Followers

Friday, April 26, 2019

'Mana Perginya Pendekar Bugis' ?




Steven ajak Najib berbalas pantun

Timbalan Menteri Belia dan Sukan Steven Sim hari ini mengirim lima rangkap pantun kepada bekas perdana menteri Najib Razak.

Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Steven Sim membalas hantaran yang dibuat bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dengan beberapa rangkap pantun Melayu.

Steven mengambil pendekatan kreatif itu bagi menjawab tohmahan Najib yang mendakwa kononnya menjadi mangsa propaganda DAP.

Pantun itu dimuat naik di Facebook Ahli Parlimen Bukit Mertajam itu dengan tanda pagar #PantunBattle #JanganTakBalas.

Dengan tanda pagar #PantunBattle dan #JanganTakBalas, Steven yang juga penulis buku puisi Dalam Salju Ada Bunga membalas kenyataan Najib dengan pantun seperti berikut:

Makan cabai terasa pedas
Meroyan pagi sampai ke petang
Tuah badan bosskur membalas
Berjuta masuk terlepas pandang.

Dulu Birkin kini bosskur
Haloba siapa mangsanya siapa
Dato Seri troll, saya pun akur
Dato Seri tegur, saya pun sapa.

Kura-kura nak jadi angsa
Mana hilang si buah manggis
Pura-pura nak jadi mangsa
Mana hilang pendekar Bugis?

Minta belas mengelak mati
Bacul melayang beralih-alih
Yang hak jelas batil pun pasti
Empunya wayang tak usah dalih.

Tuan menganyam tak pernah rampung
Dongeng didalang mendabik dada
Ibarat ayam riuh sekampung
Cumanya malang telur tiada.


Terdahulu Najib, dalam hantaran di Facebook, mengulas laporan berita yang memuatkan kenyataan Steven yang mengingatkan orang ramai agar tidak berkongsi berita berunsur kebencian dan palsu di media sosial. 

Menurut bekas Presiden UMNO itu, beliau kononnya menjadi mengsa propaganda Pakatan Harapan.

Najib kini sedang dibicarakan atas tiga tuduhan pecah amanah, satu tuduhan salah guna kuasa dan tiga tuduhan pengubahan wang haram berkaitan dana RM42 juta melibatkan bekas anak syarikat 1MDB, SRC International. 

Terdapat puluhan tuduhan lagi yang akan dihadapi beliau di mahkamah.

sumber...roketkini

Thursday, April 25, 2019

PH Gagal Jaga Melayu Islam?




Siapa pelingkup dalam skandal Tabung Haji,FELDA,1MDB,MARA,KWAP,Solar dan lain lain lagi?

Meskipun dihimpit dengan pelbagai dakwaan antaranya Pakatan Harapan (PH) cuma kerajaan sepenggal dan gagal menjaga kepentingan Melayu dan Islam, seorang menteri kabinet ada jawapannya yang tersendiri.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Saifuddin Nasution Ismail berkata dalam hampir setahun pentadbiran mereka, antara usaha dilakukan termasuk memulihkan institusi terbesar orang Melayu seperti Tabung Haji (TH) dan Felda.

“Jadi kami mungkin dianggap 'cair' bantu Melayu dan Islam tapi kami dapat selamatkan institusi Melayu dan Islam.

“Pihak yang melingkupkan dijulang sebagai pejuang agama dan bangsa. Ini satu paradoks,” katanya.

Saifuddin berkata demikian dalam sidang media khas sempena setahun PH di kementeriannya, di Putrajaya hari ini.

Sebelum itu Anggota Parlimen Kulim Bandar Baru itu ditanya mengenai dakwaan PH cuma kerajaan sepenggal kerana gagal melaksanakan manifesto Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).


Menjelaskan perkara itu Saifuddin berkata PH sudah melaksanakan beberapa janji dengan mengambil contoh kerajaan telah mengeluarkan senarai hitam peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

“(Selain itu) kami janji hapus hutang peneroka, dan yang kami berjaya lakukan hapuskan interest (faedah) hutang peneroka.

“Yang belum diusik berkaitan tol, ia baru satu percubaan dalam bandar secara berperingkat. 

"Apa yang sedang dibuat adalah i-suri, kesihatan, dan kenapa tidak boleh pantas (dilaksanakan) kerana TH, Felda perlu diselamatkan,” katanya.

Beliau juga berkata PH telah menggariskan tiga hala tuju pelaksanaan manifesto iaitu yang sedang dilakukan, sedang diusahakan dan yang belum disentuh.

Saifuddin juga menyerahkan kepada rakyat untuk menilai prestasi kerajaan selama tempoh setahun ini.


“Sejujurnya kalau ada tanggapan kami ni rapuh tahan sepenggal, negara kita subur demokrasi rakyat dan siapa pun berhak beri pandangan,” katanya.

sumber...mKini

Wednesday, April 24, 2019

Syed Saddiq Dedah Permintaan TMJ



Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mengakui hubungannya dengan Tengku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim agak 'dingin' disebabkan beberapa permintaan khusus yang membuatkan dirinya tidak selesa.

Syed Saddiq mendakwa antara permintaan Tunku Ismail adalah membatalkan acara saat akhir perlawanan di antara legenda tinju Filipina, Manny Pacquiao menentang juara bertahan welterweight Persatuan Tinju Dunia (WBA), Lucas Matthysse di Kuala Lumpur Julai lalu.

“Permintaan ini membuat saya tidak selesa tapi saya terpaksa sampaikan keputusan yang saya tak dapat tunaikan, saya perlu berpegang dengan prinsip saya.

“Ada tuntutan dan perintah khusus untuknya (perlawanan) untuk dibatalkan, tanya penganjur, tanya Pacquiao sendiri,” katanya.

Syed Saddiq berkata demikian kepada pemberita dalam sidang media khas sempena setahun Pakatan Harapan (PH) di Bangunan kementeriannya di Putrajaya, hari ini.

Boleh cetus krisis diplomatik

Beliau menjelaskan bahawa pembatalan perlawanan itu boleh mencetuskan krisis diplomatik dengan Filipina.

“Permintaan (TMJ) untuk pembatalan minit terakhir akan mendatangkan isu diplomatik kerana enam menteri termasuk presiden Filipina juga datang (untuk menonton perlawanan.

“Puluhan juta dolar dalam pelaburan akan rugi kerana ia disiarkan kepada lebih 100 saluran langsung di seluruh dunia,” dakwanya.

Katanya, beliau bersama Pesuruhjaya Sukan Zaiton Othman turut mengadap Tunku Ismail bagi menjelaskan mengapa mereka tidak dapat membatalkan perlawanan itu.

“Zaiton dan saya pergi berjumpa dengannya. Kita perlu bersikap sopan dan jelaskan pada baginda," jelasnya.

Sebelum itu beliau diminta mengulas mengenai hubungannya dengan Tunku Ismail selepas baginda dilihat antara pihak yang lantang mengkritik menteri muda itu.

Sebelum PRU, hubungan akrab

Menurut Syed Saddiq lagi, meskipun begitu, beliau tetap menghormati Tunku Ismail sebagai pewaris takhta kesultanan Johor namun beliau perlu meletakkan kepentingan rakyat melebihi segalanya.

Selain itu, Syed Saddiq turut mengakui bahawa hubungannya dengan Tunku Ismail akrab sebelum Pilihan Raya Umum (PRU) lalu.

 Namun, dakwa MP Muar itu terdapat permintaan bersifat politik yang tidak dapat ditunaikan menyebabkan hubungan itu dingin.
“Dia adalah seseorang yang rapat dengan saya terutamanya sebelum PRU lalu, tetapi sebelum PRU lalu ada permintaan khusus yang dia minta yang saya tak dapat penuhi.

“(Sebab itu) jika kamu lihat, hari pengumuman pencalonan saya di Muar, adalah hari dia mengeluarkan surat terbuka meminta rakyat Johor dan Malaysia tidak menukar kapal dan terus bersama Umno BN,” katanya.

sumber...Anne Muhammad  mKini

Tuesday, April 23, 2019

Tu Dia: 149 Kedai Nasi Kandar Tiada Sijil Halal di N.Sembilan



149 kedai nasi kandar tak ada dijil halal di N,Sembilan - JHEAINS

Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) hari ini mendedahkan bahawa 149 daripada keseluruhan 150 premis makanan nasi kandar di negeri ini tidak mempunyai pensijilan halal.

Pengarahnya Mohd Zaidi Ramli berkata bagaimanapun hanya satu daripada premis makanan itu yang terletak di Seremban telah memiliki sijil halal.

