Followers

Thursday, October 9, 2014

Senarai Mangsa Letupan Bukit Bintang




Seorang mati dan 13 orang cedera awal pagi ini apabila sebutir bom tangan meletup di hadapan sebuah pub di Jalan Bukit Bintang, Kuala Lumpur.

Menurut sumber polis, joki kereta Tiong Kwang Yie, cedera parah dan mati ketika menerima rawatan di hospital.

"Polis menerima aduan pada jam 4.25 pagi dan menghantar wakil ke kelab malam Cherry Blossom bagi memastikan kerosakan.

"Laporan awal menunjukkan dua butir bom tangan dicampak dari tingkat dua bangunan."


Pergaduhan melibatkan kumpulan gengster dipercayai sebagai punca insiden letupan di Kompleks Sun di Jalan Bukit Bintang pada Khamis.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Khairi Ahrasa berkata, kumpulan gengster mungkin menjadi punca kejadian letupan, yang dipercayai menggunakan bom tangan, tetapi polis sedang menyiasat kes itu dari semua sudut.

Mangsa lain yang cedera berumur antara 20 dan 42. Mereka dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) dan Hospital Tung Shin.

"Mereka yang cedera termasuk warga dari Thailand (1), China (2) dan Singapura (2). Sebahagian daripada mereka adalah penaung kelab," kata satu sumber.

Mangsa dikenalpasti sebagai Lim Soon Hock, 51; Teoh Meng Keow, 40; Yaw Lee Hock, 41; C. Revindran, 49; dan Tiong Kwang Yie.

Warga asing adalah Jasu (Thailand), Wong Kim Teng (Singapura), Ma Yunfeng dan Yong Jiaqin (kedua-duanya dari China).

"Siasatan awal mendedahkan dua butir bom tangan dilemparkan tetapi hanya satu meletup.

"Serpihan daripada bom tangan itu menyebabkan kecederaan kepada pejalan kaki," tambah sumber itu.

Empat kenderaan turut rosak dalam letupan itu – Toyota Vellfire (WVL 168), Toyota Camry (WTT 8999), Mazda 2 (WXJ 3333) dan BMW (WTV 36).

Polis menemui bom tangan kedua yang gagal untuk meletup, di bawah Toyota Camry.

"Kami percaya ini ada kaitan dengan dunia jenayah."

Satu pasukan forensik polis adalah di tempat kejadian, menyekat kawasan itu bagi mencari petunjuk dan menemuramah saksi.

Menurut polis, pemeriksaan mendedahkan bom tangan digunakan dikeluarkan pada bulan Mac 1983.

Menurut pihak HKL, daripada 13 mangsa letupan bom di Bukit Bintang, tujuh adalah rakyat tempatan, empat warganegara China, seorang warganegara Singapura, seorang rakyat Thailand.

sumber... TMI