Followers

Thursday, November 24, 2011

Ronaldo dan Clooney Akan Jadi Saksi Kes Sex PM

Ronaldo,Clooney antara 78 saksi kes seks Perdana Menteri

MILAN: Mahkamah Itali semalam membenarkan pelakon popular Hollywood, George Clooney dan pemain bola sepak terkenal, Cristiano Ronaldo, dipanggil sebagai saksi dalam perbicaraan membabitkan bekas Perdana Menteri Itali, Silvio Berlusconi kerana mengadakan hubungan seks dengan pelacur bawah umur.

Peguam Berlusconi mahukan Clooney dan bintang bola sepak kelab Real Madrid itu membantu mempertahankan anak guam mereka daripada didakwa melanggan pelacur berusia 17 tahun dan menyalah guna kuasa membebaskan gadis itu daripada tahanan.

Kedua-dua bintang itu adalah antara 78 saksi berprofil tinggi, termasuk beberapa bekas menteri kerajaan, penyanyi dan dua pelakon muda popular yang dipanggil oleh peguam Berlusconi, menurut senarai yang diluluskan semalam, kata pegawai mahkamah.
Pendakwa memanggil keseluruhan 136 saksi termasuk tumpuan utama kes berkenaan, penari kelab malam kelahiran Maghribi, Karima El Mahroug, lebih dikenali sebagai Ruby Si Pencuri Hati.

Berlusconi berdepan hukuman maksimum tiga tahun penjara atas tuduhan seks dan 12 tahun kerana salah guna kuasa, selepas dia didakwa memaksa polis membebaskan El Mahroug apabila dia ditahan dalam satu kes lain.

sumber... AFP