“Manakala sebuah premis lagi setakat ini masih dalam proses permohonan,” katanya ketika ditemui pemberita selepas Program Cakna Halal di Seremban, hari ini yang turut dihadiri Mufti Negeri Sembilan, Mohd Yusof Ahmad.

Dalam pada itu, beliau menyarankan mana-mana premis makanan yang belum memiliki pensijilan halal perlu mengemukakan permohonan bagi mengelakkan keraguan masyarakat.

“Bagi premis makanan Melayu di negeri ini, tiada satu pun yang mempunyai sijil halal. Jadi kita minta untuk mereka ini memohon persijilan halal," katanya.

Katanya, lima aduan diterima JHEAINS bagi tempoh tiga bulan tahun ini, berkaitan keraguan pengguna mengenai sijil halal yang dipamerkan premis tertentu.

“Pemantauan bersama agensi kerajaan yang lain akan dilakukan dari semasa ke semasa, untuk memastikan premis-premis makanan di negeri ini mempunyai sijil halal,” katanya.

sumber... Bernama

Sunday, April 21, 2019

Lawak Apa Ni: Hadi Cabar Anwar Dedah Nama Pemimpin Terima RM90j



Kah Kah Kah...

Claire SR cabar Hadi pun tak terjawab isu penyelesaian luar mahkamah kes RM1.4juta...

Anwar dedah Rameli Musa pun Haji Hadi tergagap gagap...kah kah kah

Ini lawak apa pulak ni? kah kah kah

Presiden PAS, Abdul Hadi Awang mencabar Presiden PKR Anwar Ibrahim mendedahkan nama pemimpin PAS yang didakwa menerima dana RM90 juta daripada Umno.

Tambah Abdul Hadi, pihaknya juga mempunyai nama pemimpin parti lain yang didakwa menerima dana dari luar negara.

"Terpulang pada dia (Anwar Ibrahim), biarlah dia dedah dulu siapa pemimpin itu, barulah kita buat kenyataan nanti.

"Kita tiada bukti (untuk menafikan tuduhan itu) kerana kita bergerak sendiri, barangkali kalau dihimpunkan derma-derma PAS dalam setiap ceramah sepanjang tahun, sudah lebih daripada RM90 juta (diperoleh), kita boleh buat beribu Pasti (Pusat Asuhan Tunas Islam) seluruh negara hanya menerusi sumbangan kita sendiri," kata Abdul Hadi dipetik Sinar Harian selepas merasmikan Muktamar Pemuda PAS Perak kali ke 36 di Felda Residence Hot Spring, Sungkai, Perak, hari ini.

Abdul Hadi berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Anwar semalam bahawa identiti pemimpin PAS yang bertanggungjawab menerima wang daripada Umno akan didedahkan sedikit masa lagi.

Kenyataan itu dibuat dalam satu forum bersama siswa Universiti Sains Islam Malaysia ketika ditanya sekiranya kes itu hanyalah satu isu untuk dibangkitkan semasa pilihan raya, kelmarin.

Anwar pada Khamis berkata pendedahan mengenai dakwaan wang RM90 juta disalurkan kepada PAS itu memerlukan masa kerana ia masih disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

“Jawapan daripada SPRM ialah tiada kesan wang 1MDB kepada PAS. Tuduhan bukan wang 1MDB tetapi wang daripada Umno RM90 juta dan itu masih dalam siasatan.

“Saya ada maklumat khusus beberapa angka dan siapa yang dapat, saya sudah lihat akaunnya. Saya tidak akan sebut sekarang, beri tempoh sedikit, benda ini belum tutup,” katanya.

Mengulas lanjut, Abdul Hadi yang juga anggota Parlimen Marang berkata, PAS mempunyai maklumat bahawa ada pemimpin politik lain yang menerima bantuan wang dari luar negara dalam jumlah yang besar.

"Kita sendiri pun ada kenyataan pemimpin lain terima bantuan luar negara dalam jumlah yang sangat besar. Itu lagi haram.

"Jadi janganlah kerajaan nak siasat kita saja, kerajaan perlu siasat lain juga, barulah adil," katanya.

sumber...mKini

Saturday, April 20, 2019

PM: Kerajaan Jimat Banyak Wang Selesai 4 Masalah ini...




PM: Kerajaan jimat banyak selesai isu ECRL,FELDA,TH,Bandar Malaysia

Kerajaan Pakatan Harapan (PH) membuat penjimatan besar bagi negara ini apabila menyelesaikan empat isu iaitu projek Laluan Keretapi Pantai Timur (ECRL), Felda, Lembaga Tabung Haji (TH) dan Bandar Malaysia, kata Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad.

"Kita telah menangani empat masalah utama yang disebabkan oleh pentadbiran lalu.

"Kita telah menjimatkan banyak wang kerajaan melalui semua penyelesaian masalah ECRL, Felda, Tabung Haji dan sekarang Bandar Malaysia," kata Mahathir dalam sidang akhbar hari ini.

Mahathir terdahulu mengumumkan dalam sidang akhbar tersebut bahawa kabinet telah memutuskan untuk mengembalikan semula projek Bandar Malaysia.

Beliau memberi respons kepada agensi penarafan antarabangsa Moody's Investors Service yang mengkritik bantuan kewangan kerajaan Malaysia bernilai RM6.23 bilion kepada Felda.

Agensi penarafan itu berkata hutang kerajaan Malaysia lebih tinggi daripada nisbah hutang median bagi penarafan berdaulat A dan pakej bantuan itu hanya akan menambah bebanan kerajaan.

"Agensi penarafan itu berkata pemberian RM6 bilion untuk menyelamatkan (Felda) adalah salah dan mereka mungkin menurunkan Malaysia tetapi ketika Malaysia berhutang RM1 trilion tidak ada perbincangan tentang penurunan. Ini pelik.

"Saya rasa agensi penarafan ini mempunyai kriteria mereka sendiri tetapi apa yang sebenarnya adalah kerajaan sebelumnya yang berhutang banyak wang yang akan menyebabkan defisit selama bertahun-tahun dalam bajet tetapi mereka mengekalkan penarafan.

"Sekarang apabila kita cuba menyelesaikan masalah ini, kita diberitahu ia adalah langkah yang salah," kata Mahathir.

Terdahulu dalam sidang akhbar itu, Mahathir berkata perjanjian ECRL yang dirundingkan semula dan menyaksikan kos berkurangan sebanyak RM21 bilion, antara beberapa perkara utama yang diselesaikan kerajaan.


Sementara itu Bernama melaporkan Dr Mahathir berkata beliau percaya kerajaan akan berjaya mendapatkan semula kebanyakan pelaburan atau menyelesaikan kebanyakan masalah berkaitan dengan pelaburan ECRL selepas rundingan semula berhubung projek itu.

“Kami sedang mengkaji untuk mengurangkan lagi kos dan kami mempunyai kaedah lain untuk mengurangkan kos itu,” katanya.

Mengenai projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR), beliau berkata kerajaan mempunyai masa dua tahun untuk memikirkannya selepas kerajaan Malaysia dan Singapura bersetuju untuk menangguhkan projek itu.

“Kontrak (berkaitan HSR) masih berlum diberikan dan kami ada masa dua tahun untuk memikirkannya.

"Sehingga kami selaraskan dan merumuskan cara baharu untuk melaksanakan projek HSR yang tidak terlalu mahal, (hanya) pada ketika itu kami akan berikan kontrak-kontrak,” katanya.

oleh:Geraldine Tong  mKini

Wednesday, April 17, 2019

Kenapa isteri Mat Sabu Melancarkan KD Keris?



Penjelasan dari TLDM: Wanita ,isteri kenamaan lancar kapar amalan tradisi

Upaca pelancaran dan penamaan kapal oleh wanita - biasanya orang kenamaan - adalah perkara biasa, kata Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).

TLDM merujuk pelancaran kapal misi pesisir (littoral mission ship, LMS) yang pertama bagi angkatan itu di Wuhan, China semalam.

Dinamakan KD Keris, ia dilancarkan isteri menteri pertahanan, Normah Alwi.

"Upacara pelancaran dan penamaan kapal TLDM oleh wanita yang dilaksanakan selama ini adalah upacara tradisi sejak Royal Navy ditubuhkan, namun telah disesuaikan dengan syariat Islam dan adat ketimuran Malaysia.

"Lady sponsor atau wanita yang terpilih terdiri di kalangan isteri kenamaan seperti isteri perdana menteri, menteri pertahanan dan kerabat diraja atau sultan," kata TLDM dalam kenyataan hari ini.

TLDM turut memberi beberapa contoh, antaranya KD Kedah yang dinamakan oleh Tunku Temenggong Kedah, Tunku Puteri Intan Safinaz pada 2003 dan KD Tunku Abdul Rahman oleh Rosmah Mansor pada 2007, isteri bekas perdana menteri Najib Razak.

