mstar OL

Tuesday, February 7, 2012

Kecoh Artis Pompuan "Mentekedarah" Arak Pulak !!!



Isu arak dan hubungan dengan VIP Tasha Shilla menjawab

Belum pun reda isu pelakon Tasha Shilla dituduh berkelakuan liar dan menari ghairah di kelab malam sebelum ini, aktres muda ini sekali lagi dipalit kontroversi yang mendakwa kononnya dia kini menjalin hubungan dengan seseorang berstatus VIP pula.

Tasha atau nama sebenarnya Natashasheila Abdul Razak, 25, berkata jika benar dia menjalin hubungan dengan individu berstatus VIP, justeru dia tidak perlu menceburi bidang lakonan dan bekerja keras untuk menaikkan taraf kehidupannya.

“Saya nafikan dakwaan itu. Kalaulah benar saya menjalin hubungan atau dibela golongan VIP, buat apa saya bekerja-keras siang dan malam untuk mengukuhkan nama dalam bidang lakonan ini.

“Lagi pun, saya tinggal dan berada di bawah jagaan keluarga. Ibu bapa saya sentiasa mengetahui dan memantau gerak-geri saya, jadi tidak logik kalau ada yang kata saya dibela oleh VIP,” katanya yang dihubungi mStar Online, Ahad.

Menjawab dakwaan yang mengatakan kereta BMW miliknya turut dibelikan oleh individu berkenaan, Tasha menegaskan kenderaan tersebut dibeli dengan wang hasil titik peluhnya sendiri.

“Ini satu lagi dakwaan melampau. Kalau hendak tahu, kereta tersebut sudah lama saya beli sebelum bergelar artis lagi. Ia adalah hasil titik peluh saya ketika bekerja sebelum ini. Ia dibeli atas nama makcik saya sendiri.

“Mengapa harus timbul kesangsian? Saya membuat keputusan untuk membeli kereta itu kerana saya mampu.

Kereta itu pun bukan kereta baru. Tidak adil untuk menuduh saya begitu hanya kerana saya memiliki kereta tersebut,” ulasnya.

Menjawab dakwaan kononnya dia turut keluar dengan seorang VIP dan terdapat hidangan minum keras di atas meja pada malam Khamis lalu, Tasha Shilla memberitahu dia tidak berdua sebaliknya ditemani rakan-rakan lain.

Malah, minuman keras yang dihidangkan di restoran itu adalah dipesan oleh temannya yang bukan beragama Islam.

“Hakikatnya saya datang secara berkumpulan bersama rakan-rakan lain termasuk beberapa orang produksi dari Hollywood untuk berbincang tentang tawaran kerja.

“Memang benar ada minuman beralkohol di atas meja kami tetapi bukan saya yang minum. Ada beberapa rakan saya yang bukan beragama Islam di situ," jelasnya.

Ketika ditanya mengenai reaksinya apabila terus dikaitkan dengan kontroversi, Tasha berkata dia segera menghubungi ibunya bagi mendapatkan pandangan menghadapi tuduhan terbaru ini.

“Saya tidak mahu mudah melatah kerana saya sudah bersedia untuk menghadapi gosip dan kontroversi apabila menceburi bidang ini.

“Orang luar boleh bercakap apa sahaja tanpa mereka mengenali saya secara peribadi. Apa yang lebih penting adalah kepercayaan dan sokongan ahli keluarga dan teman-teman rapat,” katanya.

Sebelum ini, mStar Online melaporkan aktres ini menepis dakwaan kononnya dia berkelakuan liar dan menari ghairah ketika meraikan majlis hari lahirnya yang ke-25 di sebuah kelab malam di ibu negara pada 25 Januari lalu.

sumber...Mstar OL