Followers

Wednesday, October 22, 2014

Berapa Peratus Anwar Akan Menang di Mahkamah Persekutuan ?


Penggulungan keputusan rayuan Anwar pada minggu hadapan menjadi fokus terkini.

Adakah Anwar akan berjaya dalam rayuan beliau kali ini ?

Kesan dari keputusan rayuan kali ini sekiranya Anwar disabitkan bersalah, maka warna politik Pakatan Rakyat sudah boleh dijangkakan.

Tetapi jika Anwar berjaya, tokoh ulung Pakatan Rakyat pastinya akan untuk membuat landasan baru untuk menghadapi PRU 14.

Berdasarkan track record , Blog ini berpendapat Anwar insyaallah akan berjaya.


Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menyuarakan keyakinan sabitan kes liwat terhadapnya akan dibatalkan oleh Mahkamah Persekutuan.

"Tak perlu doakan supaya saya tak akan dipenjarakan. Saya percaya dengan undang-undang, dan menurut undang-undang, saya tidak seharusnya dipenjarakan," kata Anwar.

"Kenapa pula rayuan saya tidak akan berjaya? Tidak ada fakta atau bukti, jadi atas alasan apa hendak mensabitkan saya bersalah?" soalnya.

Ketua pembangkang itu berkata demikian semasa melawat kedai-kedai di Little India di Klang dan berbual dengan penduduk tempatan yang sedang sibuk membuat persiapan sempena Deepavali esok.

"Apa alasan yang akan digunakan pihak berkuasa bagi mensabitkan saya? Langkah Kajang? Ia sudah selesai, kerana Mahkamah Rayuan sudah pun menggunakannya sebagai alasan."

Ditanya sama ada beliau mendapat bantuan dari pemimpin luar negara, Anwar berkata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak juga melakukan perkara yang sama.

"Bukankah Najib meminta bantuan Presiden Amerika Syarikat Barack Obama dalam isu tertentu yang dihadapi Malaysia?

"Isunya di sini ialah mempertahankan prinsip kebebasan, demokrasi dan kedaulatan undang-undang. Ia diguna dan diamalkan di mana-mana juga."

Anwar berkata dalam wawancaranya bersama media asing BBC dan Daily Telegraph di England, beliau memberitahu mereka, sesiapa yang mempertahankan prinsip akan mendapat sokongan di mana-mana sahaja.

"Kenapa kita sokong Gaza dan Palestin? Sebab kekejaman rejim Israel. Begitu juga nasib golongan Rohingya di Myanmar, kerana kekejaman yang dilakukan terhadap mereka oleh rejim di sana.

"Ini menunjukkan pandangan kita selalunya konsisten dan kita tidak sepatutnya mempertahankan kekejaman di sini dan bercakap tentang keadilan di luar."

Anwar berkata, rayuan kes liwatnya yang akan didengari di mahkamah minggu depan bukan hanya tentang dirinya tetapi memenjarakan seorang yang tidak bersalah.

"Kalau ayah kamu dihantar ke penjara walaupun dia tidak bersalah, adakah kamu akan mempertahankan keputusan itu? Ini isu yang sepatutnya difikirkan semasak-masaknya."

Anwar juga membidas Umno kerana cuba melaga-lagakannya dengan Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali, mengatakan ia kerja politik kotor Umno.

"Kenapa kita sokong Azmin untuk jawatan menteri besar Selangor kalau kita nak ikat tangan dia? Malah semasa beliau menjadi timbalan presiden pun kita sokong dia.

"Kenapa Umno sibuk sangat cuba laga-lagakan Azmin dengan saya atau dengan sesiapa pun? Kita perlukan parti yang kuat dan bersatu, bukan yang pecah-belah akibat perbalahan dalaman."

Anwar berkata, kesatuan dalam PKR terbukti semasa proses penamaan calon menteri besar Selangor baru-baru ini.

"Kami tidak setuju dengan pihak tertentu seperti kerabat Selangor yang mengenepikan kehendak rakyat. Pendirian kami tidak pernah berubah.

"Akhirnya, kami sokong Azmin dan sejak beliau mengambil alih, prestasi pentadbiran negeri cukup mengagumkan."

Beliau berkata demikian ketika ditanya berkenaan satu perjanjian yang dikatakan kononnya ditandatangani oleh Azmin berkaitan peletakan jawatan menteri besar.

"Saya tak pernah terima e-mel sebegitu. Dan, saya bersusah-payah menyemak semula semua e-mel yang saya terima, manalah tahu kalau ia benar-benar dihantar kepada saya.

"Semua tuduhan dan dakwaan ini bermula daripada Umno. Jadi e-mel itu tentulah dihantar kepada Umno, bukan kepada saya."

Mahkamah Persekutuan dijadualkan mendengar rayuan Anwar berkaitan kes Liwat II pada 28 dan 29 Oktober ini.

Pada 7 Mac, Mahkamah Rayuan membatalkan pembebasannya yang diputuskan Mahkamah Tinggi dua tahun lepas.

Mahkamah Rayuan mendapati Anwar bersalah meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan di sebuah unit kondominium Desa Damansara di Bukit Damansara antara jam 3.10 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun, 2008.

Anwar dijatuhkan hukuman lima tahun penjara tetapi dibenarkan penangguhan sementara menunggu rayuan di Mahkamah Persekutuan.

sumber...

Oleh: Lee Shi-Ian TMI
OLEH LEE SHI-IAN
OLEH LEE SHI-IAN