Followers

Sunday, March 11, 2012

Bini Guan Eng Masuk Top List Mingguan Politik Se Malaysia





Isteri Guan Eng Diserang ,Batal SBPA Terhangat


KUALA LUMPUR, 11 Mac: Ulasan blogger Cenangau Daun Kari mengenai serangan cybertrooper Umno terhadap isteri Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, Betty Chew adalah artikel terhangat Facebook dan Twitter Harakahdaily bagi minggu ke-10.

Menurut Cenangau, serangan terhadap Betty adalah kerana ketakutan Umno-BN tumbang di Melaka sekiranya DAP mampu meraih 8 kerusi Dun.

“Pasai tu lah penchachai Umno dah mula tembak pemimpin DAP. Nak tembak dengan bukti depa takdak, jadinya cara yang paling mudah depa buat fitnah. Betty Chew adalah antara mangsa fitnah. Memang patutpun Betty Chew dijadikan mangsa utama pasai selain Adun dari DAP, Betty Chew adalah isteri kepada Lim Guan Eng, Ketua Menteri Pulau Pinang merangkap Setiausaha Agung DAP,” tulis beliau.

Di tangga kedua, ialah berita mengenai pembatalan Skim Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) di mana Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak disifatkan panik menghadapi tekanan kakitangan awam sehingga membatalkan  yang dicadangkannya untuk menghadapi PRU-13.

Bidasan sinis dan keras bekas Ahli Majlis Tertinggi Umno, Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir terhadap tuduhan Ahli Parlimen Bayan Baru Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim bahawa beliau telah menjadi alat pembangkang menduduki tangga ketiga.

Di tangga seterusnya ialah berita mengenai kegembiraan Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub yang kini dikenal sebagai Kofi Anan dalam PAS terhadap penyelesaian kemelut yang melanda kerajaan negeri Kedah. Beliau merupakan orang tengah yang dilantik PAS Pusat untuk menyelesaikan kemelut berkenaan.

Di tangga kelima ialah 10 bidasan ahli parlimen Temerloh dan Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Saifudin Abdullah terhadap Najib yang tidak berani berdebat dengan pembangkang.

Saifudin memberikan 10 sebab dan alasan kenapa cabaran debat ini perlu diterima oleh Najib demi untuk kebaikan negara ini.

Saifudin berkata demikian dalam tulisannya sebagaimana yang disiarkan dalam akhbar Sinar Harian.

Berikut ialah 10 artikel terhangat Facebook dan Twitter Harakahdaily bagi minggu, 4 hingga 10 Mac, 2012.




1
Bini Guan Eng sama taraf dengan bini Najib?
2
Najib panik, batalkan SBPA menjelang pilihan raya
3
MP Bayan Baru macam gila - Tan Sri Kadir
4
Kedah: Salahudin menangis kegembiraan
5
Tolak debat: Saifudin Abdullah perlekeh Najib
6
Hakim cipta sejarah, motif bunuh tak penting?
7
Imam baling kasut dipenjara setahun
8
Mashitah sempurnakan kebankrapan moral Umno
9
Muhyidin musnahkan 'maaf' dari Najib
10
Sindiran kepada Hasan, Star hina Islam terhangat

sumber...Harakahdaily