Followers

Monday, November 28, 2011

Bukti BN Banyak Songlap

Urus tadbir: Ketua Audit Negara kata pentadbiran PR lebih baik

KUALA LUMPUR, 27 Nov: Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu mahu rakyat menilai sendiri Laporan Ketua Audit Negara 2010 yang merekodkan pentadbiran negeri Pakatan Rakyat lebih baik berbanding negeri-negeri BN.

Menurutnya, 'pujian' sebegitu bukan datang sama ada dari PAS, PKR mahupun DAP tetapi datang dari pihak yang diberi kepercayaan oleh kerajaan pusat untuk membuat penilaian terhadap semua negeri.

"Jangan dengar ucapan pemimpin PAS memuji pemerintahan Kelantan dan Kedah, jangan dengar ucapan pemimpin DAP memuji Pulau Pinang.

"Sudah tentu pemimpin parti Keadilan memuji Selangor di sudut jaga kewangan jaga duit, tetapi (dengarlah) laporan orang tengah iaitu Audit Negara yang memberitahu bahawa negeri-negeri yang diperintah oleh Pakatan Rakyat jauh lebih baik menjaga wang rakyat daripada Barisan Nasional," katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan di Majlis Makan Malam DAP ke-45 yang diadakan di Kompleks Sukan Pandamaran di Klang malam tadi.

Turut serta berucap malam tadi Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, Penasihat DAP Lim Kit Siang dan Adun Pandamaran Ronnie Liu.

"Laporan Audit Negara meletakkan di antara negeri yang terbaik jaga kewangan nombor satu Pulau Pinang dan nombor dua Selangor," kata Mohamad lagi.

Laporan Ketua Audit Negara 2010 sebelum ini merumuskan bahawa pengurusan kewangan dan perbelanjaan khususnya Negeri Selangor yang ditadbir Pakatan Rakyat adalah lebih memuaskan berbanding negeri-negeri yang ditadbir oleh Barisan Nasional.

Malahan Ketua Audit Negara menegur pentadbiran di negeri-negeri seperti Terengganu dan Pahang supaya memperbaiki pengurusan kewangan mereka.

Bagi Kelantan pula, ketua audit negara merumuskan bahawa kerajaan negeri di bawah pimpinan Menteri Besar, Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat mengamalkan penjimatan cemerlang dalam pentadbiran.

Ianya juga membuktikan kerajaan PAS itu mampu mengurangkan ketirisan dalam pelaksanaan projek membantu rakyat.

sumber...Harakahdaily

p/s...Negeri PR tak ada bela lembu alam kondo..kikiki