TLDM berkata, bagi kapal dinamakan sempena negeri, isteri atau wanita yang berkaitan dengan negeri akan dipilih dan bagi kapal sempena nama pahlawan, wanita kepada waris nama tersebut atau wanita kenamaan dari negeri pahlawan yang dipilih.

"Bagi kapal selain daripada nama negeri dan pahlawan, isteri kenamaan negara dipilih.

"Justeru upacara pelancaran dan penamaan kapal LMS pertama TLDM yang disempurnakan isteri menteri pertahanan, Normah Ali, semalam adalah tradisi yang diamalkan selama ini oleh TLDM, dan gelaran lady sponsor kepada beliau adalah perkara yang biasa dilaksanakan," kata TLDM.

Dalam kenyataan itu, TLDM turut melampirkan senarai kapal dan tokoh yang telah melancarkannya, bermula 1964 hingga 2017.




sumber...mKini

Monday, April 15, 2019

Menteri Penerangan Kerajaan PH Tidur Lagi Ke?



Pak Menteri Multimedia dan Komunikasi kerajaan PH sedap tido lagi ke ?

Kenapa berpuluh program kerajaan dan fokus utama untuk meningkatkan pendapatan golongan B40 dan wanita tidak di highlights di saluran TV?

Ini bukan macam tukul dan paku, ini dah macam tukul dan kayu masih dalam plastik yang dibeli di kedai hardware lagi.

Satu tahun telah disia siakan ,kenapalah ada Pak Menteri yang tidak dapat melihat isu dan keadaan semasa,ini satu kerugian besar kepada kerajaan PH.

Susah sangat ke nak buat program di TV dengan menjemput ahli akedemik, orang politik ,asatizah dan lain lain lagi ?

PH perlukan 6 bulan lagi pulihkan negara kata Daim

Kerajaan Pakatan Harapan (PH) memerlukan enam bulan lagi untuk memulihkan negara selepas mengambil alih pentadbiran Mei tahun lalu, kata Pengerusi Majlis Penasihat Kerajaan, Tun Daim Zainuddin.

Beliau berkata dalam tempoh itu PH perlu berdepan dengan rakyat dan memberi penerangan yang tepat terutama dalam hal ekonomi agar mereka faham situasi semasa.

Katanya kekalahan PH dalam pilihan raya kecil (PRK) di Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau, Negeri Sembilan semalam juga adalah cabaran yang harus ditangani memandangkan rakyat tidak mampu bersabar dengan situasi semasa.

"Saya rasa kerajaan perlu tempoh masa enam bulan lagi untuk membetulkan keadaan bukan sahaja tumpu kepada pembangunan ekonomi, tetapi pelbagai isu. Ini rakyat perlu faham,” katanya kepada pemberita selepas Program Bicara Darul Iman yang turut dihadiri Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar, di Kuala Terengganu hari ini.

Daim berkata walaupun memahami rakyat mahu melihat perubahan, namun kerajaan mempunyai tanggungjawab untuk meneliti dan menimbang sebaik mungkin sesuatu isu termasuk berhubung kedudukan ekonomi dan kewangan negara.

"Kerajaan banyak masalah… fikir tentang keselamatan, hubungan luar dan pertahanan… esok (kemudian nanti) kalau jadi apa-apa, rakyat marah kerajaan juga. Nak turunkan harga barang tu memang boleh… kita buat kajian macam mana nak turunkan harga. Insyaallah tak lama lagi akan turun, saya ingat dalam masa enam bulan lagi banyak perkara akan jadi lebih stabil," katanya.

Beliau turut mengaitkan kekalahan Pakatan Harapan (PH) di Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau semalam mungkin sebahagian manifestasi kemarahan rakyat terhadap kerajaan disebabkan kenaikan harga barang yang puncanya tidak diketahui oleh rakyat.

Ditanya sama ada persepsi rakyat terhadap prestasi kerajaan akan bertambah baik pada masa akan datang, beliau berkata ia akan berlaku sebaik sahaja kerajaan dapat menyelesaikan permasalahan rakyat seperti kenaikan kos sara hidup dan melaksanakan janji-janji manifesto pada Pilihan Raya Umum Ke14 yang lalu.

"Bukannya susah hendak terangkan kepada rakyat. Kalau tak boleh buat cakap tak boleh buat. Bagi tahu kepada rakyat apa sebab tak boleh buat (sesuatu perkara), mesti ada sebab. Takkan kalau boleh buat tapi kerajaan tak nak buat, itu yang penting untuk dijelaskan kepada rakyat," katanya.

sumber- Bernama

Saturday, April 13, 2019

Polis: Berlian Merah Jambu Dibeli Guna Wang 1MDB



Polis hari ini menyangkal penafian isteri bekas perdana menteri, Rosmah Mansor berhubung pembelian berlian merah jambu berharga AS$23 juta.

Ketua Pasukan Siasatan Jenayah Pengubahan Wang Haram (Amla), Khalil Azlan Chik berkata, terdapat bukti jejak kewangan transaksi pembelian tersebut daripada seorang peniaga barang kemas di New York dengan menggunakan wang 1MDB.

"Walaupun pink diamond tersebut gagal ditemui sewaktu serbuan polis, namun bukti yang terkumpul jelas membuktikan wujud transaksi pembeliannya," kata beliau.

Timbalan Menteri Kewangan Amiruddin Hamzah pada 8 April lalu mengesahkan bahawa tiada pembelian berlian merah jambu dibuat oleh seorang isteri VVIP.

Susulan itu Rosmah berkata ia membuktikan beliau tidak terlibat dalam pembelian berlian merah jambu dan menyifatkan rakyat lebih suka percaya dengan fitnah berbanding kebenaran.

"Orang ramai pilih untuk mendengar kepada penipuan, pada cerita-cerita tidak benar yang memburukkan saya dan suami saya (Najib Razak).

"Jadi kita hanya perlu laluinya dan malangnya rakyat menderita kerana semua ini, kerana mereka semua pilih untuk percaya penipuan, kerana penipuan lagi menarik dan sedap didengar," katanya
Pada Jun 2018, pihak berkuasa merampas wang tunai, barang kemas, beg tangan mewah dan jam tangan bernilai RM1.1 bilion daripada enam premis yang dikaitkan dengan Najib Razak.

Sebulan kemudian, Rosmah disaman oleh syarikat pemborong barang kemas Lubnan bagi menuntut pulangan barang kemas bernilai AS$ 14.79 juta (RM59.83 juta) yang dikatakan dihantar kepadanya untuk diteliti sebelum pembelian dilakukan.

Rosmah menafikan beliau membeli barang kemas berkenaan.

sumber...mKini

Thursday, April 11, 2019

Rameli Musa Akhirnya Buka Mulut Jugak...




Kira-kira sebulan setengah selepas dikaitkan dengan penyelesaian saman Presiden PAS Hadi Awang dan Editor Sarawak Report Clare Rewcastle-Brown, Rameli Musa akhirnya membuka mulut.

Menjawab soalan Malaysiakini secara bertulis, tokoh korporat itu berkata beliau terkilan dan kesal terheret ke SPRM dan “arena politik yang melampau batas”.

“Nama saya terjejas dan tercalar di luar negara di mana saya banyak mencari rezeki,” kata pengerusi syarikat berkaitan kerajaan (GLC) Keretapi Tanah Melayu Bhd (KTMB).

“Tetapi saya kesian mereka yang sebar fitnah dan mereka yang mampu menyekat fitnah tetapi tidak berusaha untuk melakukannya.

“Saya berdiam sehingga kini kerana SPRM masih dalam siasatan.”

Rameli diminta mengesahkan laporan Malaysiakini yang memetik sumber yang dekat kepadanya sebagai berkata Hadi pada awalnya memang tidak tahu menahu berkaitan bayaran penyelesaian saman berkaitan.

Penafian demi penafian pemimpin kanan PAS kemudian memburukkan namanya yang dispekulasi bertindak sendiri dan memanipulasi maklumat untuk menganiaya parti itu.

Beliau juga disiasat SPRM dan diminta menyerahkan dokumen-dokumen berkaitan pembayaran itu pada 5 Mac, lima hari selepas pembayaran dikatakan dibuat.

Sementara itu, menyentuh pertemuannya dengan wakil Hadi, Rameli enggan mengulas perinciannya.
“Tak mahu komen sangat.

“Saya sendiri tak ingat tarikh perjumpaan dan berapa kali,” katanya.

Secara umum, Rameli menegaskan negara ini perlukan pemimpin berwibawa, berintegriti serta beradab dan bersopan. 

