Followers

Saturday, June 22, 2013

Akhirnya Polis,DBKL Benarkan Black505 Di Padang Merbok






Pihak polis dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akhirnya mengalah apabila membenarkan Pakatan Rakyat meneruskan perhimpunan Black 505 di padang Merbok.


Menurut Datuk Johari Abdul dari PKR, polis dan DBKL memberitahu penganjur perhimpunan Black 505 boleh diadakan di Padang Merbok.

“Pihak polis dan DBKL telah beri kerjasama,” kata ahli Parlimen Sungai Petani itu dalam ucapannya di Padang Merbok sebentar tadi.

 “Terima kasih kerajaan kerana berikan kami ruang untuk berkumpul,” tambahnya.



 Oleh Wartawan The Malaysian Insider