Bukit Kepong: Muhyiddin tidak mahu debat dengan Mat Sabu
KUALA LUMPUR, 13 Sept – Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata beliau tidak akan berdebat dengan Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu mengenai isu pejuang kemerdekaan yang sebenar.
Timbalan Perdana Menteri (gambar) memberitahu bahawa individu yang layak berdebat dengan Mohamad Sabu adalah pakar-pakar sejarah dan bukannya beliau.
Ditanya mengenai tindakan saman yang akan dibuat oleh Mohamad yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu sekiranya beliau enggan menyahut cabarannya, Muhyiddin berkata: “Tak apalah, saya tunggulah dia saman saya.”
“Mat Sabu sebagai seorang pemimpin politik seharusnya menarik balik kenyataannya bahawa pengganas komunis adalah hero sebenar dalam tragedi Bukit Kepong dan meminta maaf secara terbuka,” katanya dipetik Bernama Online.
Muhyiddin berkata Mohamad tidak seharusnya memutarbelitkan fakta sejarah demi mengejar cita-cita politiknya kerana sejarah tidak ada kena mengena dengan politik dan apa yang dibangkitkannya boleh memporak-perandakan negara.
Minggu lalu Mohamad berkata beliau lebih bersedia untuk berdebat dengan Muhyiddin kerana timbalan presiden itu memintanya bertaubat.
Pendirian itu turut disokong oleh pemimpin-pemimpin PAS atas tarafnya selaku timbalan presiden parti.
Mohamad juga menolak kesediaan Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin yang mahu berdebat dengannya berhubung kenyataan beliau berkaitan dengan tragedi Bukit Kepong bulan lalu.
Terdahulu Muhyiddin menghadiri majlis Tawaran Baru kepada Pengetua (Sekolah Menengah) dan Guru Besar (Sekolah Rendah) Bidang Kerberhasilan Utama Negara (NKRA) Pendidikan 2010 di Bahagian Teknologi Pendidikan, Bukit Kiara di sini.
Mengenai majlis makan malam beliau bersama Setiausaha Agung Parti Komunis Republik China, Sun Zhenglai malam ini, Muhyiddin berkata hubungan diplomatik Malaysia dengan China adalah baik dan Malaysia menghormati pandangan ideologi negara itu.
“Malaysia tidak mengkritik China kerana berfahaman komunis tetapi mengutuk tindakan kejam pengganas komunis sebelum Malaysia mencapai kemerdekaan dahulu.
“Hubungan dua hala Malaysia dan China adalah penting kerana negara itu menjalinkan hubungan dalam sektor perniagaan, dalam perdagangan, perindustrian dan pelbagai sektor lain,” katanya.
Beliau berkata Amerika Syarikat yang mengamalkan demokrasi sepenuhnya pun turut menjalin hubungan diplomatik dengan China.
“Maka kita perlu pragmatik dalam perkara ini dan tidak menimbulkan isu politik mengenainya,” katanya.
sumber...TMI
p/s...Aisey men tak dapatlah rakyat malaysia tengok bagaimana timbalan presiden yang berani cakap berdegar degar minta mat sabu bertaubat konon.
Bila Mat Sabu ajak challenge dah tak berani pula... mungkin takut keluar buiih juga kot..kah kah kah