“Fitnah berleluasa kerana yang tahu buat tak tahu dan yang tak tahu tak mahu ambil tahu, dan tidak mahu mengaku,” katanya.

Hadi menyaman Rewcastle-Brown selepas Sarawak Report melaporkan dakwaan PAS menerima dana RM90 juta daripada pemimpin Umno.

Kes itu dilaporkan sudah selesai disiasat SPRM dan hasil siasatan kini dalam kajian Pejabat Peguam Negara (AGC).

sumber...Jimadie Shah Othman mKini

PM: Jika Raja Yang Pilih MB, Malaysia Bukan lagi Negara Demokrasi



Jika Raja-raja dianggap memiliki kuasa untuk memilih perdana menteri dan menteri besar, Malaysia tidak boleh lagi dikira sebagai negara demokrasi, kata Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar yang bertitah agar "pihak-pihak tertentu" berhenti mencampuri urusan negeri itu.

"Saya berpendapat kalau kita anggap yang akan memilih perdana menteri dan menteri besar ialah raja, kita sudah tidak jadi negara demokratik lagi," katanya ketika sidang media di Parlimen hari ini.

Beliau berkata rakyat telah memilih parti dalam pilihan raya dan parti seterusnya ada hak untuk melantik menteri besar.

"...Tetapi (apabila) hak ini dinafikan maka kita bukan (lagi) demokrasi. Kita sudah jadi negara (dengan sistem) raja berkuasa mutlak," katanya lagi.

Dalam kenyataan yang disiarkan di Facebook hari ini, Sultan Ibrahim juga menyarankan "pihak tertentu" itu menumpukan usaha menjaga negara.

“Berkenaan Johor, jangan sibuk mencampuri urusan negeri ini kerana negeri yang berdaulat ini masih mempunyai seorang sultan," titahnya.

Walaupun Sultan Ibrahim tidak merujuk mana-mana isu secara khusus, dipercayai baginda mengulas peletakan jawatan Osman Sapian seabgai menteri besar dan kenyataan-kenyataan yang dikeluarkan berkenaan penggantinya.

Mahathir mengesahkan peletakan jawatan Osman semalam dan berkata Bersatu sendang menimbang beberapa nama untuk memegang jawatan itu.

Bukan raja berkuasa mutlak

Sementara itu, Mahathir menegaskan Malaysia mengamalkan sistem Raja Berperlembagaan dan bukannya raja berkuasa mutlak.

"Di waktu kita membentuk Persekutuan Tanah Melayu, kita memperkenal Perlembagaan Persekutuan dan di dalamnya dinyatakan bahawa Persekutuan Tanah Mealyu dan negeri-negeri dalam persekutuan ini mengamalkan sistem Raja Berperlembagaan, bukan raja berkuasa mutlak.

"Kalau masih ada undang-undang perlembagaan Johor, ia terbatal kerana Johor juga bersetuju dengan sistem pemerintahan di negara kita ini," katanya lagi.

Dengan nada sarkastik, beliau mencadangkan diadakan perbahasan sama ada untuk meneruskan sistem Raja Berperlembagaan di Malaysia - yang mana Raja-raja Melayu hanya bertindak atas nasihat perdana menteri di peringkat persekutuan dan menteri besar di negeri.

"Jika kita hapuskan (sistem) itu, maka kita tak perlu adakan pilihan raya lagi," katanya.

Semalam, Tengku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim berkata kuasa memilih menteri besar adalah hak mutlak sultan.

Exco kerajaan Johor dari Bersatu, Sahruddin Jamal dikatakan sebagai calon utama untuk menggantikan Osman.

sumber...Geraldine Tong  mKini

Wednesday, April 10, 2019

Sejarah Pertembungan Tun Mahathir dan Istana



Imbas kembali - Pertembungan pertama Dr M dengan istana
 
Selepas dengan kecewa mengumumkan Malaysia menarik diri daripada Statut Rom Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) - tidak sampai sebulan selepas menandatanganinya - Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad mendakwa ada komplot untuk melaga-lagakan Raja-raja Melayu dengan kerajaan.

Beliau juga merungut tentang seorang individu yang menimbulkan kekeliruan berkenaan perkara itu kerana mahu "bebas memukul orang dan perkara seumpamanya".

"Dan jika dia pukul orang lagi, saya akan hantar polis untuk menangkapnya. Saya tak peduli dia siapa," katanya lagi.

Walaupun tidak menyebut sebarang nama, spekulasi menyatakan Mahathir merujuk kepada Istana Johor. Hubungannya dengan kerabat diraja itu tegang sejak kali pertama beliau menjadi perdana menteri - ketika era Almarhum Sultan Iskandar Sultan Ismail, bapa kepada sultan sekarang, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.

Sultan Iskandar juga Yang di-Pertuan Agong kelapan sejak 1984 hingga 1989, ketika Mahathir mengetuai pentadbiran negara.

Menyifatkan Mahathir sebagai "perdana menteri yang benar-benar moden", akhbar UK The Independent dalam artikel 31 Januari 1993 berkata serangan terhadap kuasa raja merupakan tema pentadbirannya sejak mula menggantikan Hussein Onn pada 1981.

Langkah pertama Mahathir terhadap Raja-raja Melayu dibuat dua tahun selepas menjadi perdana menteri.

"Pada 1983, dia memansuhkan hak raja (YDPA) untuk menghalang penggubalan undang-undang, dan tahun lalu (1992) mendesak Raja-raja untuk menandatangani larangan terlibat dalam politik dan kebanyakan kegiatan komersial. Sultan Mahmood (Sultan Iskandar) antara tiga raja yang enggan menerima larangan itu," kata laporan itu.

Jurulatih hoki

Artikel The Independent melaporkan pergelutan kuasa antara Mahathir dan Raja-raja, yang turut melibatkan dakwaan insiden pukul pada 1992.

Menceritakan peristiwa itu secara dramatik, akhbar itu berkata: "Douglas Gomez, jurulatih hoki di Malaysia, mungkin tahu apa yang akan dihadapinya ketika dipanggil ke istana oleh Sultan Johor, (Sultan) Iskandar (Sultan) Ismail. Raja berusia 60 tahun itu, yang memiliki pesawat Lear, lapan istana dan 200 askar peribadi, dikenali dengan sikap panas baran...

"Ketika Gomez bertemu Sultan, fikirannya pastinya kembali ke Sukan Malaysia edisi tahun lalu, ketika pusingan akhir antara Johor dan Perak. Pasukan Johor diketuai anak lelaki Sultan, Tunku Abdul Majid Idris. Perak menang...

"Wartawan menunggu jurulatih hoki itu yang keluar sejam kemudian. Walaupun Gomez jelas tampak lebam dan bergetar, dia enggan berkata apa-apa: selain kekebalan daripada pendakwaan yang dinikmati Raja-raja di Malaysia, sebarang kritikan terhadap mereka boleh dianggap sebagai hasutan."

Insiden itu tercetus daripada dakwaan Tunku Abdul Majid yang memukul penjaga gol Perak sehingga tidak sedar. Tunku Abdul Majid didakwa tetapi pertuduhan digugurkan. Baginda setuju untuk membayar pampasan RM1,000 kepada penjaga gol itu.

Persekutuan Hoki Malaysia mengenakan larangan enam bulan kepada Tunku Abdul Majid, satu tindakan yang mencetuskan kemarahan istana, yang kemudian dikatakan mengarahkan pasukan Johor menarik diri daripada kejohanan.

Gomez merungut tentang perkara itu dan sebab itulah dia dipanggil ke istana.

Walaupun pada mulanya mengambil langkah menutup mulut tentang perkara itu, Gomez bagaimanapun mengambil langkah mengejutkan dengan membuat laporan polis.

Artikel The Independent itu berkata Gomez memberitahu polis bahawa "selepas dijelaskan oleh kakitangan istana berkenaan penghormatan kepada sultan, dia dibawa bertemu sultan. Dia dibawa oleh sekumpulan lelaki yang berseluar jeans, yang kemudiannya bersama-sama sultan memukulnya."

Mahkamah khas

Mahathir menggunakan insiden Gomez untuk sekali lagi mengenakan kod etika serta memansuhkan kekebalan raja daripada pendakwaan.

"Raja-raja menolak usul itu tetapi Parlimen tetap mengundi untuk meminda Perlembagaan, dan krisis pun muncul apabila ia memerlukan tanda tangan YDPA.

"Sementara itu, kerajaan 'mengisytiharkan perang terhadap Raja-raja. Penjawat awam diarah mendapatkan kebenaran perdana menteri sebelum berjumpa raja, kerajaan negeri diarahkan untuk tidak memberi kelebihan dalam soal kontrak kepada raja mereka.

