Followers

Saturday, March 10, 2018

PRU14: Pakatan Harapan Mampu Menang 5 Negeri

 

Kajian Invoke: HARAPAN Mampu Menang 5 Negeri

 Pakatan Harapan (HARAPAN) mampu menang di lima negeri pada pilihan raya umum (PRU) ke-14, menurut kaji selidik Invoke Malaysia.

 Negeri tersebut adalah Kedah, Perak dan Johor selain mengekalkan kemenangan di selangor dan Pulau Pinang, kata pengasasnya Rafizi Ramli ketika membentangkan keputusan kajian, malam tadi.

Kaji selidik yang melibatkan 2,000 responden dan dijalankan pada Februari itu turut membayangkan kemungkinan Dewan Undangan Negeri (DUN) tergantung di Melaka dan Negeri Sembilan.

Ia juga menjangka HARAPAN akan menang di 89 kerusi Parlimen di Semenanjung manakala BN menang di 76 kerusi. Tiada responden daripada Sabah dan Sarawak dalam kaji selidik ini.

PAS pula dijangka tidak akan menang walau satu kerusi Parlimen dan malah kalah di Kelantan, negeri yang ditadbirnya sejak 1990.

Selain Kelantan, dua lagi negeri di pantai timur iaitu Pahang dan Terengganu juga dijangka kekal dipegang BN, kata Rafizi.

Kaji selidik itu juga mendapati sokongan pengundi Melayu terhadap BN menurun pada kadar enam peratus sejak tiga bulan lalu, walaupun masih tinggi jika dibandingkan dengan sokongan terhadap HARAPAN dan PAS.

"Kali terakhir sokongan Melayu terhadap Umno turun dengan drastik seperti ini adalah pada 1999, ia menyebabkan BN tewas dua negeri.

"Melihat kepada angka ini, gelombang besar (Melayu) akan tiba," kata Rafizi.

Kaji selidik itu mendapati 28.5 peratus pengundi Melayu menyokong BN manakala 14.1 peratus menyokong HARAPAN dan 18 peratus PAS.

"Trend menunjukkan sokongan terhadap HARAPAN semakin meningkat berbanding PAS, dan akan melepasi parti itu tak lama lagi," katanya.

Bagaimanapun 22.3 peratus responden Melayu dalam kaji selidik itu enggan menjawab siapa yang akan diundi mereka, manakala 12 peratus lagi belum membuat keputusan.

[Baca berita asal]

sumber...Alyaa Azhar mKini

Friday, March 9, 2018

Dari BERNAS ke Astro, HARAPAN Janji Hapuskan Monopoli



Pakatan Harapan (HARAPAN) dalam manifesto 138 muka surat yang dilancarkan malam ini berjanji untuk menyelesaikan masalah monopoli di negara ini.

Menurut manifesto berkenaan, antara lain monopoli oleh syarikat seperti BERNAS dalam pengeluaran beras, Astro dalam sektor penyiaran dan lain-lain akan dikaji semula.

Begitu juga, HARAPAN dalam manifestonya berjanji akan berusaha memecahkan monopoli ubat-ubatan.

Gabungan itu berkata ia akan menggalakkan persaingan kesihatan agar pengguna memperoleh ubat dengan harga yang kompetitif.

HARAPAN menambah ia juga akan mengkaji semula perjanjian dengan syarikat konsesi lebuh raya dengan matlamat menghapuskan tol secara beransur-ansur.

Bagaimanapun, ia memberi jaminan bahawa syarikat konsesi akan diberi pampasan sewajarnya.

Mengenai pelaburan asing, HARAPAN berkata ia akan menggalakkan pelaburan berterusan dari negara China dan negara-negara Asia lain walaupun sebelum ini mengkritik langkah diambil BN.

Bagaimana pun, ia berkata kajian semula akan dijalankan ke atas pelaburan sedia ada, terutamanya yang melibatkan projek mega.

"Kerajaan Pakatan Harapan akan menggalakkan pelaburan berterusan dari negara China dan negara-nagara Asia yang lain, setelah semua perjanjian projek mega yang diumumkan sebelum ini diteliti semula untuk memastikan tiada salah laku dan rasuah," katanya.

