Followers

Friday, June 28, 2013

Akhirnya Kerabat Diraja Pun Kantoi


 

Kerabat Johor dan dua lagi dipenjarakan kerana cederakan bekas peninju

 Seorang kerabat Diraja Johor dan dua lagi dijatuhkan hukuman penjara empat tahun oleh Mahkamah Sesyen Johor Baru kerana mencederakan bekas peninju tahun lepas dalam satu pergaduhan.

Tunku Nick Tazuddin Izwan Syah Tunku Qadir, 27, Mohd Arif Husin, 35, dan Alex Foo Hee Wee, 41, dijatuhkan hukuman oleh Hakim Zamri Bakar selepas didapti bersalah mencederakan Mohammad Farkhan Haron. Hukuman penjara bermula daripada hari ini.

Mereka didapti melakukan kesalahan di Jalan Molek 3/2 di Taman Molek diantara 4.30 pagi dan 7.00 pagi pada 6 Mei, 2012.

Hakim juga menolak rayuan untuk menangguhkan hukuman oleh ketiga-tiga tertuduh. Timbalan Pendakwaraya Dzul Iswari Mohd Jaafar melakukan pendakwaan sementara Zamri Idrus, Norman Fernandez dan Masri Mohammad mewakili ketiga-tiga tertuduh. Gobind Singh Deo yang merupakan ahli Parlimen Puchong dari DAP pula menjadi peguam pemerhati untuk bekas peninju itu.

Dilaporkan Muhamad Farkhan, yang memenangi emas semasa Sukan SEA di Laos pada 2009, mengalami patah tulang pipi dan kecederaan lain selepas dipukul oleh tiga orang lelaki itu.
Beliau kemudiannya terpaksa melupakan impiannya untuk bertanding di Sukan Olimpik London 2012 kerana kecederaan. Beliau mengalami kecederaan pada tulang pipi dan tulang rusuk.

Muhamad Farkhan, 25, merupakan pemenang emas middleweight di Sukan SEA Laos pada 2009. Beliau mula bertinju pada usia 13 dan telah dicalonkan untuk anugerah berprestij Majlis Sukan Kebangsaan pada tahun 2011.

Oleh Rita Jong TMI