"Untuk bulan lalu, halaman dua New Straits Times yang dikawal kerajaan menumpukan soal kemewahan raja-raja: Bagaimana Sultan Ismail Petra dari Kelantan, misalnya, mengimport 30 kereta mewah bebas cukai berbanding had yang dibenarkan iaitu tujuh buah, dan bagaimana beliau terlepas daripada pegawai kastam dengan menaiki Lamborghini Diablo atas preteks sedang membuat uji pandu.

"Kos penyelenggaraan raja-raja sebanyak RM200 juta diperincikan, termasuk wad hospital yang dikhaskan buat mereka, dan RM9.3 juta yang digunakan untuk sudu-garpu (cutlery) dan tilam raja, yang menurut akhbar itu boleh digunakan untuk membina dua hospital atau 46 klinik desa atau 46 sekolah rendah.

"Golongan agamawan digalakkan untuk mengulas kelakuan tidak islamik kepada golongan yang digelar penjaga agama," kata The Independent.

Pindaan perlembagaan akhirnya dilaksana pada Mac 1993 dan Raja-raja Melayu yang melanggar undang-undang boleh didakwa di Mahkamah Khas Raja-raja.

Mata lebam

Pada 23 Mac 2016, Tengku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim - yang bertelingkah dengan Dr Mahathir Mohamad berkenaan Statut Rom - mengimbas kembali insiden ketika krisis perlembagaan itu. Ketika itu Tunku Ismail berusia lapan tahun.

Tunku Ismail mengingatkan kerajaan agar tidak mengulang episod atas "desakan tamak haloba dan sikap gila kuasa".

“Saya tidak akan lupa krisis perlembagaan yang berlaku pada tahun 1992. Saya masih ingat bagaimana keluarga saya telah dilayan oleh pegawai-pegawai kerajaan persekutuan.

“Saya masih ingat perkara-perkara seperti percubaan untuk membubarkan Askar Timbalan Setia Negeri Johor, ahli Exco Johor diberitahu untuk tidak menyambut Almarhum nenda saya di lapangan terbang, bagaimana JKR telah diberitahu untuk tidak membaikpulih dan memulihara segala apa-apa yang ada di Istana-istana Johor.

“Malah bonda saya juga ditahan oleh kastam Malaysia sewaktu kembali ke Johor dari Singapura. Bonda saya diarah melangkah keluar dari kenderaan kerana mereka mahu memeriksa kenderaan dengan terperinci. Saya masih ingat segala-galanya dan saya masih ingat kepada individu-individu yang bertanggungjawab,” katanya menerusi hantaran Facebook.

Keesokannya anak Gomez, Brian, memberi respons di Facebook. Beliau berkata turut ingat insiden yang berlaku.

"Saya masih ingat, dalam habuk pergolakan dua gergasi, rakyat biasa yang tampil, bangkit, mencerahkan jalan," katanya.

Brian juga mengimbas kembali bagaimana bapanya pulang ke rumah dengan mata lebam selepas ke istana.

“Saya masih ingat bagaimana ayah saya, seorang guru dan jurulatih pasukan hoki sekolah, dibawa ke istana. Saya masih ingat matanya yang lebam setelah pulang ke rumah. Saya masih ingat ceritanya tentang apa yang berlaku di istana; dan milik siapa tangan yang menyebabkan lebam itu,” katanya.
Dalam pertembungan terbarunya dengan Raja-raja Melayu, Mahathir terpaksa membatalkan rancangan membawa negara menyertai Statut Rom - isu yang dekat di hatinya.

Untuk rekod, ICC adalah mahkamah jenayah antarabangsa pertama berasaskan perjanjian, bertujuan menamatkan kekebalan terhadap pelaku jenayah paling serius yang membimbangkan masyarakat antarabangsa melibatkan pembunuhan beramai-ramai, jenayah perang serta jenayah kemanusiaan dan pencerobohan.

Mahathir memang dikenali sering bersuara terhadap jenayah perang ketika di Yayasan Kepimpinan Perdana.

Namun ini barangkali bukan penamat pertembungan ini. Perdana menteri berusia 93 tahun itu mungkin akan membuat responsnya.

sumber...mKini

Monday, April 8, 2019

'Rumah Minangkabau' itu Milik Siapa?




Calon PH Dr S Streram hari ini meminta penjelasan Mohamad Hasan berhubung dakwaan calon BN itu memiliki rumah banglo di Seremban 2, Negeri Sembilan yang memiliki rekaan seni bina rumah Minangkabau.

Streram yang juga timbalan pengerusi PKR Cabang Rembau mengulas gambar rumah Minangkabau tersebut yang ditularkan di media sosial sejak semalam.

"Saya bukan tuduh 'rumah Minangkabau' itu milik Tok Mat. Tapi, saya telah melihat video klip dan gambar rumah itu diviralkan dalam WhatsApp yang mendakwa rumah Tok Mat (Mohamad Hasan).

"Jadi, saya rasa adalah lebih baik sekiranya Tok Mat tampil memberi penjelasan dan membetulkan kedaan ekoran tercetus tuduhan mengenai rumah itu," katanya ketika ditanya oleh pemberita di Pekan Kuala Sawah, Rantau hari ini.

Isu rumah Mohamad menjadi perbincangan PRK Rantau selepas bekas menteri besar Negeri Sembilan itu menyatakan rasa sedih apabila terpaksa meninggalkan kediaman rasminya susulan kekalahan BN pada pilihan raya umum lalu.

Lupa beli rumah di Seremban

Pada sidang media hari ini, Mohamad menjelaskan beliau tidak bermaksud untuk mengatakan tidak mampu membeli rumah.

"Saya kata saya tak ada tempat untuk dituju, bukannya tak ada duit.. Saya lupa beli rumah di Seremban," katanya.

Susulan kenyataan Mohamad itu, tular beberapa gambar dan video di media sosial mendakwa penyandang Adun Rantau itu memiliki banglo di Seremban 2.

Banglo tersebut yang dikatakan bernilai hampir RM6 juta itu terletak di Saujana Duta, Seremban 2.
Bagaimanapun, sumber penduduk tempatan memberitahu banglo tersebut bukan milik Mohamad sebaliknya dipunyai oleh ahli keluarganya.

Sementara itu, Streram turut mempersoalkan calon BN pesaingnya pada pilihan raya kecil ini kerana lupa membeli rumah di Seremban tetapi mampu memiliki rumah di London.

"Saya rasa adalah penting bagi Tok Mat menjelaskan dakwaan ini, kerana kata dia lupa membeli rumah di Seremban, tetapi dia mampu membeli apartmen di London. 

"Jadi, sekarang dia perlu tampil membersihkan keadaan.

"Sebab dia kata dia jual rumah dia tidak ada wang dan sebagainya. Maka dia harus tampil menjelaskan perkara sebenar dan tentang video yang viral ketika ini," katanya yang turut meminta Mohamad menjelaskan tempat tinggalnya sekarang.

Dalam perkembangan lain, Streram mempersoalkan dakwaan Mohamad memindahkan wang tunai RM10 juta ke luar negara menggunakan khidmat pengurup wang.

"Dia mengakui bahawa memindahkan wang RM10 juta menerusi pengurup wang untuk membelikan apartmen di London.

"Kenapa dia tidak menggunakan kaedah pemindahan wang melalui bank?

"Bolehkah, dia membuktikan bagaimana dia mampu memindah wang sebesar tersebut melalui pengurup wang. Apa sumber pendapatannya?" Soal Streram yang berharap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan membuka semula kes itu.

Mohamad pada 7 April lalu berkata tiada sebarang salah laku apabila beliau memindahkan RM10 juta ke London pada 2008 melalui pengurup wang.

Bagaimanapun, bekas menteri besar Negeri Sembilan itu berkata terserah Yang Dipertua DUN Zulkefly Mohamad Omar untuk melaporkan hal berkenaan sekali lagi kepada SPRM.

"SPRM sudah buat siasatan. Terpulang kepada pihak berkuasa. Saya telah didapati tidak bersalah.

"Tiada penyalahgunaan kuasa atau saya buat sesuatu yang tidak baik.

"Saya beli apartment di London (dengan wang itu)," kata Mohamad.

Pejabat Peguam Negara era pentadbiran BN tidak mengambil sebarang tindakan terhadap Mohamad, sebaliknya bertindak terhadap pengurup wang berkenaan.

oleh:B Nantha Kumar mkini

Saturday, April 6, 2019

Kenapa Hibah Tabung Haji Sangat Rendah?



Ada yang bertanya mengapa hibah Tabung Haji sangat rendah? Lalu muncul sedikit kepanikan dan ketidakpuasan hati, sebahagian didasari kebimbangan tulen, sebahagian yang lain pula hanya bersumber kepada sebab kebencian dan perseteruan politik.

