Followers

Sunday, November 6, 2011

Kenali Kamalanathan Kaki Ciplak Nombor 1,Pengampu Umno Tahap Gaban

Kamalanathan: 'Tin kosong', pencium tangan, plagiat atau wira MIC baru?
Written by P Dinesh

Rakyat Malaysia biasa mungkin akan bingung membaca senarai tuntutan untuk pilihan raya yang adil di laman web P Kamalanathan, Ahli Parlimen Hulu Selangor yang nampaknya telah di plagiat daripada pihak Bersih.

Mendahului senarai adalah satu cadangan mengadakan "pemerintah sementara yang neutral" yang akan dilantik sebaik sahaja Parlimen dibubarkan untuk pilihan raya umum. Lain-lain 'inisiatif' yang beliau bentangkan pada mesyuarat kedua Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (SPA) mengenai Pembaharuan Pilihan Raya ialah penggunaan dakwat kekal, reformasi sistem undi pos,melanjutkan tempoh berkempen dan menyediakan akses kepada media dengan adil kepada semua parti-parti politik.

Hisap tangan TPM
Mengapa MP yang dikenali sebagai kaki ampu akan mencadangkan idea-idea seperti ini, memandangkan ia diciplak sepenuhnya dari Bersih?

Kamalanathan, bagi yang telah lupa, telah memalukan diri sendiri dengan membengkok dan mencium atau pun hampir-hampir menghisap tangan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Pemimpin-pemimpin Umno lain yang berada di situ pada ketika itu termasuk kaki ampu yang lain, Ahmad Maslan ketua penerangan, telah terkejut. Muhyiddin pula cemas – mungkin dalam fikirannya, adakah dia akan mendapat tangannya semula?

Ini bukan sesuatu yang biasa dalam budaya India. Orang India mungkin menawarkan anda Namaste, atau mereka mungkin berjabat tangan dengan anda.

Ia jelas menunjukkan bahawa MP MIC ini akan sanggup menghisap tangan tuan mereka iaitu pemimpin Umno. Walaupun tidak ada keraguan bahawa semua pemimpin MIC akan menurut perintah Umno, tidak ramai yang sanggup menghina diri mereka secara terbuka seperti Kamalanathan.

D adalah untuk Dunce (bodoh)
Kelayakan akademik Kamalanathan terus berada dalam keraguan dan sehingga kini tiada bukti bahawa dia benar-benar ada kelayakkan pun. Rakan sekolahnya meningatinya sebagai seorang yang bodoh.

Sejak dilantik, beliau nampaknya lebih banyak terlibat dalam kempen publisiti bagi pihak dirinya sendiri dan bukan parti. Mungkin disebabkan inilah beliau telah dipecat dari jawatan ketua penerangan parti.

Kamalanathan, melihat keadaan seperti memihak kepada pilihan raya yang bebas dan adil, telah cuba untuk meraih populariti untuk dirinya sendiri dengan langkah ini. Sayangnya beliau gagal memberi kredit kepada Bersih sebagai sumber 'cadangan' beliau.

Adalah ironik kerana pilihan raya Hulu Selangor itu sendiri penuh dengan taktik kotor, membeli undi dan pengundi hantu yang ditaja oleh BN. Kadar bagi undi kaum India adalah RM200 ihsan daripada MIC. Adalah menjadi bahan ketawa bahawa Kamalanathan sekarang termasuk dalam Jawatankuasa Pilihan Parlimen, memandangkan bahawa jika berlaku pilihan raya yang bebas dan adil di Hulu Selangor dahulu, dia mungkin kalah!

Yang tertulis di dinding
Jika Kamalanathan ikhlas dalam membentangkan idea-ideanya, dia haruslah menawarkan diri untuk meletak jawatan jika cadangan itu tidak diterima. Dia tidak mungkin akan berbuat demikian, kerana seperti 'pemimpin' MIC lain, kedudukan adalah segala-galanya. Dan kerana itu dia telah memilih untuk memainkan permainan sinis; berpura-pura untuk mempunyai prinsip-prinsip yang dia tidak miliki. Sesungguhnya dia adalah ibarat pepatah 'Tin Kosong' atau Kapal kosong kerana hanya mampu membuat bunyi bising.

PSC itu sendiri adalah palsu. Ia adalah taktik bagi BN untuk berpura-pura bahawa mereka juga berjuang untuk pilihanraya yang bebas dan adil. Sementara itu, PRU-13 akan diadakan dengan penipuan pilihan raya yang biasa dan secara terang-terangan, khususnya di Malaysia Timur.

Namun begitu, taktik itu tidak mungkin akan menyelamatkan BN daripada ditewaskan. Jumlah rakyat yang mahu BN berundur adalah terlalu besar kali ini.

Adalah sesuatu yang malang bagi rakyat Malaysia kerana makhluk seperti Kamalanathan masih ada dan terus mencacatkan Parlimen. Tetapi mereka boleh berharap agar dalam PRU yang akan datang, semua munafik ini kemungkinan besar akan lenyap.



sumber...Malaysia Chronicle