Followers

Friday, August 8, 2014

Apa Sebenarnya Nik Aziz Mahu ??




Benarkah Tok Guru Nik Aziz ada campur tangan dalam konflik MB Selangor ?

Berapa liter 'poison' puak UG dalam Pas sudah tuang kepada kepimpinan Pas dan masyarakat awam dalam isu tersebut ?

Konflik kepimpinan kerajaan Selangor menunjukkan perkembangan baharu yang semakin menarik apabila Mursyidul Am PAS mengeluarkan kenyataan yang menunjukkan dia sebenarnya tidak berhasrat campur tangan.

Pendirian Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang juga Pengerusi Majlis Syura Ulama PAS itu dinyatakan pada majlis sambutan Aidilfitri Parti Keadilan Rakyat (PKR) Kelantan yang berlangsung di Kota Bharu pada malam Khamis.

"Politik Selangor tu, saya dah sebut dah hari tu, Kelantan pun saya beri pada orang lain, usahkan nak ganggu Selangor pulak. Kelantan yang saya buat macam anak saya pun saya beri pada oran lain, ini nak jaga Selangor buat apa, orang Selangor pandai la nak jaga Selangor ," katanya ketika ditanya mengenai isu pertukaran Menteri Besar Selangor itu.

Malah, rakaman sidang media kenyataan Nik Aziz  itu mula tersebar di media sosial pada Khamis.

Kenyataan yang itu dibuat sekali gus menyokong pendirian Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang minggu lalu.

Pendiriannya itu ternyata bercanggah dengan keputusan Majlis Syura Ulama PAS sebelum ini, di mana Nik Aziz dikatakan menandatangani kenyataan bersama timbalannya, Datuk Haron Din untuk mengekalkan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, sekali gus menolak pencalonan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai Menteri Besar Selangor yang baharu.

Difahamkan, pada mesyuarat Majlis Syura Ulama PAS itu, Nik Aziz hanya hadir selama 30 minit dan keluar sebelum sebarang keputusan berhubung isu berkaitan kemelut politik Selangor itu ditetapkan.

Pendirian Nik Aziz ini seiring dengan kenyataan Abdul Khalid sendiri mengenai nasihat yang disampaikan kepadanya dalam pertemuan mereka baru-baru ini.

Nik Aziz mengingatkan Abdul Khalid supaya bersabar dan cuba memperbaiki diri, selain tidak memalukan musuh atau menjatuhkan golongan munafik yang cuba menyingkirkannya daripada kedudukannya beliau sekarang.

sumber...Mstar OL