Adalah diingatkan tulisan ini bukan dari orang politik, saya sekadar usaha berkongsi ulasan untuk bacaan orang ramai yang bertanya.

Info dan fakta dalam ulasan saya ini bersumber dari pihak Tabung Haji sendiri dan saya tiada kepentingan dalam TH malah saya telah pun beberapa menunaikan haji melalui perjalanan sendiri sewaktu belajar dahulu, tiada satupun bersama TH.

Ulasan ini dibuat bagi melaksanakan tugasan menjawab soalan mereka yang cintakan ilmu dan kebenaran.

Saya hanya sekadar menyampaikan maklumat sebenar sekdar yang saya faham, saya juga tiada sebarang autoriti atau kuasa untuk menjustifikasi berlebihan, mempertahankan atau mempengaruhi sebarang keputusan komersial, operasi dan penstrukturan oleh pihak TH.

Justeru, jika ada keputusan dan tindakan TH yang tidak dilihat tepat dari sudut komersial, itu adalah perbezaan biasa sudut pandangan komersial dari seseorang individu atau institusi dengan pengurusan TH.

Ia tidak semestinya lebih tepat atau lebih baik dari keputusan TH, kerana TH diyakini lebih fahami luar dalam organisasi yang diurusi mereka.

Tak pelik kadar 1.25 peratus

Telah beberapa bulan saya dan TH memberikan gambaran bahawa hibah memang akan rendah tahun 2018, malah saya juga telah berkongsi info bahawa 1 hingga 2 peratus adalah kemungkinan besar hibah TH bagi tahun 2018, hasil kajian dari kaedah pensturktuan semula yang dilaksana oleh TH.
Justeru, sesiapa yang ikuti isu ini sejak dari awal, sudah tentu tidak pelik dan tidak mengejutkan dengan kadar 1.25 peratus tersebut.

Hibah itu dari Bahasa arab yang ertinya adalah hadiah. Dari sudut kontrak dalam fiqh muamalat, adalah pelik dan tiada kewajaran untuk penerima hibah memarahi hadiah yang kecil diberi oleh pemberi hadiah.

Maka hibah kecil berbanding sebelum tentunya bersebab. Kerana kontrak syarah yang digunapakai oleh Tabung Haji dengan penyimpan adalah Wadi’ah Yad Dhamanah yang bererti kontrak pinjaman wang.

Maka hadiah dan jumlahnya mestilah diberi secara tanpa paksa dan sukarela oleh pemberi hadiah bagi mengelakkan elemen riba. Hal ini juga telah diteliti oleh Majlis Penasihat Shariah TH.
Sekarang apa sebab hibah TH terlalu rendah?

Baiklah, namun apa sebabnya ia terlalu rendah ? Ada pelbagai sebabnya yang tercantum dan membarah antaranya kelemahan pengurusan TH terdahulu, pelanggaran Akta Tabung Haji 1995 serta faktor politik ekonomi dalam dan luar negara.

a) Kelemahan pengurusan terdahulu

Kelemahan pengurusan TH yang dahulu (kerana hibah 2018 adalah refleksi tugasan dan keputusan pengurusan TH sejak dari tahun sebelumnya sehinggalah tahun 2017 dan 2018), sebahagian keputusan ini tidak dianggap jenayah kerana menurut undang-undang, kelemahan ‘certain type of bad investment decision is not a crime’, maka tidak semua jenis kelemahan boleh diheret ke mahkamah.
Sebahagian lagi yang lain, telah pun dilaporkan kepada polis dan dalam siasatan iaitu kes yang merugikan Tabung Haji.

Antara kes-kes yang membawa kerugian seperti arahan untuk tidak menjual saham FGV sehingga kerugian RM1.1 bilion, TH menyelamatkan Ramunia Holdings Bhd (nama lama sebelum ditukar kepada nama TH Heavy Engineering Bhd) sehingga kerugian RM670juta dan TH membeli 30 peratus peilikan dalam syarikat Putrajaya Perdana Berhad melibatkan RM144 juta kerugian.

Menurut laporan TH, Lembaga Pengarah TH baru telah membuat laporan kepada pihak polis dan Suruhanjaya Perkhidmatan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap ahli lembaga pengarah dan pengurusan lama.

Laporan pertama melibatkan Program Yayasan Tabung Haji (YTH) 2017, di mana dana berjumlah lebih daripada RM22 juta telah dikeluarkan untuk aktiviti yang mempunyai kecenderungan politik. Ia bertentangan dengan Memorandum dan Artikel Persatuan YTH.

Laporan kedua dibuat ke atas beberapa pengurusan TH yang lalu berhubung dengan salah nyata dan penyembunyian maklumat penting yang melibatkan penjualan saham TH dalam tahun 2012 sebanyak 95 peratus dalam PT TH Indo Plantations yang dipegang oleh dua anak syarikatnya, iaitu TH Indopalms Sdn Bhd (THI) dan TH Indo Industries Sdn Bhd (THII) kepada PT Borneo Pacific (PT Borneo) dengan harga AS$910 juta (RM 3.7 billion).

Laporan ketiga dibuat pada bulan Januari 2019 berhubung dengan akaun kewangan TH bagi tahun berakhir 31 Disember 2017 (FY17).

Laporan ini melibatkan pembentangan laporan kewangan oleh bekas para eksekutif utama TH sehingga berjaya mengisytiharkan hibah walaupun keuntungan tidak mencukupi, bertentangan dengan Akta Tabung Haji 1995.

Pihak polis sedang membuat siasatan mengikut Seksyen 420 dan 409 Kanun Keseksaan kerana menipu.

Selain itu, SPRM juga sedang menyiasat ahli lembaga pengarah dan pengurusan yang lama. Lebih banyak laporan polis akan dibuat pada masa hadapan berkaitan dengan kerugian yang dialami oleh TH.

b) Melanggar Akta Tabung Haji 1995

Mantan gabenor Bank Negara Malaysia, Zeti Akhtar Aziz pernah menulis surat kepada mantan menteri yang bertanggungjawab pada 23 Disember 2015 untuk memberi amaran bahawa TH mengalami masalah kekurangan aset.

Walau bagaimanapun, kerajaan tidak mengambil iktibar daripada amaran tersebut dan terus membenarkan TH membayar hibah (dividen) yang tinggi, walaupun keuntungannya tidak mencukupi.

Melihat laporan kewangan TH tahun 2017, mencatatkan kemerosotan nilai sebanyak RM120.4 juta sahaja, maka seolahnya TH tiada kerugian dan serta asetya melebihi liabiliti termasuk kerugian, namun hakikat sebenarnya ukur rujuk kemerosotan nilai telah diubah, menyalahi standard piawaian perakaunan yang dipakai oleh TH sendiri iaitu menurut Financial Reporting Standard Consensus no 14 di bawah ‘impairment’ mengkehendaki TH merekodkan semua ini sebagai kerugian, apabila ia dikembalikan menurut standard yang betul, kemerosotan nilai tahun 2018 menokok sebanyak 12.5 kali ganda sehingga menjadi RM1.507 bilion.

Inilah yang menjadikan TH kekurangan aset berbanding liabiliti serta menyekat pemberian hibah yang lebih besar.

c) Politik ekonomi dalam dan luar negara
 
Faktor politik dan ekonomi dalam negara dan juga faktor ekonomi luar negara seperti Federal Reserve USA menaikkan kadar faedahnya sebanyak 4 kali pada tahun 2018, naik dari 2 peratus kepada 2.25 peratus, ini menyebabkan pelabur global mengutamakan Pasaran Saham USA yang lebih menyakinkan berbanding pasaran negara-negara membangun termasuk Malaysia, Trade War di antara China & USA turut beri kesan besar kepada kesatabilan pasaran saham.

Begitu juga juga kekalutan isu Brexit yang pengaruhi seluruh pasaran saham serantau termasuk Asia. Ini tentunya menjadi salah satu penyebab tambahan bagi jatuhnya nilai pelbagai saham yang dipegang oleh TH juga.

Tidak dinafikan, perubahan kerajaan PH dari BN buat pertama kali dalam sejarah Malaysia turut menambah lagi perisa ketidaktentuan pasaran saham di Malaysia. Ia perkara lumrah bagi sebuah perubahan besar dalam sesebuah negara.