HARAPAN menambah gabungan itu mahu memastikan pelaburan berkenan akan memberi manfaat kepada semua rakyat Malaysia termasuk perusahaan kecil dan sederhana Bumiputera.




sumber...mKini

Wednesday, March 7, 2018

Pendapatan Graduan 2017 Terburuk Dalam 10 Tahun


Pahit untuk ditelan, apabila trend pendapatan bulanan graduan universiti bagi peringkat ijazah pertama pada 2017 semakin parah.

Ia mencatatkan kejatuhan ketara sebanyak 84.89 peratus bagi graduan berpendapatan RM3,000 dan ke atas.

Graduan yang berpendapatan RM2,000 dan ke bawah telah mengusai lebih separuh (55 peratus) kelas pendapatan bulanan graduan bagi ijazah pertama.

Menurut Laporan Kajian Pengesanan Graduan di bawah Kementerian Pengajian Tinggi, trend pendapatan bulanan graduan Malaysia pada tahun 2017 adalah lebih parah berbanding tahun-tahun sebelumnya.

Ia juga paling teruk dalam tempoh 10 tahun.
Senario yang berlaku ini bukan sahaja parah pada segmen lepasan Ijazah pertama, malah berlaku pada segmen lepasan doktor falsafah (PhD).

Peratusan mereka yang berpendapatan RM3,000 dan ke atas telah jatuh dengan signifikan daripada 88.9 peratus kepada 43 peratus.

Bertentangan dengan itu, semakin ramai pula lepasan PhD yang berpendapatan RM1,500 dan ke bawah sebanyak 19.7 peratus berbanding 2.7 peratus pada tahun 2016 dan 0.5 peratus pada tahun 2008.

Bagi segmen lepasan sijil dan diploma, trend bagi dua segmen ini juga semakin parah apabila semakin ramai yang berpendapatan RM1,500 dan ke bawah, dan semakin besar mereka yang berpendapatan RM2,500 dan ke atas semakin mengecil.

Ironinya, tahun lepas Datuk Seri Najib Razak berbangga dengan pengumuman 1.9 juta pekerjaan telah dicipta sejak 2010 sehingga 2016 di bawah Program Transformasi Nasional.

Malangnya, pengumuman tersebut dinafikan oleh Laporan Tahunan Bank Negara Malaysia 2016 yang menunjukkan bahawa pengangguran anak muda adalah tertinggi dalam sejarah (10.7 peratus) lebih tiga kali ganda kadar purata pengangguran nasional (3.1 peratus).

Malah laporan Bank Negara Malaysia juga menyatakan bahawa lebih separuh (61 peratus) pengangguran adalah di kalangan anak muda.

Jadi apa cerita ini tuan perdana menteri?

Cukup-cukuplah bersandiwara di mata rakyat dengan nombor penyedap telinga yang jauh tersasar pada realiti yang dihadapi rakyat.

Mungkin perdana menteri Malaysia tidak perasan, sebab makanan ruji beliau pun jauh lebih mahal dari rakyat jelata.

Cukup-cukuplah dengan berita yang mengusarkan rakyat apabila kerajaan Malaysia terus berdiam diri dengan kleptokrat yang bermaharajalela dengan kapal mewah berbillion ringgit, Equanimity yang didakwa dibeli menggunakan wang rakyat.

Akhirnya terpaksa juga, pihak berkuasa Indonesia dan FBI yang bertindak, di mana pihak berkuasa kita?

Generasi muda hari ini bukan sahaja akan terus tersepit dalam dilema format ekonomi buatan Najib Razak (Najibnomics), malah generasi muda terus dilema akan kelesuan pihak berkuasa untuk menangkap perompak wang rakyat terbesar yang kini terus bermaharajalela.


Oleh: FAIZ FADZIL naib ketua Pemuda Harapan.

