Adakah ini juga menghasut,Polis ?
Untuk pertama kalinya pihak berkuasa memburu individu yang didakwa menunjukkan aksi tidak hormat kepada tokoh awam, termasuk memijak menunjukkan punggung kepada gambar mereka.
.
.
Setakat ini, 11 individu didakwa terbabit dalam perhimpunan ambang merdeka di ibu negara pada 30 Ogos sehingga mendorong sebahagiannya tampil menyerah diri dan dalam satu kes seorang gadis digari.
Bagaimanapun, terdapat dakwaan bahawa tindakan terhadap 11 individu itu adalah pendakwaan terpilih. Ia malah diburukkan lagi dengan tindakan yang dilihat tergesa-gesa.
Pihak berkuasa bagaimanapun menafikan pilih kasih dan akan menyiasat insiden sama walaupun melibatkan pemimpin Pakatan Rakyat sekiranya laporan polis dibuat.
Malaysiakini bagaimanapun mendapati tindakan tidak konsisten yang dianggap sebagai jenayah bawah Akta Hasutan 1949, seperti berikut:
.
Lim Guan Eng
Ketua Menteri Pulau Pinang selalu menjadi mangsa demonstrasi walaupun dalam tempoh pemerintahan singkat, antaranya posternya dibakar dan dipijak, dihadiahkan kek berbentuk najis dan upacara kematian olok-olok di hadapan rumahnya.
Datuk Ambiga Sreenevasan
Bekas presiden Majlis Peguam yang kemudiannya mengepali gabungan proreformasi sistem pilihan raya juga menarik perhatian "musuh", antaranya melalui protes burger dan 'senaman punggung; di depan rumahnya dekat ibu negara.
Pada April, dalam perhimpunan antihomoseksual di Universiti Putra Malaysia (UPM) pula menyaksikan gambar Ambiga dipijak dan dipijak.
Datuk Nik Aziz Nik Mat & Datuk Seri Abdul Hadi Awang
Terdapat juga gambar menyaksikan gambar kain rentang yang digantung di Shah Alam menunjukkan kedua-dua pemimpin kanan PAS ini dikencing dengan jelas.
Seorang daripadanya kelihatan memakai kemeja-T BN.
Lim Kit Siang
Gambar pemimpin veteran popular DAP juga pernah menjadi mangsa insiden sama pada 2009 di luar mahkamah Shah Alam ketika 12 orang yang terlibat dalam 'perhimpunan kepala lembu' didakwa.
sumber...Mkini