Tak untung cuma pusing wang penyimpan

Menurut CEO Tabung Haji Zukri Ab Samat dalam sidang media pengumuman hibah, akta TH menghadkan pemberian hanya pada lebihan (surplus) aset berbanding liabiliti, maka walaupun keuntungan semasa TH adalah RM2.014 bilion, tetapi jumlah yang boleh diagihkan berdasarkan Akta TH (bagi memastikan agar liabiliti tidak lebihi asset lagi) hanayalah RM913 juta sahaja. Itulah jumlah yang membentuk 1.25 peratus hibah tahun 2018 yang terendah dalam sejarah.

Dijelaskan juga oleh pengurusan terkini TH, sejak beberapa tahun dahulu TH mampu memberikan hibah tinggi kerana wujud manipulasi piawaian perakaunan TH dan juga ketidaktepatan kedudukan akaun TH.

Akibatnya hibah bagi beberapa tahun lalu adalah datang dari wang depositor bukannya dari untung perniagaan sebenar. Ia adalah resepi keruntuhan TH sekiranya diteruskan serta tidak diperbaiki dan diperbetulkan.

Bermakna, hibah tinggi masih boleh diberi tetapi dengan cara melanggar akta TH, mengubah ambang kemerosotan nilai secara salah sekaligus melanggar piawaian perakauan TH sendiri dan menggunakan deposit penyimpan.

Ini semua kalau dilakukan pada tahun 2018, pasti boleh memberikan lebih dari 6 peratus hibah tetapi ia salah di sisi undang-undang dan juga syarak serta menjatuhkan standard TH seperti skim cepat kaya pak man telo yang menggunakan duit pelabur awal untuk membayar pelabur terkemudian, bukan didasari oleh untung perniagaan tetapi memusing-musing wang penyimpan.

Kerajaan biaya kos selamatkan TH

Berdasarkan maklumat dari sidang akhbar TH, Iaitu melalui suntikan dana bersih sejumlah RM17.8 bilion ke dalam TH akan dibiayai oleh kerajaan dalam tempoh 10 tahun, iaitu dari tahun 2020 sehingga tahun 2030.

Kerajaan menerusi sebuah syarikat tujuan khas atau special purpose vehicle (SPV), iaitu Urus Jamaah Sdn Bhd (UJSB) yang diketuai oleh CEO yang baru dilantik iaitu Izad Shahadi, membeli aset TH yang kini bernilai hanya RM9.7 bilion dengan harga yang lebih tinggi pada RM19.9 bilion.
Pembayaran RM19.9 bilion ini terdiri daripada:

a. RM10.0 bilion dalam bentuk sukuk berkupon sifar dengan pulangan 4.05% setahun bertempoh 7 tahun.

b. RM9.6 bilion dalam bentuk sukuk berkupon sifar dengan pulangan 4.10% setahun bertempoh 10 tahun.

c. RM0.3 bilion dalam bentuk bayaran tunai yang dijana menerusi aset RM9.7 bilion yang telah dijual kepada SPV (dividen dan sewa yang diperolehi).

Dengan penerimaan aset-aset bernilai RM19.9 bilion, nilai aset TH akan bertambah dan melebihi liabilitinya sambil mematuhi piawaian yang sepatutnya.

Dengan peningkatan nilai asetnya, TH akan terus mampu membayar hibah menurut keuntungan yang diperolehi pada masa depan.

Dengan kata lain, kerajaan akan menanggung beban kewangan sebanyak RM19.6 bilion untuk menyelamatkan TH.

Kos yang akan ditanggung oleh kerajaan ke atas sukuk bernilai RM19.6 bilion tersebut dianggarkan sebanyak RM7.9 bilion, dan ini juga akan dibiayai oleh kerajaan. Ini menjadikan tanggungan kasar kerajaan untuk menyelamatkan TH sebanyak RM27.5 bilion yang disandarkan kepada aset bernilai RM9.7 bilion.

Selepas menolak nilai aset sebanyak RM9.7 bilion, kerajaan akan membuat suntikan dana bersih sebanyak RM17.8 bilion ke dalam TH yang akan dibayar dalam tempoh 10 tahun.

Berdasarkan kenyataan CEO TH, rumusannya keadaan TH sekarang adalah:
  • Defisit telah berjaya ditutup. Hibah boleh diagihkan mengikut Akta Tabung Haji.
  • Semua kerugian rosot nilai telah direkodkan. Dijangka tiada lagi kejutan di masa hadapan.
  • Kedudukan kewangan telah pulih. Pulangan yang stabil daripada aset yang berdaya saing.
  • Sokongan daripada kerajaan melalui peruntukan tahunan diberikan untuk memastikan semua sukuk ditebus semula oleh SPV.
  • Hak keutamaan dimiliki TH yang mana TH boleh mengambil semula aset yang telah dipindahkan setelah dipulihkan.
  • Tadbir Urus dan ketelusan yang lebih baik. Pengawalseliaan yang diperkukuhkan serta pengurusan pelaburan dan risiko yang lebih mampan.
  • Subsidi haji masih ada bagi mereka yang ingin menunaikan haji termasuk pengiring.
  • Simpanan penyimpan semua selamat malah dijamin 100 peratus oleh kerajaan.
  • Aset yang dipegang oleh SPV Urusharta Jemaah Sdn Bhd (UJSB) kini diuruskan sendiri oleh UJSB yang diketuai oleh CEO Melayu Muslim bernama Izad Shahadi Mohd Sallehuddin dengan dibimbing oleh 5 orang ahli Lembaga Pengarah yang semuanya Islam. Prokhas dan CEO berbangsa Cina tiada lagi peranan dalam hal ini.
  • Keputusan besar dan penting berkaitan urusan TH semuanya dibawa ke kabinet menteri dan tiada sama sekali dikawal oleh menteri kewangan atau mana-mana bukan muslim. TH adalah di bawah tugasan perdana menteri dan menteri hal ehwal agama sahaja.
Pandangan saya bagi pendepositor, bagi sesiapa yang menyimpan untuk menunaikan haji, terlebih baik untuk mereka kekal dalam TH bagi melunaskan hasrat mulia dan kewajiban haji terbabit serta mendapat subsidi haji dari TH.

Bagi penyimpan untuk keuntungan yang lain dari itu termasuklah 1.3 peratus penyimpan kaya di TH yang merupakan pemegang RM37 bilion daripada keseluruhan jumlah simpanan RM74 bilion wang penyimpan, bertenanglah sekejap dan kemudian dengar dan fahami penjelasan pihak Tabung Haji dan bukan orang politik dari mana-mana parti politik sama ada pembangkang atau kerajaan (mereka saling melobi sokongan).

Sebaiknya fahamkan penjelasan CEO Tabung Haji Zukri Samad sebagaimana yang beliau huraikan dalam suatu sidang media.
Biarlah kita mengambil maklumat dari bukan orang politik, ia lebih terpercaya.

Jika masih tidak percaya, maka duit simpanan itu adalah duit anda, anda paling berhak menentukan keputusan terbaiknya.

Tahniah bagi mereka yang mampu membaca dan berusaha faham dari awal sehingga di para terakhir ini. Semoga hidayah dan kebenaran milik kita bersama.

oleh:  DR ZAHARUDDIN ABD RAHMAN ialah Prof Adjung Unisel dan juga Pengarah Urusan Elzar Shariah Solution.

Friday, April 5, 2019

Kerajaan Komited Bantu Tabung Haji, Sedia Dana RM17.8 Bilion

MUJAHID menunjukkan agihan hibah selepas majlis Taklimat Prestasi Lembaga Tabung Haji dan Pengumuman Hibah bagi tahun 2018 dan turut bersama timbalannya Fuziah, Zukri dan Pengerusi Tabung Haji, Tan Sri Mohammed Nor Md Yusof di Kompleks Islam Putrajaya. - Foto Ahmad Irham Mohd Noor.

Kerajaan komited membantu Lembaga Tabung Haji (TH) menerusi suntikan dana berjumlah RM17.8 bilion bermula tahun depan.

Ia dilakukan secara berperingkat dalam tempoh 10 tahun atau sehingga sukuk diterbitkan susulan pemindahan aset TH kepada syarikat tujuan khas (SPV), Urushartanah Jemaah Sdn Bhd (UJSB) berjaya ditebus semula sepenuhnya.

Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH, Datuk Seri Zukri Samat, berkata pembayaran pertama sebanyak RM500 juta akan dibuat pada tahun depan dan seterusnya sebanyak RM1.73 bilion setiap tahun selama sembilan tahun atau sehingga semua sukuk itu ditebus semula.

“Ini langkah kerajaan untuk menyelamatkan TH, tetapi angka ini iaitu RM17.8 bilion adalah jumlah maksimum kerana ia bergantung kepada prestasi UJSB, berapa banyak aset yang sudah kami pindahkan mampu dipulihkan SPV berkenaan.