Tuesday, March 6, 2018

Equanimity: DOJ di Jakarta Untuk Tuntut Kapal Jho Low


Pasukan pendakwa Jabatan Keadilan (DOJ) Amerika Syarikat (AS) kini di Jakarta, Indonesia bagi menuntut kapal layar mewah -  The Equanimity -  milik ahli perniagaan kontroversi yang dikaitkan dengan 1MDB, Low Taek Jho atau lebih dikenali sebagai Jho Low.

Timbalan Pengarah Jenayah Ekonomi dan Khas Rebublik Indonesia Daniel Silitonga berkata pasukan itu sudah berada di negara itu sejak seminggu yang lalu.

"Ya (pasukan pendakwa sudah berada di Indonesia) sejak seminggu yang lalu.

"Dua persoalan yang sudah dilaporkan oleh AS secara rasmi mengenai siasatan kes berkenaan rasuah dan pengubahan wang haram.

"DOJ AS yang melakukan tuntutan itu kini berada di Indonesia untuk mengadakan penyelarasan undang-undang antara Indonesia dan Amerika," katanya kepada Malaysiakini.

Kapal layar Equanimity sebelum ini ditahan penguatkuasa Indonesia atas permintaan Biro Siasatan Persekutuan (FBI), Amerika Syarikat (AS).

Pemfailan mahkamah oleh DOJ mendakwa kapal bernama The Equanimity itu dibina dan diselenggarakan dengan menggunakan lebih daripada AS$250 juta yang didakwa diselewengkan daripada 1MDB.

Kapten matikan AIS

Dalam saman pelucuthakan sivil yang difailkan pada 16 Jun 2017, DOJ mendakwa wang itu dipindahkan ke sebuah akaun di Caledonian Bank di Kepulauan Cayman yang dipegang bawah nama "World View Ltd" dalam empat peringkat.

"Atas maklumat dan kepercayaan, dana yang dipindahkan ke dalam Akaun World View telah digunakan untuk memperoleh The Equanimity dan telah dihantar dengan cara yang bertujuan untuk menyembunyikan asal-usul, sumber, dan pemilikan hasil Jenayah [...]," dakwa DOJ.

Menurut pemfailan itu, The Equanimity berukuran 300 kaki (91.4 meter) yang dibina oleh Oceanco di Rotterdam, Belanda, pada tahun 2014, dan didaftarkan di Kepulauan Cayman.

Ia boleh membawa 26 tetamu dan sehingga 33 anak kapal. Kemudahannya termasuk pad pendaratan helikopter, gimnasium, panggung wayang, sauna, bilik wap dan 'experimental shower' dan kolam mandi.

Kapal layar itu juga menjadi buruan pihak berkuasa AS sejak 2015 dan disyaki bersembunyi di Indonesia.

Bagaimanapun pada 21 Febuari lalu, kapal layar mewah itu berjaya ditahan di Benoa Bali.

Menurut polis Indonesia, kapten kapal, Rolf Sieboldt-Berry, seorang warga Afrika disyaki sengaja mematikan automated identification system (AIS) bagi mengelak pengawasan pihak berkuasa.

Serah kepada FBI

Khamis lalu Peguam Negara Tan Sri Apandi Ali berkata kerajaan tidak akan membuat tuntutan terhadap Indonesia kerana kapal itu bukan dimiliki kerajaan.

"Kenapa kerajaan nak tuntut sesuatu yang bukan miliknya?" kata Apandi.

Sementara itu Silitonga turut ditanya adakah pihaknya menghentikan siasatan setelah menyerahkan kapal mewah itu kepada FBI, beliau berkata Indonesia hanya membantu siasatan dan akan menyerahkan bahan bukti kepada FBI.
 
"Indonesia tidak melakukan penyiasatan. Jadi kita akan serahkan semua bukti (kepada FBI) dan perkara-perkara yang kita dapat sepanjang kami lakukan siasatan di Indonesia," katanya.

Jho Low melalui jurucakap dilapor berkata rampasan itu tidak berasas dan bermotifkan politik.
 
