Wanita purdah Perancis mahu jadi Presiden
PARIS: Seorang Wanita Perancis yang memakai niqab walaupun berdepan dengan pengharaman oleh kerajaan, menyatakan kesediaan bertanding untuk pilihan raya presiden tahun depan bagi mempertahankan hak semua wanita negara itu.
Kenza Drider adalah antara anggota kumpulan wanita yang melancarkan kecaman terhadap undang-udang yang melarang wanita Muslim daripada menutup muka di jalan negara itu sejak April lalu. Mereka mahu membuktikan tindakan berkenaan bertentangan dengan hak asasi. Bagaimanapun, penggubal undang-undang termasuk Presiden Nicolas Sarkozy, menyifatkan penutupan muka dan tudung umpama ‘memenjarakan’ wanita.
Drider memberitahu, dia bercadang mengumumkan pencalonannya di Meaux, bandar timur Paris yang ditadbir penggubal undang-undang konservatif sekutu Sarkozy, Jean- Francois Cope yang turut menyokong langkah menguatkuasa larangan menutup muka.
Dua lagi wanita yang memakai penutup muka dan ditahan turut berdepan dengan perbicaraan di Meaux, semalam. Ketika ditahan, mereka dalam perjalanan untuk menghantar kek hari jadi ke Cope.
Seorang daripada mereka dikenakan denda 120 euro (RM540) manakala seorang lagi didenda 80 euro (RM360). Undang-undang melarang pemakaian pakaian menutup muka menetapkan denda tidak lebih 150 euro (RM675) selain menghadiri kelas kewarganegaraan terhadap pesalah.
Dua wanita itu dilaporkan sedia didapati bersalah bagi membolehkan mereka membawa kes itu ke mahkamah tertinggi Perancis dan Majlis Hak Asasi Manusia Eropah.
Ketika Islam adalah agama kedua di Perancis, ada pihak tertentu beranggapan wanita berpakaian seperti itu menjejaskan identiti sekular negara berkenaan selain menggugat persamaan taraf antara jantina serta maruah wanita.
Ada juga yang bimbang pakaian menutup muka sepenuhnya membangkitkan unsur radikal dalam Islam. Pemakaian tudung dalam kelas sudah diharamkan pada 2004.
Julai lalu, Belgium meluluskan undang-undang mengharamkan pakaian menutup muka manakala Perancis pada Jumaat lalu merangka rang undang-undang melarang pemakaian pakaian menutup muka.
Kenza Drider adalah antara anggota kumpulan wanita yang melancarkan kecaman terhadap undang-udang yang melarang wanita Muslim daripada menutup muka di jalan negara itu sejak April lalu.