Followers

Showing posts with label bajet 2012. Show all posts
Showing posts with label bajet 2012. Show all posts

Sunday, October 16, 2011

Najib Demam! Laporan Audit Tidak Ada Di Parlimen


Kemana Najib sorokkan laporan Audit?

Ali-ahli parlimen Pakatan Rakyat sedang berang. Sidang Parlimen sudah hampir menjelang dua minggu, tetapi, laporan Ketua Audit masih belum diserahkan ke Dewan. Mereka juga bimbang sekiranya terdapat perkara-perkara di dalam laporan itu yang cuba disorokkan oleh kerajaan Perdana Menteri Najib Razak.

“Kita merancang untuk memfailkan usul berkenaan perkara ini kerana hari ini adalah hari keempat kita berdebat soal Belanjawan 2012, tetapi laporan masih belum ada,” Ahli Parlimen PAS Pokok Sena Mahfuz Omar memberitahu sidang media di lobi Parlimen pada hari Khamis.

Beliau juga hairan kenapa laporan itu masih belum ada sedangkan negeri-negeri lain termasuk Kelantan sudah pun menerima laporan audit masing-masing. Beliau menyeru Komiti Akaun Awam (PAC) untuk bertanggungjawab dan mengambil tindakan, daripada menunggu untuk dipaksa berbuat demikian.

“Di negara-negara lain, PAC dipengerusikan oleh wakil pembangkang jadi mudahlah untuk menggesa kerajaan tetapi di Malaysia, PAC diketuai oleh wakil kerajaan, sebab itulah mereka lambat,” kata Mahfuz.

Ambil tanggungjawab

Ahli Parlimen Tumpat Kamaruddin Jaafar mahukan pengerusi PAC Azmi Khalid untuk mengambil tanggungjawab dan menjelaskan perkara tersebut.

“Kita menyeru Azmi Khalid untuk memberi penjelasan kerana ini sangat memalukan. Selepas empat hari, masih tidak ada laporan audit,” kata Azmi.

MP PKR Sungai Petani Johari Abdul berkata Jabatan Audit Negara sendiri terkejut apabila diberitahu bahawa Parlimen masih belum menerima laporan tersebut.

“Pegawai jabatan itu terkejut dan memberitahu Ketua Audit sendiri gembira dengan laporan itu kerana ianya siap ebih awal daripada tahun lepas. Ini yang kita hairan. Di mana sangkutnya laporan ini? Adakah ianya di Parlimen atau di tangan sesetengah menteri?” tanya Johari.

Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim telah menyoal isu itu minggu lalu, dengan mengatakan Najib sepatutnya memastikan laporan audit itu disediakan sebelum pembentangan Belanjawan 2012.

“Malangnya, kita membahaskan bajet hari ini, tetapi laporan audit itu masih belum dibentangkan,” kata Anwar pada Dewan minggu lalu.

sumber...Malaysia Chronicle

Tuesday, October 11, 2011

Bajet 2012 Tidak Sah Tanpa Rosmah Mansor


Hadir mesyuarat tertutup Belanjawan 2012, Siapa Rosmah?


PUTRAJAYA: Kehadiran Datin Seri Rosmah Mansor dalam perjumpaan tertutup dengan pegawai kanan Kementerian Kewangan, menimbulkan tanda tanya dan kecaman pelbagai pihak.
Ia terbongkar apabila nama isteri Datuk Seri Najib Razak tertera dalam senarai kehadiran dalam berita yang dilapor agensi berita rasmi, Bernama pada 6 Oktober lalu.

Mengikut laporan itu, Rosmah hadir ketika suaminya itu meninjau operasi persiapan terakhir Belanjawan 2012 di Kementerian Kewangan, sehari sebelum belanjawan dibentang.

Malah pada berita itu, nama Rosmah mendahului Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah, timbalan-timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr Awang Adek Hussin dan Datuk Donald Lim Siang Chai.Perbuatan Rosmah yang selama ini mengaku sebagai First Lady of Malaysia (FLOM), dikecam Angkatan Muda KEADILAN (AMK) dan mempersoal kehadiran Rosmah dalam lawatan tersebut.
Ketuanya, Shamsul Iskandar Mat Akin, berkata tindakan Rosmah semakin melampau kerana mencampuri urusan negara terutama melibatkan ekonomi.“Ini tak pernah dilakukan mana-mana isteri PM kerana ia membabitkan menteri di kementerian yang berkaitan ekonomi dan hal ehwal negara.