Menteri Multimedia dan Komunikasi Datuk Seri Salleh Said Keruak berkata tiada bukti yang menunjukkan Jho Low adalah pemilik Equanimity.
 
sumber...Anne Muhammad dan Alyaa al Hadjri mKini

Friday, March 2, 2018

AMANAH Cabar Nik Abduh Saman Penyebar Audio


Naib Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH) mengalu-alukan jika Nik Abduh Nik Abdul Aziz mengemukakan saman berhubung isu audio didakwa mempunyai kaitan dengan anggota parlimen Pasir Mas itu.

Kata Husam Musa Nik Abduh sepatutnya membuktikan dia masih bermaruah dengan mengemukakan saman berkenaan, sekali gus membersihkan namanya daripada terpalit dengan sesuatu dakwaan.

"Sepatutnya dia samanlah, tak boleh ugut saja.

"Saya tak nak ulas soal saman ini (lebih lanjut) sebab saya sendiri sudah diugut untuk disaman oleh PAS berpuluh kali dah, tapi sampai hari ini saman itu tidak ada," katanya.

Justeru kata bekas exco kanan Kelantan itu jika Nik Abduh mahu mengemukakan saman kepadanya atau mana-mana pihak, langah itu itu sangat dialu.

Malah kata Husam tindakan menyaman itu akan menentukan sama ada seseorang pemimpin mempunyai maruah atau tidak.

Husam berkata demikian pada sidang media selepas majlis perasmian bilik operasi Pusat Daerah Mengundi Khatib Ali di Kota Bharu, Kelantan malam tadi.

 Hadir sama Penasihat Umum AMANAH, Ahmad Awang dan pimpinan HARAPAN kelantan.
Terdahulu, Malaysiakini melaporkan satu petikan audio yang dikatakan mirip suara Nik Abduh menjadi tular dan menimbulkan tanda tanya kepada orang ramai.

Melalui rakaman audio berkenaan seorang lelaki - yang bercakap dengan nada suara yang tinggi - mengakui menerima wang daripada Umno.

Turut dipetik dalam rakaman itu ialah nama Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Apa yang dinafikan

Bagaimanapun Nik Abduh menafikan sekeras-kerasnya suara dalam rakaman itu adalah dirinya, malah menganggap ia sebagai karut, marut dan fitnah ke atas dirinya serta PAS.

"Ia hanya sampah yang tak layak dimakan kecuali pelahap fitnah seperti PAN (Parti Amanah Negara - AMANAH) dan sekutunya. Saya menafikan sekeras-kerasnya," kata anak bekas menteri besar Kelantan itu.

Kata Husam rakaman yang tular sebelum ini tidak ada kena-mengena dengan dirinya, namun menegaskan beliau juga memiliki salinan yang dipercayai sama seperti yang sudah tular itu.

Husam yang juga pengerusi Pakatan Harapan (HARAPAN) Kelantan menegaskan dia sebelum ini bercadang untuk mendedahkannya selepas parlimen dibubarkan dan sedia bertanggungjawab atas rakaman berkenaan.

 Anggota Dewan Undangan Negeri Salor itu juga menyoal apakah yang dinafikan oleh Nik Abduh sebenarnya.

"Adakah dia nafi suara dalam audio itu suara dia? Ini terpulang kepada kita semua (yang) dengarlah.

"Saya berharap semua ahli PAS tentukan sendiri suara itu suara Husamkah atau Lim Guan Eng atau Jeming Hassan, atau suara siapa?" katanya.

Husam juga mencadangkan supaya PAS menubuhkan satu jawatankuasa khas bagi menyiasat isu berkenaan.

"Ucapan itu dibuat dalam majlis tertutup. Tentulah ada orang yang hadir, ada penganjur, tarikh dan perkara yang disebut adalah daripada mulut orang itu.

"Kalau kita (sengaja) nak reka-reka (memang) payah.

"Dan yang disebut dalam ucapan itu ialah menerima wang daripada Umno.

"Kalau itu sudah disebut, PAS kena tahu siapa yang terima wang bagi membolehkan PAS menyertai pilihan raya dan pada masa sama parti itu mesti meyakinkan rakyat bahawa rakaman itu tidak wujud," katanya.

oleh: N Faizal Ghazali mKini

fb tag #anatahu