
Ketua Polis Bandar Cagayan de Oro, Gerardo Roales berkata, James Licuanan dari radio DXIF ditembak pada bahagian dada semasa sedang dalam perjalanan pulang ke rumah dengan menunggang sebuah motosikal.
Dia terjatuh dan sekali lagi ditembak sebelum berjaya mendapatkan bantuan di sebuah balai bomba berhampiran.
Penembak tersebut bagaimanapun dapat melarikan diri dengan menunggang sebuah motosikal.
Pemerhati media negara itu mendakwa, 123 wartawan telah dibunuh di negara berkenaan sejak tahun 1986.
sumber...AP