“Saya mendesak supaya Najib maklumkan apa peranan Rosmah. Apakah dia pakar runding? Atau Menteri Kewangan Kedua yang sebenar? Rosmah tidak perlu menyibuk kerana dia hanya isteri dan tidak ada kuasa eksekutif,” katanya.
Penglibatan Rosmah itu turut dikecam dalam laman sosial twitter.

“Siapa Rosmah Mansor untuk hadir dalam meeting bajet?” kata seorang pengguna akaun twitter, Emmiza.
“Tak boleh beza Mesyuarat Sulit Belanjawan Negara sampai Rosmah boleh hadiri? Prihatin pada negara agak-agak la sampai mesyuarat sulit kewangan negara diketahui Rosmah,” kata pengguna akaun Ikhwan Hafiz pula.


Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=21550

Monday, October 10, 2011

Tuah Bajet 2012: Harga Barang Akan Naik Lagi


Bersedia Dengan Kemungkinan Kenaikan Harga Barangan!!!
KUALA LUMPUR – Orang ramai dan pengguna di negara ini perlu bersedia dengan kemungkinan berlaku peningkatan harga barangan harian secara mendadak dalam masa terdekat.

Ini berikutan pembentangan Bajet 2012 yang antaranya melibatkan kenaikan gaji, imbuhan serta bonus tambahan kepada kakitangan awam di seluruh negara, pada 7 Oktober lalu dijangka akan mendorong peniaga tamak mengambil kesempatan menaikan harga barangan.

Bagi menghadapi kemungkinan itu, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) telah mengambil langkah mewujudkan Jawatankuasa Pemantauan Harga bagi mengekang kenaikan harga oleh sebilangan peniaga yang tidak bertanggungjawab.

Pengerusi Majlis Penasihat Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Tunku Azwil Tunku Abdul Razak berkata, pihaknya baru-baru ini menerima satu sistem pesanan ringkas (sms) dari KPDNKK yang memaklumkan tentang rancangan kementerian itu.

“Saya ada menerima sms dari pihak KPDNKK baru-baru ini mengenai penubuhan Jawatankuasa Pemantauan Harga itu dan PPIM komited bekerjasama dengan Jawatankuasa tersebut.

“PPIM juga sudah mewar-warkan kepada semua aktivis-aktivis kami di seluruh negara agar melipat gandakan pemantauan di tempat masing-masing dan melaporkan sekiranya ada peniaga yang berani menaikkan harga sewenang-wenangnya,” katanya ketika dihubungi Mynewshub.my di sini hari ini.

Kenaikan harga barangan pengguna adalah satu isu normal setiap kali kerajaan mengumumkan pemberian bonus atau sebarang bentuk penyelarasan gaji serta elaun di kalangan kakitangan awam.

Di Pahang umpamanya hari ini dilaporkan, peniaga dikesan menaikkan harga daging ayam sehingga RM10 sekilogram.

Tambah Tunku Azwil, sms tersebut yang dihantar oleh Pengarah Bahagian Dasar dan Standard Kepenggunaan, Norashiken Ishak meminta semua pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan persatuan-persatuan pengguna untuk memberikan kerjasama dengan Jawatankuasa yang bakal ditubuhkan itu.

Tunku Azwil memaklumkan bahawa jawatankuasa yang akan dianggotai dari wakil kementerian terbabit, NGO-NGO dan persatuan-persatuan pengguna itu dijangka akan melakukan pemantauan harga di semua lokasi-lokasi strategik yang dikenal pasti sama ada di dalam atau di luar bandar.

Berikut adalah kandungan sms dari KPDNKK yang dihantar kepada NGO-NGO pengguna di seluruh negara:

“Dengan pengumuman Bajet 2012, kenaikan gaji penjawat awam dll dijangka akan mencetuskan kenaikan harga oleh peniaga yang tidak beretika.