“Seperti yang saya nyatakan awal, nilai aset yang kami pindahkan ke SPV ini berdasarkan nilai aset setakat Disember 2018 ialah RM9.7 bilion, sekarang sudah tentu nilainya sudah naik,” katanya pada sesi taklimat prestasi TH dan pengumuman hibah 2018 di sini, hari ini.


Turut hadir, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof dan Timbalannya, Fuziah Salleh.



Sementara itu, Zukri berkata, kejayaan memulihkan TH dalam tempoh singkat iaitu selama enam bulan adalah susulan sokongan penuh kerajaan terhadap pelaksanaan penstrukturan semula pengurus dana itu dalam mengimbangi kedudukan kewangannya.


Katanya, ia membabitkan pemindahan aset yang mengalami kejatuhan nilai dan kurang berdaya saing kepada UJSB.

“Aset ini yang mempunyai nilai buku sebanyak RM9.7 bilion dipindahkan kepada UJSB pada harga RM19.9 bilion bagi membolehkan jurang defisit sebanyak RM10.9 bilion ditutup.

“Pemindahan ini akan dilaksanakan menerusi sukuk bernilai RM19.6 bilion dan tunai sebanyak RM300 juta. Transaksi pemindahan ini membolehkan TH mencapai dua matlamat iaitu menutup jurang defisit dan memulihkan kedudukan kewangannya.

“Kami yakin TH mampu mencapai prestasi lebih baik bagi tahun ini, dengan kedudukan kewangannya kembali kukuh selepas semua rosot nilai dibuat, TH kini lebih stabil untuk menjana keuntungan mampan dan mampu mengagihkan hibah yang menepati Akta TH,” katanya.



Thursday, April 4, 2019

Kerjasama Umno - Pas: 'Formula P.Ramlee' Memang Terbaik



Kita patut sokong penuh formula Tok Mat Hasan ,inilah formula terbaik untuk puak penyamun harta dan maruah ugama rakyat Malaysia...

Tahniah Tok Mat ,now you decide the right decisions...kikiki

Kita percaya inilah antara formula yang lahir dari isi hati pemimpin pembangkang terkini,masakan tidak, ucapan dibibir melambangkan isi hati sebenar...kikiki

Tamrin Tun Ghafar tanya apa cerita duit rm10 juta dipindahkan ke England dan apa khabar abang adik tok mat sekarang ...kikiki

KJ tak rasa tergugat ke bila tok mat bayangkan PRU15 dia nak ambik kerusi parlimen pulak...kikiki

Mat Hasan usul 'formula P.Ramlee' agih kerusi Umno-Pas PRU15

Pemangku presiden Umno Mohamad Hasan secara berseloroh mengemukakan kaedah pembahagian kerusi antara Umno dan PAS pada PRU ke-15 nanti.

Berucap dalam ceramah di Felda Sendayan malam tadi, Mohamad mencadangkan dua parti itu menggunakan "formula P Ramlee".

"Ini untuk kau, ini untuk aku, satu untuk kau, dua untuk aku," kata calon PRK Rantau itu disambut ketawa kira-kira 400 hadirin.

"Ustaz (PAS) nak berapa (kerusi)? Lima? Ustaz ambil lima saya ambil 20. Ini di Negeri Sembilan. Di Kelantan kau ambil 20 aku ambil lima," katanya, sambil mengatakan kepada pemimpin PAS yang hadir beliau hanya bergurau.

"Bergurau ustaz. Kita boleh (menang) Negeri Sembilan senang-senang."

Sebelum memulakan kerjasama tahun lalu, Umno dan PAS secara tradisinya bersaing di kerusi majoriti Melayu yang sama ketika pilihan raya.

Mohamad merujuk babak dalam filem Nujum Pak Belalang, ketika dua pencuri membahagi-bahagikan hasil curian mereka dari sebuah istana.

Kunci lawan PH

Ketika mengemukakan "formula" itu, Mohamad juga berkata PAS boleh bertanding di kerusi yang dirampas Pakatan Harapan (PH) daripada BN kerana pecah undi, seperti Labu dan Lenggeng.

Katanya, pembahagian kerusi secara saksama akan menjadi kunci kepada BN dan PAS untuk mengalahkan PH pada PRU akan datang.

"Apa yang penting, akhir ceritanya kita rampas balik Malaysia dari kerajaan PH, itu saja. Apa yang susah?" katanya lagi.

Bekas menteri besar Negeri Sembilan itu juga menyebut - secara tidak serius - tentang kemungkinan bertanding di peringkat Parlimen pada PRU akan datang.

"(Pada PRU ke-15) saya tak akan bertanding di Rantau lagi, rasanya di parlimen pula. 

"(Tapi mungkin) Di Rantau pun bertanding, parlimen pun bertanding. (Tetapi) tak kan dapat girlfriend baru kita tinggal orang tua kita," katanya disambut sorakan hadirin.

sumber...Zikri Kamarulzaman  mKini

Tuesday, April 2, 2019

Mulut Celupar: MP Pas Kena 'Kick' Dari Dewan Rakyat



Hahaha suka suki jer nak label orang...

Padan mukamu...

Sama jer dengan tuang presideng memang pakar menggelar orang...yahudi ler jebon ler,awak tu bersekongkol dengan penyamun kata Tun M boleh pulak...kikiki

Ini akhlak orang Pas bukan akhlak orang islam yang baik ...

MP Pas digantung dua hari lepas label Guan  Eng 'pondan' 

Anggota Parlimen Pengkalan Chepa, Ahmad Marzuk Shaary, diperintah meninggalkan Dewan Rakyat hari ini selepas enggan menarik balik kenyataan "pondan" ditujukan kepada Lim Guan Eng (PH-Bagan).

Sebelum itu berlaku pertikaman lidah di antara kedua-dua anggota parlimen berkenaan berhubung dakwaan Ahmad Marzuk bahawa "DAP menguasai kementerian kewangan dan kerajaan".

Isu itu timbul apabila wakil PAS berkenaan mempertikaikan dasar kerajaan membuka pintu kepada kontraktor semua bangsa bagi tender yang sebelum ini hanya dikhaskan kepada bumiputera.

Selepas berlaku kekecohan, Timbalan Speaker Dewan Rakyat Mohd Rashid Hasnon mengarahkan Ahmad Marzuk menarik balik kata-kata yang dilontarkan kepada menteri kewangan itu.

Mohd Rashid memberi arahan sebanyak tiga kali kepada Ahmad Marzuk supaya menarik balik kata-kata tersebut.

Apabila enggan Mohd Rashid akhirnya mengarahkan Ahmad Marzuk keluar dan menggantungnya daripada hadir di Dewan Rakyat selama dua hari.

Sebagai tanda kebersamaan, anggota parlimen Umno turut bertindak keluar dari dewan dan mengiringi Ahmad Marzuk.

Tak diberi ruang
 
Sebelum itu dalam perbahasannya Ahmad Marzuk berkata ada perubahan ketara dalam sistem kerajaan apabila tender yang sebelum ini dikhaskan untuk kontraktor bumiputera kini dibuka kepada semua kaum.

Kata Ahmad Marzuk ia berlaku secara agresif, tanpa notis atau pekeliling.

"Sejauh mana ia berlaku? Apakah jaminan kerajaan dasar penggalakan bumiputera dipertahankan?" katanya.

Ahmad Marzuk juga bertanya sama ada keadaan itu menjadi sebahagian daripada agenda yang dibawa kerajaan PH dan kementerian kewangan yang didominasi DAP bagi "menghakiskan hak-hak bumiputera".

Semasa menggulung perbahasan, Lim berkata beliau kesal kerana wakil dari Pengkalan Chepa memainkan isu sentimen perkauman.

Kata Lim kerajaan masih menggunakan kaedal lama tetapi pemberian tender dibuat secara terbuka, bukan melalui rundingan terus seperti diamalkan BN.

Ahmad Marzuk kemudian membaca sesuatu dari telefon genggamnya dan mendakwa ia adalah fakta mengenai perubahan dasar kerajaan berhubung pemberian tender.

Apabila Lim tidak memberi ruang kepada Ahmad Marzuk untuk meneruskan pencelahan.

Lim: Duduk

Ahmad Marzuk: Menteri duduk dulu.

Apabila keadaan dalam Dewan Rakyat kecoh Ahmad Marzuk kedengaran berkata: "Saya anak jantan, bukan pondan macam (MP) Bagan.

Beberapa anggota parlimen PH kemudian bangkit membantah penggunaan istilah berkenaan dan sebahagian daripada mereka merujuk kepada peraturan mesyuarat dewan.

Bagaimanapun Ahmad Marzuk bertegas enggan menarik balik kata-katanya.

sumber...Lu Wei Hoong mKini