Followers

Sunday, November 13, 2011

PM Kompom Letak Jawatan !!

PM Itali Berlusconi letak jawatan, demo rai keputusan

ROM, 13 Nov — Perdana Menteri Itali Silvio Berlusconi meletakkan jawatannya secara formal, sekali gus menamatkan era yang diselubungi dengan skandal dalam sejarah negara itu dan di tengah-tengah demonstrasi meraikan perkembangan tersebut.
Presiden Giorgio Napolitano menerima keputusan Berlusconi pada satu pertemuan di istana presiden di sini semalam, kata pejabatnya.

Berlusconi, yang gagal mendapatkan satu majoriti dalam pengundian sangat penting Selasa lalu, mengemukakan surat letak jawatan selepas Parlimen meluluskan pakej pendekatan yang diminta oleh rakan-rakan Eropah bagi memulihkan keyakinan pasaran ke atas sektor kewangan Itali.

Bekas Pesuruhjaya Eropah Mario Monti dijangka diberi tugas untuk membentuk pentadbiran baru.

sumber... Reuters