“Sebagai tindakan proaktif, KPDNKK akan menubuhkan taskforce untuk pemantauan harga dan pada masa yang sama kerjasama bersama NGO pengguna dan rakan pengguna diperlukan dalam usaha kementerian dalam menangani isu kenaikan harga dan keuntungan melampau.

“Pihak kami akan berhubung dengan persatuan pengguna dari masa ke semasa bagi maksud ini,”.

Presiden Persatuan Pengguna Air Keroh (PPAK), Safina Sulaiman berkata, KPDNKK sewajarnya meningkatkan lagi pemantauan harga di seluruh negara untuk mengekang kenaikan harga barang oleh peniaga-peniaga yang cuba mengambil kesempatan.

“Memanglah KPDNKK seharusnya mempertingkatkan lagi pemantauan, bukan sahaja di bandar malah diluar bandar demi mengelakkan kenaikan harga barangan oleh peniaga yang tidak bertanggungjawab”, katanya kepada kami melalui sms.

sumber...MNH

Saturday, October 8, 2011

Bajet 2012 Gula-Gula PRU BN, Gagal ‘Jaga’ Semua Lapisan



SHAH ALAM, 8 Okt — Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat Azmin Ali menyifatkan Bajet 2012 sebagai ‘gula-gula’ yang amat jelas bagi Barisan Nasional (BN) untuk meraih sokongan pengundi dalam pilihan raya umum ke-13 tetapi gagal menawan hati semua lapisan rakyat.

“Tidak dapat dinafikan ini adalah bajet pilihan raya, tetapi Pakatan Rakyat (PR) telah bersiap sedia dan melaksanakan tanggungjawab kepada rakyat dengan melancarkan bajet Pakatan,” kata beliau sambil mengulas ketidakadilan kerajaan terhadap golongan swasta.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak membentangkan Bajet 2012 dengan peruntukan RM232.8 bilion.

“Kita tidak menolak kepentingan kakitangan awam kepada kemajuan negara, sumbangan perkhidmatan awam amat penting, namun begitu tumpuan juga harus diselaraskan kepada semua pihak seperti kita lihat dalam pembentangan hari ini (semalam), tidak ada insentif untuk kakitangan swasta,” jelas beliau.

“Untuk menjana ekonomi, Najib seharusnya memberi keadilan kepada kedua-dua sektor, bukan hanya mengutamakan sebelah pihak untuk diberikan gula-gula pilihan raya dan hanya memberikan tumpuan kepada kumpulan sasaran mereka,” ujarnya lagi.

“Justeru, pertimbangan saksama seharusnya diberi perhatian, terutamanya kepada masyarakat berpendapatan rendah berikutan peningkatan kos sara hidup pada masa kini,” tambah beliau.

Menjelaskan berkenaan keadaan defisit, Azmin (gambar) berkata, Bajet 2012 kerajaan pusat masuk tahun ke-14 dengan mengekalkan amalan tersebut yang dilihatnya sebagai ancaman dalam pembangunan ekonomi negara.

“Masalah fenomena ekonomi global masa kini menuntut pengurusan kewangan tidak dapat dijalankan dalam keadaan bajet berhemah, namun beberapa kaedah harus diberi perhatian seperti kaedah pentadbiran yang cekap, tata kelola yang baik, mengelak ketirisan, dan pengurusan yang cekap, tetapi Perdana Menteri tidak membentangkan perkara ini sewaktu pembentangan bajet,” katanya yang juga Ahli Parlimen Gombak.

“Kerajaan menyasarkan kutipan hasil tahun hadapan berjumlah RM186 bilion tetapi RM181 bilion akan digunakan untuk operasi mengurus manakala baki 50 bilion ringgit akan digunakan untuk tujuan pembangunan,” ujarnya.

Menurut beliau, amalan tata kelola yang baik seharusnya meletakkan bajet pembangunan melebihi bajet bagi perbelanjaan pengurusan tetapi peruntukan bajet kali ini melihatkan peruntukan pengurusan itu melebihi 70 peratus daripada pembangunan.

