Coretan politik,sosial,ekonomi,agama dan lain lain lagi di Malaysia dan seluruh dunia.
Sumber dari semua capaian internet.
email greenblacks8@gmail.com
Followers
Monday, February 24, 2020
‘Hari Ini Suatu Pengkhianatan, Perubahan dalam Masa Terdekat’
Presiden PKR Anwar Ibrahim menyifatkan perkembangan politik tanah air hari ini sebagai satu “pengkhianatan”.
“Dan
kita juga dikejutkan hari ini dengan perkembangan yang bagi kita satu
pengkhianatan kerana sudah janji dan sebagainya, maka menyebabkan ada
perubahan.
“Dan saya jangka akan berlaku dalam masa terdekat, mungkin esok,” kata Anwar kepada penyokongnya di rumahnya di Kuala Lumpur.
Anwar berkata, walaupun tidak ada pengumuman malam ini, daripada maklumat yang beliau terima memang ada usaha sedemikian.
Terdahulu, Malaysiakini melaporkan
beberapa kem politik bermesyuarat pada hari ini mencetuskan spekulasi
berlakunya pensejajaran semula kekuasaan negara.
Ketika mesyuarat Majlis Presiden PH pada Jumaat lalu, pemimpin tertingginya terbahagi kepada dua pendapat.
Satu
pihak mahu Dr Mahathir Mohamad menghabiskan penggal perkhidmatannya
sebagai perdana menteri, sementara yang lain mahu beliau menetapkan
tarikh persaraan.
Pada akhirnya, mesyuarat PH itu memutuskan tarikh peralihan kuasa "terpulang kepada Mahathir."