Peruntukan pengurusan yang melebihi pembangunan akan menjejaskan pendapatan dan ekonomi negara, seterusnya masalah defisit negara tidak akan dapat ditangani.

Azmin melihat pemansuhan yuran persekolahan adalah sesuatu yang amat penting, namun begitu keutamaan seharusnya diberikan kepada pembangunan infrastruktur asas institusi itu sendiri.

“Ini tidak cukup, pendidikan merupakan pelaburan jangka panjang untuk negara, oleh itu, perhatian seharusnya diberikan kepada pembangunan kemudahan asas infrastruktur tersebut, apa yang dapat dilihat, pendemokrasian pendidikan itu tidak wujud dalam pentadbiran Umno-BN, sebaliknya hanya kontrak-kontrak untuk kepentingan kroni,” jelasnya.

“Tiada guna sekiranya kita berikan mereka komputer percuma jika kemudahan asas seperti air bersih dan bekalan elektrik tidak dapat disalurkan kepada sekolah-sekolah ini, terutamanya sekolah di kawasan pedalaman yang masih banyak lagi tidak menerima kemudahan tersebut,” tegasnya.

Mengulas isu gaji minimum untuk rakyat, beliau menjelaskan, adalah penting untuk negara yang mengamalkan konsep ekonomi domestik seperti Malaysia memperkukuh dan merancakkan perbelanjaan dalam negara.

“Lebih 60 peratus ekonomi Malaysia berasaskan aktiviti eksport dan sekiranya ekonomi domestik negara tidak kukuh, prestasi ekonomi akan terjejas dan keupayaan berbelanja dan menyimpan rakyat menjadi terhad,” ujarnya lagi.

Sehubungan itu, penetapan gaji minimum, menurut beliau, adalah perlu bagi meningkatkan kuasa beli pengguna.

Oleh yang demikian, katanya, bajet Pakatan Rakyat mengenai gaji minimum bakal menjanjikan keselesaan kepada rakyat dan beliau melihat kerajaan pusat gagal melaksanakan perkara itu ketika pembentangan bajet semalam.

“Bagaimana rakyat nak berbelanja sekiranya pendapatan mereka lemah?” katanya.

Oleh yang demikian, beliau meminta agar rakyat melihat secara komprehensif tentang bajet yang dibentangkan dan tidak hanya memfokus kepada satu dua perkara yang dilihat sebagai gula-gula pilihan raya BN.

sumber...TMi

Belanjawan Najib Tidak Realistik, Helah Pilihan raya – Anwar



KUALA LUMPUR: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan Belanjawan 2012 yang baru sahaja dibentangkan sebagai tidak realistik dan merupakan satu lagi helah menjelang pilihan raya umum ke-13.

Belanjawan yang dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak itu juga disifatkan Anwar sebagai “menjanjikan banyak perkara tetapi tiada perincian tentang meningkatkan pendapatn negara atau ketelusan”, lapor The Malaysian Insider.
“Ia tidak realistik. Amat jelas satu helah pilihan raya. Dalam 10 tahun lepas, anggaran pertumbuhan, defisit dan pelaburan asing sentiasa berbeza dengan angka sebenar,” kata Anwar.

Najib sebentar tadi mengunjurkan pertumbuhan ekonomi negara tahun 2012 pada kadar 5 ke 6 peratus, satu anggaran yang dikritik penganalisa ekonomi sebelum ini sebagai tidak realistik.
Pakatan Rakyat dalam Belanjawan Kesejahteraan untuk Rakyat pula mengunjurkan pertumbuhan ekonomi negara pada kadar 4 ke 4.5 peratus sahaja.
Anwar seterusnya menambah bahawa Najib membentangkan satu belanjawan yang “diciplak dari Pakatan Rakyat tetapi tidak mampu dilaksanakan BN”.

Antaranya adalah bantuan RM500 wang tunai setahun kepada isirumah dengan pendapatan bulanan kurang daripada RM3000.

Ia hampir sama dengan bantuan RM1000 setahun kepada isirumah yang layak seperti dibentangkan Pakatan Rakyat dalam Belanjawan Kesejahteraan untuk Semua sebelum ini.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=21513